Google memperkenalkan Google Keep

Salam sejahtera semua,
        Pada 20 Mac, Google telah melancarkan satu lagi perkhidmatan baru mereka iaitu Google Keep. Setiap hari kita semua melihat, mendengar atau memikirkan perkara-perkara yang kita perlu ingat. Tetapi kadang-kadang macam kami juga anda mungkin terlupa sesuatu.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Google telah memperkenalkan Google Keep, yang boleh pastikan anda  mencatat idea-idea dengan cepat jika anda terfikir. Perkidmatan ini juga boleh menyimpan senarai semak dan gambar yang penting kepada anda. Nota anda kan selamat di dalam Google Drive dan boleh disambungkan ke semua peranti untuk memudahkan anda.

Ia lebih cekap untuk bercakap daripada menulis – Oleh itu, google keep membolehkan anda
menyimpan memo suara untuk anda secara automatik.

Anda boleh mengakses, menyunting dan mencipta nota baru di drive.google.com/keep dan dalam minggu-minggu akan datang anda akan dapat melakukan perkara yang sama terus dari Google Drive. 

Google Keep juga boleh didapati untuk peranti yang beroperasi Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan keatas di Google Play.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img