Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Views: 5
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Views: 5
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel mudah untuk kita mencari Rapidleech ataupun penjana pautan premium (premium link generator).
Rapidleech. Jika anda seorang kaki cetak rompak ataupun anda seorang yang gemar memuat turun sesuatu daripada laman perkongsian fail seperti RapidShare,RapidGator,Uploaded dan lain-lain,anda pasti biasa dengar akan perkataan ini. Rapidleech juga dikenali dengan nama ‘premium link generator’,leecher,leech dan beberapa lagi nama lain. Jika anda berminat untuk membina sebuah laman Rapidleech,saya juga pernah menulis artikel tentang panduan membina laman Rapidleech.
Artikel pada kali ini bersifat mudah dan ringkas tapi memerlukan satu usaha dan pengorbanan yang tinggi. Mengapa perlukan pengobanan yang tinggi? Keadaan ini menjadi agak sulit apabila sukarnya mencari Rapidleech yang benar-benar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Tapi,saya akan sertakan kaedah-kaedah untuk mengetahui sama ada sesuatu Rapidleech itu berfungsi dengan baik atau tidak. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tujuan kita.
Langkah-langkah mencari Rapidleech.
1. Buka laman web Google Malaysia [di sini].
2. Pada ruangan carian. Salin dan tampal ‘dork’ dibawah. Pilih yang mana berkenan.
intitle:rapidleech v2 rev. 42
rapidleech intext:(eqbal +pramode +kloon)
rapidleech plugmod rev. 42
allintext: “Credits to Pramode & Checkmate” rev 42
“RapidLeech PlugMod (eqbal) rev. 42″
intitle:rapidleech plugmod -showthread
“Credits to Pramode & Checkmate & Kloon” “rev. 42”
“Rapidleech Plugmod rev.35 by eqbal”
“Transfer YouTube Video in High Quality Mp4 (H264) Format”
“Transload YouTube Video as a MP4 (H264 with AAC audio)”
allintitle: “RAPIDLEECH V2.3″
3. Buka mana-mana laman yang tertera daripada hasil carian dan mula menggunakannya tanpa rasa bersalah perlu membayar.
Kaedah mengetahui sama ada Rapidleech ini dapat digunakan ataupun tidak.
1. Rujuk gambar.
2. Rujuk gambar.
p/s: Perlu saya maklumkan bahawa kemungkinan besar saudara Arya Putra (Pemimpin OMG! Hackers?) akan kurang bersama dengan kita di sini. Beliau ada tugas yang lebih berat untuk dipikul. Kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan beliau.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Views: 2
Salam.
Aktiviti Giveaway kembali lagi! Atas kesudian Cik Apple Bai Syarikat AOMEI menghubungi saya berkenaan dengan produk yang ingin beliau pasarkan, maka saya mendapat 10 lesen asli bagi produk AOMEI Dynamic Disk Manager Pro.
Produk ini adalah sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan partisi pada cakera keras dengan lebih eifisien. Ini adalah kerana terdapat pelbagai tools yang berguna didatangkan dalam satu pakej, semua-dalam-satu.
Ini termasuklah kerja-kerja memadam, menambah, menggabung mahupun mengubah saiz pada cakera keras. Tak perlu kemahiran yang tinggi, cukup sekadar sedikit logik akal membolehkan anda untuk mampu menguasai perisian ini.
Produk : Lesen Dynamic Disk Manager Pro bernilai $39USD setiap satu
Jumlah lesen : 10
Tarikh tutup : 22hb 04 2013
Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org
Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:
1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?
2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).
3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.
Ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei.
Kalau anda sudah sedia melanggan Feedburner blog ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tuliskan komen anda di bawah. Itu sahaja.
Views: 0

Hosting Percuma
Storan 2GB, Bandwidth 100GB, PHP dan MySQL, Website Builder, Tanpa iklan
Apa yang kita dapat lihat?
Ya iainya amat sesuai kepada seseorang yang mahu berjinak dalam dunia web developer kerana mereka menawarkan servis di atas dengan percuma. Dengan cara ini maka akan lahirlah ramai pembangun web dan dapat berbakti kepada bangsa, negara dan Agama. Sesuai dengan storan 2GB dan bandwith yang ditawarkan iaitu 100GB dan rasanya amat sesuai untuk permulaan bagi seseorang student web developer untuk membangunkan sebuah laman web yang kecil sahaja.
Bagi yang mula serius dalam dunia web ini, tidak perlu gusar atau risau dengan storan dan bandwith yang sedikit kerana pihak Hostinger telah menawarkan pakej langganan yang paling murah iaitu dengan kadar RM 8.99 / bln bagi mendapatkan Premium Akaun tersebut.
Terdapat 3 package yang ditawarkan oleh Hostinger kepada anda iaitu Percuma, Premium dan Business. Mari saya terangkan serba sedikit apa perbezaan ketiga-tiga pakej ini.
Pakej ini amat sesuai dengan jenis laman web kecil – peribadi,
komuniti, forum, blog. 90% Pelanngan Hostinger telah berpuas hati dengan pakej percuma ini kepada mereka. Namun, jika anda mempunyai
laman web yang besar atau mendapat banyak pengunjung, dan memerlukan
jaminan uptime dan backup harian, maka anda boleh cuba lihat-lihat pakej seterusnya iaitu premium dan business.
Pakej Hosting Premium Hostinger menawarkan perkhidmatan web hosting
tanpa had dan percuma domain .COM! Anda boleh menikmati perkhidmatan web
hosting terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. Kami memberikan
had penggunaan CPU yang jauh lebih tinggi dan tanpa had sambungan.
Server premium kami juga jauh lebih pantas dan bertenaga. Perkhidmatan
Web Hosting Premium meliputi backup mingguan otomatis dan jaminan wang
kembali 30 hari.
Pakej Hosting Business jenis amat sesuai bagi sesiapa yang ingin membuka laman web
syarikat / niaga dan pemilik laman web yang sibuk. Web Hosting Business
mempunyai semua fitur web hosting terbaik termasuk fitur e-commerce
seperti sijil SSL, dedicated IP, sokongan InnoDB, dan akses penuh SSH.
Dengan memilih pakej Hosting Business, anda juga mendapat fitur backup
harian otomatis dan jaminan wang kembali 60 hari.
Apa yang menarik perhatian saya selain daripada iaitu :-
Jika ada masalah?
Hostinger amat mementingkan keselesaan pengguna mereka. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan supaya setiap pengguna mereka tidak mempunya masalah antaranya mereka telah menyediakan Helpdesk iaitu dengan cara menghantar tiket kepada staff mereka dan kemudian staff mereka akan membantu anda secepat yang mungkin.
Jika anda berminat dengan Hostinger ini anda boleh order di sini.
![]() |
| Klik sini untuk Order Advertising |
Views: 0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis sebuah artikel tentang infografik.
Infografik merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara dengan mudah. Infografik juga boleh diibaratkan sebagai peta minda. Pada zaman persekolahan dahulu. Saya juga disuruh akan guru yang mengajar agar menjadikan kaedah penjelasan sesuatu perkara melalui peta minda kerana tidak perlu untuk menulis panjang. Dengan cara seperti ini juga dapat meningkatkan kadar kefahaman tentang sesuatu perkara dengan lebih tinggi. Semasa di sekolah rendah kita dibekalkan oleh guru akan kertas berwarna-warni. Diajarkan oleh mereka akan kaedah peta minda ini. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia lebih peka akan warna yang pelbagai seperti dalam iklan warna pada suatu ketika dahulu.
Infografik amat berguna kerana kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Dua buah buku setahun itu memanglah satu kadar yang sedikit. Tapi,rakyat Malaysia lebih gemar membaca artikel pada akhbar,majalah dan pelbagai sumber bacaan lain. Apa yang lebih mengujakan saya ialah apabila mereka gemar membaca e-majalah,e-buku dan pelbagai lagi media elektronik yang lain. Meskipun rakyat Malaysia tidak membaca buku dalam rupa yang sebenar. Tapi,mereka berada dalam kategori “pembaca”. Jadi,tidak salah jika kita tidak membaca buku,yang penting kita menuntut ilmu. Ilmu boleh dituntut dalam pelbagai cara. Dengan melihat,mendengar,merasa juga kita akan dapat hasil daripada kaedah tersebut. Tanpa perlu berbahasa basi mari kita lihat contoh infografik. Infografik ini berkenaan Youtube,salah satu laman web penstriman video yang hebat.
![]() | ||
| Rujuk pautan sumber untuk lihat hasilnya. Harap maaf. Saya sudah besarkan tapi bila muat naik dia tak nak pula. |
Sumber:- Jeffbullas.
Assalamualaikum.
Views: 0
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Jumpa lagi kita hari ni. Tapi bukan topik Apple atau Jailbreak yer.
Kali ini topik mengenai printer yang nak install di Linux/Ubuntu.
Rata2 orang menghadapi masalah ini untuk print document2, gambar2 kerana tak semua printer boleh install dalam Linux/Ubuntu. Bagi yang dah tahu tu, senang sekali. Bagi yang newbie macam saya ni, merangkak2 cari.
Saya ada jumpa satu method, masa pakai printer Canon PIXMA MP287. Complicated sikitlah, boleh print, tetapi nak scan itu masalah 🙁
Jadi saya menemui cara mudah untuk install printer HP pada Ubuntu anda. Jika anda pengguna Linux, caranya sama sahaja 😀
Printer yang saya guna ialah HP Deskjet Ink Advantage 2060. Rasanya printer HP yang lain sama kot. Wallahualam.
#maaf jika screenshot tak lawa, sebab tak biasa pakai Ubuntu buat entri >.<
Sila pastikan anda mematuhi syarat2 dibawah yer :
Mula2 sekali, anda hendaklah klik Ubuntu Software Center ( USC ).
Kemudian sila taip HP diruang pencarian tersebut.
Lepas itu, sila klik , ataupun hanya klik install sahaja. 🙂
Kemudian, jangan lupa untuk tick add-ons dibawah tu yer.
Lepas tick, tekan Apply Changes.
Maka selesai proses pemasangan HPLIP Toolbox.
Jika tidak automatik berada dibar tepi tu, anda tekan start, tulis HP dan klik HPLIP Toolbox.
Sebelum tekan HPLIP Toolbox tu, ada hendaklah connect USB printer anda siap2.
Ini proses add printer ( jika anda buka kena add manual printer ).
Sila klik tambah hijau tu, untuk add printer, dan tanda tolak itu untuk delete printer. Tanda recycle itu ialah tanda refresh. Jika anda terbuka siap2 program ni, dan cucuk usb printer, hanya tekan refresh untuk pastikan ia berfungsi 😀
Kemudian pilihlah Connection Type, bermakna lappy or pc mahupun netbook anda berhubung dengan printer menggunakan apa? USB? Internet? Wifi? atau LPT? Saya guna USB kerana itu yang saya guna. Cara lain taktau lah boleh ke tak, boleh kot 😛
Jika tidak jumpa, sila tekan refresh, insyaAllah jumpa :D, kemudian sila tekan next tau 🙂
Sila isi ruang kosong itu jika nak isi, tetapi jangan anda usik pulak PPD file tu ea?
jangan lupa tekan ” Send test page to printer ” untuk uji ia berfungsi atau tidak. serta tekan Add Printer. InsyaAllah akan keluar seperti saya.
Ok, sudah pasang kan? Saya cerita detail2 mengenai HPLIP Toolbox.
Ia berfungsi seperti version Windows punya. Boleh print, scan, clear catridges, print test page dan macam2 lagi dalam ruang Action itu. Mudahkan?
Seperti di Windows, ada status printer. Tetapi yang ini sekali :D, anda boleh tahu dengan detail apa masalah printer anda, ada code error dan lain2.
Anda juga boleh lihat dakwat anda banyak mana dan status dakwat anda. Jika kata berada pada paras berbahaya, boleh standby siap2 dakwat baru 🙂
Anda boleh settings mengikut citarasa anda, kualiti print atau macam2 lagi. 🙂
Jika anda mahu hentikan proses print, boleh pegi ke Printer Control. Bukan setakat Stop, reject pun boleh ^_^
Ia akan duduk ditaskbar atas tu. Klik untuk ubah apa2 dan lawa logo HP tu ^_^.
Akhir sekali, contoh print test dan scan.
Bagaimana? ok? 😀
Jadi itu sahaja tutorial saya pada kali ini.
Jika ada sebarang perkongsian idea atau pertanyaan, sila komen.
Sama2 kita menyelesaikan masalah yang bermain diminda ^_^
Jika printer Canon, insyaAllah saya akan cari untuk pengguna Canon lak :D. Print boleh, cuma scan je problem printer Canon. 🙁
Terima kasih kerana sudi jenguk entri ni 😀
Santai kali ni.
Views: 1
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Jumpa lagi kita pada kali ini.
Tahniah Apple kerana dapat tamatkan jailbreak pada iOS 6.1.3, tetapi itu baru permulaan. 🙂
evad3rs mengatakan bahawa tiada jailbreak evasi0n pada iOS 6.1.3 kerana tidak berbaloi untuk jailbreak sebab terlalu sedikit features yang upgrade.
MuscleNerd memaklumkan di Twitternya bahawa Apple ada menyebut evad3rs atas penemuan 4 daripada 6 kelemahan keselamatan yang kini sudah dibaiki dalam iOS 6.1.3.
Ini salah satu exploit yang disebutkan dalam taklimat keselamatan :
Kernel Available for: iPhone 3GS and later, iPod touch (4th
generation) and later, iPad 2 and later Impact: A local user may be able
to determine the address of structures in the kernel Description: An
information disclosure issue existed in the ARM prefetch abort handler.
This issue was addressed by panicking if the prefetch abort handler is
not being called from an abort context. CVE-ID CVE-2013-0978 : evad3rs
evad3rs memaklumkan bahawa mereka masih ada beberapa ” major ” exploit yang disimpan untuk kegunaan masa hadapan 😀
Cuma kita tidak tahu bilakah mereka akan gunakannya. Kemungkinan pada iOS 7 akan datang? 😀
Jailbreak evasi0n dicipta oleh kumpulan evad3rs yang terdiri daripada MuscleNerd, pod2g, planetbeing, dan pimskeks. Ia keluar pada 4 Februari 2013, yang mana dapat bertahan dua iOS software updates. 🙂
Itu sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua. Jadi gunalah iDevices anda dengan cermat dan selamat. Jangan upgrade iOS, simpan SHSH Blobs anda, dan tunggu akan keluarnya jailbreak yang SAH, bukan kena klik survay2 :P. Bagi yang terlambat nak save, jangan risau, anda tunggu jailbreak akan datang ^_^
#dengar cerita, Apple akan keluarkan banyak product, antaranya iOS 7, iMac baru, iPad 5th Generation, iPad Mini 2, iPhone 5s, iPod Touch 6th generation, iPod Nano, pendek kata semua product Apple lah >.<.
P/s : maaf jika berita ini sudah lapuk dan saya baru post, kerana tak sempat nak post on time 🙁
Santai kali ni,
Views: 0
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Maaf kerana terlalu lama tidak dapat buat entri kerana sibuk sikit.
Harap ini dapat mengubat sedikit rindu saya dengan anda semua 😀
Apple mengeluarkan iOS 6.1.3 untuk :
Tetapi, Apple ada agenda lain disebalik update tersebut. iOS baru ini, hampir menutup vulnerabilities ( kelemahan ) iOS mereka. Jadi memerlukan evasi0n yang terkini untuk jailbreak. Rata2 orang mengatakan iOS 5.1.1 adalah yang terbaik buat masa ni kerana dari segi ketahanan baterinya, dan lain2. Orang kata lah. iOS 6 agak kuat sikit ” makan ” bateri >.<
Jadi, sila simpan SHSH Blobs anda. Saya ingatkan sekali lagi, jika Apple mengeluarkan iOS baru, maka peluang untuk anda downgrade sangat tipis kerana mereka sudah hentikan tiket untuk downgrade iOS lama. Hanya iDevices A4 Chip yang boleh downgrade dengan mudah. Seperti iPad ( 1st Generation ), iPhone 4, Apple TV ( 2nd Generation ), dan iPod Touch ( 4th Generation ). Tetapi jika silap langkah rumit juga untuk baiki >.<
Jadi kesimpulannya, jika anda tidak suka pada Jailbreak, dipersilakan upgrade iOS 6.1.3. Jika anda sudah jailbreak, simpan sat perasaaan nak upgrade tu. Tunggu keluar dah jailbreak untuk iOS 6.1.3 baru update tau! ^.^
#terima kasih kerana baca, komen sikit >.<
P/s : lama tak jengok blog ni, tengok layout dah lain, header lain. terbaik lah boss!! ^_^, maaf lama tak post, jangan pecat saya T.T
Santai malam ni,
Views: 0
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Google telah memperkenalkan Google Keep, yang boleh pastikan anda mencatat idea-idea dengan cepat jika anda terfikir. Perkidmatan ini juga boleh menyimpan senarai semak dan gambar yang penting kepada anda. Nota anda kan selamat di dalam Google Drive dan boleh disambungkan ke semua peranti untuk memudahkan anda.
Ia lebih cekap untuk bercakap daripada menulis – Oleh itu, google keep membolehkan anda
menyimpan memo suara untuk anda secara automatik.
Google Keep juga boleh didapati untuk peranti yang beroperasi Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan keatas di Google Play.
Views: 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan mudah untuk anda memeriksa sama ada antivirus anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
Antivirus merupakan sebuah perisian pertahanan yang cukup sinonim bagi pengguna sistem pengoperasian Windows. Setiap hari ada sahaja virus yang dicipta dengan pelbagai tujuan. Seiring dengan kemajuan teknologi virus tidak hanya dicipta untuk sistem pengoperasian komputer malah virus telah banyak dicipta untuk sistem pengoperasian telefon pintar dan baru-baru ini kedengaran virus sudah mula merebak kepada kenderaan. Untuk pembelajaran pada kali ini. Kita akan belajar bagaimana untuk memeriksa sama ada antivirus kita berfungsi dengan baik atau sebaliknya pada sistem pengoperasian Windows.
Kaedah memeriksa antivirus ini disediakan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Fail yang akan anda buat akan dianggap virus oleh antivirus anda. Tetapi,jangan anda risau kerana fail tersebut bukanlah virus. Jika antivirus anda tidak mengendahkan fail ini,maka disarankan agar anda memilih untuk menukar antivirus yang baharu yang lebih terpercaya. Kadangkala sesebuah perisian antivirus tidak dapat mengesan fail ini sebagai virus secara automatik. Ini bermakna anda perlu klik fail tersebut dan tunggu apa reaksi antivirus anda. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tugasan kita.
1. Buka aplikasi Notepad.Windows + R,taipkan Notepad.exe.
2. Salin dan tampal kod di bawah pada ruangan yang disediakan.
X5O!P%@AP[4PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3. Simpan fail dengan format .com atau .exe. Contohnya,antivirus-test.com dan klik Save.
4. Tunggu sehingga antivirus anda mengesan fail ini sebagai virus.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Views: 0