[ Tutorial ] Install Printer HP Pada Ubuntu 12.04 LTS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Jumpa lagi kita hari ni. Tapi bukan topik Apple atau Jailbreak yer.
Kali ini topik mengenai printer yang nak install di Linux/Ubuntu.
Rata2 orang menghadapi masalah ini untuk print document2, gambar2 kerana tak semua printer boleh install dalam Linux/Ubuntu. Bagi yang dah tahu tu, senang sekali. Bagi yang newbie macam saya ni, merangkak2 cari.

Saya ada jumpa satu method, masa pakai printer Canon PIXMA MP287. Complicated sikitlah, boleh print, tetapi nak scan itu masalah 🙁

Jadi saya menemui cara mudah untuk install printer HP pada Ubuntu anda. Jika anda pengguna Linux, caranya sama sahaja 😀
Printer yang saya guna ialah HP Deskjet Ink Advantage 2060. Rasanya printer HP yang lain sama kot. Wallahualam.

#maaf jika screenshot tak lawa, sebab tak biasa pakai Ubuntu buat entri >.<

Sila pastikan anda mematuhi syarat2 dibawah yer :

  1. Sudah connect dengan internet.
  2. Printer yang sudah dihidupkan ( jangan connect USB ( cable ) lagi )
  3. Mempunyai 1 slot USB yang kosong
  4. Fikiran yang tenang

Mula2 sekali, anda hendaklah klik Ubuntu Software Center ( USC ).

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Kemudian sila taip HP diruang pencarian tersebut.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Lepas itu, sila klik  , ataupun hanya klik install sahaja. 🙂

 Sila klik jika anda kurang jelas 😀

 Kemudian, jangan lupa untuk tick add-ons dibawah tu yer. 

 Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Lepas tick, tekan  Apply Changes.
Maka selesai proses pemasangan HPLIP Toolbox.
Jika tidak automatik berada dibar tepi tu, anda tekan start, tulis HP dan klik HPLIP Toolbox.
Sebelum tekan HPLIP Toolbox tu, ada hendaklah connect USB printer anda siap2.

Ini proses add printer ( jika anda buka kena add manual printer ).

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Sila klik tambah hijau tu, untuk add printer, dan tanda tolak itu untuk delete printer. Tanda recycle itu ialah tanda refresh. Jika anda terbuka siap2 program ni, dan cucuk usb printer, hanya tekan refresh untuk pastikan ia berfungsi 😀

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Kemudian pilihlah Connection Type, bermakna lappy or pc mahupun netbook anda berhubung dengan printer menggunakan apa? USB? Internet? Wifi? atau LPT? Saya guna USB kerana itu yang saya guna. Cara lain taktau lah boleh ke tak, boleh kot 😛

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Jika tidak jumpa, sila tekan refresh, insyaAllah jumpa :D, kemudian sila tekan next tau 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Sila isi ruang kosong itu jika nak isi, tetapi jangan anda usik pulak PPD file tu ea?
jangan lupa tekan ” Send test page to printer ” untuk uji ia berfungsi atau tidak. serta tekan Add Printer. InsyaAllah akan keluar seperti saya. 

Ok, sudah pasang kan? Saya cerita detail2 mengenai HPLIP Toolbox.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Ia berfungsi seperti version Windows punya. Boleh print, scan, clear catridges, print test page dan macam2 lagi dalam ruang Action itu. Mudahkan?

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Seperti di Windows, ada status printer. Tetapi yang ini sekali :D, anda boleh tahu dengan detail apa masalah printer anda, ada code error dan lain2.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Anda juga boleh lihat dakwat anda banyak mana dan status dakwat anda. Jika kata berada pada paras berbahaya, boleh standby siap2 dakwat baru 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Anda boleh settings mengikut citarasa anda, kualiti print atau macam2 lagi. 🙂

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Jika anda mahu hentikan proses print, boleh pegi ke Printer Control. Bukan setakat Stop, reject pun boleh ^_^

Ia akan duduk ditaskbar atas tu. Klik untuk ubah apa2 dan lawa logo HP tu ^_^.
Akhir sekali, contoh print test dan scan.

Sila klik jika anda kurang jelas 😀

Bagaimana? ok? 😀
Jadi itu sahaja tutorial saya pada kali ini.
Jika ada sebarang perkongsian idea atau pertanyaan, sila komen.
Sama2 kita menyelesaikan masalah yang bermain diminda ^_^
Jika printer Canon, insyaAllah saya akan cari untuk pengguna Canon lak :D. Print boleh, cuma scan je problem printer Canon. 🙁

Terima kasih kerana sudi jenguk entri ni 😀
Santai kali ni.

Puas kau besar tu 😛
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img