Membuat Peta Minda Lebih Mudah Dengan Coggle

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua. Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan membekalkan sebuah laman web yang akan memudahkan anda membuat peta minda.

Peta minda merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih mudah dan ringkas. Peta minda dapat membantu kita untuk mudah mengingati akan sesuatu perkara dengan lebih lancar dan efisien. Peta minda banyak kelebihannya berbanding menggunakan penulisan yang panjang lebar. Saya lihat rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Malah pada artikel yang terdahulu. Saya ada mengatakan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh mereka yang berpengalaman mengatakan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Jadi,daripada situ kita dapat lihat dan kenalpasti betapa kurangnya aktiviti membaca oleh rakyat Malaysia.

Coggle merupakan sebuah laman yang dibina untuk memudahkan kita membuat atau membina peta minda dengan mudah. Coggle hanya membekalkan fungsi asas untuk membuat sesuatu peta minda. Meskipun asas,Coggle memiliki fungsi yang menarik. Setiap tangkai yang diwujudkan akan berubah warna. Ini akan menarik lagi minat untuk menggunakan Coggle. Oleh sebab Coggle masih dalam versi Beta maka mungkin kita akan dapat lihat pelbagai lagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Untuk menggunakan servis Coggle. Akan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan akaun GMail anda. Coogle lebih ke arah penggunaan papan kekunci. Coogle juga mempunyai fungsi meletakkan gambar melalui fungsi drag-and-drop. Untuk menukar warna tangkai. Anda hanya perlu klik tangkai tersebut dan pilih warna mengikut kesesuaian. Anda juga boleh meletakkan sesautau pautan dengan cara [keterangan](pautan yang dikehendaki). Anda dapat berkongsi hasil anda dengan klik butang ‘Share’ atau memuat turun dalam bentuk dokumen (pdf) ataupun gambar (png).

Iklan Google

Lihat beberapa gambar sebagai tatapan.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Coogle kunjungi blog Coggle [di sini].

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img