Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel kali ini saya akan bekalkan kepada anda semua buku elektronik untuk menambahkan lagi pengetahuan kita dalam bidang teknologi maklumat ini. Anda boleh dapatkan secara percuma dan membaca dengan tenang.
Apabila anda membaca buku ini secara tidak langsung anda akan mendapat sebuah ilmu baru tentang virus,antivirus dan segala hal yang bersangkut paut berkenaan virus. Apa salahnya jika anda mendapatkan buku ini sebagai bahan bacaan tambahan masa lapang atau menjadikan buku ini sebagai koleksi. Saya pun tidak mahu bercakap panjang. Jadi,muat turun dan manfaatkan segala ilmu yang terdapat di dalamnya buku bermuka surat penuh hampir 300 ini.
Klik [di sini] untuk memuat turun buku elektronik Computer Virus For Dummies.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera? Pada artikel kali ini saya akan kongsikan sebuah trik yang dapat dilakukan dengan Google Drive.
Sunting menggunakan Shutter.
Seperti yang anda sedia maklum,Google Drive merupakan storan awan (cloud storage) yang amat berkualiti dan mesra pengguna. Google Drive juga dikenali sebagai Google Docs atau GDrive. Google Drive memiliki fungsi yang pelbagai. Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibongkar pada Google Drive ini. Antaranya ialah yang akan dikongsikan sebentar nanti. Pesaing Google Drive iaitu Dropbox memiliki fungsi pautan langsung dimana jika kita klik pautan tersebut kita akan dapat memuat turun sesuatu dokumen itu secara langsung tanpa perlu merujuk mana-mana halaman dan tekan butang ‘download’ terlebih dahulu. Google Drive juga memiliki fungsi ini,tapi anda perlu mengubah pautan perkongsian itu terlebih dahulu.
Kaedah ini amat sesuai sekiranya anda seorang blogger. Pada artikel DFX yang pernah saya tulis beberapa ketika dahulu,terdapat beberapa komen yang mengatakan mereka tidak dapat memuat turun fail ‘crack’ bagi perisian DFX tersebut. Jadi,saya telah mengubah pautan tersebut supaya anda tidak perlu susah payah lagi. Baik tak saya? Tanpa perlu membuang masa kita teruskan kepada tugasan kita.
2. Muat naik sebarang dokumen yang anda ingin kongsi. Lebih baik sekiranya anda buat sebuah folder agar mudah untuk diuruskan.
3. Setelah selesai memuat naik dokumen anda,klik kanan dokumen tersebut pilih Share dan Share.
4. Klik Change untuk ubah daripada Private kepada Public on the web. Membuat pautan langsung hanya akan jadi apabila anda tetapkan kepada Public. Klik Save.
5. Seperti yang anda lihat pada ruang Link to share. Pautan anda akan kelihatan seperti di bawah ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah salin ID (yang berwarna merah) bagi fail anda.
Pilih mengikut kesesuaian fail. Sekiranya fail anda bersifat audio/muzik/lagu. Maka, kaedah yang kedua perlu dipilih. Memandangkan saya meletakkan muzik sebagai perantara dalam penulisan ini. Maka,saya perlu pilih pautan yang kedua.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selepas memasang Lubuntu untuk mengekalkan kestabilan dan kesempurnaan Lubuntu. Anda perlu melakukan beberapa perkara. Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Lubuntu 13.04? Mari kita rujuk beberapa perkara yang perlu dilakukan.
1. Mengemaskini sistem operasi anda.
Selepas memasang sistem operasi Lubuntu 13.04,anda perlu mengemaskini sistem operasi anda untuk mengekalkan kestabilan.
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
2. Memasang Lubuntu-Restricted-Extras.
Lubuntu-Restricted-Extras merangkumi segala pakej perisian yang perlu anda pasang sekiranya anda ingin menggunakan fail yang pelbagai format seperti video,audio,flash. Rujuk [di sini].
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.
sudo apt-get install lubuntu-restricted-extras
3. Menghidupkan pemacu yang diperlukan.
Ini biasa terjadi kepada saya. Saya perlu menghidupkan terlebih dahulu pemacu wireless sebelum dapat menggunakannya.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Software & Updates.
4. Memasang VLC Media Player dan Firefox.
Ya! Jika anda gemar menggunakan pemutar media VLC dan belayar menggunakan Firefox. Inilah masanya untuk memasang perisian-perisian seperti ini. Tapi,setelah lama saya tidak menggunakan Chrome. Perasaan kembali minat kepada Chrome ini menjadi-jadi. Sejak menggunakan Lubuntu ini saya sudah kurang menggunakan Firefox. Entah bagaimana boleh berubah pula. Tapi,anda perlu memasang juga pelayar web Firefox untuk masa hadapan. Mungkin terdapat masalah pada Chrome. Jadi,sudah bersedia dengan alternatif yang baik.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Terminal dan taip baris perintah dibawah.
sudo apt-get install vlc firefox
5. Memasang pemuat turun uGet dan flareGet
Huh. Hidup tanpa ‘download manager’ memang tidak cukup sebagai pengguna internet yang juga “kaki download” seperti saya ini. Perkara pertama selepas memasang uGet saya terus cari artikel kompilasi Windows dan Microsoft Office karya saudara Dorsh. Fail .iso Windows 8 saya telah hilang kemudian Windows 8 pula tengah rosak. Jadi,terpaksa muat turun untuk kali kedua. Saya masih memerlukan Windows untuk beberapa hal yang tak dapat dielakkan.
Tidak perlu fikir panjang. Ini kaedahnya,hanya muat turun fail yang diperlukan.
Klik [di sini] untuk memuat turun uget. Untuk flareGet pula anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan pada blog Ubuntu Arena [di sini].
7. Memasang pemuat turun Torrent Tixati dan Deluge.
Torrent memang makanan harian saya. Mendapatkan filem antarabangsa secara kurang sihat memang inilah kaedah yang paling sesuai. Pusat rujukan utama saya ialah Yify. Saya tidak biasa menggunakan Transmission jadi sebagai alternatif saya akan pasang Tixati dan Deluge.
Klik [di sini] untuk mendapatkan Tixati dan klik [di sini] untuk mendapatkan Deluge.
8. Memasang Geary perisian pembaca e-mel.
Saya agak tidak suka dengan pembaca e-mel Sylpheed. Jadi,sebagai alternatif Geary adalah yang terbaik. Anda boleh cuba menggunakan Thunderbird juga.
Rujuk pautan [di sini] tentang kaedah pemasangan Geary.
9. Memasang perisian pejabat Libre Office.
Untuk anda yang memerlukan alternatif kepada Microsoft Office maka LibreOffice adalah yang terbaik. Memiliki fungsi yang lengkap dan mudah untuk digunakan membuatkan LibreOffice sebuah pilihan yang tepat. Seperti yang anda tahu juga bahawa Lubuntu hanya membekalkan Abiword – Word dan Gnumeric – Excel. Jika,anda mahu lebih lagi,maka anda wajib memasang LibreOffice.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Synaptic Package Manager dan buatlah carian “libreoffice” pada ruangan carian.
10. Mengubah dan memperindah antara muka mengikut kemahuan anda.
Mengubah antara muka mengikut kemahuan anda perlu. Ini kerana sebahagian pengguna menginginkan rupa sistem pengoperasian yang cantik dan indah. Ada separuh orang inginkan perkara yang asas sahaja. Jadi,segalanya terpulang pada anda.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Customize Look and Feel.
Kebanyakan perkara yang perlu dibuat ialah memasang perisian. Anda boleh memasang sebarang perisian lain yang mungkin dapat membantu anda melakukan tugasan seharian. Apa yang penting ialah anda perlu banyak melakukan carian pada Google untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel pada kali ini saya akan membawa anda telusuri dunia Lubuntu. Saya telah mencuba membuat peta minda menggunakan Coggle untuk menerangkan secara ringkas tentang Lubuntu. Tapi,saya juga akan menulis panjang dalam artikel ini untuk menerangkan tentang Lubuntu secara penuh.
Apakah itu Lubuntu? Lubuntu merupakan sebuah sistem pengoperasian berasaskan Ubuntu. Lubuntu menggunakan persekitaran atas meja (desktop environment-DE) Lightweight X11 Desktop Environment (LXDE). Jika anda sudah biasa dengan dunia Linux anda pasti mengenali akan de LXDE ini. Untuk apa Lubuntu dibina sedangkan kita boleh terus memasang de LXDE dan terus menggunakannya pada distro Ubuntu dan sebagainya? Sama seperti distro lain,Lubuntu dibina untuk memberikan kelainan pada sesebuah sistem pengoperasian itu. Dalam erti kata lain,anda boleh pasang dan terus menggunakannya. Jika anda memasang de LXDE terus anda perlu melakukan beberapa perubahan untuk menjadikan sistem pengoperasian anda lebih cantik,indah dan menawan. Sudah menjadi Lumrah manusia suka akan keindahan. Jadi,komuniti Lubuntu membina sistem pengoperasian ini dengan pelbagai kemudahan yang sudah sedia dipasang dan melakukan beberapa perubahan antara muka seperti menukar tema,ikon dan sebagainya. Itu dari segi kenapa lubuntu dibina. Sekarang kita pergi pula kepada,apakah tujuan sebenar Lubuntu dibina. Tujuan Lubuntu dibina ialah untuk memberi sinar kepada komputer yang sudah agak lama. Dalam erti kata lain,perkakasan komputer anda tidak dapat menampung sistem operasi yang terkini yang memerlukan spesifikasi perkakasan yang tinggi. Oleh sebab Lubuntu dibina berdasarkan Ubuntu maka,segala perisian,permainan,repositori atau format yang berjalan pada Ubuntu dapat digunakan dengan baik pada Lubuntu.
Apakah yang baharu pada Lubuntu 13.04?
Untuk menterjemahkan apa yang baharu pada Lubuntu 13.04 tidaklah terlalu banyak. Hanya perubahan yang biasa seperti penambahbaikan dan beberapa pembaharuan pada aplikasi. Antara perkara yang baharu yang dapat kita lihat ialah:-
Versi terbaru pcmanfm/libfm 1.1.0 (pengurus fail) iaitu fungsi carian yang terbina.
Penambahbaikan karya seperti kertas dinding (wallpaper) yang baru,kertas dinding yang disumbang oleh komuniti dan ikon yang baru.
Membuang catfish apabila pacmanfm sudah memiliki fungsi cariannya sendiri.
Membaiki pepijat lama yang mengakibatkan gnome-mplayer ‘crash’ pada sesuatu cpu (P4).
Pembaikan pada perisian pemapar gambar gpicview.
Adakah terdapat masalah semasa menjalankan sistem pengoperasian Lubuntu?
Masalahnya ialah seperti yang saya katakan pada artikel sebelum ini berkenaan sambungan wi-fi. Tapi,itu bukannya masalah utama kerana Google Malaysia dan laman perbincangan banyak membantu. Antara masalah yang saya dapat sewaktu menggunakan distro Lubuntu dalam beberapa hari ini. Saya dapati aplikasi Lubuntu Software Center mudah ‘hang’ atau ‘not responding’. Mungkin disebabkan penggunaan memori yang tinggi. Tapi,satu kelebihan yang saya dapat pada distro Lubuntu ini ialah saya boleh membuka lebih daripada 20 tab pada pelayar web Chromium tanpa cacat cela. Ini merupakan masalah bagi saya. Saya seorang yang gemar melihat penggunaan memori,cpu dari semasa ke semasa. Tapi,Task Manager pada Lubuntu hanya membekalkan fungsi itu jelah. Saya perlu melihat penggunaan ‘swap’ dan sebagainya. Memang kita boleh memasang Conky tapi saya lebih gemar menggunakan perisian. Jadi,saya memasang htop (sudo apt-get install htop). Untuk menjalankannya hanya perlu buka Terminal dan taip htop. Masalah lain yang saya dapat ialah dua kali tetingkap ‘crash’ akibat daripada penggunaan memori yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelayar web Chromium dan beberapa perisian lain yang berjalan pada masa yang sama seperti VLC,uGet dan lain-lain. Kelemahan yang saya lihat dan alami ialah Lubuntu agak tidak sesuai untuk komputer riba beresolusi 1024 X 600. Atau dalam bahasa teknologinya ialah ‘netbook’. Tapi,masalah ini tidak mengganggu tugasas harian anda sewaktu menggunakan Lubuntu.
Saya tidak pernah menggunakan Linux,adakah Lubuntu sesuai?
Maaf ini bukan ulasan untuk Lubuntu tapi ini ulasan secara umum untuk mengajak mereka melangkah ke alam Linux. Jika nak diikutkan sebarang distro Linux boleh digunakan untuk mereka yang baharu dalam dunia Linux ini. Bukan sekadar Ubuntu. Malah,distro-distro lain juga boleh digunakan. Ini yang dipanggil proses pembelajaran dan pengajian. Kita belajar dan mengkaji tentang Linux dan mendapat satu ilmu baru. Nak kata Linux tidak boleh melakukan tugasan harian? Semua aplikasi yang ada pada sistem pengoperasian Windows ada alternatif untuk Linux. Nak kata ‘kaki game’ bosan menggunakan Linux. Itu semua hanya tipuan semata-mata.
Jadi,dimana saya perlu mula?
Untuk bermula anda mestilah menggunakan terus Lubuntu tanpa membaca sebarang dokumen kecuali merujuk kaedah pemasangan yang bertebaran di alam maya ini. Selepas selesai memasang maka gunakanlah secara berhemah. Artikel “Apa Perlu Buat Selepas Memasang Lubuntu 13.04” akan menyusul tidak lama lagi. Ingat! Pasang dan gunakan.
Sekarang kita pergi kepada ulasan yang sebenar mengenai Lubuntu 13.04. Pada permulaan penulisan saya telah menerangkan serba sedikit tentang Lubuntu,apa yang baru pada Lubuntu 13.04. Tapi,pada penulisan selepas ini saya akan menerangkan aplikasi/perisian apa yang sudah sedia pasang,versi yang digunakan dan lain-lain.
Lubuntu menggunakan Audacious sebagai pemutar muzik,lagu,audio dan menggunakan GNOME MPlayer sebagai pemutar media/video. Lubuntu meletakkan Chromium sebagai pelayar web rasmi dan Transmission sebagai pemuat turun untuk torrent. Uutuk berbual dan bersembang di alam maya Pidgin Internet Messenger telah terpasang secara lalai. Jika anda meminati permainan bercorak ‘puzzle’,terdapat beberapa permainan bersifat kad yang terpasang pada Lubuntu. Untuk menulis dokumen. Lubuntu tidak didatangkan bersama Libre Office (anda boleh memasangnya kemudian) Lubuntu didatangkan dengan Abiword untuk membuat dokumen dan Gnumeric sebagai alternatif kepada Excel. Untuk membaca dokumen berformat .pdf,Document Viewer adalah perisian yang akan digunakan. Lubuntu tidak didatangkan dengan sebarang aplikasi ‘screen capture’ anda boleh memasang Shutter atau Gnome Screenshot. Terminal pula menggunakan LXTerminal yang bersifat ringkas dan mudah digunakan. Untuk membaca dan menghantar e-mel perisian Sylpheed didatangkan bersama,tapi saya lebih gemar menggunakan Geary. Anda boleh mencuba perisian Thunderbird. Perisian seperti Leafpad digunakan sebagai alternatif Notepaddan perisian Xpad digunakan untuk menulis nota ringkas. Untuk memasang aplikasi perisian seperti Lubuntu Software Center dan Synaptic Package Manager dapat membantu anda dengan lebih efisien.
Lihat beberapa gambar yang sempat diambil oleh saya:-
Bagi anda pengguna Windows XP,segeralah berpindah kepada Linux. Jika anda ingin mengekalkan kecepatan mengakses komputer anda,maka gunakanlah Lubuntu. Tarikh kematian Windows XP pun semakin hampir. Jadi,jangan biarkan hidup anda diselubungi ketakutan.
Entri saya kali ini masih lagi berkisar tentang produk Kaspersky. Tidak perlu diperkenalkan lagi, Kaspersky merupakan antara produk perisian keselamatan (Security Tools) terbaik di dunia buat masa ini. Saya ingin kongsikan kepada anda semua giveaway lesen Kaspersky Pure selama 180 hari bersamaan 6 bulan. Sebenarnya giveaway ini hanya untuk mereka yang menetap di UK, bukan Ulu Klang ataupun Ulu Kinta tetapi United Kingdom. Jadi untuk layak memohon lesen ini anda memerlukan proksi ataupun VPN yang menggunakan IP dari UK. Promosi sah sehingga 12 May 2013.
Saya telah cuba memasuki laman giveaway menggunakan proksi, akan tetapi kebanyakkan proksi tersebut tidak dapat memasuki laman tersebut. Akhirnya saya cuba mencari VPN yang dapat mengakses laman tersebut menggunakan enjin carian Google dengan kata kunci “Free UK VPN“. Terdapat banyak PPTP VPN percuma yang dijumpai. Saya telah menggunakan tiga daripadanya dan ketiga-tiganya berhasil memasuki laman web tersebut. Tiga daripada VPN tersebut ialah:
http://uk.newfreevpn.com/
http://www.bestukvpn.com/
http://www.getukvpn.com/
Selebihnya anda carilah sendiri… Ok, kita mulakan dengan langkah pertama..
1. Sambung komputer anda kepada VPN UK.
2. Pergi ke laman web ini:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua. Harap anda sihat sejahtera. Seperti yang dijanjikan oleh saya pada artikel sebelum ini untuk membekalkan beberapa artikel tentang Linux. Kali ini kita akan berbincang tentang masalah yang berlaku pada sistem pengoperasian Linux pula.
Seperti biasa saya akan memasang sebarang distro Linux menggunakan ‘cable’. Ini kerana Linux gagal untuk membaca saya punya network card secara terus. Jadi,saya terpaksa memasang ‘proprietary driver’ Broadcom menggunakan ‘cable’ sebelum saya dapat menggunakan sambungan ‘wireless’. Kebiasaannya selepas sahaja memasang ‘proprietary driver Broadcom’ saya sudah dapat menggunakan ‘wireless’. Tapi,lain pula keadaannya selepas memasang Lubuntu 13.04 ini. Puas saya memasukkan kata laluan wi-fi saya tapi masih gagal. Selepas bosan mencuba beberapa kali juga tidak boleh akhirnya saya mencuba nasib mencari penyelesaian melalui perantaraan jin Google Malaysia. Alhamdulillah,selepas beberapa ketika saya menjumpai penyelesaian untuk masalah ini. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada panduan penyelesaian masalah ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya tentang perkara ini. Jadi,untuk memudahkan hari-hari kita bersama Linux. Maka,saya terpanggil untuk menulis akan panduan ini.
DNS atau Domain Name System merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk melepasi sekatan ISP. Dahulu heboh satu Malaysia dimana kerajaan telah menyekat beberapa laman yang melanggar hak cipta salah satunya ThePirateBay. Jadi,bermula dari situ kaedah menggunakan DNS untuk melepasi sekatan terus diwar-war dan digunapakai oleh setiap pengguna internet. Antara pembekal DNS yang biasa kita dengar ialah Google Public DNS dan OpenDNS. Dua penyedia DNS ini cukup masyur dalam kalangan pengguna internet dan OpenDNS lebih membekalkan tahap keselamatan yang tinggi berbanding Google DNS. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan kelebihan dan kekurangan DNS. Jadi,usahlah saya maklumkan lagi. Kita teruskan sahaja kepada tugasan kita.
Setiap Linux yang memiliki antara muka pengguna grafik (graphical user interface – GUI) boleh menggunakan kaedah ini. Sepanjang saya menggunakan beberapa buah distro Linux. Inilah kaedah yang biasa saya gunakan tapi mungkin juga ada beberapa perbezaan pada distro lain. Untuk panduan kali ini saya menggunakan distro Lubuntu 13.04yang baru sahaja selesai dipasang semalam.
1. Klik ikon sambungan internet anda dan pilih Edit. Untuk beberapa distro lain anda perlu klik kanan dan kemudian cari perkataan sunting (edit) atau perkataan yang sama maksud dengannya.
Atau anda boleh juga mencari aplikasi Network Connections pada Menu -> Preferences.
2. Satu tetingkap Network Connection akan terbuka. Kebiasaannya tetingkap seperti di bawah ini yang menjadi antara muka lalai. Pilih sambungan anda dan kemudian klik Edit.
3. Sebuah lagi tetingkap akan muncul.
Klik IPv4 Settings.
Ubah kepada Automatic (DHCP) addresses only.
Taipkan Google Public DNS pada ruangan DNS servers (8.8.8.8, 8.8.4.4).
Save.
Mula balik (restart) sambungan internet anda.
Selesai sudah perbincangan kita. Nantikan beberapa artikel Linux lain yang bakal menyusul beberapa ketika nanti.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua. Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan membekalkan sebuah laman web yang akan memudahkan anda membuat peta minda.
Peta minda merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih mudah dan ringkas. Peta minda dapat membantu kita untuk mudah mengingati akan sesuatu perkara dengan lebih lancar dan efisien. Peta minda banyak kelebihannya berbanding menggunakan penulisan yang panjang lebar. Saya lihat rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Malah pada artikel yang terdahulu. Saya ada mengatakan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh mereka yang berpengalaman mengatakan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Jadi,daripada situ kita dapat lihat dan kenalpasti betapa kurangnya aktiviti membaca oleh rakyat Malaysia.
Coggle merupakan sebuah laman yang dibina untuk memudahkan kita membuat atau membina peta minda dengan mudah. Coggle hanya membekalkan fungsi asas untuk membuat sesuatu peta minda. Meskipun asas,Coggle memiliki fungsi yang menarik. Setiap tangkai yang diwujudkan akan berubah warna. Ini akan menarik lagi minat untuk menggunakan Coggle. Oleh sebab Coggle masih dalam versi Beta maka mungkin kita akan dapat lihat pelbagai lagi penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Untuk menggunakan servis Coggle. Akan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan akaun GMail anda. Coogle lebih ke arah penggunaan papan kekunci. Coogle juga mempunyai fungsi meletakkan gambar melalui fungsi drag-and-drop. Untuk menukar warna tangkai. Anda hanya perlu klik tangkai tersebut dan pilih warna mengikut kesesuaian. Anda juga boleh meletakkan sesautau pautan dengan cara [keterangan](pautan yang dikehendaki). Anda dapat berkongsi hasil anda dengan klik butang ‘Share’ atau memuat turun dalam bentuk dokumen (pdf) ataupun gambar (png).
Lihat beberapa gambar sebagai tatapan.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang Coogle kunjungi blog Coggle [di sini].
Baru-baru ini Kaspersky telah mengadakan “giveaway” lesen antivirus mereka secara percuma untuk 1 tahun. Tetapi lesen ini hanya untuk pengguna “motherboard” ASUS ROG [Republic of Gamers] sahaja. Jikalau anda pengguna “motherboard” tersebut, anda tidak memerlukan trik ini untuk mendapat lesen percuma. Hanya perlu klik sahaja pada link giveaway tersebut, muat turun antivirus dan pasang. Kepada yang tidak menggunakan “motherboard” berikut seperti saya, sila ikuti langkah tersebut…
1. Anda memerlukan 7-zip, jika tiada muat turun dan pasang: []. Pastikan jika anda pernah memasang sebarang kaspersky produk sebelum ini (Antivirus, Internet Security, PURE or CBE), sila uninstall produk tersebut terlebih dahulu menggunakan [] untuk membuang semua fail-fail semasa proses uninstall.
2. Pergi ke laman giveaway [], klik butang “download now“.
3. Selepas muat turun, “extract zip file”. Kemudian klik-kanan pada installer, pilih 7-zip dan pilih ‘extract to KAV…….‘. Buka folder yang telah di extract tadi dan klik-kanan pada “kavkis.msi” dan extract fail tersebut untuk mendapatkan fail “cbi.dll“. Inilah fail pengaktifan untuk Kaspersky Antivirus ROG sebenarnya.
4. Kita perlu mencipta folder untuk antivirus ini secara manual. Pergi ke direktori “C:Program Files” dan cipta folder “Kaspersky Lab“. Masuk ke dalam folder tersebut dan cipta lagi satu folder bernama “Kaspersky Anti-Virus 2013“. Untuk 32bit akan kelihatan seperti tersebut:
Sekarang salin dan paste fail “cbi.dll” tadi ke dalam folder tersebut.
5. Sekarang kita perlu mencipta lagi folder di Program Data [folder ini hidden, anda kena unhidden dekat folder option]. Pergi ke “C:Program Data” dan cipta folder “Kaspersky Lab” di dalamnya. Kemudia cipta folder “AVP13“, di dalamnya cipta lagi satu folder “Data“. Berapa banyak nak kena cipta folder daa… Untuk Windows Vista, 7 dan 8 akan kelihatan seperti ini:
C:ProgramDataKaspersky LabAVP13Data
Untuk Windows XP pula:
C:Documents and SettingsAll UsersApplication DataKaspersky LabAVP13Data
6. Pergi semula kepada folder yang kita extract pada langkah ke-3, klik dua kali dan buka fail “kavkis.cab“. Di dalamnya anda dapat fail “_1AA7CD13.key“, sekarang extract atau copy-paste fail tersebut ke dalam folder “Data” di langkah 5.
7. Sekarang semuanya sudah siap. Kini masanya untuk anda muat turun [kav13.0.1.4190abcdefEN_4395]. Selesai muat turun pasang sahaja seperti biasa, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana produk tersebut akan aktif secara sendirinya dan pastikan anda ada sambungan ke internet semasa produk di aktifkan.
Ataupun kalau nak mudah ikut cara ni:
1. Muat turun fail pemasangan Kaspersky dari sini: Link
2. Tukar nama fail pemasangan tadi kepada ‘Setup.exe‘ >>> Penting!!
3. Muat turun pula ‘KAV_2013_AsusMOD‘ di sini: Link
4. Letakkan fail pemasangan yang telah ditukar nama tadi bersama dengan fail AsusMOD dalam satu folder.
5. Jalankan KAV_2013_AsusMOD.exe dan biarkan setup berjalan seperti biasa.
6. Selesai..
7. KAV_2013_AsusMOD yang akan extract dan pasangkan lesen 365 hari secara automatik.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian yang mampu meningkat mutu audio pada sistem pengoperasian Windows anda.
Sebelum saya menulis lebih lanjut saudara Arya Putra pernah memberikan ulasan tentang perisian ini [di sini]. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini dengan versi perisian yang terbaru dan memberikan sedikit ulasan tentang fungsi perisian dan ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini dengan lebih mendalam.
DFX Audio Enchancer atau DFX merupakan perisian yang mampu meningkatkan kualiti audio pada sistem pengoperasian Windows anda. DFX menawarkan dua sistem perlesenan iaitu percuma dan berbayar. Perisian ini bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan kelantangan sistem bunyi pada sistem pengoperasian Windows. Malah,perisian ini memiliki ciri-ciri untuk memperbaik sistem audio pada sistem pengoperasian Windows. Seringkali kita merasakan bahawa sistem bunyi pada komputer kita khusus apabila menggunakan sistem pengoperasian Windows agak perlahan,berbeza dengan sistem pengoperasian Linux (Ubuntu) yang mampu meningkatkan sistem bunyi sehingga ke 130%. Jadi,agak tidak seronok untuk kita mendengar sesuatu muzik atau untuk memahami suatu perbicaraan.
Seperti yang tertera pada halaman utama mereka mengatakan bahawa DFX tidak digunakan untuk meningkatkan sistem bunyi pada pemain media. Malah,DFX dapat juga meningkatkan sistem bunyi pada laman penstriman video seperti Youtube,Vimeo,DailyMotion dan pelbagai lagi laman penstriman video. Apa yang saya alami setelah menggunakan perisian DFX ini,apabila saya meningkatkan kelantangan melalui perisian ini saya dapati bahawa semua bunyi yang terdapat pada sistem pengoperasian Windows juga turut dipertingkatkan seperti bunyi “klik” apabila membuka sesuatu folder,bunyi notifikasi pada laman sosial Facebook dan lain-lain. Jadi,sekadar ini sahaja bicara saya tentang perisian DFX Audio Enchancer ini. Kita teruskan kepada ciri-ciri yang terdapat pada DFX ini.
Semua ujikaji di bawah ditetapkan pada tetapan Music Type I dan Head-phone pada kadar penuh (10) pada sesuatu ciri. Perubahan akan berlaku pada tetapan lain.
1. Fidelity (fideliti – Darjah ketetapan sesuatu rakaman yang dihasilkan semula).
Saya agak tidak faham akan ciri ini. Tapi,ciri ini lebih kepada menajamkan bunyi.
2. Ambience (Suasana).
Fungsi ini digunakan untuk meningkatkan lagi bunyi persekitaran. Apabila anda menghidupkan ciri ini anda akan dapati seperti anda berada dalam dewan yang kosong. Mewujudkan bunyi gema dan mengurangkan/memperlahankan suara.
3. 3D Surround Sound (Bunyi sekeliling).
Apabila anda menghidupkan ciri ini,bunyi yang akan anda dengar akan lebih sedap. Lebih terang meskipun anda tidak tetapkan pada tetapan Speech. Tidak sekadar percakapan,bunyi juga akan lebih terang.
4. Dynamic Boost.
Apabila anda mengaktifkan ciri ini tidak perlu saya katakan lagi,pembesar suara pun boleh pecah. Ya! Ciri ini dapat meningkatkan kelantangan audio,bunyi.
5. HyperBass.
Dapat meningkatkan bunyi daripada alat muzik seperti Bass (Audioslave – Like A Stone) dan bunyi Drum.
Anda perlu lakukan tetapan sendiri mengikut kemahuan anda. Anda tidak boleh menetapkan semua ciri pada kadar penuh atau audio anda akan kelihatan rosak. Jadi,tetapkan secara berhemah. Anda juga tidak boleh membiarkan sesuatu tetapan itu secara terus. Anda perlu ubah kepada pembesar suara (speaker) daripada head-phones. Anda juga tidak boleh mengekalkan tetapan terus pada Music Tupe I,Music Type II dan Speech.
Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi percuma.
Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi berbayar secara percuma.
(Salin crack pada C:/Program Files/DFX)