Membuat Pautan Langsung Dengan Google Drive

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera? Pada artikel kali ini saya akan kongsikan sebuah trik yang dapat dilakukan dengan Google Drive.

Sunting menggunakan Shutter.

Seperti yang anda sedia maklum,Google Drive merupakan storan awan (cloud storage) yang amat berkualiti dan mesra pengguna. Google Drive juga dikenali sebagai Google Docs atau GDrive. Google Drive memiliki fungsi yang pelbagai. Terdapat pelbagai kaedah yang telah dibongkar pada Google Drive ini. Antaranya ialah yang akan dikongsikan sebentar nanti. Pesaing Google Drive iaitu Dropbox memiliki fungsi pautan langsung dimana jika kita klik pautan tersebut kita akan dapat memuat turun sesuatu dokumen itu secara langsung tanpa perlu merujuk mana-mana halaman dan tekan butang ‘download’ terlebih dahulu. Google Drive juga memiliki fungsi ini,tapi anda perlu mengubah pautan perkongsian itu terlebih dahulu.

Kaedah ini amat sesuai sekiranya anda seorang blogger. Pada artikel DFX yang pernah saya tulis beberapa ketika dahulu,terdapat beberapa komen yang mengatakan mereka tidak dapat memuat turun fail ‘crack’ bagi perisian DFX tersebut. Jadi,saya telah mengubah pautan tersebut supaya anda tidak perlu susah payah lagi. Baik tak saya? Tanpa perlu membuang masa kita teruskan kepada tugasan kita.

1. Log masuk ke Google Drive [di sini]. 

2. Muat naik sebarang dokumen yang anda ingin kongsi. Lebih baik sekiranya anda buat sebuah folder agar mudah untuk diuruskan.

3. Setelah selesai memuat naik dokumen anda,klik kanan dokumen tersebut pilih Share dan Share.

4. Klik Change untuk ubah daripada Private kepada Public on the web. Membuat pautan langsung hanya akan jadi apabila anda tetapkan kepada Public. Klik Save.

5. Seperti yang anda lihat pada ruang Link to share. Pautan anda akan kelihatan seperti di bawah ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah salin ID (yang berwarna merah) bagi fail anda. 

https://docs.google.com/file/d/0B3a3T6gwvvqOZ05EZUNUejJYVXM/edit?usp=sharing

6. Selepas anda menyalin ID bagi fail anda. Ubah pautan anda menjadi seperti di bawah. Gantikan perkataan <KEY> (yang berwarna merah) dengan ID anda.

http://drive.google.com/uc?id=<KEY>&e=download (atau) http://drive.google.com/uc?export=download&id=<KEY> 

Pilih mengikut kesesuaian fail. Sekiranya fail anda bersifat audio/muzik/lagu. Maka, kaedah yang kedua perlu dipilih. Memandangkan saya meletakkan muzik sebagai perantara dalam penulisan ini. Maka,saya perlu pilih pautan yang kedua.


7. Hasilnya akan kelihatan seperti ini.  

http://drive.google.com/uc?export=download&id=0B3a3T6gwvvqOZ05EZUNUejJYVXM

8. Untuk mencuba sama ada dokumen anda berjaya dokongsi secara langsung. Klik pautan di bawah.

Muat turun: Katana – No Surrender. Untuk mendengar muzik terlebih dahulu klik Katana – No Surrender

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img