CloudKafe: Urus Pelbagai Perkhidmatan Awan Dengan Mudah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis artikel tentang sebuah laman yang digunakan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awan atau perkhidmatan yang terdapat di alam maya.

Jika anda seorang yang aktif menggunakan internet ini sudah pasti anda rajin dan gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya,anda mencuba perkhidmatan storan awan (cloud storage) seperti Google Drive,Dropbox,BOX dan lain-lain. Mendaftar dan menggunakan seperti biasa memang tiada masalah,tapi apabila semakin banyak kita mendaftar pasti sulit untuk diuruskan. Kesulitan ini sudah tentu menjadi suatu bebanan kepada kita. Percayakah yang saya telah memiliki berpuluh akaun pada storan awan? Saya seorang yang gemar tanda (bookmark) sesebuah laman/blog dan juga seorang yang suka mendaftar tapi jarang menggunakan apa yang sudah di daftar. Sampai pada satu tahap saya sudah lupa yang saya pernah mendaftar pada laman tersebut. Sedikit mukadimah daripada saya. Tiba masa untuk saya terangkan perihal CloudKafe.

Seperti yang tertera pada tajuk dan mukadimah penulisan CloudKafe dibina bertujuan untuk memudahkan anda mengurus sesuatu perkhidmatan yang terdapat di alam siber. CloudKafe tidak hanya menguruskan storan awan/maya malah CloudKafe juga digunakan untuk mengurus perkhidmatan gambar seperti Picasa,video seperti YouTube,Nota seperti Evernote dan pelbagai lagi perkhidmatan lain yang popular. Sebentar lagi saya akan senaraikan semua perkhidmatan yang disokong oleh CloudKafe setakat ini.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti CloudKafe. JoliCloud/JoliDrive yang pernah ditulis oleh saudara Arya Putra juga menawarkan perkhidmatan yang hampir sama seperti CloudKafe. Jika anda mahukan lebih lagi perkhidmatan yang sama seperti CloudKafe dan JoliCloud,anda boleh mencari pada enjin carian Google Malaysia. Mungkin ada beberapa laman web lain yang sesuai untuk watak dan pendirian anda atau sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Jadi,perbanyakkan carian dan tanda.

Storan Awan:-

  • Google Drive
  • BOX
  • Dropbox
  • SugarSync
  • SkyDrive
Gambar:-
  • SmugMug
  • Facebook
  • Picasa
  • Flickr
  • Instagram
Video:-
  • YouTube
  • Vimeo
Nota:- 
  • Evernote
  • Catch
Muzik:-
  •  Akan datang…

Usah saya berpanjang lebar. Saya sertakan beberapa gambar yang dapat menarik perhatian anda untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe. Tapi,sebelum saya lupa untuk mengingatkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh CloudKafe adalah percuma. Jadi,manfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Halaman utama. 
Tambah akaun baru.
Antara muka pengurus fail yang ringkas dan mudah.

Sekiranya anda mempunyai masalah semasa menggunakan CloudKafe sila rujuk [di sini].
Perbanyakan membaca sebelum bertanya.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img