Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Artikel pada kali ini saya akan membawa anda telusuri dunia Lubuntu. Saya telah mencuba membuat peta minda menggunakan Coggle untuk menerangkan secara ringkas tentang Lubuntu. Tapi,saya juga akan menulis panjang dalam artikel ini untuk menerangkan tentang Lubuntu secara penuh.
Apakah itu Lubuntu?
Lubuntu merupakan sebuah sistem pengoperasian berasaskan Ubuntu. Lubuntu menggunakan persekitaran atas meja (desktop environment-DE) Lightweight X11 Desktop Environment (LXDE). Jika anda sudah biasa dengan dunia Linux anda pasti mengenali akan de LXDE ini. Untuk apa Lubuntu dibina sedangkan kita boleh terus memasang de LXDE dan terus menggunakannya pada distro Ubuntu dan sebagainya? Sama seperti distro lain,Lubuntu dibina untuk memberikan kelainan pada sesebuah sistem pengoperasian itu. Dalam erti kata lain,anda boleh pasang dan terus menggunakannya. Jika anda memasang de LXDE terus anda perlu melakukan beberapa perubahan untuk menjadikan sistem pengoperasian anda lebih cantik,indah dan menawan. Sudah menjadi Lumrah manusia suka akan keindahan. Jadi,komuniti Lubuntu membina sistem pengoperasian ini dengan pelbagai kemudahan yang sudah sedia dipasang dan melakukan beberapa perubahan antara muka seperti menukar tema,ikon dan sebagainya. Itu dari segi kenapa lubuntu dibina. Sekarang kita pergi pula kepada,apakah tujuan sebenar Lubuntu dibina. Tujuan Lubuntu dibina ialah untuk memberi sinar kepada komputer yang sudah agak lama. Dalam erti kata lain,perkakasan komputer anda tidak dapat menampung sistem operasi yang terkini yang memerlukan spesifikasi perkakasan yang tinggi. Oleh sebab Lubuntu dibina berdasarkan Ubuntu maka,segala perisian,permainan,repositori atau format yang berjalan pada Ubuntu dapat digunakan dengan baik pada Lubuntu.
Apakah yang baharu pada Lubuntu 13.04?
Untuk menterjemahkan apa yang baharu pada Lubuntu 13.04 tidaklah terlalu banyak. Hanya perubahan yang biasa seperti penambahbaikan dan beberapa pembaharuan pada aplikasi. Antara perkara yang baharu yang dapat kita lihat ialah:-
- Versi terbaru pcmanfm/libfm 1.1.0 (pengurus fail) iaitu fungsi carian yang terbina.
- Penambahbaikan karya seperti kertas dinding (wallpaper) yang baru,kertas dinding yang disumbang oleh komuniti dan ikon yang baru.
- Membuang catfish apabila pacmanfm sudah memiliki fungsi cariannya sendiri.
- Membaiki pepijat lama yang mengakibatkan gnome-mplayer ‘crash’ pada sesuatu cpu (P4).
- Pembaikan pada perisian pemapar gambar gpicview.
Saya tidak pernah menggunakan Linux,adakah Lubuntu sesuai?
Jadi,dimana saya perlu mula?
Untuk bermula anda mestilah menggunakan terus Lubuntu tanpa membaca sebarang dokumen kecuali merujuk kaedah pemasangan yang bertebaran di alam maya ini. Selepas selesai memasang maka gunakanlah secara berhemah. Artikel “Apa Perlu Buat Selepas Memasang Lubuntu 13.04” akan menyusul tidak lama lagi. Ingat! Pasang dan gunakan.
Sekarang kita pergi kepada ulasan yang sebenar mengenai Lubuntu 13.04. Pada permulaan penulisan saya telah menerangkan serba sedikit tentang Lubuntu,apa yang baru pada Lubuntu 13.04. Tapi,pada penulisan selepas ini saya akan menerangkan aplikasi/perisian apa yang sudah sedia pasang,versi yang digunakan dan lain-lain.
Lubuntu menggunakan Audacious sebagai pemutar muzik,lagu,audio dan menggunakan GNOME MPlayer sebagai pemutar media/video. Lubuntu meletakkan Chromium sebagai pelayar web rasmi dan Transmission sebagai pemuat turun untuk torrent. Uutuk berbual dan bersembang di alam maya Pidgin Internet Messenger telah terpasang secara lalai. Jika anda meminati permainan bercorak ‘puzzle’,terdapat beberapa permainan bersifat kad yang terpasang pada Lubuntu. Untuk menulis dokumen. Lubuntu tidak didatangkan bersama Libre Office (anda boleh memasangnya kemudian) Lubuntu didatangkan dengan Abiword untuk membuat dokumen dan Gnumeric sebagai alternatif kepada Excel. Untuk membaca dokumen berformat .pdf,Document Viewer adalah perisian yang akan digunakan. Lubuntu tidak didatangkan dengan sebarang aplikasi ‘screen capture’ anda boleh memasang Shutter atau Gnome Screenshot. Terminal pula menggunakan LXTerminal yang bersifat ringkas dan mudah digunakan. Untuk membaca dan menghantar e-mel perisian Sylpheed didatangkan bersama,tapi saya lebih gemar menggunakan Geary. Anda boleh mencuba perisian Thunderbird. Perisian seperti Leafpad digunakan sebagai alternatif Notepad dan perisian Xpad digunakan untuk menulis nota ringkas. Untuk memasang aplikasi perisian seperti Lubuntu Software Center dan Synaptic Package Manager dapat membantu anda dengan lebih efisien.
Lihat beberapa gambar yang sempat diambil oleh saya:-
Versi PDF: Lubuntu 13.04 |
Bagi anda pengguna Windows XP,segeralah berpindah kepada Linux. Jika anda ingin mengekalkan kecepatan mengakses komputer anda,maka gunakanlah Lubuntu. Tarikh kematian Windows XP pun semakin hampir. Jadi,jangan biarkan hidup anda diselubungi ketakutan.
Selamat mencuba.
Sekian. Assalamualaikum