Utama Blog Laman 138

OmniROM 8.1 Pada OnePlus 5, Merasai Android Oreo Yang Terkini

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai perisian peranti, iaitu OmniROM 8.1 pada OnePlus 5. Apa itu 8.1? 8.1 itu ialah versi Android yang terkini, iaitu 8.1 Oreo. OnePlus telah pun mengeluarkan perisian mereka iaitu OxygenOS dengan versi Android 8.0 Oreo. Jadi, apa yang menariknya ROM ni? Sambung baca kat bawah ni sambil makan keropok dan minum air takut kering tekak.

Apa yang ada dalam Android 8.1 Oreo? Ini ciri2 dia :

  • Neural networks API.
  • API Perkongsian Memori.
  • WallpaperColors API.
  • Tahap bateri untuk peranti yang bersambung dengan Bluetooth, boleh diakses dekat Quick Settings
  • Android Go, untuk peranti yang RAM 1GB ke bawah.
  • Autofill framework updates (kalau kita masuk mana2 aplikasi, dia automatik isikan nama pengguna dan kata laluan.
  • Programmatic Safe Browsing actions.
  • Butang navigasi akan dim kalau tak digunakan.
  • Perubahan visual Power Off dan Restart dengan skrin baru serta toolbar terapung.
  • Toast messages berwarna putih dengan ketelusan yang sedia ada.
  • Tema Light dan Dark secara automatik.
  • Tambahan sokongan chip imej untuk peranti Pixel 2.
  • Easter Egg baru dalam bentuk biskut Oreo.
  • Hamburger emoji amended to move position of the cheese slice.

Ada yang ada dalam OmniROM 8.1, dan ada yang takda. Tapi yang pasti apa yang ada dalam Google Pixel 2 tu tak semua ada dalam ROM ni.

Nak pasang? Muat turun dulu barang2 ni :

Barang dah sedut, ni cara pemasangan pula :

  1. Seperti biasa backup dahulu data ampa, pindah fail yang nak backup dekat PC. Aplikasi boleh dibackup dengan menggunakan Titanium Backup tu. Tapi lepas backup kena pindah folder Titanium la. Kalau tak, sia2 saja.
  2. Untuk recovery, boleh pakai TWRP kat atas tu, dan tak perlu nak pasang no-verity pa semua tu. pakai platform-tools untuk main fastboot mode.
  3. Pindah fail yang anda download, letak dalam OP5 anda. (ROM, GApps, Magisk)
  4. Lakukan pemasangan bersih sebab ini ROM lain. Seperti biasa dekat TWRP masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB Storage.
  5. Pasang dahulu OnePlus 5 Oreo Firmware kemudian baru pasang OmniROM 8.1 dan GApps. Root satgi baru pasang.
  6. Selesai pemasangan ROM serta GApps tu, sila Reboot System.
  7. Tunggu OP5 anda boot, dah selesaikan tetapan yang keluar tu.
  8. Dah selesai, restart OP5 tu, masuk Recovery Mode dan pasang Magisk v15.2 tu.
  9. Selesai pemasangan Magisk, Reboot System.
  10. Tahniah, anda telah berjaya memasang OmniROM 8.1 pada OnePlus 5.

OnePlus Camera dan Gallery,  serta Live Wallpaper Google Pixel 2 tu sebagai tambahan. Nak pasang atau tak, terpulang-lah tapi Titanium Backup tu kena pasang la untuk restore semula aplikasi yang anda backup. Tapi dengan syarat kena pindah masuk semula fail yang anda pindah dekat PC, ke dalam OP5 anda.

Ambient Display Always-On tu jangan risau kerana kalau letak dalam poket, Proximity Sensor akan mengesan sesuatu yang menghalang sensor tu, lalu Ambient Display akan padam. Katanya ciri ini makan sedikit bateri anda.

Tak semua ROM tu sempurna kan? Bagi saya, ROM ni hampir sempurna, tapi ada la kelemahan dia, iaitu :

  • Kadang2 terasa lag, heng, dan jem.
  • Keyboard kadang2 tertutup sendirinya.
  • OmniClockOOS ada ralat, iaitu pengera bunyi tapi takda pilihan nak tutup ka apa. Kalau buka dia crash.
  • Wi-Fi kadang2 on, kadang2 off kalau restart telefon.
  • Kalau dah tetapkan kata laluan dan menambah fingerprint tu, nak masuk TWRP kena buang dahulu kata laluan dekat Security tu, kalau tak, tak boleh masuk TWRP.

Kalau nak usya dahulu screenshot ROM ni, boleh la tengok kat bawah ni serta saya sediakan video untuk anda tonton.

OmniROM 8.1 yang terkini (buat masa la ni la)
Ini Launcher asal ROM ini, tapi saya lebih selesa pakai Nova Launcher.
Wajib isi maklumat ni. Kalau berlakunya kecemasan, senang orang nak uruskan.
Ketahanan bateri dia boleh tahan la.
Idle pun boleh tahan.
Beza Android 8.0 dan 8.1 ialah toolbar terapung ni. Macam guna Google Pixel 2 kan?
Ambient Display, Always-On. Macam model Samsung S8 tak?
Kalau off OP5, kemudian cas akan keluar macam ni. Menarik kan?
Ini sampel gambar yang di ambil menggunakan kamera stock OmniROM 8.1.

Jadi, kalau ada sebarang pertanyaaan, nak kongsi pendapat serta ada yang saya terlepas pandang mengenai kelemahan OmniROM 8.1 ni, boleh komen kat bawah ye.

Selamat memasang OmniROM 8.1 dekat OnePlus 5 dan OnePlus 5T juga ada OmniROM 8.0/8.1. Boleh usya dekat pautan ini : [ROM] [Oreo] OmniRom 8.0/8.1 [OP5T]

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Haven: Tukarkan Telefon Lama Anda Kepada Kamera Pengawasan

0

Edward Snowden, Presiden kepada Freedom of the Press Foundation beserta Guardian Project telah pun melancarkan satu aplikasi yang dinamakan sebagai Haven.

Ia dikatakan berfungsi menjadi sebuah medium antara telefon pintar dan setiap sensornya supaya ia boleh berubah kegunaan kepada kit pengawasan mini yang murah/bajet.

Jika anda mempunyai telefon lama yang sudah tidak lagi digunakan, inilah masanya anda memanfaatkan ia semula.

Secara ringkas, Haven ialah aplikasi (sumber terbuka) yang akan menggunakan pelbagai sensor pada telefon termasuk sensor pengesan pergerakan, pengesan cahaya, kamera hadapan dan belakang serta mikrofonnya – yang akan merekodkan sebarang pergerakan, atau perubahan kepada persekitaran kawasan yang berhampiran dengan telefon tersebut.

Tanpa membuang masa, mari kita tonton dahulu video pengenalan Haven.

Menurut Snowden, pengguna dapat memanfaatkan kegunaan Haven kepada pelbagai situasi.

Contohnya mereka boleh tinggalkan telefon yang mempunyai aplikasi Haven dijalankan padanya, di bilik hotel semasa mereka hendak keluar dari bilik tersebut.

Pengguna juga boleh tinggalkan telefon beserta Haven itu berdekatan dengan laptop atau PC, dan jika terdapat individu yang duduk di depan PC tersebut, wajah dan tindak-tanduknya akan segera dirakamkan.

Pendek cerita telefon lama anda kini sudah boleh menjadi kamera pengawasan peribadi, tanpa perlu mengeluarkan modal.

Hei, siapa yang tidak suka untuk berjimat bukan?

Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh pasang ia melalui Google Play Store.

Anda boleh rujuk projek ini di laman rasmi mereka, atau di laman GitHub.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Switch, Anda Boleh Berhijrah Ke OnePlus Dengan Mudah

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Kali ini, OnePlus mengeluarkan aplikasi yang memudahkan anda berhijrah dari peranti jenama lain, iaitu OnePlus Switch, memindahkan data dari peranti lama dengan pantas dan mudah.

OnePlus Switch ini merupakan aplikasi yang memudahkan proses pemindahan fail kepada peranti baru OnePlus. Proses dia sangat lah mudah, iaitu anda perlu pasang aplikasi ini dekat kedua-2 peranti tersebut. Kemudian, imbas kod QR untuk kedua-2 peranti tersebut berhubung sesama sendiri lalu pilih-lah benda apa yang anda nak dari peranti lama untuk ada dekat peranti baru OnePlus anda. ?

Barang yang anda boleh pindahkan ialah :

  • Aplikasi (tidak termasuk data)
  • Audio
  • Dokumen
  • Gambar
  • Kenalan (Contact)
  • Mesej
  • Video

Pihak OnePlus sedang mengusahakan kemaskini baru untuk mendapatkan lebih banyak sokongan, seperti sejarah Wi-Fi (kata laluan Wi-Fi yang anda pernah sambung), tetapan kamera, data aplikasi dan banyak lagi. Sementara menunggu pemindahan fail tersebut, anda boleh la layan animasi dalam aplikasi tersebut. Beberapa orang sedang memindah fail2 anda. ?

Matlamat OnePlus untuk OxygenOS ini untuk memberi pengalaman perisian mudah guna dan OnePlus Switch ini baru lagi. Hanya menyokong peranti yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas. Untuk kemaskini masa hadapan, akan menyokong peranti versi lama serta iOS! ?

OnePlus baru nak serta program penghijrahan ini, sedangkan brand lain sudah pun mempunya aplikasi penghijrahan mereka. Seperti Apple (Move to iOS) dan Samsung (Samsung Smart Switch). ? Bak kata orang putih, “Better late than never”.

Untuk muat turun aplikasi OnePlus Switch, sila klik pautan ini : OnePlus Switch

Jadi apa pendapat ampa? Adakah anda suka cara ini atau cara manual? Komen di bawah. ?

Ini la orang2 yang saya maksudkan kat atas tadi. hahaha ?. Rasanya ini staff OnePlus kot. ?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Mi A1 Menerima Kemaskini Android Oreo Secara Rasmi

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk Xiaomi. Pasti ampa kenalkan product Xiaomi yang dwi-kamera serta harga berpatutan ni, iaitu Mi A1. Bukan itu sahaja, Mi A1 ni berbeza dengan peranti Xiaomi yang lain kerana dia Android One, yang lain MIUI.  Spesifikasi dia pun ampa mesti tau kan? Processor dia Qualcomm® Snapdragon™ 625, RAM pula 4GB digandingkan dengan stor penyimpanan 64GB, saiz paparan 5.5-inci Full HD IPS, dwi-kamera belakang 12MP+12MP dan bateri pula 3080mAh.

Mungkin perkakasan dia boleh-boleh la kan? Tapi perisian dia, dikuasakan oleh hampir stock Android 7.1 Nougat dengan beberapa penambahan yang lain seperti aplikasi kamera dari MIUI. Semasa pelancaran produk ini, Xiaomi menjanjikan bahawa kemaskini Oreo bakal dilepaskan pada pengguna Mi A1 sebelum berakhirnya 2017. Kemudian mereka mula mencari penguji Beta untuk menjadi tikus makmal untuk menguji perisian pada awal bulan Disember dan kemaskini Beta dilepaskan kepada penguji Beta seminggu selepas itu.

Dengar cerita, Android Oreo Beta tu ada ciri pengecas pantas dan mereka uji Mi A1 yang dipasang Android Oreo Beta dengan OnePlus Dash Charger, dan keputusan yang dapat ialah depa cas sampai 100% (tak tau depa cas dari berapa % hahaha ?) hanyalah mengambil masa selama 92 minit!, lebih pantas daripada stock charger yang mengambil masa 2 jam untuk penuh. (Kawan saya kata hampir 3 jam nak penuh katanya ?)

Tapi kemaskini Oreo (7.12.19) ni takda lagi ciri pengecas pantas tu, mungkin dalam bulan ni ka dapat. Mana la kita nak tahu kan?  Tapi semalam saya saja uji pengecas Mi A1 dengan Baozu M1 Smart Powerbank, 10,000mAh tu. Kan powerbank tu ada macam2 teknologi pengecasan pantas. ?

Lepak Pecal Lele dekat Padang Jawa, uji la sebab dia dah pakai Oreo. Tapi takda lagi kemaskini ni. ?

Jadi, Xiaomi pun kotakan janji mereka lalu mula-lah pelepasan kemaskini Android 8.0 Oreo pada Mi A1 yang rasmi. Memang tak dapat la yang Beta sebab tu untuk penguji Beta ja. ?  Kemaskini tersebut bersaiz 1107MB, yang mengandungi ciri2 Android 8.0 Oreo (macam Picture-In-Picture la, Smart Text Selection, Adaptive Icons, Notification Dots dan macam2 lagi), serta patch keselamatan Android 1 Disember 2017 (ada penguji Beta dapat kemaskini patch keselamatan Android 1 Januari 2018, wah! ?).

Tak diketahui lagi bila binaan muktamad stabil yang mengandungi sokongan pengecas pantas yang mana terdapat dalam binaan Beta lebih awal. Xiaomi juga maklumkan bahawa untuk memasang kemaskini tersebut, pengguna harus-lah memasang terlebih dahulu kemaskini bulan Disember (7.12.19). Paling penting sekali, kemaskini tersebut dilepaskan secara berperingkat, jadi tak semua pengguna yang akan dapat serentak. Dalam masa yang terdekat, semua akan dapat. Sabar yop sabar. ?

Ini merupakan berita baik bagi peminat stock Android. Tetapi, yang perlu diperhatikan ialah sumber kernel untuk peranti ini masih lagi belum dikeluarkan. ? Jadi, kemaskini perisian itu meningkatkan lagi nilai sesuatu peranti, yang mana pelaburan kita membeli sesuatu peranti tu amatlah berbaloi. ?

Di bawah ini status Twitter dari pihak Xiaomi.

Jadi jika ada sebarang komen dan pendapat untuk dikongsi, sila komen di bawah ye. ?

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tandakan Kalendar Anda! Tarikh-Tarikh Persidangan Besar Di Dalam Dunia Teknologi Bagi Tahun 2018

0

 

Sepanjang tahun, terdapat beberapa persidangan teknologi besar yang berlaku di seluruh dunia. Persidangan-persidangan ini bertindak sebagai sebuah pelantar untuk mengetengahkan produk atau penemuan terbaru bagi syarikat-syarikat yang menfokuskan kepada teknologi, baik kecil ataupun besar. Berikut adalah senarai bagi persidangan yang saban tahun mendapat perhatian yang besar daripada pihak media dan juga tarikhnya bagi 2018.

 

Consumer Electronics Show 

9-12 Jan 2018, Las Vegas, dianjurkan oleh Consumer Technology Association

CES adalah persidangan pertama bagi melengkapkan sambutan tahun baru bagi peminat-peminat teknologi. Dengan fokus kepada teknologi yang lebih kepada pengguna (secara ringkas, home electronics), produk-produk yang dipersembahkan telah mengalami banyak evolusi, daripada pemain DVD dan pencetak, kepada telefon pintar dan PC, dan kini telah mempersembahkan produk-produk genre baharu seperti wearables, VR dan peranti-peranti IoT. Fakta menarik: masih ingat tentang insiden laptop prototaip Razer yang dicuri awal tahun ini? Terjadi kat CES.

 

Mobile World Congress

26 Feb-1 Mar 2018, Barcelona, dianjurkan oleh GSM Association

Jika anda seorang peminat produk telefon pintar, ini adalah satu acara yang awak tak boleh terlepas. Dengan fokus kepada industri teknologi mudah-alih, MWC telah menjadi pelantar utama bagi pengeluar telefon pintar untuk mempersembahkan model-model terbaru keluaran mereka bagi Q1-Q2 setiap tahun. Tidak hanya terhad kepada telefon pintar, MWC juga menyediakan tempat bagi telco-telco, pembekal dan juga penjual teknologi mudah-alih bagi mempersembahkan teknologi dan produk baharu mereka sendiri.

 

Google I/O

14 May 2018, Mountain View, dianjurkan oleh Google (duh)

Diadakan oleh pihak Google bagi memperkenalkan features terbaru bagi software mereka, khususnya, Chrome OS, API dan SDK mereka, dan tentunya juga, Android. Terdapat juga bengkel-bengkel bagi memberikan lebih maklumat tentang produk-produk baru mereka kepada pihak media dan developers. Bagi mereka yang berminat, di sinilah developers previews bagi versi terbaru Android selalunya diumumkan, dengan sedikit presentation bagi setiap features terbaru.

 

Apple Worldwide Developers Conference

TBA, selalunya sekitar bulan April-Jun, sekitar California, dianjurkan oleh Apple

Saya tahu, awak mungkin benci Apple, tapi, sejujurnya, awak masih lagi mengambil berat tentang mereka (hehe). Seperti Google I/O, Apple juga mempunyai software development event mereka sendiri, dengan acara-acara yang tidak begitu berbeza dengan Google I/O. WWDC juga kadang-kala memperkenalkan hardware baharu dari Apple, seperti iPhone dan Macbook. Tetapi, kali terakhir sebuah iPhone diperkenalkan di WWDC ialah pada tahun 2010, iaitu iPhone 4.

 

Internationale Funkausstellung Berlin

31 Aug-5 Sep 2018, Berlin, dianjurkan oleh rakan kerjasama IFA

IFA ialah satu lagi persidangan teknologi yang popular di kalangan peminat, ianya CES bagi Q3-Q4 sesebuah tahun itu. Bermaksud “International Radio Exhibition Berlin”, ianya merupakan salah satu daripada persidangan teknologi yang terbesar di dunia, dan juga adalah antara yang tertua (seawal tahun 1924). Pada awalnya, ianya memfokuskan pada teknologi telekomunikasi radio (sebab itulah namanya macam begitu) yang akhirnya berkembang melibatkan genre-genre teknologi lain seperti consumer electronics dan home appliances.

 

Terdapat juga beberapa lagi persidangan-persidangan teknologi yang lain yang saya tidak dapat masukkan ke dalam artikel atas sebab fokus yang lebih spesifik, seperti TechCrunch Disrupt, Computex Taipei, AWS re:Invent dan Design Automation Conference (DAC). Semoga dengan takwim di atas, 2018 akan menjadi tahun yang lebih menarik bagi anda.

Selamat menyambut tahun baru!

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apple Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Isu ‘Planned Obsolescence’ Di Reddit

0

 

Beberapa minggu yang lepas, muncul sebuah post di laman Reddit yang menimbulkan kembali sebuah isu yang memang seringkali dikaitkan dengan mana-mana produk Apple sebelum ini, iaitu isu “planned obsolescence”. Sebuah analisis ada diterbitkan bagi isu ini, ditulis oleh John Poole sendiri, iaitu developer kepada aplikasi Geekbench, dan baru-baru ini, Apple sendiri juga telah mengemukakan kenyataan rasmi dari pihak mereka sendiri di TechCrunch mengenai isu ini.

TL;DR-nya ialah Apple sengaja down-throttle performance bagi kebanyakan produk mereka (bukan hanya iPhone) yang menunjukkan tanda-tanda battery wear level yang tertentu dengan tujuan untuk mengurangkan unexpected shutdowns dan juga untuk memanjangkan jangka hayat bateri.

Secara kasar, kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple mempunyai kebenarannya juga, mereka ada sebab yang baik untuk down-throttle produk-produk mereka, dan saya sendiri menyokong apa yang mereka buat tu. Sebagai seorang yang menggunakan sebuah iPhone 6 sebagai daily driver, saya sendiri tidak merasakan apa-apa real-life slowdowns walaupun dengan 19% battery wear level dan markah benchmark yang menurun dengan agak ketara.

Tetapi, dari apa yang saya lihat, Apple boleh mengambil langkah-langkah yang lebih baik dalam mengendalikan situasi ini, seperti:

1. Menjadi lebih transparent dalam menjelaskan produk mereka dirasakan menjadi semakin perlahan adalah disebabkan oleh masalah bateri dan bukan masalah OS yang semakin berat (dan memerlukan pengguna untuk membeli produk yang terbaharu daripada mereka).
2. Membuat servis yang lebih pantas dan mengecas harga yang lebih murah untuk penukaran bateri baharu.
3. Memberi pilihan kepada pengguna samada mereka nak performance peranti mereka di-down-throttle atau tidak.

Isu ini hanya akan memberi kesan yang ketara pada mereka yang merupakan heavy user. Slowdowns ni akan dialami dengan lebih kerap bagi mereka, dan regular maintenance perlu dilakukan bagi peranti Apple mereka, di dalam bentuk penukaran bateri baharu (sales battery akan naik lepas ni lol). Bagi mereka yang lain pula, mungkin mereka tidak akan perlu pun untuk melakukan maintenance sebegini.

Bagi saya, kredibiliti Apple sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan Customer Services (CS) mereka telah terjejas. Tak menjadi satu benda yang mustahil jika kita akan melihat isu ini akan bangkit semula di dalam analisis jualan produk-produk Apple di masa akan datang.

Masa untuk guna balik meme klasik ni

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Permainan Video Percuma Daripada Ubisoft : Jangan Ketinggalan!

0

 

Seperti kebiasaan, Ubisoft melalui aplikasi permainan mereka iaitu UPlay seringkali membuat kejutan dan hadiah buat peminat mereka dengan tawaran permainan percuma dari semasa ke semasa. Baru-baru ini, Ubisoft telah memberikan hadiah kepada peminat mereka berupa permainan video Assassin’s Creed : Black Flag bersempena dengan ulang tahun ke-10 siri Assassin’s Creed berada di pasaran. Tempoh promosi tersebut adalah untuk masa terhad.

 

Namun seperti kebiasaannya juga, UPlay seringkali melanjutkan tempoh promosi di penghujung tempoh masa dengan menawarkan kesemua permainan percuma mingguan mereka dalam satu berkas. Terkini, Ubisoft sedang memberikan 3 permainan video mereka secara PERCUMA iaitu Assassin’s Creed : Black Flag, Watch Dogs, dan World In Conflict. Pengguna cuma perlu mendaftar akaun sahaja di UPlay  untuk melayakkan diri menerima permainan percuma ini. Pendaftaran akaun di UPlay adalah percuma sahaja tanpa sebarang bayaran diperlukan. Prosesnya juga sangat mudah, tanpa perlu maklumat kad kredit atau pembayaran. Permainan ini diberi secara mutlak dan akan dimiliki buat selamanya di dalam akaun UPlay selepas anda menuntutnya.

 

Jadi, tunggu apa lagi? Sampai bila mahu main versi cracked dan tanpa kebolehan online? Daftar UPlay sekarang secara percuma dan nikmati versi sah sekarang! Promosi akan tamat pada 23 Disember 2017, 10:00 AM UTC.

 

Pautan untuk menuntut : Happy Playdays Ubisoft

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 2; Kerja Gila Kerja

0

Kerja. Kerja bosan. Bosan kerja. Bila buat kerja yang kau tak suka, masa sekejap pun rasa lama. Masuk kerja dengan hati menyampah, meronta, terseksa. Sampai waktu pulang, tak boleh bergegas pula. Sebab apa? Sebab kerja bertimbun. Kerja yang kau tak suka, jadi buat pun lambat. Bila lambat, tak siap. Bila tak siap, bos marah. Jadi mahu tidak mahu, kena juga siapkan. Macam mana nak siapkan? Kena la kerja lebih masa. Tak berbayar pula tu. Tapi nak salahkan siapa? Sendiri yang tak siap kan? Kalau aku siapkan awal-awal, buat kerja dengan cekap patutnya aku dah boleh balik awal. Tapi kalau balik awal pun, kena menghadap jammed juga. Sebab semua berpusu-pusu keluar serentak. Sebenarnya, memang sengaja aku balik lambat. Jadi bila balik, aku boleh memandu dengan tenang sambil layan lagu-lagu chill. Mungkin aku sengaja aku melambat-lambatkan kerja. Mungkin juga sebab aku malas. Tapi yang pasti, memang aku balik lambat.

Balik lambat, datang awal. Macam mana kerja tak penat? Nasib baik belum ada bini. Kalau tak mesti kering bini di rumah. Melayan rindu, menunggu suami pulang ke rumah. Nak kirim beli sayur telur pun tak sampai-sampai lagi ke rumah. Ya, mungkin itu lah seronok hidup bujang. Buat apa pun, tak bersangkut paut dengan siapa-siapa. Hidup kau, antara kau dengan tuhan saja. Yang penting, sembahyang jangan tinggal. Balik lewat tak ada yang membebel. Barang dapur tak beli pun sendiri yang lapar. Kau malas, kau duduk dalam tong sampah. Kau rajin, kau duduk dalam rumah bersih. Kau bertanggungjawab atas diri kau sendiri. Perasaan ni, orang bujang yang ada awek pun tak kan faham.

 

Acap juga, aku sengaja balik malam. Padahal aku habis kerja pukul 5.30 lagi. Tak suka la aku duduk beratur di mesin punch card ramai-ramai. Bukan lah salah beratur, tapi bagi aku itu tanda manusia yang tak seronok bekerja. Sentiasa tertunggu-tunggu waktu pulang. Punch card pukul 5, pukul 4.45 sudah ramai yang beratur. Kena ingat, gaji dibayar mengikut jam. Kalau 15 minit dah diguna untuk beratur, halalkah gaji untuk 15 minit aku beratur tu? Sebab tu lah aku sengaja balik lambat. Biar aku kerja lebih, jangan kerja kurang. Sekali fikir, nampak macam aku ni suka sangat pula dengan kerja aku. Kalau dah hari-hari datang awal, balik lambat, tak ke gila kerja namanya tu? Entah la. Aku pun tak tahu. Nak kata suka, tak la sangat. Tapi selesa? Ya, mungkin. Aku selesa dengan kerja aku.

 

Bagi aku, apa lah sangat yang nak di komplen dengan kerja sendiri. Bangun awal pun, bagus. Boleh solat subuh. Cuba kalau kerja mula pukul 12 tengah hari? Aku rasa tiap-tiap hari aku bangun lewat. Cukup 3 tahun kerja, kena panah petir. Sebab hari-hari tak solat subuh. Kerja aku separuh kena bergerak, separuh melibatkan pengurusan. Kena lawat rumah orang, sekolah, ukur itu, ukur ini, kadang-kadang melukis, kadang-kadang kena jumpa doktor. Nak dibandingkan dengan kerja cikgu, aku rasa syukur dengan kerja aku. Tak kena menghadap perangai budak-budak nakal. Kalau orang bagi aku jadi doktor sekalipun, aku tetap tak mahu. Doktor kena main dengan darah, nyawa manusia, emosi, selalu berdiri di tengah-tengah antara ambang hidup dan mati pesakit. Kerja berniaga? Ya, memang la kerja fleksibel. Kau bos, kau kuli. Tapi kena ada motivasi. Kalau tak ada jatidiri, buka kedai tak ikut waktu, pelanggan pun lari. Ah… ada kerja pun dah kira ok! Biar lah kereta tak mahal. Ada orang kat luar sana anak dah 5, kerja tetap pun tak ada! Prinsip hidup aku, lebih mudah dan tenang hidup bila mana aku lebih memandang apa yang aku ada, daripada berangan dan risaukan apa yang aku tak ada. Syukur tu kena dipupuk, dia tak datang sendiri.

 

Kau tahu, seorang penyair Parsi, Abū-Muhammad Muslih al-Dīn bin Abdallāh Shīrāzī pernah berkata :

“Aku menangis kerana tidak berkasut. Sehinggalah aku melihat manusia lain yang tidak berkaki.”

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Chester Bennington, Tom Petty, Chris Cornell Diantara Carian Tertinggi Google Global

0

Chester Bennington dan Tom Petty merupakan antara 10 carta teratas carian global 2017, seperti yang dilaporkan oleh Google dalam “Tahun dalam Carian“.

Petty muncul di No. 7 dalam senarai untuk trend carian global keseluruhan, sementara Bennington pula di No. 9. Carian ini adalah berdasarkan keraguan untuk kedua-dua artis sekitar kematian mereka. Petty, Bennington dan Chris Cornell juga mendahului carian “kehilangan” yang paling dicari tahun 2017. Di carta lain, kumpulan Bennington, LINKIN PARK, mengambil tempat ke-2 pada senarai “pemuzik dan band”.

Selepas Cornell meninggal dunia pada sekitar bulan Mei, Bennington menulis surat yang berterima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepadanya dan berharap dia akan mendapat ketenangan dalam “kehidupan seterusnya.”

Chester meninggal dunia pada 20 Julai tahun ini, dan sepatutnya akan menjadi ulang tahun ke-53 Cornell.

Kedua-dua penyanyi itu pernah membuat konsert bersama-sama hampir sedekad yang lalu.

Petty meninggal dunia pada 2 Oktober di Pusat Perubatan UCLA, sehari selepas mengalami pendarahan jantung di rumahnya di Malibu.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

WonderFox HD Video Converter Factory Pro : Bukan Sekadar Converter Biasa

1

 

Terima kasih kepada WonderFox kerana telah mengirimkan perisian pengubah video terbaru mereka kepada kami iaitu HD Video Converter Factory Pro. Setelah lebih daripada sehari penggunaan penuh, ini adalah ulasan daripada kami mengenai perisian yang mendapat banyak respons positif ini.

Bagi seorang penggemar filem dan drama seperti saya, tidak dapat dinafikan ruangan penyimpanan cakera dipenuhi dengan pelbagai episod dan siri sehingga kekurangan ruangan untuk menyimpan fail-fail berkaitan kerja. Itu belum masuk lagi dengan fail permainan video dan anime, 2TB pun belum tentu cukup. Hendak dibuang, sayang. Hendak disimpan, menyusahkan. Maka pilihan yang terbaik adalah arkibkan saja ke format .zip atau .tar. Tapi penyimpanan dalam bentuk arkib ini kadangkala melecehkan kerana jika anda ingin menonton secara sepintas lalu, ia mustahil kerana anda harus unzip dahulu fail anda sebelum boleh mula menonton. Sekiranya anda restart komputer, anda terpaksa unzip semula fail tadi. Rumit bukan? Masalah lain pula bagi “stokis” filem seperti saya, seringkali angin kemalasan melanda. Saya malas menghadap komputer maka saya pasangkan saja hard disk ke TV. Namun hampa kerana format video baru seperti .mkv dan audio .m4a gagal dimainkan oleh TV.

 

Maka di sinilah gunanya perisian WonderFox HD Video Converter Factory Pro ini. Ia menawarkan pemampatan saiz fail video sehingga 5X kali ganda mengikut kehendak pengguna. Jadi, anda boleh mengecilkan saiz video anda untuk penyimpanan tanpa pengurangan kualiti yang nyata. Di samping itu, kini anda boleh menonton filem kegemaran di TV dengan mengubah format video dalam simpanan ke format yang sesuai untuk TV anda.

 

 

Antaramuka perisian ini kelihatan agak ringkas dengan tona warna yang tidak ketara kontrasnya. Saya secara peribadi menyukai antaramuka bercirikan ringkas. Cuma bagi saya, adalah lebih elegan dan segar sekiranya tema warna perisian ini menggunakan tema gelap dengan saiz ikon yang lebih besar untuk memudahkan pengguna mencari butang-butang penting dalam kerja mereka.

 

 

 

WonderFox HD Video Converter Factory Pro juga telah menyediakan lebih daripada 300 format tetapan sedia ada untuk memudahkan proses penukaran format video. Penukaran format video untuk kegunaan peranti mudah alih juga turut mendapat sentuhan daripada pembangun dengan menu khas untuk jenama peranti terkenal seperti Sony dan Samsung. Dengan pilihan ini, pengguna tidak perlu tercari-cari lagi saiz dan format video yang sesuai untuk menonton pada peranti mereka. Tidak perlu lagi menonton dengan bar hitam pada peranti masing-masing yang disebabkan oleh saiz ratio video yang terlalu kecil atau terlalu besar untuk peranti anda. Ia juga turut menyokong format baru video seperti format .vp9 dan .mkv tanpa melupakan format popular yang terdahulu seperti .3gp dan .3gp2.

 

Maklumat pada antaramuka juga dilihat agak lengkap dan mudah. Saiz selepas pengubahan juga dinyatakan sebelum proses selesai untuk membantu pengguna memilih tetapan dan format yang sesuai dengan kehendak masing-masing. Dengan WonderFox HD Video Converter Factory Pro juga, anda menerima bersama pemprosesan audio berkualiti tinggi terbina dalam daripada Dolby, DTS dan Lossless untuk hasil pengekodan profesional.  WonderFox HD Video Converter Factory Pro berkebolehan untuk menyenarai 10 video untuk tugasan dalam satu-satu masa dengan fungsi auto shutdown apabila tugasan selesai. Sangat memudahkan terutamanya untuk fail yang besar. Jika anda inginkan tugasan anda selesai dengan automatik apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya, WonderFox HD Video Converter Factory Pro harus berada dalam senarai hajat anda. Dengan versi Pro yang berbayar, anda menerima 30X ke 50X kelajuan pemprosesan video dan pelbagai lagi fungsi tambahan yang tidak terdapat pada versi percubaan.

 

Selain daripada mengubah format video semata-mata, WonderFox HD Video Converter Factory Pro juga mempunyai fungsi tambahan dalam pemprosesan video. Antaranya, menaiktaraf kualiti video SD ke HD, membaiki masalah segerak di antara bunyi dan video, dan meningkatkan kelantangan audio dalam fail video. Fungsi lain yang menjadi kegemaran saya adalah kebolehan untuk membuang sarikata yang telah di hardcoded ke atas fail video. Sangat berguna untuk video hasil daripada memancing di teluk.

 

Fungsi Tambahan Seolah-olah Mempunyai Perisian Lain

Antara aspek menarik pada WonderFox HD Video Converter Factory Pro ialah fungsi tambahan pada perisian ini. Fungsi tambahan ini melangkaui daripada fungsi untuk mengubah format video. Kadangkala terasa seperti saya telah memasang banyak perisian berbeza kerana fungsi tambahan ini bukan lagi fungsi pengubah format video. Antara fungsi tambahan pada WonderFox HD Video Converter Factory Pro ialah :

1. Ringtone Maker

– Anda boleh memasukkan lagu kegemaran anda ke dalam WonderFox HD Video Converter Factory Pro untuk memotong lagu dan jadikan ia sebagai ringtone di telefon anda. Pada antaramuka Ringtone Maker, perisian ini telah memberikan pilihan khusus untuk peranti samada untuk iOS atau Android. Palang grafik semasa memainkan lagu juga memudahkan lagi proses memotong lagu pada bahagian yang dikehendaki. Cuma gerakkan penanda awal dan akhir dan Save pada bahagian yang dikehendaki. Lebih mudah berbanding perisian pemotong lagu lain yang menggunakan input masa dan bukan palang grafik seperti WonderFox HD Video Converter Factory Pro.

 

 

 

 

2. Video Downloader

– Ini fungsi yang saya tidak sangka ada pada WonderFox HD Video Converter Factory Pro kerana ia diiklankan sebagai perisian pengubah format video. Siapa sangka perisian ini ada fungsi untuk memuat turun video daripada laman kegemaran? Cuma masukkan URL dan WonderFox HD Video Converter Factory Pro akan menyenaraikan kesemua format yang boleh dimuat turun beserta dengan saiz muat turun. Pengguna juga boleh memilih direktori muat turun.

 

 

3. Movie Editor

– Ini juga salah satu fungsi yang tidak dijangka ada pada WonderFox HD Video Converter Factory Pro. Anda boleh menggabungkan video, melakukan crop, flip dan rotation, memasukkan kesan artistik dan membuang sarikata pada video yang anda kehendaki.

 

 

4. Auto Uploader

– Sangat berguna bagi pengeluar video. Mungkin anda ingin menjimatkan data dan ingin memuat naik video pada kualiti yang lebih rendah. WonderFox HD Video Converter Factory Pro boleh membantu anda dengan menawarkan fungsi Auto Uploader pada laman sesawang atau saluran video anda secara automatik setelah proses edit video dengan WonderFox HD Video Converter Factory Pro selesai.

 

 

Dengan saiz muat turun lebih kurang 56MB dan saiz pemasangan lebih kurang 112MB, siapa sangka WonderFox HD Video Converter Factory Pro menawarkan fungsi yang bagus dan lebih daripada sekadar perisian pengubah format video semata-mata.

 

Muat turun di : WonderFox HD Video Converter Factory Pro

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline