Utama Blog Laman 139

AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 1; Manusia Kerbau

10

Hari ini, Isnin. Mata kuyu. Bermula lagi minggu yang baru setelah dua hari cuti hujung minggu. Kadang-kadang terasa seolah-olah suatu penyeksaan. Aku menjadi aku, dalam kelompok lautan manusia. Berbondong-bondong keluar mencari rezeki pencarian. Dalam dunia metropolitan ini, setiap satu berasakan merekalah yang paling unik, paling istimewa, lain dari yang lain. Hakikatnya? Aku, kau, dia sama sahaja. Bermula sahaja minggu yang baru, semua di sini. Gelap lagi tanah sudah terpacak. Terperangkap di dalam kotak besi beroda di tengah kesesakan kota. Ada yang laju meluncur, mencari celahan ruang di sisi himpitan manusia. Mereka berkuda, tidak berkotak. Sesekali naik cemburu manusia dalam kotak dengan manusia berkendera dua roda itu. Masih adakah lagi yang istimewa? Besar atau kecil, mahal atau murah, semua sama sahaja di sini. Tidak ubah seperti sekawan kerbau. Beratur menunggu giliran untuk terjun ke sawah yang berlumpur.

 

 

Sampai ke tempat kerja, beratur lagi. Ada berselipar. Ada masih mengelek bakul susu anak. Ada berbut lengkap, ala-ala pelumba motosikal profesional. Aku bersahaja saja, kasut coklat digilap bersinar semasa cuti. Jenama terkenal. Tapi tak ramai yang tahu, harganya RM20 cuma. Aku menyelam di pusat bundle itu hari. Untung hari ini masuk awal. Sempat jugalah menjenguk ke pantri. Cerek air elektrik aku basuh dan isikan penuh dengan air. Boleh lah dibuat air minum kalau ada yang lebih lepas aku buat kopi nanti. Hairan. Di pejabat ini ada 9 anak dara. Aku seorang saja yang teruna. Tapi tak pernah ada yang basuh cerek air ini. Sejukkan air untuk buat air minum jauh sekali.

 

Tapi kalau bercerita bab kahwin, angan-angan masing-masing saling tak nak kalah. Anak-anak dara zaman sekarang…tudungnya mahal, mukanya dijaga, tangannya disimpan daripada membuat kerja. Takut berkedut katanya. Bila bicara bab pengurusan rumah tangga, habis hadis dan sirah cair di mulut. Nabi Muhammad pun membantu isteri katanya. Kisah Siti Khadijah yang sentiasa menanti kepulangan suaminya dan melayan baginda dengan taat dan kasih sayang tidak pula diambil pusing. Ah…nak bercerita bab ini sampai tahun depan pun tak kan habis. Tengok sajalah kisah rumah tangga di Facebook. Dikecam teruk, meruntuhkan rumah tangga, mengahasut perceraian pun, masih ada yang bertenggek di situ hari-hari. Syaitan memang suka mengulit hal-hal lagha.

 

Apa yang penting, aku buat kerja aku. Apa lah sangat nak dikisahkan dengan perihal orang? Jaga hal orang, kerja yang tak berkesudahan. Hati orang bukan boleh dipaksa. Kita kata buruk, tapi pada dia cantik. Tapi kerja aku jangan sesiapa ganggu. Jangan kata kerja aku, kerja orang pun aku yang buat. Salah atau tak puas hati, mereka diam saja. Cakap macam-macam, alamat lingkup lah kerja. Payah bila orang dapat kerja dengan modal emosi ni. Minta kenaikan pangkat atas dasar dah lama bekerja. Lama bekerja tapi tak reti bekerja pun tak ada guna. Sudahnya aku juga yang buat. Maka bermulalah hari aku hari ini. Hari-hari yang berlalu, sama saja seperti hari-hari yang lalu…

 

Kau tahu? Albert Einstein pernah berkata,

“Ada dua benda yang wujud dalam infiniti, kebodohan manusia dan alam semesta. Dan saya tak pasti tentang alam semesta!”

 

 

 

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Firefox Quantum: Mozilla Semakin Celaru Dengan Halatuju?

0

Sejak rilisnya Firefox Quantum ke persada jaringan internet, ia telah mencipta gelombang kebangkitan semula peminat-peminat lama.

Dikatakan memiliki prestasi lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, Firefox Quantum juga menarik kembali minat apabila berjaya mengurangkan penggunaan memori (menurut pembangunnya, ymmv).

Namun jika diimbas kembali segala ciri yang dimasukkan pada versi sebelum dan masih dikekalkan ke hari ini, sebagai contoh,

Enjin carian ditukar ke Google, pautan berbayar dimasukkan ke laman tab baru, servis Pocket diintegrasikan secara hardcoded,

> Menjadikan Firefox lebih bloated berbanding Google Chrome secara hakiki.

Terbaru, Firefox memuatkan addon aneh secara tiba-tiba iaitu Looking Glass, secara sideload, tanpa pengetahuan dan penglibatan langsung dari pengguna.

Apabila ia diperiksa, nampaknya ia juga mempunyai deskripsi yang aneh iaitu “MY REALITY IS JUST DIFFERENT THAN YOURS”.

Addon/extension Looking Glass yang ‘looking weird’.

Sumber gambar.

Nota: Looking Glass ialah permainan realiti alternatif dalam siri Mr. Robot. Menurut dokumentasi dari Mozilla, Looking Glass merupakan – “shared experience to further your immersion into the Mr Robot universe”.

Pengguna dari reddit dan forum sokongan Firefox mula meluahkan rasa marah serta tidak puas hati mereka akan hal ini. Ramai pengguna yang panik kerana menyangkakan mereka telah dijangkiti malware, walhal ia datang secara terus dari pembangun.

Menurut pembangun, addon atau extension ini telah dimuatkan (sideload) ke dalam pelayar web Firefox melalui ciri ‘experiments’. Bukan sahaja ciri eksperimen ini telah diaktifkan secara lalai, ia juga diketahui telah dimulai semula (re-activated) melalui proses kemaskini sekiranya ia dinyahaktifkan oleh pengguna.

Wow, perkara ini lebih menimbulkan rasa sendu, terkedu, dan terduduk oleh pengguna Firefox yang setia. Buat mereka yang mementingkan privasi, rasa kepada hak untuk lebih ‘tidak dikenali’ seakan tercabul.

Selain itu, perkara pokoknya extension ini ‘terlepas’ secara tidak sengaja ke dalam paparan tetapan di bahagian ‘Extensions’, sedangkan niat asalnya adalah untuk diaktifkan secara senyap!

Maksudnya apa?

Maksudnya secara harfiah Firefox telah cuba memuatkan ‘backdoor untuk iklan’ dalam diam, tanpa diketahui oleh pengguna, atas nama eksperimentasi!

Jika dipecah-pecahkan ianya bolehlah disimpulkan sebegini:

  1. Pembangun Mozilla boleh memuatkan addon/extension tanpa kebenaran dan pengetahuan yang jelas oleh pengguna.
  2. Ciri Eksperimen sekiranya dinyahaktifkan ia masih tetap dapat diaktifkan semula selepas proses kemaskini. Secara senyap!
  3. Mozilla yang sepatutnya menumpukan kepada pembangunan prestasi Firefox (lebih laju, kurang penggunaan RAM) telah melencong kepada pengiklanan halimunan.

Apa respons pembangun Firefox/wakil Mozilla?

“Our goal with the custom experience we created with Mr. Robot was to engage our users in a fun and unique way”.

“Real engagement also means listening to feedback. And so while the web extension/add-on that was sent out to Firefox users never collected any data, and had to be explicitly enabled by users playing the game before it would affect any web content, we heard from some of our users that the experience we created caused confusion.”

Apa pula respons anda selaku pengguna? Adakah anda gembira dan berpuas hati dengan penjelasan dari mereka, atau kepercayaan anda sudah sirna?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Melakukan Konfigurasi Logical Volume Manager (LVM)

0

Assalamualaikum.

Masih ingat lagi pengenalan ringkas berkenaan dengan Logical Volume Manager (LVM) di artikel lalu? Jika lupa, boleh buat semakan pantas ke pautan dibawah

Mengenali Logical Volume Management

Kali ni, saya akan menerangkan cara melakukan konfigurasi tersebut beserta dengan sedikit contoh penggunaan.

Katakan anda mempunyai 1 hardisk, kita akan lihat strukturnya /dev/sda. Jika ada dua hardisk, akan ada satu lagi bernama /dev/sdb. Saya memberikan satu contoh dengan menggunakan satu hardisk. Langkah ini boleh juga dilakukan sebelum pemasangan sesebuah Linux, seperti Arch Linux, Ubuntu, CentOS, Fedora dan sebagainya.

1) Cipta partisi menggunakan fdisk

root@camtono:~# fdisk /dev/sda

Pilih n.

Command (m for help): n

Kemudian pilih p.

Command action
e   extended
p   primary partition (1-4)
P

Jika belum mempunyai partisi, pilih 1.

Partition number (1-4): 1

Jika ingin menggunakan keseluruhan ruangan hardisk, tekan sahaja “Enter”. Jika tidak, masukkan nilai saiz pada bahagian “Last cylinder” yang ditanya.

First cylinder (2048-3586457599, default 2048): “enter”
Using default value 1
Last cylinder, +cylinders or +size{K,M,G} (2048-3586457599, default 3586457599): “enter”
Using default value 3586457599

Tentukan jenis partisi dengan menekan t

Command (m for help): t
Selected partition 1

Hex code akan ditanya, masukkan 8e iaitu jenis LVM

Hex code (type L to list codes): 8e
Changed system type of partition 1 to 8e (Linux LVM)

Masukkan kekunci w untuk menyimpan penggubahan pada hardisk dan kita akan keluar dari fdisk.

Command (m for help): w
The partition table has been altered!
Calling ioctl() to re-read partition table.
Syncing disks.

Sekarang jika kita jalankan arahan fdisk -l /dev/sda kita akan dapat melihat partisi yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi. Selalunya, jika kita menggunakan partisi klasik, sampai tahap ini kita terus jalankan format partisi tersebut kepada ext4 atau xfs, tapi bagi LVM, ini cuma permulaannya sahaja.

Sekarang barulah masuk kepada penggunaan LVM. Lebih bagus jika anda memperbesarkan sebesar besarnya ruangan semasa fdisk tadi.

2) Mencipta Volume Group (VG)

Terdapat dua cara untuk mencipta VG. Pertama ialah dengan mencipta secara terus VG melalui arahan vgcreate. Kedua, ialah dengan mencipta Physical Volume (PV) terlebih dahulu, kemudian arahkan vgextend untuk memasukkan PV tersebut kedalam VG sekaligus menciptanya.

Berikut adalah cara yang pertama iaitu yang lebih ringkas dan lurus:

root@camtono:~# vgcreate omghackers /dev/sda1

Volume group camtono successfully created

omghackers yang saya boldkan diatas merujuk kepada nama VG yang mahu dicipta.

3) Mencipta Logical Volume (LV)

LV merujuk kepada bentuk yang ingin dilihat sebagai pecahan partisi. Pertama kali perlu difikirkan apa tujuan dan matlamat yang kita ingin capai. Ada orang nak asingkan /opt dan /var mengikut penggunaan aplikasinya atau sebagai developer ada kegunaan lain. Saya memberikan contoh penggunaan biasa dirumah.

Cipta 50GB ruangan Root:

root@camtono:~# lvcreate -l 50G -n root omghackers

Cipta 16GB ruangan Swap:

root@camtono:~# lvcreate -l 16G -n swap omghackers

Ciptakan ruangan home dan ruangan lain mengikut citarasa anda:

root@camtono:~# lvcreate -l 100G -n home omghackers

Susunan parameter adalah bebas tanpa urutan selagi mengikut simbol pilihannya.

4) Format!

Sekarang masa untuk format, kemudian lekapkan titik partisi dan anda sudah boleh menggunakannya.

root@camtono:~# mkfs.ext4 /dev/omghackers/root
root@camtono:~# mkfs.ext4 /dev/omghackers/home
root@camtono:~# mkswap /dev/omghackers/swap

Jalankan arahan lsblk untuk lihat dengan lebih jelas kedudukan partisi anda.

root@camtono:~# lsblk

NAME MAJ:MIN RM SIZE RO TYPE MOUNTPOINT
sda 8:0 0 1.8T 0 disk
├─sda1 8:2 0 1.7T 0 part
│ ├─camtono-swap 253:1 0 15.7G 0 lvm [SWAP]
│ └─camtono-root 253:4 0 50G 0 lvm
├─sda2 8:3 0 500M 0 part /boot
├─sda3 8:4 0 1K 0 part

Sekarang anda sudah boleh lekap, dan gunakannya. Jika anda melakukan partisi LVM bagi tujuan pemasangan Sistem Operasi, jangan lupa untuk mengubahnya pada fstab!

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini OxygenOS Open Beta 2, Android Oreo Pada OnePlus 5

0
Pakai font SamsungOneBR dan Flash Kernel v2.09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Kali ini pasal ROM OxygenOS. Ya, OnePlus melepaskan kemaskini OxygenOS Open Beta 2, Android 8.0 Oreo pada OnePlus 5. Ini merupakan kemaskini Open Beta yang ke-2 manakala Closed Beta sudah pun yang ke-4, insyaaAllah yang ke-5 bakal dilepaskan dalam anggaran hampir seminggu lagi.

Seperti biasa, bila ada kemaskini, pasti ampa nak tahu changelog dia kan? Hah ni senarai dia :

  • Launcher = Baiki ralat widget dan shorcut.
  • Kamera = Penambahbaikan Antaramuka Pengguna (UI).
  • Files Manager = Menambah format f4v dalam kategori video.
  • System = Penambahbaikan Reading Mode, Getaran, dan audio Bluetooth. Baiki ralat Parallel Apps dan isu reboot selepas menggunakan Picture-in-Picture (PIP). Android Security Patch dikemaskini kepada November dan yang terakhir sekali ialah membaiki ralat²  umum serta penambahbaikan kestabilan.

P/S : Maaf list atas huduh sikit sebab WordPress ni pelik sikit nak buat bullet ?

Oh ya lupa, barang yang wajib ampa sedut sebelum mula proses pemasangan ROM ni. ? Ni senarai dia :

  • platform-tools.
  • Magisk v14.3.
  • TWRP 3.2.1-0 Tidak Rasmi.
  • Driver OnePlus.
  • Pastikan bateri peranti ampa tu 60% ke atas.
  • Backup dahulu data.
  • Saya cadangkan lakukan pemasangan bersih, tapi terpulang pada ampa nak lakukan pemasangan bersih atau kotor.
  • Saya tidak bertanggungjawab sekiranya peranti ampa rosak, sangkut dekat TWRP, sangkut dekat patching system dan risiko tanggung sendiri tau serta bagi yang Unlock Bootloader tu, TWRP kena pasang balik kalau pemasangan ROM OxygenOS hahaha. ?

Sini ada 2 cara pemasangan, iaitu pemasangan secara stock recovery dan Custom Recovery, iaitu TWRP. Bukan itu sahaja, ada 2 kaedah pemasangan iaitu Pemasangan Bersih dan Pemasangan Kotor, Kita mula satu2 nah.

Pemasangan Bersih

  • Harus dilakukan jika versi Android berbeza. (Seperti dari Nougat nak ke Oreo ka)
  • Kalau pakai Custom ROM, nak tukar ROM lain pun kena buat juga.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Erase everything. Kalau ampa lakukan ini, segala harta karun dalam internal storage hilang, macam phone baru beli. ?
  • Bagi Unlock Bootloader, masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan OTG.
  • Jangan risau segala fail dalam internal storage masih lagi ada, cuma aplikasi dan lain² ja la takda. ?

Pemasangan Kotor

  • Tidak digalakkan melakukannya kecuali jika ROM yang sama.
  • Selalunya dilakukan apabila ada kemaskini ROM yang tengah guna.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Wipe Cache. Kalau ampa kemaskini ROM. Kasi segar sikit. (saya tak pasti cara ni sebab lama dah tak guna ?)
  • Bagi Unlock Bootloader, masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick wipe cache dengan dalvik tu ja tau.

Cara Pemasangan Bersih bagi Locked Bootloader :

  1. Backup dahulu data kerana pemasangan bersih ni akan padam semua file dalam internal storage.
  2. Pindahkan fail OxygenOS Open Beta 2 dekat root directory. (Root directory tu yang luar folder, jangan letak dalam folder).
  3. Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS Open Beta 2 tu.
  4. Selesai sahaja proses dia tu, dia akan masuk recovery dan sambung proses pemasangan (ini secara auto) kemudian dia reboot sekali lagi, nampak boot animation (pusing2) tu tekan off lama2.
  5. Bila dah padam, tekan butang Power+Volume Down untuk masuk recovery.
  6. Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal²  ?)
    Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS Open Beta 2!

Cara Pemasangan Kotor bagi Locked Bootloader :

  1. Sama macam kaedah pemasangan bersih, cuma ikut step atas tu 1-5 sahaja.
  2. Dah habis step 5 tu, dekat recovery satgi, ambik Wipe data and Cache>Wipe Cache>dan Continue/Yes.
  3. Reboot dan tadaa, ampa dah pakai ROM OxygenOS Open Beta 2.

Cara Pemasangan Bersih bagi Unlock Bootloader yang memakai TWRP serta root dengan Magisk v14.3 (saya syorkan downgrade ke 14.0) :

  1. Backup dahulu data kerana pemasangan bersih ini tidak akan padam semua file dalam internal storage. Tapi untuk kecemasan.
  2. Sila masuk mod recovery dan pindahkan fail OxygenOS Open Beta 2, dan ikut suka hati ampa nak letak mana. Janji satgi nak pasang jumpa la. hahaha.
  3. Sila masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB-OTG kemudian Swipe untuk lakukan proses tu.
  4. Sila pasang fail zip tu kemudian selesai proses pemasangan tu, sila reboot to recovery semula.
  5. Dah masuk balik recovery, pasang Magisk v14.3 tu dan fail²  lain yang nak dipasang. Contoh Flash Kernel v2.09 ka, atau font ProductSans2 ke, SamsungSans ke.
  6. Selesai proses tu, tekan reboot system dan TAHNIAH ampa dah pakai ROM OxygenOS Open Beta 2 + Magisk v14.3

Untuk Pemasangan Kotor bagi Unlock Bootloader :

  1. Sama macam kaedah pemasangan bersih, cuma ikut step atas sampai 1-2 sahaja.
  2. Dah habis step 2 tu, masuk Wipe>Advanced Wipe>tick Wipe Cache dengan Wipe Dalvik sahaja kemudian Swipe untuk lakukan proses tu.
  3. Sila pasang fail zip tu kemudian pasang semula Magisk v14.3 (nanti turun taraf balik hahaha) serta tulisan dan kernel kalau ada pakai.
  4. Selesai proses tu, tekan reboot system dan TAHNIAH ampa dah pakai ROM OxygenOS Open Beta 2 + Magisk v14.3

Cara untuk turun taraf Magisk 14.3 :

  1. Buka app info Magisk Manager, sila tick permission storage (kalau tak tick tak boleh kemaskini aplikasi tu)
  2. Kalau ada keluar update, sila kemaskini aplikasi tersebut.
  3. Tekan Install>kalau dia tanya nak install Magisk v14.0, tekan Install>Direct Install (tunggu dia habis download)>Reboot
  4. Tadaa, ampa sudahpun pakai Magisk yang stabil, iaitu v14.0.

Kalau ada tengah lakukan pemasangan tu, sangkut dekat patching system tu, sila pasang semula Open Beta 1, dan lakukan cara pemasangan bersih atau kotor Locked Bootloader (TWRP kena pasang balik lah). Saya ada masalah ni, kalau orang lain tak pasti la. Cara saya bagitau tu terpulang nak ikut ke tak. Cara saya rumit sikit hahaha.

Rasanya tak perlu kot nak lampirkan screenshot kerana sama sahaja macam Open Beta 1. Kan?  Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah. Selamat memasang ROM OxygenOS Open Beta 2 ye.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Melajukan Muat Turun Pada Chrome Menggunakan Parallel Download

0

Jika anda merupakan pengguna tegar Internet Download Manager, maka fungsi parallel download bukanlah sesuatu yang asing buat anda.

Buat yang masih tak tahu pula, Parallel Download menggunakan sambungan berbilang untuk memuat turun satu fail dalam beberapa bahagian. Muat turun menjadi lebih laju berbanding hanya menggunakan satu sambungan untuk satu fail.

Google Chrome bakal mengimplementasikan fungsi ini bagi melajukan proses muat turun melalui pelayar web tersebut.

Perkara ini telah dikesan oleh para pembangun di forum XDA.

Ya, pengguna boleh sahaja menggunakan IDM atau extension seperti Chrono Download Manager, tetapi dengan mengaktifkan fungsi ini, sekurang-kurangnya mana-mana fail yang dimuat turun menggunakan Chrome akan menjadi lebih laju dan lancar dari biasa.

Bagaimana cara mengaktifkan parallel download?

  1. Buka tab baru dan masukkan ‘chrome://flags’ pada bar URL.
  2. Pada ruangan bar carian, masukkan ‘parallel’ dan satu flag bernama ‘Parallel downloading’ akan muncul.
  3. Klik pada ‘Default’ dan tukar ia kepada ‘Enable’.
  4. Mulai semula Chrome untuk mengaktifkan fungsi ini.

Berikut adalah demo muat turun pada Android yang menjadi lebih laju setelah parallel download diaktifkan.

Nampak kan gambar ni? Maklumlah, warna putih.

Baiklah, harap anda akan dapat memanfaatkan post ini dengan sebaiknya. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan, pensyarah, keluarga, kucing, dan jiran sebelah untuk sama-sama pandai ya.

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Penguji Beta Xiaomi Mi A1 Mendapat Kemaskini Android Oreo Beta

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Xiaomi. Xiaomi telah memberi jaminan yang Mi A1 ni akan dapat kemaskini Android Oreo sebelum akhir tahun ini. Jadi, pasti ampa tau dah kan yang Xiaomi mencari beberapa pengguna Mi A1 untuk menjadi tikus makmal mereka (Penguji Beta). Tak pasti tawaran tu buka lagi atau dah tutup.

Bagi yang dah daftar sebagai tikus makmal  Penguji Beta, tahniah dapat merasai Android Oreo Beta! Gambar²  di bawah ni sumber dari GSMArena. ?

 

Saiz ROM Mi A1 Android Oreo Beta ialah 1104MB malah Android Security Patch bulan 1 Disember! Dijangka bakal dilancarkan untuk semua pengguna Mi A1 pada hujung tahun ini. Kalau benar lah, maka Mi A1 menjadi peranti yang pertama dapat Android Oreo rasmi dengan harga yang bawah RM 1,3k ke bawah. ?

Mi A1 juga mendapat port LineageOS yang separuh berfungsi. Namun, kita masih lagi tidak dapat lihat sumber kernel telefon tersebut dan agak membimbangkan sebab Xiaomi menjanjikan bahawa depa akan lepaskan sumber kernel telefon tersebut selepas beberapa bulan Mi A1 dilancarkan. Pembangunan Custom ROM sedang berjalan dengan kelajuan siput dan ini tidak bagus untuk masa depan Mi A1. ?

Xiaomi Mi A1 ni boleh tahan hebatnya untuk peminat stock Android, bonus pula harga dia boleh tahan, iaitu RM 1.3k ke bawah. Dengan harga macam tu serta mendapat kemaskini Android Oreo, pasti dapat memberi pengalaman baru pada pengguna Mi A1. ?

Jadi, apa pendapat ampa? Komen kat bawah ni, sama2 kita bincangkan. ?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Permainan RPG Harry Potter: Hogwarts Mystery Akan Datang Ke Android Pada 2018

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dan kali ni artikel mengenai Harry Potter. Pasti ampa dah layan kan semua buku cerita dan filem yang telah dikeluarkan. Tidak lupa juga permainan video yang telah keluar pada semua platform, kecuali platform telefon.  Kini Warner Bros serta Jam City bergabung, meletup untuk mengeluarkan permainan baru Harry Potter!

Pasti ampa teringin dan bermimpi untuk menjadi seorang pelajar di Hogwarts, kan? Jangan bimbang kerana ia akan menjadi realiti tak lama lagi. Permainan Harry Potter: Hogwarts Mystery  in merupakan permainan berperanan yang berasaskan naratif (ala, permainan RPG = role-playing game atau dalam Bahasa Melayu dia, Permainan Berperanan).

Haa, lebih kurang camni la nanti. ?

Bukan itu sahaja, ia membenarkan para pemain memilih haluan mereka dan belajar daripada pengajar terkenal Hogwarts. (Ada sapa nak belajar dengan Prof Snape? hehehe ?. Kelas² seperti Defence Against the Dark Arts, Potions, dan Dueling Club yang diadakan sebagai kemajuan pemain² melalui tahun²  di Hogwarts.

Permainan ini akan datang ke peranti iOS, Android dan Amazon dari label Warner Bros, Portkey Games. Mungkin ampa ingat lagi Portkey Games ni ada buat pengumuman mengenai permainan AR (Augmented Reality) Harry Potter : Wizards Unite. Warner Bros menjadikan Portkey sebagai label khusus untuk semua perkara dari dunia sihir JK Rowling. Namun, tiada tarikh rasmi lagi, jadi sama² la kita menanti permainan Harry Potter : Hogwarts Mystery pada tahun 2018 ni.

Warner Bros dan Jam City berkerjasama untuk mewujudkan permainan mudah alih Harry Potter yang baru. Untuk pengetahuan ampa, Jam City ini merupakan studio permainan mudah alih yang berpangkalan di Lost Angeles yang dibentuk pada tahun 2010 dan studio tersebut telah menghasilkan permainan yang popular seperti Cookie Jam, Panda Pop, Family Guy: Another Freakin’ Mobile Game dan Marvel Avengers Academy.

Walaupun terdapat banyak permainan Harry Potter dekat celah² bumi ni, tapi pasti yang ini berbeza dengan yang lain tambahan lak Warner Bros yang terlibat secara langsung serta bergabung, meletup dengan studio yang berjaya lagi berpengalaman seperti Jam City dalam penghasilan permainan, harap ia dapat menjadi trending No.1 dalam Play Store/App Store/Amazon Store. ?

Jadi, apa pendapat ampa? Komen di bawah ye? Bahagian mana yang ampa suka dalam banyak² filem Harry Potter dan jampi mana yang ampa teringin nak guna dalam dunia realiti ni? ?

Sumber : Android Authority

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ryan ToysReview: Kanak-Kanak Berumur 6 Tahun Yang Menjana Pendapatan Sebanyak 11 Juta Melalui YouTube

0
Ryan ToysReview.
Ryan ToysReview @ YouTube.

Ini bukanlah kali pertama kita terdengar tentang YouTuber yang berjaya ‘buat duit’ dengan menjadi vlogger di YouTube.

Tetapi berapa banyak kali pulak kita mendengar akan kanak-kanak yang menjadi individu paling berjaya di YouTube dengan meraih pendapatan maksimum sebanyak 11 juta (USD)?

Dia adalah Ryan dari saluran YouTube Ryan ToysReview.

Thumbnail ringkas oleh Ryan. Wow.

Ryan telah memulakan ‘karier’ sebagai pengulas permainan/alat mainan kanak-kanak sejak berusia tiga tahun. Sejak video beliau menjadi viral pada tahun 2015, pelbagai permainan dari yang murah kepada mahal telah diulas.

Bermula dengan video set Lego Duplo (2015), dan di tahun 2016 Ryan sudah mempunyai pengikut/pelanggan kepada salurannya sebanyak satu juta, manakala jumlah terkini pula adalah sebanyak 10 juta pelanggan.

Kalau disemak setiap video Ryan, secara purata kebanyakan darinya mencecah lebih dari satu juta tontonan, hingga paling minimum bermula dari belasan ribu. Tahniah diucapkan buat adik Ryan, dan semoga menjadi lebih berjaya lagi di masa akan datang.

Views: 18

Iklan Newspaper Inline

Google: Setahun Dalam Carian Malaysia

0

Pada hari ini, Google telah mengumumkan senarai tahunan ‘Setahun Dalam Carian Malaysia’ yang memperlihatkan pelbagai data carian sepanjang 12 bulan yang lalu berdasarkan carian para pengguna di Google Malaysia. Senarai ini memberikan perspektif yang unik terhadap carian, tokoh dan topik semasa yang trending pada tahun ini.

Tempat teratas bagi senarai Carian Trending 2017 adalah milik terma ‘BR1M’, sebuah program bantuan kewangan kerajaan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Carian kedua paling trending merupakan ‘Hero Seorang Cinderella’, sebuah drama tempatan hangat, dan carian ketiga paling trending milik ‘SEA Games 2017’ yang merupakan acara pelbagai sukan serantau yang dianjurkan oleh Malaysia pada bulan Ogos lepas. Carian keempat dan kelima paling trending jatuh kepada siri drama tempatan ‘Titian Cinta’ dan ‘SAPS NKRA’, sebuah sistem analisis peperiksaan sekolah awam bagi guru-guru dan ibu bapa.

Lima carian terhangat lain merupakan: filem aksi blokbuster ‘Fast and Furious 8’, drama komedi romantik tempatan ‘Suamiku Paling Sweet’, lagu pop terkenal ‘Despacito’, undian bagi program televisyen realiti India ‘Bigg Boss Vote’, dan ‘Myvi 2018’, versi terbaru kereta terlaris di Malaysia.

Tempat teratas bagi carian Individu Paling Trending 2017 jatuh kepada ‘Izara Aishah’, seorang pelakon wanita yang baru mendirikan rumah tangga, dan tempat kedua pula pergi kepada ‘Gal Gadot’ yang telah memainkan watak paling ikoniknya, Wonder Woman. ‘Hannah Delisha’, seorang pelakon wanita dan penyanyi Singapura yang telah membintangi drama tempatan Mencintaimu Mr Photographer, mendapat tempat ketiga dalam senarai carian Tokoh Trending ini. Tempat keempat milik ‘Afifah Nasir’ yang terus menjadi perhatian selepas kontroversi romantiknya, dan tempat seterusnya jatuh kepada ‘Aiman Tino’ melalui ‘Ku Hanya Sayang Padamu’, lagu hangat beliau yang dikeluarkan pada 2017.

Individu-individu paling trending yang lain merupakan: pemain boal sepak tempatan dan penerima anugerah Puskas ‘Faiz Subri’, pelakon dan penyanyi Singapura ‘Aliff Aziz’, finalis rancangan realiti Asia’s Next Top Model ‘Alicia Amin’, pelakon wanita ‘Fathia Latiff’, dan personaliti televisyen ‘Mat Over’.

“Carian Google terus mencerminkan peristiwa utama, individu awam popular dan trend hangat yang memberi impak terhadap kehidupan rakyat Malaysia secara kolektif,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam di Google Malaysia. “Google merupakan tempat destinasi pilihan orang ramai untuk meneroka dan mengetahui sesuatu, dan kami percaya bahawa senarai-senarai tahunan yang telah kami susun mencerminkan ‘zeitgeist’ kebangsaan, ataupun ‘kecenderungan mental semasa’.”

Carian paling banyak sepanjang tahun 2017.
Antara carian-carian trending.

 

Views: 46

Iklan Newspaper Inline

Pembangun Terrarium TV Diburu Pihak Berkuasa?

1

Selepas zaman kejatuhan Kodi akibat addon yang satu demi satu dilupuskan oleh pembangun, kini nasib dan masa depan aplikasi Terrarium TV tampak samar.

Apa yang terjadi kepada Kodi?

Kodi dibangunkan sebagai hub media yang sah mengikut undang-undang. Namun addon dari pihak ketiga telah menjadikan ia sebagai satu ‘senjata’ dari syarikat-syarikat media dalam cubaan menurunkan perisian tersebut dari digunakan oleh para penstrim tegar.

Dengan addon pihak ketiga, pengguna akan dapat menikmati strim-strim seperti filem baru keluar panggung, drama, dan sebagainya lagi. Atas sebab itu Kodi menjadi salah satu aplikasi yang dibenci oleh pengarah-pengarah filem, dan menggunakan akta hak cipta sebagai jalan menutup laluan pembangunannya.

Terkini, Terrarium TV pula telah menutup laman rasminya, dan juga Github repo. Ini dibuktikan dan dijelaskan sendiri oleh pembangunnya melalui satu subreddit.

Apa pun yang berlaku, aplikasi Terrarium TV masih lagi boleh dimuat turun melalui pautan APKMirror ataupun Rawapk. Cuma sejauh mana ia masih mampu bertahan dan dikemaskini pada masa akan datang, hanya pembangunnya sahaja yang mampu menjawab.

Semoga pembangunan aplikasi akan diteruskan. Kodi sudah bergoyang, Popcorn Time sudah digegar, harapnya Terrarium TV tidak dijerut pula.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline