Coffee sipper and digital TCG player while keeping up with the tech industry.

 

Sepanjang tahun, terdapat beberapa persidangan teknologi besar yang berlaku di seluruh dunia. Persidangan-persidangan ini bertindak sebagai sebuah pelantar untuk mengetengahkan produk atau penemuan terbaru bagi syarikat-syarikat yang menfokuskan kepada teknologi, baik kecil ataupun besar. Berikut adalah senarai bagi persidangan yang saban tahun mendapat perhatian yang besar daripada pihak media dan juga tarikhnya bagi 2018.

 

Consumer Electronics Show 

9-12 Jan 2018, Las Vegas, dianjurkan oleh Consumer Technology Association

CES adalah persidangan pertama bagi melengkapkan sambutan tahun baru bagi peminat-peminat teknologi. Dengan fokus kepada teknologi yang lebih kepada pengguna (secara ringkas, home electronics), produk-produk yang dipersembahkan telah mengalami banyak evolusi, daripada pemain DVD dan pencetak, kepada telefon pintar dan PC, dan kini telah mempersembahkan produk-produk genre baharu seperti wearables, VR dan peranti-peranti IoT. Fakta menarik: masih ingat tentang insiden laptop prototaip Razer yang dicuri awal tahun ini? Terjadi kat CES.

 

Mobile World Congress

26 Feb-1 Mar 2018, Barcelona, dianjurkan oleh GSM Association

Jika anda seorang peminat produk telefon pintar, ini adalah satu acara yang awak tak boleh terlepas. Dengan fokus kepada industri teknologi mudah-alih, MWC telah menjadi pelantar utama bagi pengeluar telefon pintar untuk mempersembahkan model-model terbaru keluaran mereka bagi Q1-Q2 setiap tahun. Tidak hanya terhad kepada telefon pintar, MWC juga menyediakan tempat bagi telco-telco, pembekal dan juga penjual teknologi mudah-alih bagi mempersembahkan teknologi dan produk baharu mereka sendiri.

 

Google I/O

14 May 2018, Mountain View, dianjurkan oleh Google (duh)

Diadakan oleh pihak Google bagi memperkenalkan features terbaru bagi software mereka, khususnya, Chrome OS, API dan SDK mereka, dan tentunya juga, Android. Terdapat juga bengkel-bengkel bagi memberikan lebih maklumat tentang produk-produk baru mereka kepada pihak media dan developers. Bagi mereka yang berminat, di sinilah developers previews bagi versi terbaru Android selalunya diumumkan, dengan sedikit presentation bagi setiap features terbaru.

 

Apple Worldwide Developers Conference

TBA, selalunya sekitar bulan April-Jun, sekitar California, dianjurkan oleh Apple

Saya tahu, awak mungkin benci Apple, tapi, sejujurnya, awak masih lagi mengambil berat tentang mereka (hehe). Seperti Google I/O, Apple juga mempunyai software development event mereka sendiri, dengan acara-acara yang tidak begitu berbeza dengan Google I/O. WWDC juga kadang-kala memperkenalkan hardware baharu dari Apple, seperti iPhone dan Macbook. Tetapi, kali terakhir sebuah iPhone diperkenalkan di WWDC ialah pada tahun 2010, iaitu iPhone 4.

 

Internationale Funkausstellung Berlin

31 Aug-5 Sep 2018, Berlin, dianjurkan oleh rakan kerjasama IFA

IFA ialah satu lagi persidangan teknologi yang popular di kalangan peminat, ianya CES bagi Q3-Q4 sesebuah tahun itu. Bermaksud “International Radio Exhibition Berlin”, ianya merupakan salah satu daripada persidangan teknologi yang terbesar di dunia, dan juga adalah antara yang tertua (seawal tahun 1924). Pada awalnya, ianya memfokuskan pada teknologi telekomunikasi radio (sebab itulah namanya macam begitu) yang akhirnya berkembang melibatkan genre-genre teknologi lain seperti consumer electronics dan home appliances.

 

Terdapat juga beberapa lagi persidangan-persidangan teknologi yang lain yang saya tidak dapat masukkan ke dalam artikel atas sebab fokus yang lebih spesifik, seperti TechCrunch Disrupt, Computex Taipei, AWS re:Invent dan Design Automation Conference (DAC). Semoga dengan takwim di atas, 2018 akan menjadi tahun yang lebih menarik bagi anda.

Selamat menyambut tahun baru!