Utama Blog Laman 136

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 : Para Puntianak Dalam Ketakutan

0
Blood Moon

 

 

 

Tanggal 31 Januari 2018 iaitu hari ini, seluruh dunia kecoh memperkatakan fenomena besar yang akan berlaku pada malam ini. Mana tidaknya, 3 fenomena bulan akan berlaku serentak pada masa yang sama. Super Moon, Blue Moon, dan Blood Moon akan berlaku serentak yang akan dikenali sebagai Super Blue Blood Moon. Mengikut kepercayaan zaman gelap, pada malam ini, keturunan Serigala Jadian ataupun Werewolf akan mendapat kekuatan luar biasa dan akan memburu sarang-sarang puntianak dengan rakus. Tapi cerita itu saya biarkan terpendam di dalam fikiran peminat siri filem Underworld sahaja lah. Penulisan saya pada hari ini akan memfokuskan kepada sisi astronomi fenomena ini.

 

Femomena Super Moon.

Super Moon

Fenomena Super Moon adalah fenomena yang berlaku apabila bulan berada dalam keadaan paling dekat dengan bumi apabila mengelilingi orbitnya. Orbit bulan menglilingi bumi tidak berbentuk bulat sepenuhnya, tetapi sebaliknya, berbentuk sedikit bujur. Apabila berada di titik paling dekat dengan bumi, kedudukan tersebut dipanggil Perigee dan apabila berada pada titik kedudukan paling jauh, ia dipanggil Apogee. Apabila berada di titik Perigee, pada ketika itulah fenomena Super Moon terjadi. Pada fenomena ini, bulan akan kelihatan 12% lebih besar, dan 30% lebih terang daripada kebiasaannya.

 

Jarak Perigee dan Apogee dalam bentuk gambar rajah.

 

Perbandingan penampakan di antara bulan pada kedudukan Perigee dan Apogee.

 

 

Tidak seperti namanya, Blue Moon tidak berwarna biru.

 Blue Moon

Jangan tertipu dengan namanya. Ia tidak bermaksud bulan akan kelihatan berwarna biru. Blue Moon adalah fenomena di mana telah berlaku 2 purnama penuh dalam bulan yang sama di dalam kalendar masihi. Bak kata pepatah inggeris, “once in a blue moon” yang bermaksud perkara yang sangat jarang berlaku, fenomena Blue Moon ini juga satu fenomena yang jarang sekali berlaku. Untuk bulan ini, purnama penuh telah pun berlaku pada 2 Januari 2018 yang lepas dan sekali lagi pada hari ini iaitu 31 Januari 2018.

 

Bagi peminat Blood Moon, anda tidak akan kecewa kerana seperti namanya, Blood Moon sememangnya berwarna kemerahan seperti sedang “berdarah”.

Blood Moon

Tidak seperti Blue Moon, Blood Moon sememangnya mencipta nama dengan rupanya yang seakan berdarah. Pada fenomena ini, bulan akan kelihatan agak kemerahan daripada biasa. Akan tetapi, jangan  terpedaya. Fenomena ini bukanlah kerana bulan sedang berdarah, atau berlaku peperangan di atas permukaan bulan, atau berlakunya reaksi pada permukaan bulan mahupun oleh kerana konspirasi badan angkasa. Bulan seperti yang kita ketahui, tidak menghasilkan cahayanya sendiri seperti sebuah bintang. Sebaliknya, bulan memantulkan cahaya matahari pada permukaannya yang putih dengan debu angkasa. Pada fenomena Blood Moon, cahaya matahari akan sedikit terhalang di sebalik bayang bumi dan akan mengurangkan jumlah cahaya matahari yang terpantul pada permukaan bulan. Peristiwa ini berlaku semasa gerhana bulan.

 

Gerhana bulan akan berlaku dalam 3 tahap iaitu Penumbra awal, Umbra, dan akhir sekali Penumbra akhir. Pada Penumbra, gerhana separuh akan berlaku pada awal dan akhir kitaran gerhana. Gerhana penuh akan berlaku pada tahap Umbra. Bulan akan kelihatan merah sepenuhnya pada tahap Umbra.

 

Gambar rajah proses kitaran gerhana bulan.

Rakyat Malaysia, Jangan Lepaskan Peluang!

Seperti yang telah saya ceritakan, peristiwa ini sangat jarang berlaku. Mungkin kita tidak akan mampu melalui peristiwa ini lagi dalam 100 tahun akan datang sekali pun. 3 peristiwa sekaligus adalah kegilaan para peminat astronomi dan ahli kaji bintang. Kita bertuah kerana mampu mengalami peristiwa ini di Malaysia. Gerhana akan bermula pada pukul 6:51 PM dan berada pada gerhana penuh pada pukul 8:51 PM 10:57 PM. Gerhana akan tamat pada jam 12:08 PM. Sila rujuk poster rasmi daripada Agensi Angkasa Malaysia di bawah untuk lebih maklumat.

Syabas Agensi Angkasa Malaysia untuk infografik yang lengkap dan beresolusi tinggi.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

TeaTV: Alternatif Terbaik Kepada Terrarium TV!

0

Bagaimana dengan aplikasi FreeFlix HQ? Adakah anda berpuas hati dengannya? Jika masih belum puas, maka cadangan dari kami juga masih belum berakhir. Oleh itu tanpa melengahkan masa, kita terus sahaja kepada tajuk artikel, iaitu TeaTV.

Jika dilihat pada paparan antaramuka penggunanya, masih lagi ia tidak ubah seperti Terrarium TV.

Ya, berkemungkinan inspirasi reka bentuk antaramukanya memang diambil dari Terrarium TV. Jadi, apakah keistimewaan aplikasi TeaTV ini?

TeaTV memudahkan pengguna newbie untuk mengendalikan aplikasi tersebut. Tidak seperti Terrarium TV mahupun FreeFlix HQ, secara asasnya TeaTV telah meringkaskan menunya, dan tidak lupa juga ia meringkaskan operasi.

Sebagai contoh, jika anda klik pada sesuatu tajuk, anda akan dibawa terus kepada filem yang anda pilih, kemudian apabila klik atau tekan sahaja pada butang main, ia akan terus berikan kepada anda pilihan-pilihan pautan untuk distrim.

Pelbagai pilihan pautan, tak ubah seperti Terrarium TV.

Kemudian, setelah anda pilih, secara automatik pula ia akan paparkan pula menu pilihan seperti gambar di bawah, juga tidak ubah seperti? Ya, anda telah teka dengan tepat, Terrarium TV.

Boleh muat turun terus melalui ADM, yeah.

Tetapi semua ini tidak perlu anda dengan bersusah-payah menetapkannya terlebih dahulu, tidak seperti…? Ya, betul, tidak seperti Terrarium TV. Ini adalah kerana TeaTV telah pun ‘siapkan’ kesemua tetapan seperti sumber sarikata, sumber pautan, dan sebagainya lagi untuk anda.

Menu tetapannya cukup-cukup ringkas, bahkan seakan tidak lagi perlu untuk diubah. Mereka yang baru berjinak dengan aplikasi penstriman pasti akan berasa lega kerana tidak perlu pening kepala dengan pelbagai pilihan tetapan yang kadangkala seperti terlebih teknikal.

Serius, ringkas bukan?

Melalui butang menu kecil di bawah, anda diberi pilihan Discover, Movies, TV Shows, dan Anime. Mudah? Betul, cukup mudah. Buat apa perlu pening kepala, untuk memahami sesuatu aplikasi?

Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?

Oh maaf, copyright infringement, advertisement by Panadol.

Paparan muka depan yang cukup mudah untuk difahami.

Seperti biasa, jika anda mahu pasangkan aplikasi ini, anda boleh dapatkan ia melalui pautan yang diberikan di bawah:

>>> TeaTV

Juga seperti biasa, jangan dilupa untuk kongsikan artikel ini dengan sahabat handai, makcik pakcik, nenek, atuk, onyang, oppa, annyeonghaseyo, kucing, dan sesiapa sahaja yang anda jumpa ya. Terima kasih dan hastalavista!

Oklah, saya nak layan John Wick. Jumpa lagi di artikel akan datang.

Layan movie dulu gais!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

FreeFlix HQ: Aplikasi Penstriman Yang Lebih Baik Dari Terrarium TV

4

Nampaknya semakin hari semakin ramai yang memberikan perhatian terhadap kempen #CutTheCord. Alternatif demi alternatif dibongkarkan, sesuai dengan peredaran masa.

Kami kerap juga menulis tentang aplikasi Terrarium TV, yang menjadi fenomena setelah Kodi beransur-ansur hilang magisnya. Terrarium TV menjadi aplikasi utama buat para peminat filem, yang enggan lagi bersusah-payah menyiapkan tetapan Kodi.

Namun Terrarium TV bukan satu-satunya aplikasi penstriman yang unggul. Terdapat banyak lagi alternatif kepada Kodi yang pernah ditulis dan dibincangkan di sini, yang mana Terrarium TV hanyalah salah satu sahaja daripada pelbagai lagi aplikasi alternatif.

FreeFlix HQ – satu aplikasi penstriman yang bukan sahaja menjadi alternatif unggul buat Kodi, ia juga adalah satu alternatif terbaik kepada Terrarium TV.

Apa yang menariknya tentang FreeFlix HQ ini? Baiklah, mari kita tengok sama-sama.

Paparan antaramuka, tak ubah seperti Terrarium TV.

Pertamanya, aplikasi ini tidak ubah seperti Terrarium TV, dari segi paparan antaramuka penggunanya. Sekali pandang, sudah tahu mana yang harus diklik, dengan panduan Material Design yang meskipun tidak secara menyeluruh, namun cukup untuk memudahkan kepenggunaan.

Terdapat Live TV!

Kedua, FreeFlix HQ mempunyai pelbagai pilihan kategori strim, dari filem, drama, kartun, hinggalah kepada siaran televisyen! Ya, siaran televisyen langsung!.

Dari siaran televisyen Amerika Syarikat, Afghanistan, Malaysia, dan pelbagai lagi negara yang mana anda hanya perlu pilih sahaja melalui senarainya.

Pelbagai pilihan strim televisyen langsung.

 

Strim BBC World News.

 

Strim Food Network. 🙂

Selain itu, sekiranya anda mempunyai fail m3u sendiri, anda boleh import ia untuk distrim melalui FreeFlix HQ. Menarik bukan?

Pilihan import fail m3u diberikan.

Jangan dilupakan juga, FreeFlix HQ adalah aplikasi penstriman filem dan drama. Apa yang menarik, ia akan terus strim dari sumber pautan yang anda pilih bersama dengan sarikatanya. Jika sarikata tersebut tidak tepat, anda boleh ubah melalui butang ‘CC’ di atas pemain video.

Tidak seperti Terrarium TV, FreeFlix HQ memberi peluang kepada pengguna untuk menyahaktif iklan yang dipaparkan melalui butang derma menggunakan PayPal dengan jumlah 10USD, atau lebih mengikut kemahuan anda. Jadi, anda tidak perlu lagi mencari aplikasi crack semata-mata untuk menghilangkan paparan iklannya.

Baguslah begitu, kan?

Baiklah, rasanya cukup dahulu buat masa ini artikel pengenalan kepada FreeFlix HQ. Kami akan kemaskini lagi di masa akan datang sekiranya terdapat apa-apa berita menarik yang berkaitan dengan aplikasi ini.

Buat anda yang ingin memasangnya pada telefon mahupun Android Box, anda boleh muat turun fail apk di laman rasmi: FreeFlix HQ

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan serta ahli keluarga anda supaya mereka juga dapat memanfaatkan FreeFlix HQ. Terima kasih buat semua yang menekan butang share. 🙂

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Smart YouTube TV: Aplikasi Klien YouTube Khusus Untuk Android TV Box Dan Smart TV

0

Mutakhir ini, trend #CutTheCord yang telah kami jalankan sejak beberapa tahun yang lalu telah menunjukkan hasilnya. Ramai yang telah beralih kepada penstriman berbanding bergantung harap kepada satu syarikat, diulangi, satu syarikat untuk memberikan servis siaran televisyen.

Selain Netflix, iflix, Terrarium TV, Kodi, bla bla bla, aplikasi YouTube juga tidak ketinggalan dalam mendapat pembaharuan dan penambahbaikan. Khususnya aplikasi YouTube for Android TV, paparan antaramukanya juga sudah pun dikemaskini menjadi lebih serasi dengan paparan dan kaedah operasi televisyen (Smart TV).

Namun, dengan adanya pembangun yang suka melakukan modifikasi pintar terhadap setiap aplikasi yang keluar, menjadikan ia lebih baik dan sempurna. Aplikasi Smart YouTube TV adalah manifestasi kepada kejayaan pengubahsuaian.

Apa yang baharu dalam Smart YouTube TV?

  • Sokongan resolusi 4K.
  • Dapat dijalankan tanpa servis Google (Google Play services).
  • Direkabentuk untuk skrin televisyen.
  • Sokongan kawalan asal.
  • Papan kekunci carian pelbagai bahasa.
  • Sepenuhnya setempat (bahasa).
Gambar ihsan dari Smart YouTube TV.

Jika anda lihat pada gambar di atas, sewaktu aplikasi ini boot untuk pertama kalinya ia akan memberikan kepada anda selaku pengguna akan peluang, untuk memilih mana-mana pelancar (launcher) yang serasi dengan peranti anda.

Anda tetap boleh pilih untuk paparan 4K, namun jika peranti anda tidak menyokong resolusi 4K, tidak mampu untuk memainkan resolusi tersebut, atau kelajuan internet tidak mencukupi, anda boleh padamkan cache dan data untuk kembali semula kepada paparan pilihan pelancar.

Pilihan resolusi sehingga 4K.

Apa yang menarik, aplikasi ini juga akan sentiasa menetapkan resolusi maksima secara automatik, tidak seperti aplikasi untuk telefon pintar yang mana pengguna terpaksa bersusah payah menukarnya secara manual kepada resolusi definisi tinggi penuh sekiranya mereka mahu.

Resolusi 1080p ditetap secara automatik.

Baiklah, jika anda mahu pasangkan ia pada Android TV Box atau Smart TV anda, silalah muat turun fail apk Smart YouTube TV melalui pautan di bawah:

>>> Smart YouTube TV

Cubalah dahulu ya, saya nak layan video 4K ni.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Projek Montauk: Eksperimentasi Misteri, Merentasi Masa, Dan Kawalan Minda

2

Pada artikel lepas, kami telah menulis tentang Projek MKULTRA. Ya, kali ini kami menulis tentang satu projek yang berjalan ketika projek MKULTRA iaitu Projek MONTAUK.

Pada asalnya projek ini berasaskan kepada Projek Philadelphia (juga dikenali sebagai Projek Pelangi) adalah percubaan tentera laut pada bulan Oktober 1943 di mana kapal pemusnah yang mengawal USS Eldridge tidak kelihatan dalam radar. Dikatakan dalam sejarah, Kapal itu juga dihantar ke pelabuhan lebih dari 200 batu jauhnya, dan muncul semula ke tempat asal selepas 10 saat. Pada bulan tersebut juga, tentera Amerika Syarikat telah melakukan ujian rahsia pada kapal tentera laut di Philadelphia, Pennsylvania, untuk mencari cara untuk menghilangkan pergerakan kapal pada radar tentera Nazi supaya mereka dapat menghantar bekalan dan juga senjata dengan selamat ke Tentera Bersekutu di Eropah.

Tentera Laut tidak pernah mengakui mana-mana ujian ini berlaku, tetapi menurut ahli teori konspirasi sejak pada tahun 1955, ia bukan sahaja berhasil membuat kapal-kapalnya tidak dapat dilihat oleh radar, tetapi secara tidak sengaja berjaya menyebabkan kapal perang bergerak dengan baik dan laju. Namun begitu setelah berlaku kejadian negatif pada anak kapal tersebut, maka Projek Pelangi ataupun Projek Philadelphia tersebut dihentikan serta merta. Projek ini kemudiannya diubah kepada Projek MONTAUK setelah Projek MKULTRA dilancarkan.

Pada tahun 1969, peranti radar dan peranti perumahan di Montauk Point ditutup dan orang awam dilarang mendekati kawasan tersebut. Kerajaan Amerika telah memberikan sebahagian daripada tanah di Montauk Point tetapi mengekalkan hak untuk melakukan kerahsiaan dibawah tanah dan hak tanah tersebut boleh dipulangkan semula jika belaku ancaman sekuriti nasional. Kemudahan ini dikuasakan oleh stesen kuasa yang menggunakan gigawatt.

Di kemudahan bawah tanah di Montauk Point, dikhabarkan ada 30 hingga 50 ahli fizik dan jurutera bereksperimen dalam fizik kuantum dan zarah lubang hitam (BLACKHOLE). Projek Montauk bermula dengan penyelidikan fizik dan radar, kemudian diperluaskan kepada eksperimen pada manusia.

Tujuan utama hasil eksperimen ini adalah untuk memanfaatkan tenaga yang diperlukan untuk pemindahan tempat dan perjalanan masa. Oleh kerana terlalu banyak eksperimen ini dijalankan, mereka terdedah kepada bahayanya radiasi NEUTRON.

Program kawalan minda turut dimasukkan. Satu eksperimen menggunakan kerusi Montauk, dikatakan telah berjaya untuk mengesan manusia sekiranya manusia tersebut bergerak dalam kelajuan cahaya.

Khabar angin bahawa pemerintah AS telah melakukan eksperimen dalam peperangan psikologi di Montauk sama ada Camp Hero atau Montauk Air Force Station mulai tersebar berita tersebut pada pertengahan 1980-an.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah-kisah yang berkaitan dengan projek ini, termasuk portal masa, makhluk aneh yang terhasil dari minda, dan pelbagai lagi kesan-kesan hasil eksperimentasi kronik yang telah dijalankan.

Kami kongsikan kepada anda sebahagian darinya sebagai introduksi. Sekiranya artikel seperti ini mendapat sambutan, kami akan sambung lagi. Terima kasih untuk sokongan yang ditunjukkan oleh anda.

 

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini OxygenOS Open Beta 4 Pada OnePlus 5, Ada Sesuatu Yang Tersembunyi

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Kali ini mengenai perisian peranti OnePlus, iaitu OxygenOS Open Beta 4. Mengenai changelog kemaskini Open Beta 4 ni, boleh rujuk kat bawah ni.

Jadi, apa yang tersembunyi yang OnePlus tidak beritahu dalam changelog Open Beta 4? Ini yang saya perasan, iaitu aplikasi Notes serta penambahbaikan Face Unlock. Ketika saya pakai Open Beta 3 Hotfix, tiada benda alah ini. Jadi ini sesuatu yang menaik!

Kita mulakan dengan aplikasi Notes. Ia merupakan aplikasi yang anda boleh menyimpan nota, letak gambar dan buat senarai semak. Lihat contoh gambar di bawah.

Seterusnya ialah penambahbaikan Face Unlock. Masa saya pakai OxygenOS Open Beta 3 Hotfix pada OnePlus 5, tak macam ini. OnePlus menambah satu ciri baru iaitu Face Unlock assistive lightning yang membantu peranti anda kenal muka anda dan unlock peranti anda. Satu lagi masa nak menambah data muka kita untuk Face Unlock tu, ada garisan putih yang mengesan raut wajah kita kepada beberapa dot dan garisan. Tak silap Open Beta 3 takda, Hotfix pun tiada juga. kot.

Lihat gambar di bawah mengenai perkara di atas.

Lihat ada tambahan pilihan iaitu Face Unlock assistive lightning.
Bila kita tambah data muka, akan keluar dot dan garisan putih untuk mengecam muka kita. Abaikan muka saya tu. hahaha
Bila berada di tempat yang gelap, bila on skrin telefon, akan keluar ini dan ia membantu telefon kita mengenal kita dengan baik.

Itu sahaja yang saya perasan mengenai benda yang tersembunyi yang tiada dalam changelog OxygenOS Open Beta 4. Kenapa la OnePlus tak beritahu perkara ini dalam changelog mereka? Adakah mereka terlepas pandang?

Apa pendapat anda mengenai kemaskini OxygenOS Open Beta 4 pada OnePlus 5? Sila komen di bawah ya. ?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Aplikasi YouTube Bakal Mempunyai Tema Gelap Dan Mode Incognito

0

 

Sekian lama saya menggunakan aplikasi YouTube versi iYTBP kerana selain ia bebas iklan, ia juga mempunyai tema gelap dan pelbagai lagi tetapan lain yang pada saya sangat diperlukan, contohnya tetapan resolusi pilihan untuk setiap kali video dimainkan.

Namun dalam versi terbaru aplikasi YouTube (13.0), nampaknya ia akan membawakan tema gelap atau hitam yang sekian lama dinantikan, juga mode incognito.

Sepertimana kita sedia maklum, pengguna boleh hentikan sejenak atau ‘pause’ sejarah tontonan dan sejarah carian. Secara tidak langsung apa-apa yang dicari dan ditonton tidak dimasukkan ke dalam senarai main dan Google juga tidak perlu memberi cadangan video berasaskan kepada sejarah tontonan tersebut.

Namun dengan adanya mode incognito ini, pengguna tidak perlu lagi log keluar untuk ‘membebaskan diri’ secara sepenuhnya dari rekod tontonan dan carian.

Menurut hasil ‘APK Teardown’ oleh 9to5Google, akan terdapat ikon incognito untuk menjadi penunjuk sama ada mode tersebut sedang digunakan ataupun tidak. Selain itu, bakal diimplementasi juga ciri mudah untuk melangkau iklan dengan hanya menyeret jari (swipe) berbanding menekan butang seperti sekarang.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Menangani Anti AdBlocker [Kemas Kini 2018]

3

Baiklah, sebelum ini kita dah belajar bagaimana cara untuk menangani Anti-Adblock.

Tak perlu kita perbahaskan lagi kepentingan adblock kepada pelayar web, kerana Google sendiri akan mula menyekat iklan yang ‘melampau’.

Jadi dengan adanya kaedah untuk kita mengatasi skrip anti adblock ini, kita mampu untuk melayari mana-mana laman tanpa bimbang kepada iklan popup atau pop-under yang mungkin membawa kepada malware dan pelbagai lagi musibah mahupun musibat.

Memperkenalkan, Nano Adblocker dan Nano Defender.

Nano Adblocker adalah addon/extension berasaskan uBlock Origin, atau dalam nama lainnya ‘fork’. Manakala ‘star of the show’ kita adalah Nano Defender, kerana ia adalah addon atau extension yang akan ‘menjaga’ adblock kita.

Dalam kes ini, kita akan gunakan Nano Adblocker dek kerana Nano Defender meletakkan prioriti perlindungan yang lebih kepadanya.

Seperti biasa, kita perlukan:

  1. Greasemonkey (Firefox)
  2. Tempermonkey (Chrome)
  3. Nano Adblocker
  4. Nano Defender

Dah siap? Bila dah siap, pasang atau ikut langkah bermula dari nombor dua (Step 2) hingga langkah nombor tujuh (Step 7) di pautan berikut:

Nano Defender (a.k.a. uBlock Protector)

Sudah selesaikan kesemua langkah? Bagus, sekarang anda boleh mula melayari mana-mana laman menjengkelkan yang mengguna pakai sebarang jenis anti-adblock. Harapnya ia dapat memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ciri Akan Datang: Tab Warming Pada Firefox

0

Para pembangun dari Mozilla nampaknya tidak pernah berhenti dari membawakan pembangunan dan ciri baharu kepada Firefox, tidak kiralah baik mahupun buruk. Ciri baik kita sudah lihat, ciri buruk pun kita sudah telitikan.

Kali ini dalam saluran Nightly, buat anda yang sememangnya sudah menggunakan pelayar Firefox dari saluran ini, anda kini boleh uji satu lagi ciri yang sudah diserapkan iaitu Tab Warming.

Disebabkan penerangan dalam Bahasa Melayu agak sukar dan mengelirukan, maka saya salin penerangan dari pembangun Mozilla iaitu Mike Conley:

When you switch a tab in multi-process Firefox, traditionally we’d send a message to the content process to tell it to paint its layers, and then we’d wait for the compositor to tell us that it had received those layers before finally doing the tab switch.

With the exception of some degenerate cases, this mechanism has worked pretty well since we introduced it, but I think we can do slightly better.

“Tab warming” is what we’re calling the process of pre-emptively rendering the layers for a tab, and pre-emptively uploading them to the compositor, when we’re pretty sure you’re likely to switch to that tab.1

Secara ringkasnya, Tab Warming adalah proses pra-muat sesuatu tab sebelum isi kandungan laman tersebut dipaparkan kepada pengguna.

Anda boleh cuba ciri ini dengan memuat turun Firefox Nightly di pautan ini: Download Firefox Nightly

Kemudian, buka satu tab baru, masukkan about:config ke dalam bar URL dan tekan Enter.

Setelah itu, masukkan pula preference berikut ke dalam bar carian:

browser.tabs.remote.warmup.enabled

Ubah nilainya daripada false, kepada true.

Anda boleh cuba rasakan sendiri perubahan penukaran tab selepas itu. Cuma, semasa saya sedang menulis ini saya tidaklah dapat rasakan apa-apa penambahan kelajuan melainkan setiap tab tidak lagi dihentikan seketika (pause) seperti sebelumnya.

Apa komen anda tentang ciri ini?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jenis-Jenis Linux File System Yang Selalu Digunakan

0

Menurut Wikipedia, di dalam pengkomputeran, file system (atau filesystem) digunakan untuk mengawal bagaimana data disimpan dan diambil semula.

Tanpa sistem ini, satu bentuk informasi yang ditempatkan di dalam medium storan akan menjadi satu bentuk data yang besar tanpa ada cara untuk mengetahui di mana ia berakhir dan bermula semula.

Dengan memisahkan data kepada beberapa bahagian dan memberi setiap dari bahagian tersebut nama, informasi tersebut akan menjadi mudah untuk diasingkan dan dikenal pasti.

Ext4 telah menjadi file system lalai bagi Linux sejak sekian lama. Ianya adalah file system yang telah stabil dan kurang bermasalah berbanding yang lain.

Untuk itu, mari kita semak dan telusuri beberapa jenis Linux File System yang sering digunakan dan apa ciri masing-masing.

Ext4:Ext‘ adalah singkatan dari ‘Extended file system’, iaitu file system pertama yang diciptakan khusus untuk Linux. Setelah itu muncullah penambahbaikan kepadanya bermula dari Ext2, Ext3 dan seterusnya Ext4.

Ext3 ialah penambahbaikan dengan memasukkan fungsi ‘journaling’ kepada Ext2. Setelah itu muncul pula Ext4 yang mempunyai ciri mengurangkan fragmentasi fail, membenarkan saiz dan jumlah fail yang lebih besar dimasukkan ke dalam storan, dan menggunakan peruntukan tertangguh untuk memanjangkan jangka hayat memori flash.

Nota Kaki: Apa Itu Journaling?

Journaling direkabentuk untuk mengurangkan kerosakan data dari ‘crash’, atau kehilangan kuasa secara tiba-tiba.

Dengan fungsi ini, komputer anda ‘mengetahui’ ia akan menulis atau menyimpan/memasukkan fail-fail tertentu ke cakera di dalam journal, menulis fail tersebut ke dalam cakera, dan mengeluarkan ‘tugas’ tersebut dari journal.

Seandainya bekalan kuasa terputus secara tiba-tiba semasa fail sedang ditulis, Linux akan memeriksa journal ketika ia sedang boot dan kemudian akan menyambung semula mana-mana tugas yang belum selesai. Secara tidak langsung ini mengurangkan kerosakan data dan kehilangan fail-fail penting.

Namun bukan fail penuh yang ditulis ke dalam journal. Hanya metadata, inode, dan lokasi cakera sahaja yang direkodkan sebelum ia ditulis ke dalam cakera.

XFS: Salah satu file system atau bahasa Melayunya sistem fail yang menjadi kegemaran saya. Ianya dibangunkan oleh Silicon Graphics pada tahun 1994 untuk sistem operasi SGI IRX dan telah dipindah kepada Linux pada 2001. Kelebihan XFS berbanding Ext4 ialah ia boleh dibesarkan (namun tidak dapat dikecilkan) mengikut kemahuan pengguna.

XFS mempunyai prestasi cemerlang untuk mengendalikan fail-fail bersaiz besar, namun ia kurang berprestasi pada fail-fail kecil. Oleh itu ia sesuai digunakan pada pelayan-pelayan yang perlu mengendali dan menguruskan fail bersaiz besar pada kebanyakan masanya.

ZFS: Dibangunkan oleh Sun Microsystems, ZFS mempunyai ciri mengurangkan kerosakan/korupsi data, menyokong kapasiti storan bersaiz besar, pemadatan data yang lebih baik, dan pelbagai lagi ciri menarik. Cuma ia disumber terbukakan di bawah lesen Sun CDDL, yang bererti ia tidak boleh disertakan dengan kernel Linux. Namun anda masih boleh cuba menggunakannya pada mana-mana distro. Setiap distro mempunyai wiki masing-masing akan bagaimana caranya untuk format cakera anda kepada ZFS.

ArchWiki adalah contoh terbaik untuk rujukan bagaimana cara memasangnya pada Arch Linux.

BtrFS: Dibangunkan oleh Oracle, BtrFS merupakan singkatan dari ‘B-Tree File System’ yang disebut sebagai ‘Butter’ atau ‘Better FS’. Seringkali disebut sebagai pengganti kepada Ext4, penyenggara Ext4 iaitu Ted Ts’o (Theodore Yue Tak Ts’o) menganggap bahawa Ext4 adalah satu bentuk penyelesaian sementara manakala BtrFS pula adalah masa depan kepada sistem fail Linux.

Cuma buat masa ini, BtrFS masih lagi dalam percubaan dan ciri-ciri yang diimplementasikan adalah bersifat eksperimental.

Baiklah, diakui, terdapat banyak lagi file system atau sistem fail Linux, namun anda boleh rujuk kepada ArchWiki – File systems untuk maklumat lanjut.

Secara umumnya Ext4 telah digunakan secara meluas dan bertahun lamanya. Kestabilan dan mudah urus menjadikan ia pilihan utama. Kehadiran XFS, BtrFS, dan beberapa yang lainnya menjadikan pengguna mempunyai pilihan dalam memanfaatkan ciri yang dikehendaki.

Namun kebiasaannya pengguna Linux akan memilih salah satu daripada sistem fail di atas kerana tidak perlu lagi bereksperimentasi (BtrFS dikecualikan) dengan sistem fail yang berstatus ‘beta’.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline