Utama Blog Laman 130

Opera VPN Bakal Ditamatkan Dan Diganti Dengan SurfEasy

1

Opera VPN mungkin bukan pilihan saya untuk mendapatkan perlindungan total di internet, tetapi ia menjadi pilihan terbaik dalam pelbagai servis VPN kategori percuma yang ada.

Ini semua tidak lama, kerana servis ini akan ditutup. Apa juga sebabnya, tidaklah diberi tahu, tetapi laman sesawang Opera VPN menggalakkan penggunanya untuk mendaftar akaun baru dengan SurfEasy.

Mana-mana pengguna yang pernah melanggan plan Opera VPN Gold, akan mendapat langganan SurfEasy Ultra secara automatik selama setahun.

Ini tidak menghairankan, kerana VPN terbina dalaman yang ada pada opera juga adalah VPN sama yang telah dikendalikan oleh SurfEasy.

Jika anda berminat untuk menggunakannya, anda bolehlah mendaftar akaun secara percuma di sini: SurfEasy

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

10 Extension Yang Patut Dipasang Pada Pelayar Web Vivaldi (Atau Chrome/Brave/Opera)

2

 

 

 

 

Sudah lama saya ingin berkongsi tentang extension apakah yang saya gunakan dengan tegar di pelayar web

Untuk pengetahuan, pelayar web utama saya buat masa ini adalah Vivaldi, dan pelayar kedua adalah Chrome. Manakala pelayar web sandaran (backup) pula semestinya Firefox.

Tidak banyak extension yang saya pasang, cukup sekadar apa yang perlu bagi menambah baik pengalaman ketika melayari laman sesawang mahupun ketika sedang strim video.

Berikut adalah antara extension yang saya gunakan di pelayar web Vivaldi.

Senarai yang sama boleh diguna pakai sama ada pada Chrome, Brave, Opera, dan lain-lain pelayar yang berasaskan Chromium/Chrome.

1. Nano Adblocker

Sebelum ini saya menggunakan uBlock Origin untuk menyekat iklan-iklan yang melampau (intrusive ads). Tetapi kini saya telah menggantikan ia dengan Nano Adblocker, kerana extension ini serasi dengan tutorial Cara Menangani Anti AdBlocker yang pernah saya tulis beberapa bulan lalu.

2. Nano Defender

Nano Defender adalah extension yang berfungsi sebagai ‘pelindung’ kepada Nano Adblocker. Ia akan bertindak membantu Nano Adblocker melepasi sekatan dari laman-laman yang menyekat extension/addon adblocker.

3. Magic Actions for YouTube

Extension ini sangat berguna jika anda adalah penstrim tegar di YouTube. Ia dapat mengubah bagaimana cara anda ‘berkomunikasi’ dengan laman YouTube, contohnya anda boleh ubah kelantangan suara hanya dengan menggunakan roda tengah tetikus. Selain dari extension ini, Enhancer For YouTube juga boleh digunakan sebagai alternatif.

4. No Coin

Di era cryptocurrency sedang berleluasa digali, sudah semestinya extension seperti ini amat diperlukan. Saiznya sangatlah kecil, tetapi ia juga sangat berkuasa dalam menyekat skrip mining yang ada pada laman-laman popular, mahupun yang tidak dikenali ramai.

5. Pushbullet

Tidak mungkin dapat menggunakan pelayar web dengan tenang tanpanya. Pushbullet banyak membantu dalam perkongsian maklumat, pautan, gambar, dan juga fail-fail dari telefon pintar kepada PC, mahupun sebaliknya.

 

6. Stylish

Mungkin extension ini tidak begitu penting, tetapi jika anda berminat untuk melihat laman Facebook (contohnya) ‘berwajah’ berbeza, anda boleh ubah tema atau warna latar menggunakan Stylish dan gabungan tema di laman Userstyles.

7. View Image

Google telah pun membuang ciri ini pada laman carian gambar mereka, atas sebab isu hak cipta dan sebagainya. Betul, kita masih boleh muat turun gambar yang terpapar, tetapi lebih mudah untuk melihat gambar penuh dengan pilihan ‘view image’ berbanding perlu klik kanan terlebih dahulu dan kemudian klik pula pada ‘Open Image in New Tab’.

8. Super Dark Mode

Stylish boleh memberikan paparan dengan tema gelap pada laman-laman seperti Facebook, YouTube, dan sebagainya lagi. Tetapi bukan semua laman dapat anda aplikasikan tema gelap. Untuk itu, extension Super Dark Mode yang ringkas ini mampu memberikan anda pilihan tersebut. Apa jua laman yang ada dalam internet dapat ditukarkan paparannya kepada warna hitam.

Let the darkness crawl.

9. Tampermonkey

Bagi menggunakan pelbagai skrip yang berguna terutamanya pada adblocker, Tampermonkey adalah suatu alternatif kepada Greasemonkey (Firefox).

10. LastPass

Ada 10 buah laman sesawang (contoh) dengan 10 kata laluan berbeza. Memang sakit kepala hendak mengingatinya. Benar, pengurusan kata laluan pada pelayar Chrome/Vivaldi ini sudah semakin baik, namun jika anda mahukan paparan antaramuka dan pelbagai ciri lain yang lebih menarik, LastPass adalah jawapannya.

Jadi, ini adalah 10 extension yang mesti saya pasang setiap kali selesai pemasangan pelayar web. Tidak kiralah jika anda menggunakan Chrome, Vivaldi, Brave, kesemua senarai extension ini boleh digunakan. Ini hanyalah 10 extension yang ‘asas’. Bagi pengguna yang jatuh kepada kategori ‘power users’, anda boleh ambil senarai ini sebagai ilmu tambahan.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

UniqueStream: Strim Pelbagai Video Dari Laman Premium Secara Percuma

1
Paparan laman UniqueStream ketika masih menggunakan tema putih. Gambar rare. Heheh.

Penafian: Kami tidak menggalakkan cetak rompak, malah kami menggalakkan pembaca agar sentiasa membeli atau membayar untuk menikmati kandungan video yang dilindungi Akta Hak Cipta. Artikel adalah sekadar ulasan umum. Sebarang penggunaan kandungan laman adalah diluar tanggungan pihak omghackers.com.

Terdapat banyak laman yang cuba menyamai Netflix/iflix dari segi cara penyampaian kandungan, isi kandungan itu sendiri dan paparan antaramuka pengguna.

UniqueStream adalah laman baharu yang cuba menjengah masuk ke arena penstriman. Ya, ianya dibuat dengan asas ‘grabbing’, iaitu kesemua kandungan tidak dihos secara terus oleh penyedia, sebaliknya diambil dan distrim (embed) ke dalam laman tersebut dari sumber tertentu.

Paparan UniqueStream ketika ini.

Isi kandungan laman ini terdiri daripada filem Melayu, Inggeris, Anime, Tamil, Hindi, Jepun, dan pelbagai lagi. Ia juga mempunyai pilihan dari senarai siri televisyen, drama-drama Korea, dan juga kandungan Telugu serta Hindi bagi peminat-peminatnya.

Menurut pembangun laman ini, hampir 65% kandungan mempunyai sarikata. Semestinya, anda hanya mempunyai toggle untuk mengaktifkan sarikata, atau menutupnya. Tiada pilihan untuk menukar ia kepada bahasa Melayu atau lain-lain bahasa.

Manakala 95% pula adalah rilisan dengan resolusi berdefinisi tinggi, dan 5% lagi adalah dari rilisan Web-DL dan seumpama dengannya.

Video yang telah disertakan dengan sarikata.

Di pemain videonya, terdapat butang untuk menukar saiz video kepada mode pawagam, atau menukar saiznya kepada skrin penuh. Ada juga butang untuk menukar laman menjadi gelap secara keseluruhan, untuk memberikan lebih lagi ‘feel’ wayang tersebut.

Cinema mode, lights off.

Selain itu, 70% kandungan video boleh distrim dan cast ke Chromecast. Peminat Chromecast pasti akan menyukai ciri ini. Apa yang menarik, pengguna boleh membuat permintaan untuk mana-mana drama Korea, anime dari Crunchyroll dan AnimeLab, filem-filem Hindi dari Eros Now serta YuppFlix kepada pembangun laman. Mereka akan cuba memasukkan kandungan yang diminta oleh pengguna secepat mungkin.

Tidak lupa juga, jika anda menghadapi sebarang masalah dengan video yang sedang dimainkan, jangan lupa untuk klik pada butang ‘Report’ dan laporkan masalah anda. Team pembangun akan membantu apa yang dapat mereka selesaikan.

Butang Report untuk melaporkan sebarang isu.

Setakat ini, kelajuan strim bagi setiap video yang dicuba sendiri oleh saya adalah memuaskan. Jika terdapat sedikit buffering, itu adalah biasa bagi laman baru seperti ini. Semestinya mereka bergantung kepada kelajuan pelayan untuk menyediakan video-video tersebut, dan tidak menggunakan sebarang codec ‘istimewa’ atau bantuan kecerdasan buatan seperti yang dibuat oleh Netflix. Jadi, sedikit buffering tidaklah terlalu menjengkelkan dan ianya adalah dapat difahami.

Ok, cukuplah ulasan saya setakat ini. Jika ditulis lebih panjang, bimbang ia akan melarut panjang pula. Jika anda ingin terus strim, anda boleh ke laman tersebut melalui pautan yang disediakan di bawah. Oh ya, anda tidak perlu mendaftar sebarang akaun sebelum dapat menggunakannya. Hanya perlu pilih mana-mana video yang anda mahu dan klik pada butang main.

Nota: Aplikasi Android mungkin akan dibuat jika laman ini mendapat sambutan.

>>> UniqueStream

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

@OpIsrael: Beberapa Saluran YouTube Digodam

1

Beberapa saluran muzik VEVO di YouTube telah digodam hari ini. Antara video yang terlibat ialah Despacito, yang mana tajuk dan thumnail telah diubah.

Dengan tag ‘FreePalestine’ dan ‘Fuck Illuminati’, penggodam yang menggelarkan diri mereka dengan nama Prosox, Kuroi’SH, Shade, dan Akashi IT mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan skrip ‘youtube-change-title-video’ untuk mengubah seberapa banyak saluran dan video yang boleh.

Setakat ini video Despacito telah dimuat naik semula, tetapi senarai video yang lain nampaknya masih ada yang belum diperbaiki.

Sesetengah dari video menggunakan thumbnail dari siri Netflix yang popular, La Casa De Papel atau dalam bahasa Inggeris, Money Heist.

Menurut sumber dari The Verge, pihak Vevo telah mengetahui akan perkara ini dan situasi telah pun dikawal. Mereka sedang berusaha untuk mengembalikan kesemua video yang telah digodam berada dalam keadaan asalnya, dan menyiasat punca penggodaman.

Via: Android Police
Sumber: The Verge, The Hack Post

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tips Dan Trik Melajukan Google Chrome [Edisi 2018]

1

Baru-baru ini saya ada terbaca dalam satu blog tentang tips penulisnya akan bagaimana hendak melajukan Google Chrome.

Dari satu tips ke satu tips, tiada satu pun yang memuaskan hati. Kalau setakat disuruh tutup tab, itu budak sekolah rendah pun tahu!

Jadi apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tips sebenar, bagaimana caranya kita dapat tambahkan lagi kelajuan Google Chrome, dan dalam masa yang sama (mungkin) seiring dengan peningkatan prestasinya, penggunaan RAM juga kurang.

Pertama sekali, seperti biasa pastikan pelayar Chrome anda merupakan versi terbaru. Jika tidak, sila naik taraf pelayar anda. Ini penting, bagi memastikan ia mendapat tampalan-tampalan kepada kerentanan dan ciri baru yang mampu meningkatkan prestasi.

Ramai orang ambil ringan hal ini bahkan tidak ambil peduli pun. Jadi, mulai hari ini, pastikan Chrome anda adalah versi terbaru dengan cara klik pada tiga titik di sebelah atas (kanan), HelpAbout Google Chrome. Jika pelayar anda versi lama, ia akan meminta anda untuk mengemas kini.

Kemudian, nyahaktifkan mana-mana web apps yang anda tidak pernah gunakan. Caranya mudah sahaja, taipkan di omnibox chrome://apps, dan tekan Enter.

Klik kanan pada web app tersebut dan pilih Remove from Chrome.

Seterusnya, mari kita cuba aktifkan beberapa ciri eksperimental. Ciri ini seperti namanya, adalah ‘eksperimental’, bererti anda perlu cuba dan lihat sendiri sama ada ia memberikan perbezaan atau tidak. Ia juga mempunyai risiko menghilangkan data dan menjejaskan privasi anda. Jadi, jika anda ingin mencuba, disarankan agar anda lakukan salinan sandaran terlebih dahulu kepada mana-mana data yang patut.

Taipkan chrome://flags pada omnibox, kemudian cari:

Experimental canvas features (tukar kepada Enabled) – Ini membolehkan Chrome menggunakan kanvas legap untuk melajukan masa memuat (load) dan meningkatkan prestasi.

Number of raster threads (tukar kepada 4 – Membolehkan Chrome memuat gambar dengan lebih cepat.

Fast tab/window close (tukar kepada Enabled) – Membuatkan Chrome lebih respons ketika anda cuba untuk menutup tab.

Automatic tab discarding (tukar kepada Enabled) – Tab akan disisihkan secara automatik apabila memori menjadi sedikit/rendah.

Scroll prediction (tukar kepada Enabled) – Chrome akan cuba mengenal pasti di mana kedudukan ‘jari’ ketika pengguna scroll untuk memuatkan sesuatu sebelum ia dilayari.

Simple Cache for HTTP (tukar kepada Enabled) – Mekanisma terbaru Chrome yang membenarkan caching dengan cara bersandarkan kepada fail sistem untuk menentukan saiz ruang.

FontCache scaling (tukar kepada Enabled) – Menggunakan semula cached font di dalam renderer untuk menyediakan saiz font berbeza bagi mencapai susun atur laman yang lebih pantas.

V8 caching mode (tukar kepada Cache V8 compiler data) – Meningkatkan prestasi Javascript.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu perkongsian pada hari ini. Tips-tips seperti ‘padamkan browsing history’ tidak dimasukkan kerana ianya tidak membantu dan hanyalah penyelesaian sementara. Diharap anda dapat mencuba sendiri dan mana-mana ciri eksperimental yang anda rasa tidak perlu, atau ada yang anda rasa perlu pula diubah/ditambah, sila sesuaikan sendiri.

Jika tips ini membantu, jangan keberatan untuk kongsikan dengan kawan-kawan artikel ini.

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

iFixit Mendedahkan Terdapat OIS Pada Ketiga-Tiga Kamera Huawei P20 Pro

0

Menurut Huawei, hanya lensa telefoto P20 Pro sahaja yang mempunyai Optical Image Stabilization (OIS). Tetapi, merujuk kepada teardown yang dibuat oleh iFixit, nampaknya ketiga-tiga lensa kamera Huawei P20 Pro mempunyai sokongan OIS.

Anda boleh lihat sendiri melalui video di bawah.

Bagi lensa sudut lebar, Huawei mengatakan bahawa mereka mengaplikasikan Artificial Intelligence Stabilisation (AIS), iaitu secara umumnya ialah penstabilan digital yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan.

Teknologi ini cukup mantap, di mana seseorang itu boleh mengambil gambar exposure 4 saat tanpa menggunakan tripod.

Tidak pasti mengapa Huawei menggunakan pendekatan seperti ini. Mereka boleh sahaja terus menggabungkan AIS dengan OIS bagi memantapkan lagi hasil tangkapan P20 Pro.

Gambar dari: iFixit.

Sekalipun mereka cukup yakin dengan AIS yang telah mereka cipta itu, adalah lebih baik jika ia tetap dikombinasikan dengan OIS kerana dengan perisian yang baik, bersama perkakasan yang setara dengannya, maka hasil yang dikeluarkan nanti pastinya adalah yang terbaik.

Apa pun sama-sama kita nantikan jawapan dari Huawei, akan mengapa mereka tidak memanfaatkan OIS tersebut. Rugi bukan, OIS ada pada ketiga-tiga lensanya, namun yang digunakan hanyalah satu.

Sumber: Huawei P20 Pro Teardown

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Vampire Power: Kebocoran Wang Melalui Peranti Elektronik

0

 

Sama seperti bagaimana kita cuba menjimatkan penggunaan kuasa bateri pada telefon pintar dengan mengurangkan apa-apa penggunaan yang tidak perlu, kita juga harus mengurangkan penggunaan elektrik daripada terbiar membazir tidak digunakan namun masih mengalir.

Kita bukan bercakap tentang peti ais, WiFi router, atau mesin penapis air Cuckoo, tetapi kita sedang berbicara mengenai pelbagai peranti elektronik yang masih menggunakan kuasa elektrik walaupun anda menganggap ianya sudah ‘dimatikan’.

Pengecaj telefon pintar, Android Box, televisyen, pembesar suara, pemain Blu-ray, dan pelbagai lagi peranti yang melekap di soket kuasanya.

Kesemua ini menggunakan kuasa elektrik yang signifikan kepada bil elektrik anda.

Vampire power, atau juga dikenali sebagai vampire draw, phantom load, ghost load, dan kebocoran kuasa elektrik, didefinisikan sebagai perkakas atau peranti elektronik yang masih menggunakan kuasa elektrik meskipun ianya telah dinyahaktifkan, atau istilah lainnya ‘standby mode’.

Rujuk Standby power.

Biasanya tabiat pengguna yang terlalu bergantung kepada selaju mana sesuatu peranti itu dapat dihidupkan, menyebabkan mereka bertindak untuk membiar peranti dalam keadaan ‘standby’, atau contoh paling mudah pengecaj yang apabila tidak digunakan, masih lagi mengalirkan kuasa elektrik melalui kabel apabila suis tidak ditutup.

Diakui, memang seronok melihat Android Box yang mempunyai jam, masih menyala dan memaparkan jamnya. Apabila dihidupkan melalui alat kawalan jauh pula, ia akan terus memapar launcher, tanpa perlu melalui proses booting. Pengguna akan terus dapat membuka aplikasi kegemaran seperti Netflix tanpa perlu menunggu beberapa minit sebelum ianya dapat boot kepada paparan launcher tersebut.

Tetapi adakah ini sangat PERLU?

Adakah kelajuan beberapa saat lebih sedikit itu amat memuatkan, dan menyusahkan hidup anda?

Sekiranya tidak, adalah amat disarankan untuk tutup suis dan tanggalkan plug.

Di kebanyakan masa anda tidak berada di rumah, adalah amat membazir apabila anda membiarkan ia masih meratah arus elektrik. Kalau satu peranti, mungkin jumlah bil elektrik tidak begitu ‘terasa’.

Tetapi jika pengecaj telefon, pengecaj pencukur misai, Android Box, home theater, televisyen, PlayStation, dan entah berapa banyak lagi peranti elektronik yang masih mengalirkan kuasa tanpa digunakan berada dalam rumah anda, sudah pasti jumlah terkumpul penggunaan elektrik akan menjadi tinggi.

Oleh itu, jika anda ingin membantu poket anda untuk berjimat, adalah amat disarankan untuk menanggal kesemua plug dari soketnya.

Jika anda menggunakan sambungan wayar, tutuplah kesemua suisnya, dan jika tidak keberatan, tanggalkan juga plugnya dari soket di dinding.

Mulai hari ini, buatlah audit kepada rumah anda, dan matikan mana-mana punca penggunaan kuasa elektrik sekiranya ia tidak diperlukan.

Rujuk: How Vampire Power Works

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Apple Kini Mengupah Bekas Ketua Kecerdasan Buatan Google Bagi Menambah Baik Siri

1

Dalam usaha menambah baik kecerdasan buatan mereka, Apple telah pun mengupah bekas Ketua Kecerdasan Buatan Dan Carian dari Google, iaitu John Giannandrea.

Beliau telah berkhidmat dengan Google sejak dari tahun 2010. Kelmarin, Giannandrea mengumumkan persaraannya dari jawatan tersebut dan hari ini, kita tahu apakah sebabnya.

Tim Cook membuat pengumuman melalui emel kepada kesemua pekerjanya dengan memberitahu bahawa John Giannandrea akan menjadi ketua ‘pembelajaran mesin dan strategi kecerdasan buatan’ secara rasmi.

Giannandrea akan digantikan oleh Jeff Dean pada bahagian kecerdasan buatan, manakala Ben Gomes pula menggantikan beliau pada bahagian enjin carian.

Apple telah mengupah beliau kerana mereka masih lagi ketinggalan pada kecerdasan buatan dan teknologi pembelajaran mesin. Ini adalah satu kerugian besar buat Google kerana selama ini ciri kecerdasan buatan mereka, Google Assistant telah menjadi satu penanda aras buat pesaing yang lain.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

iflix Menggunakan Data Dari Lanun Cetak Rompak Untuk Menambah Baik Kandungan Laman

1
Gambar dari: KLGadgetGuy.

iflix kini sudah mempunyai 6.5 juta pelanggan dari 25 buah negara di seluruh Asia.

Walaupun Netflix boleh dikatakan sebagai ‘pemain utama’ dalam industri servis penstriman, iflix tidak memandang mereka begitu.

Sebaliknya iflix lebih menganggap lanun-lanun cetak rompak sebagai ‘pemain’ yang lebih besar.

“Itulah pemain yang lebih besar”, kata Sherwin Dela Cruz, Pengurus Negara iflix, dalam temu bual dengan The Boss ANC.

Dela Cruz berkata mereka tidak terasa terganggu dengan perkembangan pesaing servis penstriman yang lain kerana terdapat ruang untuk berkembang di Filipina dengan mengambil kira kandungan video yang dicetak rompak secara berleluasa di negara itu.

“Semakin cepat kami mendapat pelanggan untuk membayar perkhidmatan kami dan menonton kandungan dalam salah satu perkhidmatan sebenar, saya fikir pada waktu itu barulah kami boleh mengatakan bahawa pasaran benar-benar berkembang.”

Menurut sumber dari TorrentFreak, disebabkan itu iflix menggunakan khidmat dari syarikat Jerman TECXIPIO, yang dikenali dengan pemantauan trafik BitTorrent, untuk mengenal pasti trend cetak rompak semasa. Selain itu, mereka juga membeli DVD cetak rompak dari penjual jalanan untuk mengetahui apa yang pembeli inginkan.

Gambar dari: The Nation.

Maklumat tersebut kemudiannya digunakan untuk menukar kandungan-kandungan yang telah dicetak rompak tersebut kepada kandungan berlesen, supaya mereka dapat menawarkan alternatif terbaik kepada cetak rompak.

iflix percaya bahawa kebanyakan pengguna sebenarnya enggan menjadi lanun cetak rompak namun tidak mempunyai pilihan atau alternatif lain. Dengan adanya tawaran seperti ini, iflix yang bersaing secara terus dengan lanun-lanun cetak rompak berharap pasaran akan menjadi lebih berkembang apabila mereka berjaya mengurangkan bilangan individu yang memuat turun secara tidak sah (atau bahasa brutalnya – haram).

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Intel Memperkenalkan Pemproses Intel Core i9 Untuk Laptop

2

Intel telah mengumumkan pemproses terbaru mereka yang mempunyai enam teras, 12-bebenang untuk laptop. Kelajuan atau frekuensi standard bagi Turbo Boost ini ialah 4.6GHz, manakala ia dapat melonjak kepada 4.8GHz apabila suhunya di bawah 53 darjah Celcius. Intel menggelar ia sebagai ‘Thermal Velocity Boost’.

Intel Core i9-8950HK ialah pemproses versi mobil dari pemproses high-end versi desktop mereka. Ia adalah Core i9 pertama yang dibuat untuk laptop yang mana prestasinya dikatakan 29% lebih pantas untuk tugasan harian berbanding Core i7-7820HK.

Intel juga mengatakan ianya 59% lebih pantas bagi penyuntingan video 4K berbanding chip tersebut. Selain itu, ia didatangkan dalam keadaan unlocked, jadi pengguna boleh overclock sekiranya mereka mahu.

Intel unveiled the first ever Intel Core i9 processor for laptops. Part of the new lineup of high-performance mobile products unveiled, the powerful 8th Gen Intel Core i9 processor is the highest-performance laptop processor Intel has ever built to deliver the best gaming and content creation experience on the go […]
The new 8th Gen Intel Core i9, i7 and i5 processors for laptops are based on the Coffee Lake platform and leverage the 14nm++ process technology enabling them to deliver up to 41 percent more frames per second in gameplay or edit 4K video up to 59 percent faster than the previous generation with same discrete graphics.

Dikatakan juga Core i9 ini akan menyelesaikan satu masalah yang selalu dirungutkan oleh para pengguna MacBook Pro, iaitu jumlah RAM boleh dipasang yang hanya terhad kepada 16GB sahaja. Chip terbaru ini menyokong 32GB RAM mobil.

Gambar dari: Intel.

Untuk rujukan lebih lanjut: ExtremeTech

Views: 2

Iklan Newspaper Inline