Opera Versi 40 Dilepaskan : Kini Mempunyai VPN Dan Ad-Block Terbina Dalaman

Beberapa minggu sebelum ini, Opera telah melihatkan beberapa pembaharuan dalam versi ‘Developer’ apabila membawakan VPN dan penyekat iklan terbina dalaman. VPN dari SurfEasy yang juga merupakan anak syarikat Opera itu mempunyai pilihan beberapa pelayan dari lokasi beberapa buah negara iaitu Kanada, Jerman, Netherlands, Singapura dan Amerika Syarikat.

Seperti yang disebutkan di atas, Opera telah menyertakan sekali penyekat iklan (ad blocker) secara natif, dan ini bererti anda tidak perlu lagi memasang add-on/extension ad blocker lain lagi, melainkan penyekat iklan ini tidak berfungsi seperti yang anda harapkan. Sepanjang ujian yang saya telah lakukan, well, ok-ok laaa.

Melalui tetapan Privacy & security, anda boleh aktifkan VPN terbina dalaman dan seterusnya dapat diubah tetapannya melalui bar URL. Ia juga akan memberitahu berapa banyak data yang telah anda guna sepanjang VPN dihidupkan.

Berminat nak guna? Muat turun opera dengan mengklik pada butang di bawah.

         Download Opera

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img