Tips Dan Trik Melajukan Google Chrome [Edisi 2018]

Baru-baru ini saya ada terbaca dalam satu blog tentang tips penulisnya akan bagaimana hendak melajukan Google Chrome.

Dari satu tips ke satu tips, tiada satu pun yang memuaskan hati. Kalau setakat disuruh tutup tab, itu budak sekolah rendah pun tahu!

Jadi apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tips sebenar, bagaimana caranya kita dapat tambahkan lagi kelajuan Google Chrome, dan dalam masa yang sama (mungkin) seiring dengan peningkatan prestasinya, penggunaan RAM juga kurang.

Pertama sekali, seperti biasa pastikan pelayar Chrome anda merupakan versi terbaru. Jika tidak, sila naik taraf pelayar anda. Ini penting, bagi memastikan ia mendapat tampalan-tampalan kepada kerentanan dan ciri baru yang mampu meningkatkan prestasi.

Ramai orang ambil ringan hal ini bahkan tidak ambil peduli pun. Jadi, mulai hari ini, pastikan Chrome anda adalah versi terbaru dengan cara klik pada tiga titik di sebelah atas (kanan), HelpAbout Google Chrome. Jika pelayar anda versi lama, ia akan meminta anda untuk mengemas kini.

Kemudian, nyahaktifkan mana-mana web apps yang anda tidak pernah gunakan. Caranya mudah sahaja, taipkan di omnibox chrome://apps, dan tekan Enter.

Klik kanan pada web app tersebut dan pilih Remove from Chrome.

Seterusnya, mari kita cuba aktifkan beberapa ciri eksperimental. Ciri ini seperti namanya, adalah ‘eksperimental’, bererti anda perlu cuba dan lihat sendiri sama ada ia memberikan perbezaan atau tidak. Ia juga mempunyai risiko menghilangkan data dan menjejaskan privasi anda. Jadi, jika anda ingin mencuba, disarankan agar anda lakukan salinan sandaran terlebih dahulu kepada mana-mana data yang patut.

Taipkan chrome://flags pada omnibox, kemudian cari:

Experimental canvas features (tukar kepada Enabled) – Ini membolehkan Chrome menggunakan kanvas legap untuk melajukan masa memuat (load) dan meningkatkan prestasi.

Number of raster threads (tukar kepada 4 – Membolehkan Chrome memuat gambar dengan lebih cepat.

Fast tab/window close (tukar kepada Enabled) – Membuatkan Chrome lebih respons ketika anda cuba untuk menutup tab.

Automatic tab discarding (tukar kepada Enabled) – Tab akan disisihkan secara automatik apabila memori menjadi sedikit/rendah.

Scroll prediction (tukar kepada Enabled) – Chrome akan cuba mengenal pasti di mana kedudukan ‘jari’ ketika pengguna scroll untuk memuatkan sesuatu sebelum ia dilayari.

Simple Cache for HTTP (tukar kepada Enabled) – Mekanisma terbaru Chrome yang membenarkan caching dengan cara bersandarkan kepada fail sistem untuk menentukan saiz ruang.

FontCache scaling (tukar kepada Enabled) – Menggunakan semula cached font di dalam renderer untuk menyediakan saiz font berbeza bagi mencapai susun atur laman yang lebih pantas.

V8 caching mode (tukar kepada Cache V8 compiler data) – Meningkatkan prestasi Javascript.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu perkongsian pada hari ini. Tips-tips seperti ‘padamkan browsing history’ tidak dimasukkan kerana ianya tidak membantu dan hanyalah penyelesaian sementara. Diharap anda dapat mencuba sendiri dan mana-mana ciri eksperimental yang anda rasa tidak perlu, atau ada yang anda rasa perlu pula diubah/ditambah, sila sesuaikan sendiri.

Jika tips ini membantu, jangan keberatan untuk kongsikan dengan kawan-kawan artikel ini.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sapsibubapa

Sangat bermanfaat. Terima kasih sudi berkongsi maklumat

spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x