Beberapa saluran muzik VEVO di YouTube telah digodam hari ini. Antara video yang terlibat ialah Despacito, yang mana tajuk dan thumnail telah diubah.

Dengan tag ‘FreePalestine’ dan ‘Fuck Illuminati’, penggodam yang menggelarkan diri mereka dengan nama Prosox, Kuroi’SH, Shade, dan Akashi IT mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan skrip ‘youtube-change-title-video’ untuk mengubah seberapa banyak saluran dan video yang boleh.

Setakat ini video Despacito telah dimuat naik semula, tetapi senarai video yang lain nampaknya masih ada yang belum diperbaiki.

Sesetengah dari video menggunakan thumbnail dari siri Netflix yang popular, La Casa De Papel atau dalam bahasa Inggeris, Money Heist.

Menurut sumber dari The Verge, pihak Vevo telah mengetahui akan perkara ini dan situasi telah pun dikawal. Mereka sedang berusaha untuk mengembalikan kesemua video yang telah digodam berada dalam keadaan asalnya, dan menyiasat punca penggodaman.

Via: Android Police
Sumber: The Verge, The Hack Post