Utama Blog Laman 97

Ulasan Insta360 1 Inch Leica Lens Mod & GPS Smart Remote

1

Setelah sekian lama mamu kumpul sampel untuk hangpa, disini mamu akan ulas tentang Insta360 1 Inch Mod & GPS Smart Remote. Ulasan kali ini mamu akan bahagi kepada 2 bahagian berasingan. Hangpa terlepas nak baca ulasan mamu pasai Insta360 One R? Hangpa mai klik kat sini sudah :

https://omghackers.com/insta360-one-r-twin-edition-pencabar-takhta-gopro/

Insta360 1 Inch Leica Mod

Leica satu nama besar yang tak perlu banyak pengenalan dalam dunia fotografi. Syarikat yang banyak berkolaborasi dengan pengeluar telefon bimbit seperti Huawei telah memberi khidmat depa kepada Insta360. Kalau tak silap mamu Insta360 merupakan action camera pertama yang menggunakan teknologi Leica pada produk depa. Seperti biasa kita tengok spesifikasi lens ini dengan lebih mendalam.

Sensor: 1-inch CMOS
Lens/Aperture: 14.4mm f/3.2
Stabilization: 6-axis Gyroscope, FlowState (e-Stabilisation)
Max image size: 5312 x 3552 (3:2)
Photo format: Raw (dng) + JPG
Video: 5312×2988 at 24/25/30fps, 3840×2160 up to 60fps, 1920×1080 up to 120fps
Video format: insv (exported via App or Studio), MP4 (enable in-camera basic stabilization), LOG
Video codecs: h.264 / h.265
Video bitrate: 100Mbps
Video Modes: Standard, Timelapse, Hyperlapse
Size: 78.7mm x 53.8mm x 47.2mm
Weight: 158.2g (fully assembled)

Walaupun dilengkapi dengan hanya bukaan f/3.2, sensor bersaiz 1 inci banyak menolong dalam menangkap lebih cahaya dalam situasi gelap atau kurang cahaya. Hangpa boleh tengok kat bawah contoh gambar yang dihasilkan dari lensa ini.

Kekuatan lensa ini bagi mamu adalah pada keadaan suasana kurang cahaya atau gelap gelita. Hangpa tengok keupayaan lensa ini digabungkan dengan AI dalam core Insta360.

Keadaan sebelum mamu hasilkan gambar yang lebih menarik.
Night mode
Pureshot dengan dedahan 1 saat
Pureshot
HDR

Takkan la mamu lupakan hasil video dia kan? Untuk hangpa mamu tunaikan. Bawah ini hasil video dari lensa ini.

Semua benda baik mesti ada sedikit keburukan dia. Macam lensa ini kalo hangpa nak pasang ke dalam bracket camera, hangpa kena buka dulu lens protector dia baru boleh masuk. Bagi mamu ini hanya la benda kecil yang boleh diabaikan tapi mungkin tidak bagi sesetengah orang. Minimum distance untuk subjek nampak jelas agak jauh dalam lingkungan 50cm – 60cm. Kalo hangpa boleh dapatkan dalam jarak tu, in sha Allah video atau gambar yang dihasilkan akan jelas.

Selain dari itu, mamu rasa tiada lagi keburukan yang rasa mamu dapat coretkan kecuali soalan ini :

Berbaloikah beli lensa ini mamu?

Bagi mamu kalo hangpa pentingkan kualiti tanpa risaukan kekurangan yang masih dalam kawalan hangpa, mamu sarankan hangpa beli satu untuk penghasilan output yang lebih jitu. Mamu dah pakai dalam hujan & panas, lensa ini dapat bertahan dengan cara penggunaan mamu harian tanpa ada apa-apa masalah besar.

Mari kita ke bahagian kedua yang boleh buatkan setup hangpa lagi menarik.

Insta360 GPS Smart Remote

Apa guna camera kalau takdak alat kawalan jauh dikuasai dengan GPS terbina dalam? GPS Smart Remote antara aksesori yang bagi mamu wajib ada. Sebelum kita sembang mamu lampirkan spesifikasi alat kawalan jauh ini.

Material of Construction Plastic
Connector Micro-USB
Battery 3.3 V, 800 mAh lithium-ion
Charge Time: 2 hours (approx.)
Usage Time: 16 hours (approx.)
Network Capable Bluetooth
GPS
Maximum Transmission Distance Bluetooth: 33′ / 10 m
Dimensions 3.2 x 1.3 x 0.7″ / 8.1 x 3.4 x 1.7 cm
Weight 1.4 oz / 40 g

 

Dalam kotak hangpa dapat remote, bracket untuk selfie stick & wrist strap dengan case. Manual pun ada sekali depa bagi.
Saiz dia agak comel ja pun kat tangan mamu.

Penggunaan alat ini agak straight forward ja. Ia dilengkapi dengan 2 butang dan satu skrin hitam putih. Hangpa kena pair dulu dengan camera hangpa sebelum boleh guna alat kawalan dia nih. Untuk hidupkan alat kawalan ini hangpa perlu tekan butang petak tu saja & camera Insta360 hangpa pun hidup serentak dengan alat kawalan ini.

Setelah dihidupkan, hangpa boleh rekod menggunakan butang bulat atas. Dengan butang petak tu, hangpa boleh tukaq mode pintas iaitu photo, video atau timelapse.

Kat skrin dia plak dia akan tunjuk bateri camera hangpa, bateri alat kawalan tu sendiri, signal satelit GPS dan mode apa hangpa tengah pakai.

Selama penggunaan mamu,bateri dia dapat bertahan dalam 13 jam sebelum bateri habis. Satu angka agak munasabah dengan adanya GPS. Mamu harap versi akan datang ada tetapan untuk tutup fungsi GPS. Boleh jimat bateri lagi untuk tempoh penggunaan lebih panjang.

Dari alat kawalan nih, hangpa boleh masukkan data seperti kelajuan,kecerunan dan arah hangpa dok bergerak. Hangpa kena edit video hangpa menggunakan aplikasi dalam telefon hangpa.

Keburukan dia? Micro USB dan tidak kalis air.

Pengecasan menggunakan Micro USB pada tahun 2020 boleh dikategorikan sebagai dah ketinggalan zaman tapi dengan jangka hayat agak lama, mamu boleh tutup mata sebelah lagi.

Walaupun badan alat kawalan ini diperbuat dari plastik & rasa macam mampu kalis air tapi tidak sebenaqnya. Kalau la kalis air senang nak main terjun dalam ayaq kan? Mungkin versi akan datang depa boleh buat yang kalis air.

Gaya,mutu,keunggulan bila digabungkan semua

Kesimpulan

Setelah hampir 4 bulan mamu pakai Insta360 One R dengan semua kelengkapan yang ada, mamu rasa ini antara produk yang boleh lawan dengan GoPro. Harga pun bagi mamu bersesuaian dengan apa hangpa dapat. Kalo hangpa nak beli boleh la klik pautan dibawah :

https://www.insta360.com/sal/one_r?insrc=INRO382

Berjumpa lagi di ulasan yang lain naa. Stay safe gais!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tahukah Anda? Malaysia Juga Ada Pengeluar IEM?

0

Alpha Omega adalah syarikat Malaysia yang menghasilkan custom IEM (CIEM) dan aktif memasarkan produk mereka secara atas talian. Ditubuhkan oleh dua individu, Clement dan Jong ZZ, syarikat ini baru sahaja membuka pejabat mereka di Sekama, Kuching, Sarawak.

Clement merupakan seorang graduan pengajian komunikasi massa. Berkemahiran dalam bermain beberapa peralatan muzik dan juga sedang belajar untuk menggubah muzik di masa lapang. Jong ZZ pula merupakan graduan di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Segalanya bermula apabila Clement membeli CIEMnya sendiri pada tahun 2017 dan mendapati CIEM tersebut tidak menepati citarasanya. Beliau seterusnya mengadu kepada Jong dan Jong mengatakan beliau juga boleh membina CIEM sendiri. Pada mulanya, Clement agak sangsi namun beliau tetap membeli segala bahan dan peralatan yang diperlukan. Setelah mencuba selama beberapa minggu, mereka akhirnya berjaya menyiapkan CIEM mereka yang pertama!

Clement dan Jong kemudiannya mula membuat CIEM untuk rakan-rakan terdekat dan setelah mendapat respons yang positif dari semua CIEM mereka, Clement dan Jong ZZ mula menerima tempahan demi tempahan. Lama juga berfikir, akhirnya mereka memutuskan untuk melakukannya secara sepenuh masa. “Go big or go home” kata Jong ZZ.

Dengan tiada pengalaman bekerja dalam bidang CIEM, mereka menghasilkan produk dengan mengkaji dan membaca kajian serta jurnal-jurnal yang berkaitan. Alpha Omega juga adalah pengeluar CIEM termurah di Malaysia setakat ini dengan produk mereka bermula dengan tanda harga semurah RM499. Percaya lah, untuk CIEM, RM499 sudah murah.

Lihatlah CIEM yang dihasilkan oleh Alpha Omega di bawah :

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

TRN M10 : IEM Dual Driver Hybrid Pada Harga Bawah RM60!

Teruja juga saya dengan TRN M10 ini kerana ini kali pertama saya mencuba IEM daripada TRN. TRN M10 adalah IEM dengan dua pemacu audio hibrid yang menggunakan armatur seimbang 30095 dan pemacu dinamik dengan saiz diameter 8mm. Lebih menarik, TRN M10 hadir dengan rekabentuk peluru yang ketika ini hampir pupus di pasaran kerana mereka semakin beralih ke rekabentuk custom-IEM seperti KZ EDX dan QKZ VK4.

Binaan kelongsong TRN M10 adalah daripada besi sepenuhnya. Hadir dalam 3 skema warna, iaitu biru, hitam dan putih. Sangat ergonomik untuk dipakai, ringan dan selesa untuk penggunaan yang lama.

PANDANG PERTAMA

TRN M10 hadir dalam pembungkusan standard ala barang kemas. Berbanding QKZ, TRN menggunakan papan IEM daripada kertas tebal untuk memuatkan kedua-dua belah IEM di dalam kotak sama seperti KZ. Ia nampak lebih premium dan IEM akan berada dalam pembungkusan yang lebih kemas dan selamat.

Di dalam kotak, anda akan mendapat 3 pasang getah telinga dengan 3 saiz berbeza, sepasang IEM berbentuk peluru, kabel 0.78mm dan beberapa kertas dokumentasi. Pertama kali melihat TRN M10 dengan mata sendiri, saya boleh katakan ia sangat cantik dengan kemasan warna yang menarik.

Pemakaiannya selesa. Lekapan yang mudah, tak perlu menekan ke dalam lubang telinga dengan kuat untuk mendapat kedapan yang sesuai dan pengasingan bunyi juga agak cemerlang. Senang dipakai, sedap didengar. Bicu audio juga disadur emas untuk sambungan yang lebih baik.

KUALITI BUNYI

TRN M10 adalah IEM dengan dua pemacu audio berbeza. Treble akan dikuasakan oleh armatur seimbang dan bass akan dikuasakan oleh pemacu dinamik. Bass yang berkuasa dan high yang terperinci dari armatur seimbang serta pementasan bunyi yang luas adalah kekuatan utama bagi TRN M10 ini.

Low : IEM ini berbunyi seperti ia ditala khas untuk bass. Kuat, berdentun dan berderum. Pada mulanya saya sangkakan armatur seimbang pada TRN M10 ini tidak berfungsi kerana bass pada IEM ini cukup kuat dan penuh tenaga tanpa gangguan desiran daripada pamacu armatur seimbang. Sub-bass cukup ampuh dan tepat. Hampir saja menyamai talaan bagi sepasang headphone.

Mid : mid tidak diganggu oleh bass. Vokal berbunyi lancar dan bertenaga. Vokal wanita sangat memuaskan dan cemerlang. Untuk lagu-lagu rancak dengan vokal wanita, TRN M10 tiada masalah untuk menyerlahkan kedua-dua tenaga bass dan vokal tanpa kedua-dua spektrum ini bergelumang dan mengotorkan antara satu sama lain.

High : high sangat cemerlang. Tiada sibilance atau piercing yang mengganggu. Armatur seimbang 30095 nampaknya ditala dengan baik. Kejelasan, ketajaman bunyi dan ketepatan dihasilkan dengan bagus. Sememangya antara IEM yang paling memuaskan setakat ini.

KESIMPULAN

TRN M10 sememangnya IEM yang cemerlang untuk IEM dengan dwi-pemacu audio. Untuk harga kurang dari RM60, bagi mereka dengan bajet yang rendah, boleh membelinya untuk kualiti dan mendapat pengalaman mendengar dengan armatur seimbang yang berbeza daripada pemacu dinamik yang biasa.

Ia selesa, ringan, binaan diperbuat daripada besi dan hadir dengan kemasan warna yang cantik. Jika ada kekurangan pun, bagi saya adalah kabelnya. Ia terlalu panjang daripada IEM ke pemisah kabel. Menjadikan pemakaian kabel agak berserabut dan menganggu terutamanya jika anda sering bergerak. Tapi, ini IEM dan anda boleh menukar kabel dengan kabel yang lain pada bila-bila masa. Cuma cari kabel lain dengan pin 0.78mm, dan anda boleh menukar kabel asal dengan kabel lain yang lebih baik.

Bunyi yang cemerlang, pemakaian yang menyenangkan, harga yang tidak merunsingkan. Saya rasa TRN M10 adalah satu belian yang berbaloi dengan harganya.

Video unboxing boleh ditonton di bawah:

 

Dapatkannya di kedai rasmi TRN :

Lazada

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

RecordCast : Perakam Skrin Atas Talian Percuma

0

Kebiasaannya, antara isu utama dihadapi oleh pengguna Linux ialah keserasian (compatibility) untuk sesetengah jenis perisian. Wujud alternatif untuk perisian yang ingin digunakan, tetapi sekiranya terdapat perisian asli (native) dari jenama yang sama sudah pastinya ia menambahkan lagi keseronokan dalam menggunakan sistem operasi.

Kerana itu saya menggemari Google Meet, kerana ia ‘adil’. Sama ada anda gunakan Windows, Linux, atau macOS, semuanya dijalankan menerusi pelayar web sahaja, dan fungsinya adalah sama tanpa melebihkan mana-mana sistem operasi lain.

Oleh sebab yang sama juga, saya memilih untuk mengetengahkan aplikasi web ini, iaitu RecordCast: sejenis aplikasi perakam skrin yang dijalankan atas talian menerusi pelayar web. Anda tidak perlu memasang apa-apa pada komputer.

Cukup sekadar anda mempunyai pelayar web, anda sudah boleh gunakan RecordCast. Ya, anda boleh rakamkan skrin anda siap dengan bunyinya sekali, menggunakan pelayar web.

Berikut saya muat naik ujian pendek aplikasi RecordCast ini:

Ujian telah dibuat dalam sistem operasi Arch Linux, menggunakan pelayar web Microsoft Edge Dev.

Kalau anda perhatikan, cara penggunaannya pun amatlah mudah. Sesiapa sahaja dapat membaca dan menekan butang asas yang ada di laman RecordCast. Ada pintasan yang disediakan untuk menutup sesi rakaman. Selesai sahaja merakam, anda akan diberikan pilihan untuk mengeksport video tersebut supaya anda boleh menyuntingnya pula.

Ini ialah laman muka depan RecordCast:

Dari sini anda hanya perlu memilih ‘Start Recording’.

Dari sini, anda akan diberi tiga pilihan, iaitu sama ada membuat rakaman penuh skrin beserta webcam, rakaman skrin sahaja, dan rakaman webcam sahaja. Dalam video di atas, saya telah memilih rakaman skrin sahaja.

Klik ‘Next Step’.

Di sini pula, anda akan diberi beberapa pilihan lagi, iaitu sama ada anda hendak membuat rakaman beserta mikrofon dan audio sistem, mikrofon, audio sistem, atau tanpa audio. Rakaman yang telah saya buat itu ialah rakaman tanpa audio (duh).

Seterusnya, anda hanya perlu pilih ‘Start Recording’, dan teruskan rakaman sehingga selesai apa yang anda hendak rakamkan.

Bagi rakaman versi percuma, anda boleh rakam video sehingga 30 minit. Pada saya tempoh itu cukup lama untuk pengguna percuma, tambah lagi anda tidak perlu buat akaun pun untuk menggunakannya. Terus klik ‘Start Recording’ dan anda boleh dapatkan video berkualiti dari aplikasi ini.

Tidak lupa juga RecordCast mempunyai aplikasi penyunting video di lamannya. Dua dalam satu, maka anda tidak perlu pening lagi tercari-cari aplikasi ‘cracked’ Filmora untuk menyunting video yang akan anda muat naik dalam YouTube. Maklum saja, sebagai YouTuber berjaya, tak mungkin anda nak gunakan cracked software untuk pencarian rezeki. Ya kan?

RecordCast boleh diakses pada pautan: RecordCast.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

 

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OPPO X Nendo : OPPO Memperlihatkan Rekaan Telefon Konsep Futuristik

0

 

OPPO X Nendo, sebuah jalinan kerjasama di antara OPPO dan Nendo, sebuah syarikat daripada Jepun telah menghasilkan sebuah rekaan konsep peranti pintar berciri segar dan futuristik. Bermula daripada telefon pertama mereka, A103 pada 2008, OPPO nampaknya telah jauh dan lama berada di dalam industri mudah alih ini.

Lihatlah gambar-gambar rekaan konsep ini. Daripada telefon yang boleh dilipat menjadi saiz kad kredit, hinggalah ke peralatan audio yang boleh disimpan dan bertukar menjadi alat perhiasan diri. Gempak!

Music Link
Music Link
Music Link
Music Link

 

Slide Phone
Slide Phone
Slide Phone
Slide Phone

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Mi Piston Basic : Selesa Dipakai, Bunyi Sekadar Memadai

 

Xiaomi memang terkenal kerana mampu memasarkan produk berkualiti dengan harga bajet. Jadi apabila Xiaomi mula memasarkan perkakasan audio, saya agak teruja kerana menyangkakan boleh membeli produk audio berkualiti dengan harga yang murah. Saya dapatkan Mi Piston Basic ini dengan harga RM28.

PANDANG PERTAMA

Mi Piston Basic hadir dalam pembungkusan yang sangat minimal dan murah. Hanya sebuah kotak kecil. Ia masih mampu memberikan beberapa jajan berupa getah telinga gantian dan kertas dokumentasi. Saya kira ia agak malas kerana Mi Piston

Basic ini berharga RM28. Sebagai perbandingan, QKZ AK6 hadir dengan lebih banyak pakej walau berharga lebih murah.

Binaan utama MI Piston Basic adalah daripada besi. Terasa sejuk besi pada kedua-dua belah fon telinga ini. Kemasan cat pada kedua-dua belahnya juga cantik dan kemas. Tidak banyak elemen tapi cukup untuk memperlihatkan rekabentuk yang segar dan moden. Kabelnya dibaluti dengan getah anti kusut. Tidak terasa terlalu murah kerana getah kabelnya terasa lembut dan kukuh pada pegangan tangan saya.

Mi Piston Basic juga dilengkapi dengan mikrofon. Kualitinya ok sahaja. Cukup jelas untuk panggilan telefon dan permainan video tetapi agak tenggelam. Saiznya kecil dan sangat ringan di telinga. Pemakaian sangat selesa walau untuk sesi yang lama. Pengasingan bunyi juga agak baik ketika memakainya. Dengan kelantangan separuh, hampir semua bunyi bising di luar tidak dapat didengari.

Bicu audio 3.5mm pada Mi Piston Basic ini tiada saduran emas. Jadi, boleh dikatakan Mi tiada usaha untuk menjadikan fon telinga mereka ini sebagai produk bagi penggemar audio.

 

KUALITI BUNYI

Mi Piston Basic bukanlah produk untuk audiophille. Ia hadir dalam pakej yang biasa-biasa dengan kualiti bunyi yang biasa-biasa. Untuk pengguna kasual atau sebagai hadiah kepada rakan yang tidak menggemari produk-produk audio, Mi Piston Basic mungkin nampak dan rasa premium dengan bass yang agak ketara berbanding fon telinga pasar malam yang biasa.

Low : bass pada Mi Piston Basic agak memuaskan. Jelas dan terperinci. Tapi tidak berapa berdetak. Bass nya juga tidak pecah dan terkawal dengan baik. Selesa didengar tapi tidaklah sebersih QKZ AK6 dan KZ EDX.

Mid : mid pada fon telinga ini kurang cemerlang. Vokal kehilangan karakter dan tenaga. Bagi peminat lagu akustik dan balada, mungkin patut menghindari fon telinga ini. Ia menjadikan suara artis kegemaran anda kehilangan elemen unik mereka. Bagi saya, mid pada Mi Piston Basic ini agak tawar.

High : high pada Mi Piston Basic ini boleh dikatakan seimbang. Dengan equalizer, anda boleh berikan high sedikit bantuan tapi ia masih terhad. Tiada masalah piercing sepanjang percubaan saya. Boleh dikatakan Mi Piston Basic agak cemerlang dalam low dan high.

 

KESIMPULAN

Untuk harga dalam julat RM10-RM15, Mi Piston Basic boleh jadi sempurna dalam kelasnya. Binaan besi, kabel bersalut getah anti kusut dan pemakaian yang selesa. Bass nya ada tapi tidaklah begitu berkuasa. Vokal kedengaran lemah dan high yang agak rata. Mungkin sesuai sebagai hadiah kepada rakan kasual anda yang tidak cerewet tentang kualiti audio. Untuk harga RM28, saya rasa ia terlalu mahal dan tidak berbaloi.

 

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

QKZ VK4 : Raja Kategori RM40

Tertarik dengan pelbagai ulasan positif, saya tertarik untuk mencuba QKZ VK4. Dengan harga yang mesra poket, saya berfikir, apa salahnya? RM40, pejam mata dan pesan saja. Setelah beberapa siri ujian, saya boleh katakan, ini mungkin IEM terbaik yang anda boleh dapat dengan julat harga RM40.

 

PANDANG PERTAMA

Pembungkusan QKZ tampak lebih jimat berbanding KZ. Nampak sama, tapi tak serupa. Acuan pemegang IEM pada QKZ VK4 dibuat daripada plastik hitam, berbanding kertas tebal pada KZ EDX. Nampak lebih murah pada pandangan saya.

Komponen lain adalah standard. Anda akan mendapat sepasang IEM QKZ VK4, seutas kabel dengan pin 0.75mm, 3 saiz getah telinga, dan klip. Tiada dokumen untuk jaminan dan maklumat produk diberi bersama. Aneh.

Kabel yang hadir bersama QKZ VK4 adalah kabel hitam biasa daripada QKZ. Menggunakan pin 0.75mm dan 4 teras. Bukanlah kabel perak ataupun emas, tapi sudah memadai mengambil kira harganya. Bicu 3.5mm disadur emas untuk kualiti sambungan yang lebih baik dengan format 3 pin untuk digunakan bersama telefon pintar bersama sokongan mikrofon.

Pemakaian adalah selesa. Mudah untuk mendapat kemasan yang bagus dan getah telinga asalnya berfungsi dengan baik. Ia hadir dalam dua skema warna;- Hitam Karbon atau Ungu Jernih. Saya pilih warna ungu kerana bekas jernih nampak lebih cool dan saya boleh melihat komponen di dalam IEM ini.

 

KUALITI BUNYI

Seperti biasa, ujian telah dilakukan dengan Foobar player untuk FLAC, TIDAL Master dan juga DAC dengan ALC5636 . Secara peribadi, saya tidak gemar dengan trend yang memerlukan saya menggunakan DAC tambahan untuk mendapat bunyi terbaik daripada IEM kerana seperti yang kita semua tahu, IEM pada fungsi asalnya adalah untuk memantau bunyi semasa persembahan. Ia sepatutnya berbunyi dengan optimum terus daripada kotak tanpa pemproses tambahan. IEM bukannya headphone.

Apa pun, ujian telah dibuat, dan hasilnya… SANGAT MEMUASKAN. Ia berharga RM40, ia tak akan jadi lebih baik daripada abang-abangnya dengan tag harga yang lebih mahal. Ia sebaik yang mampu diberikan dengan nilai RM40. Seimbang, dengan penekanan yang enak didengar pada julat bunyi yang seimbang.

QKZ VK4 dibina dengan satu pemacu audio tunggal dinamik. Karakter bunyi keseluruhan agak natural. Jika anda suka, ya QKZ VK4 ada bass yang kuat. Soundstage tidak begitu besar. Dengan lagu yang sarat dengan instrumen, kadangkala lagu kedengaran seperti dihimpit dalam ruang yang sempit dan bunyi akan bergelut sesama sendiri. Tapi, secara keseluruhan, ia sepatutnya tiada masalah terutama sekali dengan EDM dan Pop.

Low : bass, bass, bass. Apa jua gajet audio, soalan pertama yang akan ditanya pastinya bass. Saya pun tidak faham dengan kegilaan bass. Tapi, jika bass yang anda mahukan, maka bass yang anda akan dapat. Bass berdentum dengan bersih, karakter bass juga sampai dan diluahkan dengan baik. Talaan pada QKZ VK4 lebih memberikan anda bunyi bass yang berdentum tapi kurang detakan. Ia terasa lebih seperti subwoofer berbanding IEM. Anda akan dapat banyak ‘boom boom’ dan kurang ‘tup tup’.

Mid : mid agak warm kerana dipengaruhi dengan bass. Vokal kedengaran selesa dan landai. Kurang perincian pada vokal tinggi. Talaan rata pada mid dengan bass yang agak dominan menjadikan mid agak datar. Instrumen agak bergelumang. Terkadang anda tercari-cari perincian pada instrumen terutama sekali dengan lagu yang sarat dengan bass.

High : high pada QKZ VK4 pada saya cemerlang. Tidak tajam seperti KZ EDX. Simbal dan gitar tidak terlalu keras. Sibilance terkawal dengan baik. Cukup pengasingan di antara frekuensi. Mungkin agak bright bagi sesetangah orang, tapi bagi saya ia baik-baik sahaja. Secara peribadi, ia agak ditekan dan berbunyi datar. Tapi itu hanya pandangan peribadi saya.

 

KESIMPULAN

Untuk RM40, QKZ VK4 adalah antara yang terbaik untuk dimiliki buat masa ini. Bass yang mantap, mid dihasilkan dengan baik dan high yang natural. Sememangnya sedap digunakan untuk lagu dengan bass yang sarat dan juga menonton filem-filem aksi dengan letupan dan tembakan. Ia selesa dipakai dan boleh bekerja dengan baik walau tanpa DAC tambahan. Untuk RM40, anda tidak akan silap dengan QKZ VK4.

 

 

 

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Oblivious DNS: Protokol Pengendalian DNS Yang Lebih Selamat Dan Privasi

0

Para jurutera dari Cloudflare, Apple, dan Fastly, bekerjasama membentuk satu standard DNS baharu yang dinamakan sebagai Oblivious DNS.

Untuk melindungi DNS daripada sebarang pemantauan dan ancaman dari pihak ketiga, Internet Engineering Task Force (IETF) menyeragamkan enkripsi DNS dengan protokol DNS over HTTPS (DoH) dan DNS over TLS (DoT).

Kedua protokol ini melindungi permintaan DNS daripada diceroboh, dipintas, diubah arah, atau diubahsuai antara klien dan resolver.

Namun, sehingga protokol DoH ini diadaptasi oleh lebih banyak lagi penyedia perkhidmatan internet (ISP), syarikat yang menawarkan perkhidmatan DoH ini salah satunya ialah Cloudflare.

Bagi sesetengah orang, mempercayai cloudflare dalam mengendalikan permintaan DNS ialah satu perkara yang tidak mudah.

Atas kerana itu, lahirlah protokol baharu ini, iaitu Oblivious DNS atau singkatannya ODoH.

ODoH adalah protokol baru yang sedang dibangunkan di IETF. ODoH berfungsi dengan menambahkan lapisan kunci enkripsi awam, serta proksi rangkaian antara klien dan pelayan DoH seperti 1.1.1.1.

Gabungan kedua elemen tambahan ini menjamin bahawa hanya pengguna yang dapat mengakses kedua-dua mesej DNS dan alamat IP mereka sendiri pada masa yang sama.

Enkripsi dan proksi tambahan memberikan jaminan berikut:

1. Sasaran hanya melihat pertanyaan dan alamat IP proksi.

2. Proksi tidak dapat melihat ke dalam mesej DNS, juga tanpa kemampuan untuk mengenal pasti, membaca, atau mengubah permintaan yang dihantar oleh pelanggan atau jawapan yang dikembalikan oleh sasaran.

3. Hanya sasaran yang dimaksudkan dapat membaca isi pertanyaan dan menghasilkan respons.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai protokol ini, anda boleh ke: Improving DNS Privacy with Oblivious DoH in 1.1.1.1.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

10 Aplikasi Berguna Untuk Dipasang Selepas Siap Pemasangan Arch Linux

0

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai Linux. Niche atau jumlah pembaca yang terlalu kecil menyembabkan saya menjadi semakin ‘perlahan’ untuk menulis ke arah sistem operasi ini. Pun begitu, sebilangan kecil pembaca yang berkualiti, adalah penting juga untuk mengekalkan ‘warna’ dalam laman web dan page.

Arch Linux juga mempunyai bilangan pengguna yang kecil. Tidak menghairankan, kerana untuk memasangnya juga memerlukan ketekunan untuk membaca dan meneliti bagi mengelakkan dari terkena sebarang ralat.

Selepas selesainya pemasangan, ada baik juga jika anda memasang beberapa aplikasi di bawah untuk melengkapkan lagi sistem operasi anda. Tanpa melengahkan masa anda, dipersilakan lihat senarai berikut:

1. Android File Transfer

Android File Transfer diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja hubungan antara telefon Android dan komputer. Antara perkara yang memerlukan pakej ini ialah Xiaomi ADB/Fastboot Tools.

Pakej ini ada dalam repo rasmi Arch Linux, oleh itu untuk pasangkan ia adalah semudah:

$ sudo pacman -S android-file-transfer

2. Google Chrome

Saya boleh saja gunakan Firefox. Cuma dengan Chrome, lebih mudah apabila log masuk terus ke akaun dan semuanya akan terus diselaraskan terutamanya kata laluan di semua laman web.

Untuk memasang Google Chrome, anda boleh pasangkan terus melalui AUR, atau gunakan AUR Helper.

Rujuk: Pengenalan Kepada Arch User Repository (AUR) Dan Cara Pemasangan

Muat turun pakej Google Chrome di: AUR – Google Chrome

$ wget https://aur.archlinux.org/cgit/aur.git/snapshot/google-chrome.tar.gz

$ tar -xvf google-chrome.tar.gz

$ cd google-chrome/

$ makepkg -S

$ sudo pacman -U google-chrome-*.*.src.tar.gz

Dalam kes saya, ketika pemasangan, versinya ialah 87.0.4280.88-1.src.tar.gz, oleh itu:

$ sudo pacman -U google-chrome-87.0.4280.88-1.src.tar.gz

Siap.

3. Tixati

Tixati ialah aplikasi klien torrent yang sangat bagus digunakan untuk memuat turun fail-fail dari laman torrent.

Ia ada di AUR, dan cara pemasangannya adalah sama dengan Google Chrome. Hanya perlu tukarkan URL dan nama pakej sahaja.

4. SMPlayer

Saya memang sudah terbiasa menggunakan SMPlayer sebagai pemain media dari dulu lagi. Saya menjadikan ia sebagai alternatif kepada MPC di Windows.

$ sudo pacman -S smplayer

Boleh juga tambah:

$ sudo pacman -S smplayer-skins smplayer-themes smtube

5. Spotify

Perlukah saya memperkenalkan lagi Spotify kepada anda?

Spotify ada di AUR pada pautan ini: AUR – Spotify

Seperti biasa, rujuk cara pemasangan Google Chrome untuk memasang Spotify.

6. pacaur

Pacaur ialah AUR Helpers yang lengkap.

Rujuk: AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

Dengan pacaur, anda boleh pasangkan pakej dari AUR semudah menggunakan pacman.

7. debtap

Debtap ialah skrip untuk menukar format fail pemasang .deb kepada fail pakej Arch Linux. Anda boleh gunakan ia untuk memasang mana-mana aplikasi yang tidak terdapat dalam repo mahupun AUR.

Debtap boleh dimuat turun di sini: AUR – Debtap

Cara menggunakannya juga agak senang. Muat turun sahaja mana-mana fail .deb yang anda mahu, lalu tempatkan ia ke dalam folder.

Jalankan perintah ini terlebih dahulu:

$ sudo debtap -u

*Perintah ini hanya perlu dijalankan sekali sahaja. Selepas siap, perintah ini tidak diperlukan lagi. Anda boleh teruskan mengguna perintah di bawah.

Setelah itu, masuk ke dalam folder di mana anda tempatkan fail .deb, contohnya saya pasangkan Microsoft Edge Dev, yang boleh dimuat turun di sini: https://www.microsoftedgeinsider.com/en-us/download/

Ketika saya muat turun, versinya ialah 89.0.723.0-1-x86_64.

Jalankan perintah:

$ debtap microsoft-edge-dev_89.0.723.0-1_amd64.deb

Kemudian apabila telah selesai proses penukaran format, jalankan perintah ini:

$ sudo pacman -U microsoft-edge-dev-89.0.723.0-1-x86_64.pkg.tar.zst

Siap.

8. OpenShot

OpenShot ialah aplikasi penyuntingan video yang serasi dengan pelbagai platform. Saya amat menyukainya kerana mudah sungguh untuk digunakan dan difahami.

Pasangkan OpenShot dengan perintah:

$ sudo pacman -S openshot

9. OnlyOffice

OnlyOffice ialah perisian pejabat yang begitu serasi dengan format Microsoft Office. Ia ada di AUR pada pautan: AUR – OnlyOffice

10. Pamac

Pamac ialah pengurus pakej untuk Manjaro. Anda boleh juga gunakan ia pada Arch Linux, sekiranya anda inginkan pengurus pakej versi GUI. Pamac menyokong AUR, oleh itu ia berfungsi seperti AUR Helpers tetapi anda dapat melihat dengan paparan antaramuka pengguna.

Pamac ada di AUR: AUR – Pamac

Bonus:

11. TLP

TLP memudahkan pengurusan kuasa bateri. Tanpa perlukan tetapan yang memeningkan kepala, anda boleh pasang TLP dan lupakan terus.

Rujuk: TLP – ArchWiki

12. Brightness Controller

Ada sesetengah laptop mempunyai masalah dengan pengubahan kadar keterangan skrin selepas siap memasang Arch Linux. Anda boleh gunakan aplikasi Brightness Controller untuk mengatasi masalah ini.

Brightness Controller ada di: AUR – Brightness Controller

Selesai sudah perkongsian hari ini. Diharap agar anda dapatlah memanfaatkan apa yang saya kongsikan, dan teruskan memakai Arch Linux sebagai sistem operasi anda. Selamat maju jaya.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Snapdragon 888 : Era Baru Perkomputeran Mudah Alih

0
Sumber : Qualcomm

Qualcomm, nama yang tidak asing lagi dalam dunia telefon pintar melalui siri Snapdragon mereka, baru sahaja melancarkan cip generasi baharu mereka;- Snapdragon 888. Nombor yang bertuah.

Sepintas lalu tentang Snapdragon 888, ia menjanjikan sehingga 25% peningkatan prestasi dan 25% lebih penjimatan tenaga daripada siri Snapdragon perdana mereka yang lepas, Snapdragon 865.

Berikut adalah senarai ciri-ciri terkini Snapdragon 888 :

  • Binaan sistem 5nm yang lebih kecil.
  • Modem 5G Snapdaragon X60 terkini yang kini terbina dalam bersama cip utama.
  • Binaan teras terbaru daripada Qualcomm, Kryo 680 dengan arm Cortex-X1.
  • Kemampuan AI yang kini 2 kali ganda lebih pantas dengan cip AI generasi ke-6 Hexagon 780 DSP.
  • Pemproses imej terbaru Spectra 580 ISP yang kini boleh memproses imej daripada 3 kamera serentak dalam masa sebenar.
  • GPU Adreno 660 yang 30% lebih berkuasa dengan Variable Rate Shading, teknologi yang dahulunya hanya terdapat pada konsol dan PC. Turut juga menyokong Vulkan 1.1.
  • QuickCharge 5.0
Sumber : Qualcomm

Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan pada Snapdragon 888 yang baru. Kita akan melihat satu-persatu dalam artikel yang akan datang. Apa pun, saya tidak sabar menunggu suku pertama tahun 2021 untuk melihat kemampuan peranti yang akan hadir bersama Snapdragon 888 ini.

Mungkin buat masa sekarang, adalah lebih baik tunggu dan lihat dahulu sebelum anda membuat pembelian telefon pintar yang baru sekiranya anda ingin membeli peranti kelas perdana dan kelas pertengahan. Kerana pada tahun 2021, kita akan menerima dua cip baru iaitu Snapdragon 888 dan juga Snapdragon 775 yang hampir menyamai prestasi Snapdragon 845!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline