Tahukah Anda? Malaysia Juga Ada Pengeluar IEM?

Alpha Omega adalah syarikat Malaysia yang menghasilkan custom IEM (CIEM) dan aktif memasarkan produk mereka secara atas talian. Ditubuhkan oleh dua individu, Clement dan Jong ZZ, syarikat ini baru sahaja membuka pejabat mereka di Sekama, Kuching, Sarawak.

Clement merupakan seorang graduan pengajian komunikasi massa. Berkemahiran dalam bermain beberapa peralatan muzik dan juga sedang belajar untuk menggubah muzik di masa lapang. Jong ZZ pula merupakan graduan di bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Segalanya bermula apabila Clement membeli CIEMnya sendiri pada tahun 2017 dan mendapati CIEM tersebut tidak menepati citarasanya. Beliau seterusnya mengadu kepada Jong dan Jong mengatakan beliau juga boleh membina CIEM sendiri. Pada mulanya, Clement agak sangsi namun beliau tetap membeli segala bahan dan peralatan yang diperlukan. Setelah mencuba selama beberapa minggu, mereka akhirnya berjaya menyiapkan CIEM mereka yang pertama!

Clement dan Jong kemudiannya mula membuat CIEM untuk rakan-rakan terdekat dan setelah mendapat respons yang positif dari semua CIEM mereka, Clement dan Jong ZZ mula menerima tempahan demi tempahan. Lama juga berfikir, akhirnya mereka memutuskan untuk melakukannya secara sepenuh masa. “Go big or go home” kata Jong ZZ.

Dengan tiada pengalaman bekerja dalam bidang CIEM, mereka menghasilkan produk dengan mengkaji dan membaca kajian serta jurnal-jurnal yang berkaitan. Alpha Omega juga adalah pengeluar CIEM termurah di Malaysia setakat ini dengan produk mereka bermula dengan tanda harga semurah RM499. Percaya lah, untuk CIEM, RM499 sudah murah.

Lihatlah CIEM yang dihasilkan oleh Alpha Omega di bawah :

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x