More

    AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

    Kita dah selesai mengetahui cara memasang Arch Linux (tapi mungkin saya akan kemaskini panduan tersebut), kita juga sudah berkenalan dengan Arch User Repository (AUR), dan juga baris perintah asas yang perlu diketahui dan dipelajari oleh para pemula.

    Setelah kita tahu bagaimana hendak memasang pakej dari AUR, secara automatik juga kita akan tahu bagaimana prosesnya, dari muat turun pakej, hinggalah kepada menyusun pakej dan pemasangan.

    Jadi setelah mahir dan terbiasa dengan jalan kerja pemasangan pakej AUR, elok juga kiranya sebagai pengguna Arch kita berkenalan dan mencuba pula AUR Helpers.

    AUR Helpers ialah alat yang digunakan untuk mengautomatikkan sesetengah tugas bagi pemasangan pakej AUR. Ianya tidak disokong secara rasmi oleh Arch Linux, oleh itu anda perlulah mahirkan diri terlebih dahulu dengan pemasangan manual.

    Terdapat banyak AUR Helpers, antaranya packer, yaourt, pacaur, aurutils, pamac, dan sebagainya lagi. Anda boleh rujuk di sini.

    Untuk kali ini saya akan perkenalkan kepada anda – pacaur, AUR Helper kegemaran saya.

    Dahulunya saya lebih menggemari yaourt, kemudian mencuba packer, tetapi selepas beralih kepada pacaur, saya terpaut terus kepadanya. Ia lebih efisien dan lebih pantas, intuitif, serta lancar.

    Bagaimana cara kita hendak pasang pacaur? Caranya adalah berpandukan kepada penyahkodan kita sebelum ini melalui artikel Pengenalan Kepada Arch User Repository (AUR) Dan Cara Pemasangan.

    Ianya adalah pakej yang ada di AUR, jadi apa yang kita perlu lakukan ialah,

    Pasangkan cower (pacaur dependency) terlebih dahulu:

    sudo pacman -S expac yajl –noconfirm
    gpg –recv-keys –keyserver hkp://pgp.mit.edu 1EB2638FF56C0C53
    git clone https://aur.archlinux.org/cower.git
    cd cower
    makepkg -si
    cd ..

    Kemudian barulah kita muat turun dan pasangkan pacaur:

    git clone https://aur.archlinux.org/pacaur.git
    cd pacaur
    makepkg -si
    cd ..

    Mudah sahaja bukan?

    Apa yang menarik tentang pacaur ialah ia bukan sahaja boleh menguruskan pemasangan, kemaskini dan naik taraf aplikasi dari AUR, ia juga adalah wrapper kepada pacman dan dapat juga menguruskan pakej-pakej rasmi.

    Contohnya jika biasanya kita menggunakan perintah sudo pacman -Syu untuk kemaskini sistem dan naik taraf, ia boleh digantikan dengan pacaur -Syu.

    WPS Office ialah pakej yang ada di AUR. Pemasangan manual adalah sama seperti perintah memasang pacaur, tetapi sebaik sahaja pacaur dipasangkan, anda boleh gantikan ia hanya dengan,

    pacaur -S wps-office

    Untuk langkah pertama pacaur akan mencari pakej tersebut melalui repo rasmi. Jika ia tidak dijumpai, pacaur akan terus langkau kepada AUR.

    Berikut adalah contoh jalan kerja pacaur.

    Nah, WPS Office dah siap dipasang! Sangat lancar dan mudah. Tiada ralat, semudah ABC.

    Baiklah. Cukup dulu setakat ini pengenalan kita kepada AUR, AUR Helpers, dan pacaur. Artikel Linux yang akan datang mungkin akan membawa anda kembali lagi kepada asas-asas, untuk memberikan lebih kefahaman dalam mengendalikan sistem operasi Linux.

    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    1 komen

    Subscribe
    Notify of
    guest
    1 Comment
    Oldest
    Newest Most Voted
    Inline Feedbacks
    View all comments

    […] Rujuk: AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik […]

    1
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: