RecordCast : Perakam Skrin Atas Talian Percuma

Kebiasaannya, antara isu utama dihadapi oleh pengguna Linux ialah keserasian (compatibility) untuk sesetengah jenis perisian. Wujud alternatif untuk perisian yang ingin digunakan, tetapi sekiranya terdapat perisian asli (native) dari jenama yang sama sudah pastinya ia menambahkan lagi keseronokan dalam menggunakan sistem operasi.

Kerana itu saya menggemari Google Meet, kerana ia ‘adil’. Sama ada anda gunakan Windows, Linux, atau macOS, semuanya dijalankan menerusi pelayar web sahaja, dan fungsinya adalah sama tanpa melebihkan mana-mana sistem operasi lain.

Oleh sebab yang sama juga, saya memilih untuk mengetengahkan aplikasi web ini, iaitu RecordCast: sejenis aplikasi perakam skrin yang dijalankan atas talian menerusi pelayar web. Anda tidak perlu memasang apa-apa pada komputer.

Cukup sekadar anda mempunyai pelayar web, anda sudah boleh gunakan RecordCast. Ya, anda boleh rakamkan skrin anda siap dengan bunyinya sekali, menggunakan pelayar web.

Berikut saya muat naik ujian pendek aplikasi RecordCast ini:

Ujian telah dibuat dalam sistem operasi Arch Linux, menggunakan pelayar web Microsoft Edge Dev.

Kalau anda perhatikan, cara penggunaannya pun amatlah mudah. Sesiapa sahaja dapat membaca dan menekan butang asas yang ada di laman RecordCast. Ada pintasan yang disediakan untuk menutup sesi rakaman. Selesai sahaja merakam, anda akan diberikan pilihan untuk mengeksport video tersebut supaya anda boleh menyuntingnya pula.

Ini ialah laman muka depan RecordCast:

Dari sini anda hanya perlu memilih ‘Start Recording’.

Dari sini, anda akan diberi tiga pilihan, iaitu sama ada membuat rakaman penuh skrin beserta webcam, rakaman skrin sahaja, dan rakaman webcam sahaja. Dalam video di atas, saya telah memilih rakaman skrin sahaja.

Klik ‘Next Step’.

Di sini pula, anda akan diberi beberapa pilihan lagi, iaitu sama ada anda hendak membuat rakaman beserta mikrofon dan audio sistem, mikrofon, audio sistem, atau tanpa audio. Rakaman yang telah saya buat itu ialah rakaman tanpa audio (duh).

Seterusnya, anda hanya perlu pilih ‘Start Recording’, dan teruskan rakaman sehingga selesai apa yang anda hendak rakamkan.

Bagi rakaman versi percuma, anda boleh rakam video sehingga 30 minit. Pada saya tempoh itu cukup lama untuk pengguna percuma, tambah lagi anda tidak perlu buat akaun pun untuk menggunakannya. Terus klik ‘Start Recording’ dan anda boleh dapatkan video berkualiti dari aplikasi ini.

Tidak lupa juga RecordCast mempunyai aplikasi penyunting video di lamannya. Dua dalam satu, maka anda tidak perlu pening lagi tercari-cari aplikasi ‘cracked’ Filmora untuk menyunting video yang akan anda muat naik dalam YouTube. Maklum saja, sebagai YouTuber berjaya, tak mungkin anda nak gunakan cracked software untuk pencarian rezeki. Ya kan?

RecordCast boleh diakses pada pautan: RecordCast.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

 

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x