Sedikit sebanyak, kita harus akui meskipun Mozilla melaungkan Firefox dicipta untuk menjadi pelayar web yang lebih privasi, tetapi kebanyakan perkara yang mereka lakukan bertentangan sedikit dengan prinsip ini.
Kita juga sedia maklum terdapat banyak ‘fork‘ kepada Firefox di luar sana. Tetapi yang jarang diperkatakan orang ialah LibreWolf.
Kenapa perlu pakai musang, kalau kita boleh gunakan serigala?
Matlamat utama penciptaan LibreWolf tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan pengguna satu pelayar yang lebih privasi, sekuriti, dan kebebasan pengguna berbanding Firefox.
Sebaik ia dibuka, LibreWolf kelihatan dipasangkan dengan tema gelap. Kesemua sumber berkaitan Pocket sudah tiada, manakala addon uBlock Origin dipasang secara lalai.
Di dalam tetapannya, kesemua enjin carian yang memanipulasi pengguna seperti Google, Bing, dan sebagainya lagi turut dibuang lalu diganti pula dengan enjin carian privasi seperti DuckDuckGo, Searx, StartPage, Qwant, dan lain-lain.
Paling penting, tiada lagi telemetri dari Firefox yang dihantar ke pelayan Mozilla, dan tiada sebarang bentuk eksperimen, atau unsur yang tidak menyenangkan berada di dalam LibreWolf.
Ia terdapat untuk Linux, macOS, dan Windows. Tetapi untuk macOS nampaknya buat masa ini anda perlu bina sendiri.
Windows 10 dan privasi tidak sepatutnya ‘dikahwinkan’ dalam satu perkataan. Tetapi itulah dia percubaan oleh pembangun ReviOS yang mengatakan mereka berjaya membuang semua unsur telemetri, dan mengoptimumkan sistem operasi itu untuk aktiviti permainan video.
ReviOS membawakan satu sistem operasi yang ringan kepada peranti, efisien, dan memberi kependaman rendah agar gamers dapat memanfaatkan prestasi sistem dengan sepenuhnya.
Dari sudut privasi, pelbagai komponen Microsoft dibuang, seperti klien telemetri (Asiimov), Cortana, dan Windows Update. Dalam versi terbaru iaitu 20H2, fungsi Windows Update ini dimasukkan semula, tetapi harus diaktifkan secara manual.
Kemas kini kumulatif dan kemas kini kecil lain ditangguhkan selama beberapa hari, untuk mengelakkan pepijat hari ke-0 (zero day vulnerability exploit) dan untuk meningkatkan kestabilan, manakala kemas kini ciri (feature updates) ditangguhkan selama 365 hari.
Kalau ditanya kepada kami, kami masih lagi lebih menggalakkan untuk anda pasang Windows 10 asal, dan kemudian buatlah apa jua ‘tweaks‘ yang anda mahu, kerana setakat ini Windows masih proprietary, dan siapa dapat menjamin pembangun ini tidak meletakkan sesuatu yang kita tidak mahu, contohnya perisian melombong ataupun malware.
Tambahan lagi, jika benar anda mahukan privasi, lebih baik pasang saja Linux. Usah dikeluarkan alasan yang mengizinkan kemalasan anda untuk belajar Linux supaya anda ‘bedal’ sahaja OS lain asalkan ia masih Windows.
Pertama kali saya melihat iklan jam ini di Shopee, saya tergerak hati untuk mencari ulasan mengenainya. Tetapi sejurus enjin carian dipacu, kata kunci diberi, sedih juga melihat tiada sebarang ulasan dari blog rakan teknologi.
Apabila diteliti, saya mendapati jam pintar berjenama Lokmat ini, rupanya bolehlah dikatakan sebagai produk OEM yang dijenamakan semula untuk pasaran di Malaysia. Jika di negara lain, ada yang memanggilnya sebagai Kosmet, dan ada pula yang memberinya nama Senbono.
Walau apa pun namanya, ia mendapat tempat di hati saya untuk diulas dalam omghackers.com. Bukan kerana kecanggihan, tetapi kerana harganya yang amat mesra poket marhaen seperti saya. Setibanya di depan pintu rumah, bergegas saya bawa ia ke meja untuk dibuka kotaknya.
Tak usah kita panjangkan lagi bicara.
Mari kita lihat apa yang ada dalam kotak LOKMAT C16.
Spesifikasi Lokmat C16
Bentuk
Petak
Dimensi
48*43*12.7mm
Berat
50.5g
Warna
Hitam, hijau
Jenis Paparan
TFT
Saiz Skrin
1.69 Inci
Resolusi Skrin
280 x 320 piksel
Sistem Operasi
Android & iOS
Sensor
Sensor degupan jantung & G Sensor
Bluetooth
5.0
GPS
Tiada
Pembesar Suara
Tiada
Mikrofon
Tiada
Mode Sukan
20 Mode
Pemantau Degupan Jantung
Ada
Pemantau Oksigen Darah
Ada
Pemantau Tekanan Darah
Ada
Kalis Air
3 ATM
Ciri Tambahan
· Peringatan tidak aktif
· Monitor tidur
· Penggera
· Barometer
· Menyelaraskan Kecerahan (dan sebagainya lagi)
Kapasiti Bateri
350mAh
Daya Ketahanan Bateri
50 hari
Aplikasi
Da Fit
Material Tali
TPU
Harga
RM157
Pada ketika ini, saya masih menggunakan Amazfit Bip dengan tali besi yang dibeli berasingan. Sengaja saya cuba mendapatkan Lokmat C16 untuk merasai kelainan. Tambahan pula bentuknya yang petak itu membuat ia menjadi pilihan (Amazfit Bip juga berbentuk petak).
Sejujurnya saya sedang cuba menjadi manusia yang lebih aktif dalam aktiviti harian. Justeru, jam dipilih walaupun murah, mestilah ada ciri asas seperti pemantau degupan jantung dan pemantau kiraan langkah kaki (pedometer).
Atas niat inginkan badan yang lebih sihat, jam tangan pintar dipilih berbanding jam tangan biasa. Bukan hendak kata saya tidak berminat dengan G-Shock atau sewaktu dengannya, cuma dengan pelbagai jenis sensor pada jam tangan pintar membuat gajet itu lebih tepat sebagai peneman di tangan.
Lokmat C16 agak memberikan impresi awal yang baik.
Saya tidak memberi jangkaan tinggi terhadapnya disebabkan harga yang murah. Dengan RM157, saya tidak menyangka jam ini mampu memberi pelbagai ciri yang saya inginkan.
Antaranya ialah seperti 20 mode sukan (walaupun saya hanya gunakan mode larian sahaja), pemantau degupan jantung, pemantau tekanan darah, pemantau oksigen, dan pada saya paling penting sekali ialah pemantau kualiti tidur. Saya suka mengkaji sejauhmanakah kualiti tidur saya setiap malam dan bagaimana ia mempengaruhi hidup keesokannya.
Perkara pertama saya lakukan selepas mengeluarkannya dari kotak ialah membuat pengecasan penuh. Setakat kuasa bateri yang ada, lebih kurang 2 jam juga baru kapasiti bateri dapat dipenuhkan.
Apa yang saya suka dengan kabel pengecasnya ialah ia menggunakan kontak magnetik untuk dilekap kepada kawasan pengecasan. Saya pernah juga menggunakan jam lebih murah sebelum ini, yang bergantung kepada cara mengecas dengan port USB. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya gunakan jam tersebut, kerana begitu leceh hendak mengecasnya.
Jika hendak dibandingkan dengan Amazfit Bip (yang lebih mahal), semestinya terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Antara ciri saya rindui ialah ‘Always-on Display’, dan kerana Lokmat C16 menggunakan paparan TFT, ia hanya ada pilihan untuk menyalakan skrin ketika tangan diangkat.
Kemudian, ‘Watch Faces’ yang ada (disediakan) dalam aplikasi Da Fit walaupun sekadar mencukupi, ia masih agak terhad. Kalau hendak banding – sememangnya kalah awal.
Dari segi material, pada sesetengah orang mereka mungkin akan merasakan talinya seperti barangan murah (memang murah pun harganya, kan?). Tetapi jika ingin dicari kekurangan, barangkali hanya setakat itu sahaja saya boleh ungkapkan.
Dari segi lain-lain ciri, tidak banyak yang boleh kita ‘persalahkan’ kerana apabila mengambil kira faktor harga, jam ini memberi begitu banyak kelebihan.
Saya cuba membuat pemantauan kuasa bateri selama seminggu selepas pengecasan pertama, dan pada ketika masuknya hari Ahad, bateri menunjukkan nombor 80%. Pada perkiraan saya, kadar penggunaan kuasa bateri adalah berpatutan, tambahan lagi dengan saiz skrin 1.69 inci yang tampak besar, dan ketiadaan pilihan untuk mematikan ‘lift wrist to view info’ – menyebabkan saya rasa C16 sudah sedaya upayanya menghematkan penggunaan kuasa bateri.
Ya, skrinnya cukup terang walaupun anda cuba melihatnya pada pancaran cahaya matahari terik. Usah bimbang bab itu.
Manakala bab sensor, boleh jadi ia mewarisi ‘penyakit’ jam pintar buatan China yang lain, iaitu kurangnya ketepatan pada sensor pedometer. Ini juga dapat dilihat pada Amazfit Bip, yang akan mengira langkah kaki walaupun sekadar menggoyangkan tangan. Apa lagi mampu dikata – pandai-pandailah anda anggarkan ralatnya.
Saya rasa tak perlu lagi dipanjangkan lagi ulasan ini.
Saya tahu, buat anda yang berminat, anda pasti akan mendapatkannya walau apa jua diperkatakan. Jika hati sudah kurang berkenan, pujilah macam mana sekalipun, akan tetap mencebik bibir.
Sekiranya anda minat, anda boleh dapatkan melalui Pengedar Sah Lokmat di Malaysia iaitu Desquire di platform Shopee: Lokmat C16 SmartWatch.
*Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan menghantar ‘password’ di ruangan chat kepada des.chan (Desquire) iaitu – omghackersxdeschan. Maklumkan kepada penjual bahawa anda datang dari laman web ini.
Saya harap anda berpuas hati dengan perkongsian ini. Saya cuba untuk meluaskan lagi perkongsian dengan mengetengahkan produk-produk bajet marhaen kerana saya juga seperti anda – gajet dan teknologi adalah satu minat yang dibawa dalam kehidupan seharian.
Semalam kami mendedahkan berita mengenai penjualan data yang didakwa dicuri daripada UTM di forum. Tidak lama kemudian, seorang individu tampil di Facebook mendakwa pernah menghubungi UTM mengenai risiko keselamatan sistem mereka.
Menerusi perkongsian di hantaran Facebook miliknya, individu berkenaan meminta diskaun pengajian dan juga menawarkan diri untuk membantu dalam menjaga keselamatan sistem UTM. Ini sebagai ganjaran beliau dalam memaklumkan kerentanan sistem UTM. Dalam perkongsian yang sama juga, malangnya, permintaan beliau tidak diendahkan.
Individu ini juga mendakwa, hasil kerja beliau juga telah dicuri. Tidak dapat dipastikan apakah hasil kerja yang dimaksudkan sama ada kaedah membaik pulih sistem ataupun perkara lain. Tambahnya lagi, pihak UTM tidak pernah bertanya sama ada menjumpai keretanan lain selain daripada yang dilaporkan.
Melihat kepada penulisan hantarannya di Facebook juga, individu ini juga seperti sudah menjangkakan kerentanan data ini akan membawa masalah lain kepada UTM dan UTM selayaknya menerima apa yang akan terjadi kepada mereka.
Tidak dapat dipastikan juga sama ada adakah individu ini bertanggungjawab dalam kedua-dua kes penjualan data UniKL dan data UTM di forum. Setakat ini, tiada maklum balas daripada UTM mengenai dakwaan ini. Sekiranya bersalah, individu ini boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana penjualan dan pencurian data dan maklumat sulit.
Kini, penjualan data universiti lain pula didakwa dijual di forum. Kali ini, data daripada UTM pula yang didakwa dijual. Lebih mendatangkan persoalan lagi, individu yang menjual data UTM didapati merupakan individu yang sama dengan penjual data UniKL di forum tersebut.
Penjualan data UTM tersebut diiklankan lengkap dengan tangkap layar dokumen yang kelihatan seperti dokumen UTM sendiri. 50GBdata daripada UTM didakwa dimiliki oleh individu ini. Pada iklan penjualan data tersebut uga, beberapa pengguna forum dilihat menunjukkan minat untuk membeli data tersebut.
Masih tiada kenyataan daripada pihak UTM mengenai perkara ini. Penjualan data secara haram adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Setiap pihak diharapkan agar sentiasa menjaga keselamatan data peribadi masing-masing pada setiap masa.
Terdapat pelbagai fon kepala ‘premium’ yang mampu milik dipasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, kan?
Ada yang murah tapi kualiti produk dan bunyi tak memuaskan tapi fon kepala yang kami nak ulas ni, luaran nampak biasa ja tapi bunyi dia tidak mengecewakan.
Terima kasih kepada pihak Eclipse Marketing kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai fon kepala ‘premium’ mampu milik ini, iaitu Sades A6.
Sades A6 terjual sebanyak 3000 unit! dekat AliExpress dan mendapat komen yang baik sebanyak 99%. Menarik.
Sebelum kita teruskan artikel ni, mai tengok dulu video buka kotak ni.
Mari kita lihat spesifikasi fon kepala Sades A6 ini;
Pembesar Suara
Ukuran pembesar suara
40mm
Kepekaan
96 ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi
20 ~ 20,000Hz
Impedans
24Ω|1kHz
Kawalan Kapasiti Kuasa
10mW
Mikrofon
Dimensi Mikrofon
Φ 4.0 * 1.0 mm
Kepekaan Mikrofon
-28dB ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi Mikrofon
50 〜 10 kHz
Impendans Mikrofon
≤ 2.2KΩ|1kHz
Sambungan
Input
Plug USB bersalut-Emas
Panjang Kabel
Anggaran 2.2m/7.22 ft
Keserasian
PC/Laptop — Windows 7/ 8/ 10
PS4/ PS5*
Nintendo Switch*
* Beberapa ciri mungkin tidak berlaku pada peranti tertentu
Berat
Berat (Fon Kepala Sahaja)
260g|0.57lb
Berat (Fon Kepala dan Pakej)
503g|1.11lb
Apa yang ada dalam kotak?
Fon Kepala SADES A6
Buku Panduan
Pelekat Sades
Sades A6 terdapat dua warna, iaitu Oren dan Pink (Edisi Angle)
Model yang kami dapat warna Oren dan sambung dekat komputer, ada lampu oren.
Fon kepala yang kami tengah guna selepas ada ‘PC Gaming’ ialah Edifier G2 II, beli brand sama macam pembesar suara yang dah pakai lama, iaitu Edifier M3200.
Jadi, adakah Sades A6 dapat ubah selera kami?
Kami cuba uji Sades A6, antaranya;
Dengar lagu (Spotify, YouTube) dan tengok video (Netflix, N****to)
Main permainan PC (PUBG, Apex Legends, Forza Horizon 4 dll)
Menyunting video
Bunyi dia agak mengagumkan dan kami terkejut kerana tak sangka fon kepala lagu ni padu, walaupun tanpa Equalizer, jika dengan Equalizer, simpan kotak G2 II tu. hahahaha
Kalau dalam permainan seperti PUBG dan Apex Legends, tiada masalah bagi bunyi letupan, tembakan dan orang lalu tepi. Semuanya dengar dengan jelas.
Permainan Forza Horizon 4 pulak, tiada masalah dan bunyi kereta (enjin dan ekzos) sangat merdu. Tak nyaring.
Mikrofon Sades A6 agak fleksibel dan terdapat lampu berwarna oren
Bagi mikrofon, tiada masalah. Suara jelas, dan mempunyai beberapa fungsi menarik dalam perisian audio.
Segan nak rakam main lawan dengan orang, kita rakam lagu ni, aci la noh.
Jika ampa buka kipas tala kat muka tu, kena perlahankan kipas sebab ia tangkap sekali bunyi angin. (kami balaih Edifier G2 II punya span mikrofon, sedap sikit. hahaha)
Serta ia fleksibel, boleh ubah arah mana mengikut keselesaan ampa.
Kawalan kelantangan, lampu, mikrofon dan seketul mikrofon yang sangat peka dengan sekeliling
Kalau ampa buka lampu dan tekan butang tutup mikrofon tu, dia akan berkelip-kelip pada lampu mikrofon.
Selain daripada mengawal lampu dan mikrofon, ampa juga boleh mengawal kelantangan bunyi. Hati-hati kerana kawalan kelantangan itu agak peka sikit.
Sades A6 mempunyai kawalan lampu seperti bernyala dan bernyawa berwarna oren. Jika tak suka lampu, boleh tutup. Tapi bukan ‘gamer’ la kalau takda lampu kan? hahahaha
Cekak kepala dengan plastik lembut yang dalam dia ada kekuli ringan
Cekak kepala dan plastik lembut (dalam ada kekuli ringan) membuatkan fon kepala ni terletak dengan selesa.
Earmuff|Earcup Sades A6 menggunakan kulit tiruan yang bagi telinga ampa bernyawa setelah terseksa dengan bunyi kuat
Untuk bahagian ‘earmuff|earcup’ pulak, ia bergantung pada saiz telinga jugak. Macam telinga kami capang dan kecik, tiada masalah sangat.
Masalah yang kami alami masa guna Edifier G2 II, iaitu sakit telinga dan telinga panas tiada dekat Sades A6. Mungkin kerana kulit tiruan earmuff|earcup beza dengan model tersebut.
Telinga kami yang capang ni dapat bernafas dengan baik.
Kawalan kelantangan, lampu, mikrofon dan USB Type-A
Memandangkan ia menggunakan USB Type-A, ampa boleh sambungan Sades A6 ke mana-mana peranti yang menyokong USB Type-A.
Untuk telefon atau gadjet yang lain, boleh guna penyesuai audio seperti Type-A ke Type-C.
Kami tak boleh nak cuba dekat OnePlus 6 sebab ia dah ada bicu 3.5mm. hahaha
Memandangkan Sades A6 ni ada perisian dia, kita belek sekali la noh.
Antaramuka pengguna perisian audio SadesKlik ikon bulat bawah ikon tolak tu untuk akses Panel Profil
Kami cadangkan guna Hi-Fi, tapi tanpa guna Hi-Fi pun dah sedap. Cuma profil Movie dan Music tu dia aktifkan sekali dengan ‘Environment Effects’. Sila tutup ya kalau tak selesa.
Untuk akses menu tambahan, kena klik 2xPenambah perisa yang wajib ampa main.Fungsi ala-ala pembesar suara 7.1.
Ampa boleh ejas dia dengan tarik ikon ‘speaker’ tu mengikut citarasa ampa dan boleh buatkan ia berpusing ikut|lawan jam atau pusing secara manual.
Tapi kami tak usik pun, hanya aktifkan benda ni untuk aktifkan fungsi kat bawah ni.
Fungsi Xear Surround Max, luaskan jarak bunyi
Kami suka aktifkan fungsi ni sebab nak bagi bunyi tu lagi besar. hahaha
Fungsi untuk bagi audio kecik, besar dan buang suara
Fungsi ni mungkin ada yang pernah main untuk bagi audio kecik, besar dan buang suara. Kami tak guna fungsi ni, pelik bunyi dia.
Untuk akses menu tambahan, kena klik 2xXear SingFX, untuk bagi suara bergema dan tukar suara
Kami tak guna fungsi bergema tapi ‘Magic Voice’ tu boleh ampa cuba. Boleh tukar suara kepada suara Besar, Kecik, Lelaki atau Perempuan.
Bagi kami, Sades A6 ni memang berbaloi untuk fon kepala ‘premium’ mampu milik. Jika kami bandingkan dengan Edifier G2 II, Sades A6 jauh lebih baik kerana menang tanpa|dengan Equalizer. (Edifier G2 II selamat masuk kotak, cuma kami balaih span mikrofon dia untuk letak dekat Sades A6 hahaha)
Dengan harga dia yang berpatutan, kredit kepada Sades kerana menyediakan fon kepala yang menyajikan audio yang secukup rasa bersama mikrofon yang berkualiti.
Berakhirlah sudah ulasan kami disini, Terima kasih Eclipse Marketing kerana sudi berkolaborasi, Jika jodoh kita dipanjangkan lagi, Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.
Saluran YouTube dengan pengikut yang ramai sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak terkecuali juga perhatian daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sering saja saluran dan akaun YouTube yang bernilai ini mendapat ancaman dan risiko penggodaman. Seperti yang pernah berlaku kepada GSMArena, mereka juga tidak terkecuali dalam kes kecurian akaun YouTube.
Minggu ini, beberapa saluran YouTube tempatan juga menerima nasib yang sama. Akaun YouTube mereka telah dicuri dan penggodam akaun telah mula membuang video asal dan memuat naik video baru yang bersifat penipuan.
Ada beberapa cara bagaimana akaun YouTube anda boleh digodam dan dicuri oleh pihak ketiga:
1. Phishing
Phishing adalah antara kaedah yang paling popular digunakan oleh penggodam untuk mencuri sebarang akaun. Bagi pencipta kandungan pula, sudah semestinya banyak menerima emel daripada individu yang tidak dikenali.
Phishing secara ringkasnya bermaksud memperdaya pengguna untuk menyerahkan maklumat atau data dengan pengaburan. Pengguna akan menerima sesuatu yang kelihatan seperti urusan rasmi atau sesuatu yang dipercayai. Ia boleh jadi pautan laman sesawang, fail, gambar, mahupun dokumen.
Apabila pengguna mengklik hantaran yang dipasang kod phishing ini, segala data daripada akaun pengguna akan disalin kepada pemilik kod phishing tersebut. Sekiranya data pengguna telah disalin, pencuri akan dapat memecah masuk ke akaun pengguna yang terkena phishing dengan menggunakan peranti lain yang telah disalin menjadi klon kepada peranti pengguna.
Melalui phishing juga, pengguna mungkin akan menhantar data dan maklumat penting kepada pihak ketiga secara tidak sengaja apabila membuka fail yang mengandungi phishing. Pihak ketiga ini kemudiannya akan segera log masuk ke akaun pengguna terjejas dan merampas akaun sebelum pengguna sedar mereka telah terkena serangan dan menyelamatkan akaun mereka.
2. Kebocoran MCN
MCN atau nama penuhnya Multi-Channel Network adalah umpama pengurus bagi saluran YouTube anda. Ini yang berlaku pada saluran YouTube GSMArena. Selama setahun, pihak GSMArena tidak mempunyai akses dan kawalan kepada MCN mereka. Bayangkan, pengurus yang anda sangkakan sedang menguruskan akaun anda sebenarnya sedang membelot anda. Tidakkah akaun anda akan bocor?
Sumber: Shutterstock
3. Tidak Mengaktifkan Pengesahan 2 Faktor
Ini juga faktor penyumbang bagaimana akaun anda dengan mudah dipancing oleh penggodam. Apabila mereka mendapat maklumat anda, mudah sahaja mereka merampas akaun anda kerana anda tiada ciri keselamatan tambahan.
Penggodam akan berjaya mencuri akaun anda hanya dengan ID dan kata laluan sahaja. Jika tiada kata laluan, mereka juga boleh membuat permintaan untuk menukar kata laluan dan gunakan kata laluan baru untuk log masuk akaun anda.
Sekiranya anda mengaktifkan pengesahan 2 faktor dengan nombor telefon atau emel pendua, setidak-tidaknya anda boleh menghalang rampasan ini dengan menggunakan ciri keselamatan tambahan ini.
Pengesahan 2 Faktor adalah seumpama gril pintu rumah anda. Apabila pencuri memecahkan pintu anda, masih ada gril untuk melindungi diri dan meminta pertolongan.
4. Terlalu Banyak Akaun Pentadbir
Konsep mudah. Semakin banyak pemboleh ubah, semakin banyak kebarangkalian. Kita boleh bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga, namun tidak selamanya kita akan berada pada tahap bersedia.
Apabila ada terlalu banyak akaun pengurus pada saluran YouTube anda, kebarangkalian untuk salah satu akaun pengurus ini terkompromi adalah semakin tinggi. Mempunyai lebih daripada satu akaun pengurus mungkin lebih selamat, tetapi jika terlalu banyak ia akan jadi lebih merbahaya pula.
Itu sahaja kaedah kecurian akaun YouTube yang menjadi perbualan komuniti YouTube setakat ini. Tapi ini tidak bermakna hanya kaedah di atas sahaja yang digunakan oleh penggodam. Dengan kemajuan teknologi, kaedah dan penjenayah akan sentiasa mencari idea baru.
Faktor manusia juga memainkan peranan penting. YouTube secara amnya juga tidak mengambil berat tentang kebajikan pemilik saluran di platform mereka. Lihat sahaja kes berkaitan serangan dan tuntutan hakcipta kepada saluran kecil daripada syarikat korporat. YouTube mudah sahaja memberi kelulusan dan kuasa automatik kepada syarikat untuk merampas kandungan dan wang hasil daripada kandungan saluran kecil yang lain.
Bagaimana pula jika ada individu yang mahir mencipta syarikat dan profil korporat palsu lalu membuat tuntutan di YouTube sebagai pemilik saluran yang sebenar? Pada pandangan saya, perkara ini mungkin boleh terjadi dan akhirnya, pemilik asal pula yang terpaksa berhempas pulas ‘mengejar’ talian sokongan YouTube untuk mendapatkan kembali hak mereka.
Nvidia terdahulunya berbangga dengan perisian pemacu pada kad grafik mereka RTX3060 yang dikatakan ‘tidak boleh digodam’. Kononnya, pemacu mereka akan menyebabkan pelombong kripto tidak berminat untuk membuat pembelian agreasif kad grafik itu lantas menyelesaikan masalah kekurangan kad grafik di pasaran kerana pembelian pukal.
Pemacu itu yang meletakkan had pemprosesan pada kad grafik akan melambatkan proses perlombongan kripto pada kad grafik. Sebaliknya, Nvidia melancarkan kad khas untuk perlombongan kripto pada kad tanpa palam grafik.
Sumber: ASUS
Sepertimana sejarah pernah membuktikan, jika anda membuat dakwaan ‘kalis godaman’, maka ia akan digodam. Ironinya, penggodam berjaya menggodam had pada pemacu Nvidia kerana ia dibuka sendiri oleh Nvidia pada kemaskini terbaru pemacu Nvidia versi beta.
Tidak dapat dipastikan sama ada godaman ini akan berlaku juga apabila Nvidia melancarkan kad grafik RTX3080 Ti kelak. Jika ya, maka masalah kekurangan kad grafik di pasaran akan terus berlarutan dan berulang seperti sejarah lama. Melainkan, nilai matawang kripto ini menjunam dan memaksa pelombong kripto cuci tangan.
SSD menjadi pilihan pengguna komputer di masa kini. Jika dahulunya dianggap sebagai komponen bangsawan, kini ia boleh dianggap sebagai keperluan dan kemestian dalam memastikan sistem anda berfungsi di tahap yang optimum.
Lebih dikenali sebagai komponen memori yang boleh memberikan anda masa boot yang sangat pantas dan memuatkan permainan video dengan lebih cepat, SSD kini turut dijadikan sebagai pilihan storan untuk kerja-kerja seharian dengan penawaran saiz memori yang lebih besar dengan harga yang lebih kompetitif di antara pengeluar.
Anda telah menghabiskan masa berbulan-bulan menyimpan bajet setelah menonton dan membaca pelbagai ulasan SSD di internet. Hanya kerana ingin membuat pembelian yang terbaik untuk sistem anda bertepatan dengan bajet dan prestasi yang diidamkan. Tetapi apabila anda membeli SSD yang diidamkan, prestasinya jauh lebih buruk daripada jangkaan anda. Apakah perasaan anda?
Sumber: Tom’s Hardware
Ini yang berlaku kepada sebilangan pembeli dan pengguna SSD yang dikeluarkan oleh ADATA. SSD keluaran mereka, XPG SX8200 kini mempunyai 5 varian berbeza di pasaran yang menggunakan 5 komponen berbeza di bawah nama model yang sama. Harga bagi setiap varian ini adalah sama tetapi berfungsi pada prestasi yang jauh berbeza.
Penurunan prestasi adalah sehingga 41% lebih buruk daripada varian asal yang telah mendapat ulasan yang sangat baik dan pernah dinobatkan sebagai SSD terbaik di pasaran oleh beberapa pengulas teknologi. Komponen yang telah ditukar adalah NAND flash yang memberi kesan besar kepada prestasi SSD. Lebih buruk lagi, mereka juga telah menukar unit pengawal SSD dalam satu varian yang lain yang memberi kesan yang besar kepada SSD.
Penukaran komponen secara senyap pada SSD bukanlah amalan baru oleh pengeluar SSD. Samsung pernah menukar komponen pada SSD Samsung 850 EVO kepada komponen yang lebih baik dan menambah baik prestasi SSD mereka. Menukar komponen kepada komponen yang lebih buruk juga pernah berlaku. Tetapi, ia tidaklah sekerap yang berlaku pada ADATA XPG SX8200 dengan lima varian berbeza di pasaran.
Linus dalam videonya juga menawarkan untuk membeli SSD ADATA XPG SX8200 dengan harga 3 kali ganda daripada pasaran bagi sesiapa yang berminat.
Bandar yang diselubungi kegelapan selama berbulan-bulan hampir kedengaran seperti sebuah filem seram. Tetapi tidak bagi Rjukan, sebuah bandar di Norway yang diselubungi kegelapan selama 6 bulan berturut-turut setiap tahun.
Sumber: WikiPedia
Ini terjadi kerana bandar Rjukan dikelilingi oleh gunung-ganang yang tinggi di sekelilingnya. Apabila kedudukan bumi bergerak pada solstis, pancaran cahaya matahari akan terkena pada gunung-ganang di sekeliling bandar Rjukan lalu menenggelamkan bandar tersebut di dalam bayang-bayang.
Sumber: InsiderSumber: AS/Reuters
Bagi mengatasi masalah kegelapan ini, bandar Rjukan telah memasang cermin besar yang diletakkan di atas gunung bagi memantulkan cahaya matahari daripada atas gunung ke pusat bandar Rjukan. Cahaya yang dipantulkan cukup untuk menerangi kawasan seluas 600 meter persegi di tengah-tengah bandar Rjukan.
Sumber: The Guardian
Keunikan bandar Rjukan menjadi tarikan bagi pelancong yang mahukan pengalaman berbeza. Di samping keunikan ini, bandar Rjukan juga menggunakan tenaga hijau daripada pam hidro untuk menghasilkan tenaga elektrik.