Utama Blog Laman 80

Xiaomi Surge S1: SoC Pertama Dari Xiaomi Kini Diam Tanpa Khabar

0

Saya masih ingat lagi keterujaan saya apabila Xiaomi mempertontonkan cipset SoC mereka yang pertama pada tahun 2017 yang lalu, Xiaomi Surge S1. Surge S1  pada ketika itu agak berkuasa kerana skor AnTuTunya melebihi daripada skor SoC lain yang lebih popular, SD625 dan Helio P20.

Xiaomi Surge S1 dibina dengan binaan 8-teras; 4 teras Cortex-A53 2.2Ghz dan 4 teras Cortex-A53 1.4GHz. Dibina pada saiz proses 28nm, Xiaomi mendakwa Surge S1 adalah gabungan seimbang di antara prestasi dan penggunaan kuasa.

Untuk GPU pula, ia menggunakan ARM Mali-T860 dengan sokongan AFBC, ASTC dan juga Vulkan. Ia juga hadir dengan sokongan 32-bit DSP, VoLTE, 14-bit dwi ISP dengan dwi penalaan untuk penambahbaikan penggambaran malam. Xiaomi Surge S1 juga mempunyai ciri keselamatan tahap cip yang dilaporkan boleh dikemaskini melalui OTA. Ia juga mempunyai mekanisma untuk mengelakkan kebocoran data.

Xiaomi Surge S1 ini digunakan buat pertama kalinya pada telefon pintar Mi 5C mereka untuik pasaran China. Kini, 4 tahun telah berlalu dan tiada lagi khabar berita daripada Xiaomi untuk SoC ciptaan mereka ini. Tiada kemaskini atau generasi kedua mereka diumumkan.

Saya masih lagi ternanti-nanti berita untuk kemaskini baru atau Surge S2 (mungkin?). Tetapi itu mungkin harapan hanya tinggal harapan. Mungkinkah juga Xiaomi takut menerima nasib sama seperti Huawei dengan SoC Kirin mereka?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Snapdragon 780G Dengan 5nm Terbaru: Cip Pertengahan Prestasi Perdana

0

Qualcomm melancarkan SoC pertengahan kelas premium baru sebagai cabaran kepada pengeluar SoC lain di pasaran – Snapdragon 780G adalah salah satu chipset pertama dalam kelasnya yang dibina dengan proses 5nm (sama seperti Exynos 1080 ). Secara kasarnya, Snapdragon 780G boleh dikatakan sebagai Snapdragon 888 versi ringan.

CPU Kryo 670 dikatakan mampu menghasilkan peningkatan prestasi sebanyak 40% berbanding generasi terdahulu. Teras CPU siri 600 biasanya daripada Cortex-A78 terbaru, sementara SoC Snapdragon 768G menggunakan teras berasaskan Cortex-A76, dengan dakwaan peningkatan sebanyak 40% daripada Qualcomm. Teras utama mampu mencapai kelajuan sehingga 2.4 GHz, sama seperti teras Cortex-A78 pada Snapdragon 888.

Beralih pula kepada GPU, prestasi Adreno 642 pada Snapdragon 780G ini berada pada tahap di antara Snapdragon 855 dan 865 dari segi prestasi. Ia menyokong pemacu yang boleh dikemas kini, HDR10 dan penyesuai paparan dapat memacu paparan 1080p+ hingga ke 144 Hz.

Snapdragon 780G adalah cip 5 nm pertengahan pertama Qualcomm dengan perkakasan dan binaan seperti kelas terunggul mereka.

Snapdragon 780G (SM7350-AB) menyokong RAM LPDDR4 pada frekuensi hingga 2.1 GHz dan kapasiti hingga 16 GB. Walaupun prestasi sebenar sukar untuk diramalkan berdasarkan spesifikasi di atas kertas semata-mata, jelas bahawa chipset ini akan mampu menguasai kamera telefon dengan baik.

Snapdragon 780G mempunyai tiga spektrum 570 ISP, versi salinan dari apa yang ada pada Snapdraogn 888. Tiga ISP bermaksud tangkapan gambar dari tiga kamera dapat diproses secara serentak, sesuatu yang hanya mungkin dilakukan pada chipset kelas perdana baru buat masa ini.

ISP ini menyokong kedalaman warna 10-bit untuk foto dan video (gamut warna Rec. 2020) dan dapat merakam dalam beberapa format HDR yang popular: HDR10, HDR10 + dan HLG. Ia boleh mengendalikan satu kamera pada resolusi sehingga 84 MP dengan Zero Shutter Lag (ZSL) diaktifkan atau satu kamera pada kualiti sehingga 192 MP secara normal.

Enjin Hexagon 770 AI dapat menawarkan prestasi 12 TOPS yang mengagumkan. Dua kali ganda daripada apa yang dapat dikendalikan oleh Snapdragon 768G (5.4 TOPS). Malahan, hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh Snapdragon 865/870 (15 TOPS). Ini akan menamah kualiti fotografi perkomputeran di segmen pertengahan premium.

Snapdragon 780G mempunyai ciri sambungan yang sangat baik untuk capaian rangkaian. Modem X53 5G menawarkan kelajuan muat turun maksimum hingga 3.3 Gbps. Anehnya, tiada mmWave.

Namun begitu, binaan sambungan setaraf dengan cip perdana Qualcomm buat masa ini dengan sistem FastConnect 6900. Antara salah satu yang menyokong Wi-Fi 6E (802.11ax pada jalur 6 GHz) dengan kelajuan puncak yang melampaui modem 5G pada 3,6 Gbps dan (dengan latensi rendah “kelas VR”). Bluetooth 5.2 disokong bersama dengan sebilangan besar ciri audio canggih Qualcomm (termasuk “Golden Ears“).

Di sisi lain, cip ini menawarkan USB 3.1 biasa untuk data dan Quick Charge 4+ untuk pengecasan bateri.

Telefon pertama yang akan dikuasakan oleh Snapdragon 780G akan hadir dalam tempoh tiga bulan lagi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Papan Kekunci Mekanikal Machenike K7 TKL : Papan Kekunci Serba Boleh

0

Machenike? Mungkin hangpa semua tak pernah dengaq jenama ni (termasuk mamu la) tapi jenama ni boleh dikategori agak terkenal di China dan juga di Filipina. Kali ini depa mencuba nasib dalam pasaran Malaysia & Mamu berpeluang berkolaborasi dengan depa.

Pada kali ni Mamu akan mengulas produk depa iaitu papan kekunci mekanikal depa Machenike K7 TKL. Sebelum tu mai kita tengok spesifikasi papan kekunci bakal Mamu ulas.

Machenike K7 – Spesifikasi

Jenama Machenike
Model K7
Warna Hitam
Spesifikasi Jumlah Kekunci : 87 Kekunci
Sambungan : USB Type-C & Bluetooth 3.0
Kekunci Anti-Ghosting : NKRO Berwayar, Sokongan Tanpa Wayar
Sokongan Sistem : Windows / Android / Mac OS / iOS
Bateri : 2000mAh Bateri Li-ion Boleh Dicas Semula
Lampu Belakang : Lampu RGB dengan sokongan profil
Isi Kandungan Papan Kekunci, Kabel Type-C

Dimensi & Berat

Berat Produk 730g
Saiz Produk 359*158*41mm

 

Video Nyahkotak

Kotak pembungkusan depa agak minimal dengan warna hitam dan tulisan berwarna ungu dan biru.

Di belakang kotak pula ada gambar papan kekunci dan pautan ke halaman depa. Semua menggunakan kod QR.

Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Papan kekunci
  • Kabel Type-C
  • Buku manual
  • Alat untuk cabut kekunci

Rekabentuk papan kekunci ni memang agak canggih bagi Mamu. Dengan rekabentuk ala lampu kereta sukan dengan lampu RGB ala kedai tomyam hangpa suka pi pasai ada awek Thai tu, melengkapi reka bentuk papan kekunci ni.

Papan kekunci ni menggunakan susun atur 87 kekunci yang kebanyakan papan kekunci mekanikal menggunakan susun atur ni. Papan kekunci Machenike menggunakan lapisan seakan getah pada setiap kekunci depa ni & ini membuatkan pengalaman menaip lebih selesa.

Apa yang canggih? Papan kekunci nih boleh disambungkan dengan 3 peranti secara serentak. Tak payah hangpa nak beli sampai 3 papan kekunci tahap kayangan untuk peranti hangpa.

Papan kekunci ni mempunyai fungsi terbina dalam untuk hangpa tukar pencahayaan RGB menggunakan roda tatal. Suis terbina dalam boleh hangpa sambungkan ke Mac/iOS ataupun Android/Windows. Tak suka wayar serabut? Hangpa boleh gunakan sambungan Bluetooth.

Nak cas semula? Tak perlu risau. Papan kekunci ni menggunakan port Type-C. Selama Mamu pakai ni, bateri dapat bertahan dalam 10 hari penggunaan. Semua bergantung dengan cara penggunaan hangpa.

Ikut spesifikasi depa kata papan kekunci ni boleh bertahan selama 60 jam dengan penggunaan 5 jam sehari dan dapat bertahan untuk hampir 12 hari.

Penggunaan lampu RGB menyerlahkan lagi reka bentuk futuristik papan kekunci ni dengan kemasan bagi Mamu tidak melampau.

Papan kekunci ni ada kaki untuk hangpa tinggikan lagi kedudukan mengikut kesesuaian hangpa ketika nak pakai.

Material untuk papan kekunci ini menggunakan PBT yang agak sinonim dikalangan pengguna papan kekunci mekanikal. Kualiti terasa bila menaip tanpa ada rasa ‘murah’.

Mamu dapat papan kekunci dengan menggunakan suis hitam. Hangpa boleh rujuk disini untuk perbezaan setiap suis untuk papan kekunci mekanikal :

https://dygma.com/blogs/stories/the-ultimate-guide-to-mechanical-keyboard-switches-for-2019

Suis hitam untuk papan kekunci ni adalah jenis linear dengan berat tindak balas sekitar 80 gram dan jarak tindak balas sekitar 1.5mm.

Bagi Mamu yang dah lama pakai papan kekunci komputer riba, agak kekok gak la nak pakai papan kekunci jenis mekanikal ni. Al-maklum la orang tak pernah pakai sebelum ni. Mamu ambil masa dalam seminggu juga nak biasakan diri dan dapatkan kelajuan menaip seperti biasa.

Dari segi gaming pulak, Mamu takdak rasa lag input walaupun kekunci ditekan serentak. Mamu cuba dalam permainan seperti Need For Speed & Call Of Duty.

Kepuasan menggunakan papan kekunci nih jelas terasa kalau hangpa jenis Mamu suka Whatsapp guna laptop. Bagi Mamu suis hitam ni sedikit berat bila menaip dalam tempoh lama. Mamu belum pernah cuba suis lain. Nanti bila Mamu berpeluang cuba suis lain, Mamu akan update pengalaman Mamu.

Papan kekunci ni takdak tempat untuk hangpa nak rehatkan pergelangan tangan hangpa. Mungkin ada yang perlukan benda ni tapi bagi Mamu takdak masalah pun.

“Mamu,dia ni sokong macro dak?”

Ada Gais. Jangan samakan dengan Makro naa. Mai Mamu cerita pasal aplikasi talaan untuk papan kekunci nih.

Bila hangpa mulakan aplikasi dia, hangpa akan dapat paparan lagu nih. Dari sini hangpa boleh tetapkan setiap kekunci dengan fungsi khas masing-masing. Dia ada kekunci untuk media juga. Memang senang banyak untuk yang banyak habiskan masa depan skrin atau komputer riba.

Bila hangpa klik kat butang Profile, hangpa boleh sesuaikan setiap profil untuk kegunaan berlainan. Mamu pakai standard ja. (baloq nak setup sebenaqnya)

Dari segi pencahayaan, hangpa boleh tetapan ikut kesesuaian hangpa nak pakai. Depa ada beberapa preset yang bagi Mamu dah cukup banyak untuk jadikan bilik hangpa macam kedai tomyam hangpa suka.

Hangpa boleh tetapkan dari segi warna, arah lampu nak bergerak, kelajuan lampu bergerak dan kecerahan. Ini semua bergantung dengan preset mana hangpa pilih. Tak semua preset boleh ditala.

Dalam Game Mode, hangpa boleh nyahaktif 3 jenis kombinasi kekunci iaitu :

  • Alt + Tab
  • Alt + F4
  • Windows Key

Mungkin dalam kemaskini akan datang, banyak lagi yang hangpa boleh tetapkan untuk kombinasi ketika bermain game hangpa.

Tetapan ni yang ramai gamers cari : Macro key sequence.

Apa yang Mamu tahu dari tetapan nih hangpa boleh tetapkan key sequences untuk tugas khas. Contoh hangpa klik kiri 2 kali hangpa boleh aktifkan combo dalam game yang memerlukan kombinasi kekunci atau klik tetikus. (imagine macam hangpa nak buat combo special move Akuma dalam Street Fighter tu) 

Hangpa boleh set dari aksi kekunci, klik tetikus sehingga delay antara setiap tugas nak dilaksanakan.

Dalam fungsi Settings, hangpa boleh tukaq warna teks dalam antara muka aplikasi dan juga bahasa antara muka.

Dengan tanda harga RM 199 dengan pelbagai fungsi bagi Mamu papan kekunci nih memang berbaloi untuk dibeli. Mana nak beli? Hangpa boleh layari di pautan dibawah:

Machenike Lazada Store

Machenike Facebook

Sempena Lazada Birthday Super Sale, depa ada buat diskaun pada produk depa. Papan kekunci ni dijual pada harga RM 149. Apa lagi gais? Dah boleh check out beli satu untuk hangpa pakai.

Tunggu Mamu ulas tentang Gaming Mouse depa plak naa.

Mamu signing out!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ventoy: Cipta Multiboot USB Semudah ABC

0

Ventoy ialah satu alat digital bersaiz kecil yang boleh membantu kita untuk membuat multiboot‘ USB dengan mudah. Ia menyokong fail ISO/WIM/IMG/VHD(x)/EFI.

Dengan Ventoy, anda tidak perlu lagi format pemacu bberulang kali sehingga rosak, sebaliknya hanya perlu menyalin fail ISO/WIM/IMG/VHD(x)/EFI ke dalam pemacu USB dan boot secara terus.

Ini lebih bagus untuk tujuan pengujian distro, asalkan pemacu anda cukup besar untuk muatkan semua fail yang dimuat turun.

Muat turun: https://github.com/ventoy/Ventoy/releases

Tutorial cara pemasangan Ventoy: https://www.ventoy.net/en/doc_start.html

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Alternatif Untuk Pemuzik: Beralih Ke Teknologi BitTorrent, Blockchain, Dan Mata Wang Crypto

0

Satu ketika dulu, Spotify bermula sebagai alternatif kepada para lanun untuk mula melanggan muzik secara strim bagi ‘memudahkan’ mereka untuk mendengar lagu tanpa perlu memuat turunnya.

Matlamatnya adalah untuk mencipta satu servis yang lebih baik dari melanun, dan dalam masa yang sama memacu industri muzik terus ke hadapan.

Pun begitu, dalam masa yang sama, servis penstriman seperti ini juga mengurangkan margin keuntungan besar yang biasa dinikmati para pemuzik.

Hal ini menarik perhatian pihak Tribler Lab dari Universiti Teknologi Delft, yang membangunkan prototaip aplikasi bersandarkan kepada teknologi BitTorrent, Blockchain, dan mata wang Crypto untuk ‘menyingkir’ pihak ketiga.

Ini bermaksud para pemuzik boleh menerbitkan lagu dan album mereka tanpa perlukan orang tengah, dan mereka juga dapat mengewangkan (monetize) kandungan mereka tanpa perlu membayar sebarang bentuk yuran atau hosting.

Siapa yang akan disingkirkan? Label (syarikat muzik), platform penstriman, dan syarikat kad kredit yang mengambil sehingga 90% daripada pendapatan artis.

Buat masa ini, ia masih dalam bentuk solusi yang dicadangkan. Aplikasi dicipta juga, tidak menampakkan reka bentuk moden seperti aplikasi penstriman lain.

Tetapi konsep dan idea ini berkemungkinan boleh merubah corak penerbitan kandungan yang dapat memberi keuntungan 100% kepada pemuzik.

Semuanya terdesentralisasi tanpa pemantauan dari orang lain.
Via: Torrent Freak

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Google Melepaskan Tampalan 22 Mac Untuk Google Chrome Dan Android System Webview

0

Kemaskini Google Chrome dan Android System Webview yang lalu telah menyebabkan pelbagai masalah pada aplikasi Android seperti aplikasi tidak boleh dibuka dan juga berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Ramai pengguna telah mengadu menerima masalah yang sama. Android System Webview adalah komponen penting dalam sistem operasi Android kerana menjadi jambatan dan penterjemah kandungan daripada internet untuk dipaparkan di dalam aplikasi.

Pengguna telah disarakan untuk membuang kemaskini yang telah dipasang pada Google Chrome dan Android System Webview mereka untuk menyelesaikan masalah mereka buat sementara waktu.

Semalam, pengguna Malaysia khususnya sudah boleh menarik nafas lega kerana Google telahpun melepaskan kemaskini terkini untuk menyelesaikan masalah yang diakibatkan oleh kemaskini bermasalah yang lalu.

Kemaskini terbaru tersebut boleh didapati dan dimuat turun terus daripada Google Play Store pada peranti Android masing-masing.

Google Chrome
Android System Webview

Sumber : XDA Developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Android System Webview Menyebabkan Aplikasi Gagal Berfungsi

0

Kemaskini Google Chrome dan Android System Webview menyebabkan aplikasi gagal berfungsi pada peranti Android.

Google mengesahkan kemaskini terbaru mereka menjadi punca kepada kegagalan aplikasi Android mengalami masalah dan gagal berfungsi.

Pengguna melaporkan beberapa aplikasi yang bergantung kepada internet dan servis Google mengalami kegagalan setelah kemaskini terbaru Google Chrome dan Android System Webview mereka.

Pengguna yang terjejas boleh mengambil langkah sementara untuk membuang kemaskini Android System Webview di Play Store. Bagi mereka yang tidak mempunyai atau tidak boleh membuang kemaskini Android System Webview di Play Store, mereka boleh membuang kemaskini pada Google Chrome dengan menekan butang “uninstall” atau “uninstall update“.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Siri ‘Live Action’ Gundam Build Real Di Youtube Mulai Mac Ini!

0

Gundam bukan lagi sesuatu yang asing dalam trend dan gaya hidup kini. Generasi robot gergasi yang boleh dipandu manusia ini telah masuk berpuluh-puluh siri dan generasi. Menjadi idaman setiap kanak-kanak (dan juga dewasa) untuk melihat robot gergasi ini menjadi kenyataan di dunia sebenar.

Bandai juga telah mengambil peluang dengan populariiti siri robot gergasi ini dengan menjual pelbagai siri permainan model plastik yang lebih dikenali ramai sebagai Gunpla (Gundam Plastic Model). Dalam siri animasi Youtube, Gundam Build Series mengisahkan tentang Gunpla yang bertarung sesama Gunpla dalam gelanggang.

Setelah anime, kini Gundam Build hadir dalam bentuk siri ‘Live Action‘ pula dengan siri Youtube yang dinamakan sebagai Gundam Build Real. Sinopsis siri ini berbunyi:

Model plastik popular menerusi anime robot gergasi “Mobile Suit Gundam” – Sudah bertahun-tahun semenjak “Gundam” menyebabkan perubahan besar pada tahun 1980-an. Di sebalik populariti ini, e-sukan “Gundam Build Fighter” mula memperoleh kejayaannya. Imbas GunPla mereka sendiri dan kawal Gundam yang dipancarkan dalam ukuran penuh dengan dron khas untuk bertempur. Semasa mengimbas, “kekuatan serangan”, “kekuatan pertahanan”, “gerakan khas”, dan “kepantasan” ditulis dalam AR (augmented reality), dan kemampuan mereka dapat dilihat. Oleh itu, bukan sahaja teknik kawalan tetapi juga teknik penciptaan Gunpla (pemasangan, lukisan, modifikasi senjata, dan lain-lain) yang akan menentukan hasilnya.

Watak utama, Hiro, membentuk pasukan “Bright” dengan rakan-rakannya ketika dia masih di sekolah rendah. Kami berhasrat untuk memenangi kejohanan daerah dengan menaik taraf satu set Gunpla (Nana Hachi) yang kami semua beli bersama. Namun, sehari sebelum kejohanan, saya kehilangan Gunpla yang sepatutnya berada di dalam beg saya. Hiro yang kesal menuduh salah seorang anggotanya sebagai pengkhianat dan seterusnya membawa kepada pergaduhan. Pasukan “Bright” dibubarkan tanpa menyertai kejohanan, tetapi … empat tahun telah berlalu sejak kejadian tersebut. Suatu hari ketika mereka di tahun pertama sekolah menengah, mereka menerima pesanan dari salah seorang anggota kumpulan Bright. Hiro sebagai pengemudi, Takumi yang bertanggung jawab ke atas Gunpla, Kentaro sebagai pengaur cara, Nakamaru sebagai komander, dan Sota Alma yang bertanggung jawab ke atas senjata. Setelah menjadi pelajar sekolah menengah, mereka akan mengejar kejohanan kebangsaan sekali lagi. Anggota remaja “Bright” bersatu kembali, tetapi kerana pelbagai pertikaian, mereka menghadapi pelbagai krisis. Perpisahan dengan rakan, permusuhan dengan pasukan lawan. Ini adalah drama sekumpulan remaja pelajar sekolah menengah yang menyimpan impian dan persahabatan di hati mereka dan berkembang sedikit demi sedikit melalui pertempuran Gunpla.

Tidak seperti siri anime Gundam Build, Gunpla dalam siri live action ini tidak akan bertarung secara fizikal, sebaliknya, hologram yang dipancarkan oleh dron akan mengambil tempat Gunpla untuk bertarung. Tidak dapat dipastikan apa kaedah pemanduan Gunpla untuk berlawan, tetapi menerusi video acah rasmi, dapat dilihat pelbagai set kepala dan sarung tangan dipakai oleh pelbagai watak.

Dapat dilihat juga GunplaNana Hachi” (Tujuh Lapan) sebagai watak utama. Model ikonik RX-78-2 itu dilihat juga dalam video acah hadir dalam pelbagai varian, mungkin kesan naik taraf sepanjang siri live action itu kelak. Juga turut terlihat dalam video acah siri model daripada Principality of Zeon. Mungkinkah tema klasik juga akan dibawakan? Adakah Earth Federation akan menentang Principality of Zeon sekali lagi dalam Gunpla Build Real?

Sepanjang video acah di Youtube juga, model yang digunakan adalah daripada Real Grade (RG) dalam skala 1/144. Ada juga pendapat yang mengatakan video ini bukannya video acah untuk siri Gundam Live Action yang baru, tetapi hanyalah video iklan bagi menyambut siri RG V2.0 yang baru. Sumber yang lain juga mengatakan, siri RG 2.0 dan siri live action ini akan dilancarkan serentak.

Walaubagaimanupun, menurut sumber, siri live action ini telah pun dirancang sejak tahun 2019 lagi. Ketua pengarah yang dinamakan akan mengetuai siri live action ini adalah Katsuyuki Motohiro, pengarah yang pernah mengarahkan filem live action Psycho-Pass. Pengarah sampingan adalah Yūwa Tanaka dan skrip diarahkan oleh Naoya Yamauchi. Muzik latar akan diarahkan oleh Ryota Nozaki (Jazztronik). Shūhei Okabayashi (LDS) dan Momo Inaba (Production I.G) akan menguruskan projek ini di mana LDS bertindak sebagai pasukan produksi dan Production I.G akan membantu proses produksi. Kazunari Kawagoe adalah pengarah fotografi. Jirō Ishii (428: Shibuya Scramble, Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors) pula dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian bagi siri ini.

Berdasarkan nama-nama yang telah diumumkan, sejarah telah membuktikan kejayaan filem-filem dan siri live action mereka. Diharapkan agar siri ini tidak gagal seperti terjemahan filem live action Gundam oleh Hollywood pada awal tahun 2000-an dahulu. Akhir kata, harap-haraplah ini bukan gurauan April’s Fool semata-mata. Gundam Build Real dijadualkan untuk mula ditayangkan di Youtube rasmi Gundam mulai 29 Mac 2021 ini. Sumber rasmi setakat ini mengatakan tayangan ini hanya boleh ditonton oleh pengguna Youtube di Jepun.

Sumber :

  1. Gundam.info
  2. Anime News Network
  3. Kotaku

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tan Sri Mokhzani Mahathir Dilantik Pengerusi Baru Maxis Bhd

0
Sumber: The Edge Markets

Tan Sri Mokhzani Mahathir telah dilantik sebagai pengerusi baru Maxis Bhd. Pelantikan baru pengerusi syarikat gergasi telekomunikasi negara itu berikutan perletakan jawatan pengerusi lamanya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda telah mempengerusikan syarikat itu selama 11 tahun sejak dari tahun 2009. Pelantikan baru Tan Sri Mokhzani Mahathir itu akan bermula pada 22 April 2021 ini.

Tan Sri Mokhzani Mahathir sebelumnya telah berkhidmat bersama Maxis Bhd untuk satu masa yang agak lama. Buat masa ini, beliau masih lagi bertindak sebagai Senior Independent Director sehingga pelantikannya ke jawatan yang baru April ini.

Sumber : The Edge Markets

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

MangaDex Digodam – Data Pengguna Berkemungkinan Bocor

0

MangaDex mengumumkan mereka akan berada di luar talian sehingga dimaklumkan kemudian. Ini adalah disebabkan terdapatnya aktiviti ‘pecah masuk’ oleh penggodam yang mendapatkan akses pentadbir dan akaun pembangun minggu lepas.

Notis daripada MangaDex.

Platform ini mempunyai berjuta-juta pengguna, dan kebocoran besar boleh mengakibatkan data dimanipulasi untuk pelbagai tujuan hasad.

Menurut TorrentFreak, tahun lepas menunjukkan bahawa MangaDex pernah memperoleh pelawat sebanyak 30 juta sebulan, tetapi dari statistik laman SimilarWeb, jumlah lawatan sudah pun melebihi angka tersebut iaitu 75 juta pelawat sebulan.

Pada tarikh 17 Mac lepas, pengendali MangaDex menemukan ‘pelaku hasad’ yang berjaya mendapatkan akaun pentadbir mereka hanya melalui ‘session token’ yang dijumpai dalam satu data bocor yang lama.

Seterusnya, pelaku hasad berkenaan mendapat pula akses ke akaun pembangun yang sudah berada di luar talian selama empat hari. Dalam tempoh hanya seminit selepas itu, sebanyak 10 orang pengguna MangaDex menerima emel dari individu tersebut yang mengatakan kepada mereka bahawa ‘MangaDex ada kebocoran pangkalan data‘.

Dua jam selepas akaun pembangun diakses, penyerang dilaporkan mengemas kini git repositori yang mengandungi kebocoran kod sumber, dengan mencatat bahawa MangaDex telah menampal dua dari tiga CVE (Common Vulnerabilities and Exposures).

Walaupun begitu, pengendali MangaDex memutuskan untuk menghentikan laman web ini sementara siasatan lanjut dijalankan.

Kenyataan penuh MangaDex.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline