Siri ‘Live Action’ Gundam Build Real Di Youtube Mulai Mac Ini!

Gundam bukan lagi sesuatu yang asing dalam trend dan gaya hidup kini. Generasi robot gergasi yang boleh dipandu manusia ini telah masuk berpuluh-puluh siri dan generasi. Menjadi idaman setiap kanak-kanak (dan juga dewasa) untuk melihat robot gergasi ini menjadi kenyataan di dunia sebenar.

Bandai juga telah mengambil peluang dengan populariiti siri robot gergasi ini dengan menjual pelbagai siri permainan model plastik yang lebih dikenali ramai sebagai Gunpla (Gundam Plastic Model). Dalam siri animasi Youtube, Gundam Build Series mengisahkan tentang Gunpla yang bertarung sesama Gunpla dalam gelanggang.

Setelah anime, kini Gundam Build hadir dalam bentuk siri ‘Live Action‘ pula dengan siri Youtube yang dinamakan sebagai Gundam Build Real. Sinopsis siri ini berbunyi:

Model plastik popular menerusi anime robot gergasi “Mobile Suit Gundam” – Sudah bertahun-tahun semenjak “Gundam” menyebabkan perubahan besar pada tahun 1980-an. Di sebalik populariti ini, e-sukan “Gundam Build Fighter” mula memperoleh kejayaannya. Imbas GunPla mereka sendiri dan kawal Gundam yang dipancarkan dalam ukuran penuh dengan dron khas untuk bertempur. Semasa mengimbas, “kekuatan serangan”, “kekuatan pertahanan”, “gerakan khas”, dan “kepantasan” ditulis dalam AR (augmented reality), dan kemampuan mereka dapat dilihat. Oleh itu, bukan sahaja teknik kawalan tetapi juga teknik penciptaan Gunpla (pemasangan, lukisan, modifikasi senjata, dan lain-lain) yang akan menentukan hasilnya.

Watak utama, Hiro, membentuk pasukan “Bright” dengan rakan-rakannya ketika dia masih di sekolah rendah. Kami berhasrat untuk memenangi kejohanan daerah dengan menaik taraf satu set Gunpla (Nana Hachi) yang kami semua beli bersama. Namun, sehari sebelum kejohanan, saya kehilangan Gunpla yang sepatutnya berada di dalam beg saya. Hiro yang kesal menuduh salah seorang anggotanya sebagai pengkhianat dan seterusnya membawa kepada pergaduhan. Pasukan “Bright” dibubarkan tanpa menyertai kejohanan, tetapi … empat tahun telah berlalu sejak kejadian tersebut. Suatu hari ketika mereka di tahun pertama sekolah menengah, mereka menerima pesanan dari salah seorang anggota kumpulan Bright. Hiro sebagai pengemudi, Takumi yang bertanggung jawab ke atas Gunpla, Kentaro sebagai pengaur cara, Nakamaru sebagai komander, dan Sota Alma yang bertanggung jawab ke atas senjata. Setelah menjadi pelajar sekolah menengah, mereka akan mengejar kejohanan kebangsaan sekali lagi. Anggota remaja “Bright” bersatu kembali, tetapi kerana pelbagai pertikaian, mereka menghadapi pelbagai krisis. Perpisahan dengan rakan, permusuhan dengan pasukan lawan. Ini adalah drama sekumpulan remaja pelajar sekolah menengah yang menyimpan impian dan persahabatan di hati mereka dan berkembang sedikit demi sedikit melalui pertempuran Gunpla.

Tidak seperti siri anime Gundam Build, Gunpla dalam siri live action ini tidak akan bertarung secara fizikal, sebaliknya, hologram yang dipancarkan oleh dron akan mengambil tempat Gunpla untuk bertarung. Tidak dapat dipastikan apa kaedah pemanduan Gunpla untuk berlawan, tetapi menerusi video acah rasmi, dapat dilihat pelbagai set kepala dan sarung tangan dipakai oleh pelbagai watak.

Dapat dilihat juga GunplaNana Hachi” (Tujuh Lapan) sebagai watak utama. Model ikonik RX-78-2 itu dilihat juga dalam video acah hadir dalam pelbagai varian, mungkin kesan naik taraf sepanjang siri live action itu kelak. Juga turut terlihat dalam video acah siri model daripada Principality of Zeon. Mungkinkah tema klasik juga akan dibawakan? Adakah Earth Federation akan menentang Principality of Zeon sekali lagi dalam Gunpla Build Real?

Sepanjang video acah di Youtube juga, model yang digunakan adalah daripada Real Grade (RG) dalam skala 1/144. Ada juga pendapat yang mengatakan video ini bukannya video acah untuk siri Gundam Live Action yang baru, tetapi hanyalah video iklan bagi menyambut siri RG V2.0 yang baru. Sumber yang lain juga mengatakan, siri RG 2.0 dan siri live action ini akan dilancarkan serentak.

Walaubagaimanupun, menurut sumber, siri live action ini telah pun dirancang sejak tahun 2019 lagi. Ketua pengarah yang dinamakan akan mengetuai siri live action ini adalah Katsuyuki Motohiro, pengarah yang pernah mengarahkan filem live action Psycho-Pass. Pengarah sampingan adalah Yūwa Tanaka dan skrip diarahkan oleh Naoya Yamauchi. Muzik latar akan diarahkan oleh Ryota Nozaki (Jazztronik). Shūhei Okabayashi (LDS) dan Momo Inaba (Production I.G) akan menguruskan projek ini di mana LDS bertindak sebagai pasukan produksi dan Production I.G akan membantu proses produksi. Kazunari Kawagoe adalah pengarah fotografi. Jirō Ishii (428: Shibuya Scramble, Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors) pula dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian bagi siri ini.

Berdasarkan nama-nama yang telah diumumkan, sejarah telah membuktikan kejayaan filem-filem dan siri live action mereka. Diharapkan agar siri ini tidak gagal seperti terjemahan filem live action Gundam oleh Hollywood pada awal tahun 2000-an dahulu. Akhir kata, harap-haraplah ini bukan gurauan April’s Fool semata-mata. Gundam Build Real dijadualkan untuk mula ditayangkan di Youtube rasmi Gundam mulai 29 Mac 2021 ini. Sumber rasmi setakat ini mengatakan tayangan ini hanya boleh ditonton oleh pengguna Youtube di Jepun.

Sumber :

  1. Gundam.info
  2. Anime News Network
  3. Kotaku
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x