Penguji Tembus Dedah Pernah Hubungi UTM Sebelum Data Dijual?

Semalam kami mendedahkan berita mengenai penjualan data yang didakwa dicuri daripada UTM di forum. Tidak lama kemudian, seorang individu tampil di Facebook mendakwa pernah menghubungi UTM mengenai risiko keselamatan sistem mereka.

Perkongsian di Facebook.

Menariknya, individu ini adalah individu sama yang mendakwa pernah melaporkan kerentanan sistem data UniKL dan tidak dilayan. Dalam pengakuannya di Facebook miliknya, beliau mengahadapi masalah yang sama ketika melaporkan kerentanan sistem data UTM.

Menerusi perkongsian di hantaran Facebook miliknya, individu berkenaan meminta diskaun pengajian dan juga menawarkan diri untuk membantu dalam menjaga keselamatan sistem UTM. Ini sebagai ganjaran beliau dalam memaklumkan kerentanan sistem UTM. Dalam perkongsian yang sama juga, malangnya, permintaan beliau tidak diendahkan.

Individu ini juga mendakwa, hasil kerja beliau juga telah dicuri. Tidak dapat dipastikan apakah hasil kerja yang dimaksudkan sama ada kaedah membaik pulih sistem ataupun perkara lain. Tambahnya lagi, pihak UTM tidak pernah bertanya sama ada menjumpai keretanan lain selain daripada yang dilaporkan.

Melihat kepada penulisan hantarannya di Facebook juga, individu ini juga seperti sudah menjangkakan kerentanan data ini akan membawa masalah lain kepada UTM dan UTM selayaknya menerima apa yang akan terjadi kepada mereka.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada adakah individu ini bertanggungjawab dalam kedua-dua kes penjualan data UniKL dan data UTM di forum. Setakat ini, tiada maklum balas daripada UTM mengenai dakwaan ini. Sekiranya bersalah, individu ini boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana penjualan dan pencurian data dan maklumat sulit.

 

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x