LibreWolf: Firefox Tanpa Eksperimentasi Dan Telemetri

Sedikit sebanyak, kita harus akui meskipun Mozilla melaungkan Firefox dicipta untuk menjadi pelayar web yang lebih privasi, tetapi kebanyakan perkara yang mereka lakukan bertentangan sedikit dengan prinsip ini.

Kita juga sedia maklum terdapat banyak ‘fork‘ kepada Firefox di luar sana. Tetapi yang jarang diperkatakan orang ialah LibreWolf.

Kenapa perlu pakai musang, kalau kita boleh gunakan serigala?

Matlamat utama penciptaan LibreWolf tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan pengguna satu pelayar yang lebih privasi, sekuriti, dan kebebasan pengguna berbanding Firefox.

Sebaik ia dibuka, LibreWolf kelihatan dipasangkan dengan tema gelap. Kesemua sumber berkaitan Pocket sudah tiada, manakala addon uBlock Origin dipasang secara lalai.

Di dalam tetapannya, kesemua enjin carian yang memanipulasi pengguna seperti Google, Bing, dan sebagainya lagi turut dibuang lalu diganti pula dengan enjin carian privasi seperti DuckDuckGo, Searx, StartPage, Qwant, dan lain-lain.

Paling penting, tiada lagi telemetri dari Firefox yang dihantar ke pelayan Mozilla, dan tiada sebarang bentuk eksperimen, atau unsur yang tidak menyenangkan berada di dalam LibreWolf.

Ia terdapat untuk Linux, macOS, dan Windows. Tetapi untuk macOS nampaknya buat masa ini anda perlu bina sendiri.

Muat turun: https://librewolf-community.gitlab.io/

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x