Saintis Hong Kong Membangunkan Teknologi Imbasan Retina Untuk Mengenal Pasti Autisme Pada Kanak-Kanak
Seorang saintis dari Hong Kong telah membangunkan sebuah kaedah yang menggunakan proses pembelajaran mesin dan juga kecerdasan buatan untuk mengimbas retina pada kanak-kanak berusia enam tahun bagi mengesan autisme pada peringkat awal.
Imbasan pada retina mata dapat membantu pengesanan dan rawatan awal untuk kanak-kanak penghidap penyakit tersebut, demikian menurut pembangunnya, Profesor Benny Zee dari Universiti CIna Hong Kong.
Sumber: Reuters
Kaedahnya menggunakan kamera beresolusi tinggi dengan perisian komputer baru yang menganalisis kombinasi faktor termasuk lapisan serat dan saluran darah di mata.
Teknologi itu dapat digunakan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko mengalami autisme dan memasukkan mereka ke dalam program rawatan lebih awal, kata Zee.
Teknologi ini dikatakan berjaya mengesan sehingga 95.7 peratus dari kalangan kanak-kanak yang mengidap autisme, setelah diuji pada 46 orang kanak-kanak pengidap beserta 24 orang dari kumpulan kawalan.
Penemuan Zee ini telah diterbitkan dalam jurnal perubatan EClinicalMedicine.
Pakar autisme menyambut baik penemuan Zee, tetapi menyatakan masih terdapat stigma yang besar di kalangan ibu bapa yang enggan mempercayai anak-anak mereka menghidap autisme walaupun terdapat tanda-tanda jelas.
DistroTest ialah sebuah platform servis web yang membenarkan anda untuk menguji sistem operasi Linux dan Unix secara atas talian.
Servis ini percuma, dan anda tidak perlu memasang sebarang sistem operasi pada komputer. Anda hanya perlu membuka laman ini, dan pilih sahaja mana-mana distro yang anda ingin cuba, lalu terus jalankannya.
Ia seakan menjalankan distro dalam mesin virtual, tetapi tanpa sebarang pemasangan lokal. Tiada apa halangan terhadap pengujian anda. Anda bebas memasang dan menyahpasang aplikasi pada distro pilihan.
Terdapat lebih kurang 301 sistem operasi disenaraikan dan disokong oleh platform ini. Dari senarai yang ada, pilih sahaja nama distro yang anda berminat untuk mencuba, dan klik ‘Start‘. Sistem operasi pilihan akan boot ke desktop, atau CLI (seperti Arch Linux).
Setiap penggunaan akan diberikan durasi sehingga satu jam. Selepas tamatnya tempoh ini, anda akan diputuskan sambungan dari mesin virtual tersebut.
Tak dinafikan, saya memang minat dengan idea Syafiq (dan Syamsul, of course) dari waktu beliau mula membuat filem pendek di YouTube lagi. Gaya pengarahannya memang lain dari yang lain. Tetapi beliau tidak lari dari beberapa idea klise yang sedikit sebanyak mampu ‘merosakkan’ mood cerita.
Ada sedikit ‘cuitan’ ingin saya catatkan di sini, dan ini tidak hanya terhad kepada beliau sahaja. Mungkin pengarah lain dengan ‘style’ yang sama boleh ‘take note’.
Saya mungkin bukan siapa-siapa, tapi selaku kipas-susah-mati, kita perlu tegur mana yang patut supaya pihak yang sepatutnya ubah atau tambah baik dapat membuka mata.
Antara yang saya nampak masih berlaku dalam filem beliau ialah:
1. Kenapa bila tiba bab nak menggambarkan ‘Islamik’, kita kena pakaikan pelakon itu kopiah, serban, jubah, baca Quran ramai-ramai, sembahyang, atau buatkan wataknya ‘balik dari Al-Azhar’?
Idea ini sama sahaja klisenya dengan idea ‘anak Dato baru balik belajar dari London’, atau ‘awal pagi nak pergi mesyuarat sambil usung bag besar’.
Apakah ‘Islamik’ hanya sekadar perwatakan itu?
2. Kenapa bila ada watak orang membawa ajaran sesat, ianya perlu ditokok-tambah atau diperbesar-besarkan sehingga tidak logik?
Sebagai contoh, watak ‘Tok Haji’ dalam filem Penunggang Agama digambarkan sebagai orang yang memuja Baphomet, lengkap dengan Pentagram.
Dalam hal ini, Syafiq boleh buat kajian antara contoh dukun kontroversi ‘terbaik’ untuk dibuat sebagai rujukan ialah dukun Ahmad Suradji, yang telah membunuh 42 orang wanita di kebun tebu beliau, dalam usaha untuk meningkatkan kuasa sakti.
Suradji tidak ada tatu Baphomet di badannya.
Tiada juga Pentagram di dinding rumah.
Perwatakan dan penampilan Suradji tampak seperti lelaki biasa, tetapi apa yang pernah dilakukan olehnya sangat luar biasa.
Beliau menguburkan mangsa hingga ke paras pinggang terlebih dahulu sebelum mencekik mereka sehingga mati, lalu terus menguburkan badan mereka dengan kepala diarahkan ke rumahnya.
Tidak lupa juga Suradji meminum air liur mangsa, dipercayai untuk menambah kesaktian.
3. Kenapa dialog dilontar tidak bersandar di bumi nyata?
“Matilah kau dalam kekufuran!”
Alahai. Faham, Tok Haji tu membawa watak pemuja iblis, tapi dialognya kalau pun dah bunuh orang, adakah perlu dibuat seakan percubaan untuk lontaran ‘dialog bertema Islamik’?
Kalau Tok Haji sekadar berkata “Matilah engkau sebagai korban,” pun dah lebih dari mencukupi. Kita nak bagi orang memahami konteks ajaran sesat, dan itulah yang patut dilakukan.
Mungkin setakat ini sahaja pemerhatian saya terhadap filem ini. Sedikit sebanyak apa yang pernah dilihat dalam Munafik 2 dulu ada dalam filem ini, iaitu ‘exaggeration’ untuk watak pengikut ajaran sesat, dan dialog yang kedengaran agak ‘cringe’.
Diharap agar Syafiq boleh menerima pandangan ini dan menambah baik lagi kualiti filem beliau di masa akan datang. Terima kasih sekiranya anda ada membaca coretan pendek ini.
Semalam telah tular berita mengenai kebocoran sebanyak 533 juta data pengguna Facebook. Data yang diambil daripada maklumat yang terdapat pada profil Facebook itu telah dikumpul dan dijual di forum penjualan data popular.
Data berkenaan pada asalnya dijual secara tertutup dan dikumpul pada tahun 2019 menggunakan kerentanan fungsi “Tambah Kawan” pada Facebook. Facebook dalam kenyataannya berkata bahawa kerentanan ini telahpun dibaiki. Namun, data yang banyak dicuri itu tetap dijual dan bertebaran sehinggan kini.
Bertindak terhadap berita kebocoran ini, Troy Hunt, pengasas bagi laman web Have I Been Pwned telah mengemaskini laman web beliau dengan data yang didakwa telah dibocorkan. Have I Been Pwned adalah perkhidmatan nofifikasi kebocoran data secara percuma. Orang awam kini boleh menyemak sama ada data anda terlibat dalam kebocoran data Facebook tersebut.
Anda boleh memasukkan emel pada laman web Have I Been Pwned dan menekan butang “pwned?” untuk memulakan carian. Hasil carian kemudiannya akan menunjukkan sama ada emel anda pernah dibocorkan atau tidak di mana-mana lokasi merbahaya. Sekiranya terlibat, anda juga akan diberitahu berapa kalikah kebocoran data anda telah berlaku dan lokasi kebocoran data berlaku. Skrol ke bawah untuk membaca maklumat penuh kebocoran data anda.
Contohnya pada gambar di bawah. Masukkan alamat emel anda dan tekan butang “pwned?”. Hasil carian kemudian menunjukkan sudah 3 kali data emel ini dibocorkan. Skrol ke bawah lagi dan ia kemudiannya memberitahu data alamat ini telah bocor melalui insiden kebocoran data Facebook yang lalu.
Walau bagaimanpun, kebocoran 5333 juta data Facebook baru-baru ini lebih kepada data melibatkan nombor telefon. Daripada 533 juta data berkenaan, hanya 2.5 juta data yang mempunyai alamat emel. Ini bermakna, walaupun alamat emel anda tidak dibocorkan, maklumat anda di Facebook mungkin turut terlibat dalam kebocoran ini seperti alamat, nama, nombor telefon dan maklumat peribadi yang lain.
Troy Hunt dalam ciapan di Twitternya berkata, permasalahannya ini sudah menjadi perhatiannya. Beliau bercadang untuk membolehkan orang awam mencari maklumat kebocoran data dengan memasukkan maklumat nombor telefon. Dengan ini, individu boleh juga memeriksa sama ada nombor telefon mereka juga telah terdedah dalam kecurian data.
That’s the email addresses loaded, I’m still considering what to do with the phone numbers https://t.co/OsQpJIgB0o
Pada bulan Mac lalu, aplikasi Mobdro telah dimatikan operasinya oleh agensi pihak berkuasa Eropah. Aplikasi ini dilabel sebagai IPTV lanun terbesar dunia. Pengguna boleh memilih untuk menggunakannya secara percuma dengan pilihan memberikan ‘sumber’ peranti kepada rangkaian Mobdro.
Sumber dimaksudkan ialah alamat IP dan jalur lebar pengguna.
Pembangun dan pengendali Mobdro dikatakan berjaya mengaut keuntungan sebanyak 5 juta Euro hasil dari janaan pengiklanan. Tetapi bukan itu sahaja cara Mobdro menghasilkan punca kewangan.
Seperti disebutkan di atas, pengguna perlu bersetuju dengan satu perjanjian sebelum dapat menggunakan aplikasi itu secara percuma. Melalui perjanjian tersebut, pengguna perlu memberi kebenaran kepada rangkaian proksi untuk menggunakan sumber peranti iaitu alamat IP dan jalur lebar supaya dapat menjadi sebahagian dari rangkaian proksi itu.
Menerusi insfrastruktur ini, pengendali Mobdro dapat menjual informasi pengguna kepada syarikat Luminati Networks, iaitu syarikat rangkaian proksi berasas dari Israel yang sekarang dikenali sebagai Bright Data.
Agensi Kesatuan Eropah untuk Kerjasama Keadilan Jenayah (Eurojust) melaporkan bahawa polis telah membuat satu tangkapan dan menahan tiga individu untuk disoal siasat berkaitan aplikasi Mobdro.
Berikutan penangkapan ini, Luminati menggantung hak penggunaan SDK mereka kepada pengendali Mobdro, kerana menurut CEO Luminati, Or Lenchner, mereka tidak sama sekali terlibat apatah lagi menggalakkan aktiviti jenayah komersil seperti penstriman lanun dalam aplikasi Mobdro.
Tak mungkin Luminati/Bright Data ‘tak tahu menahu‘ langsung mengenai aktiviti dilakukan oleh pengguna Mobdro. Aplikasi ini antara yang paling popular selain TerrariumTV, TVZion, dan sebagainya lagi.
Apa yang pasti, kedua-duanya memang meragukan. Sebagai contoh, hubungan antara Mobdro atau lain-lain aplikasi penstriman dengan SDK Luminati bukan sesuatu yang baru.
Berdasarkan kepada kajian, 94.7% asas rangkaian Luminati ialah berdasarkan aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang.
Menurut penarafan harga diterbitkan oleh Luminati sendiri, anggaran bajet syarikat mencapai sekitar 48 juta setiap tahun – diperuntukan kepada aplikasi yang melanggar akta hak cipta, aplikasi hasad, trojan, virus, dan adware. Sekitar 29% atau 14 juta dari bajet itu diguna untuk mewujudkan dan menyebar cetak rompak global yang mengakibatkan kerugian berbillion dolar.
Data lebih daripada 533 juta pengguna Facebook telah didedahkan di forum popular dalam aktiviti penjualan data. Data berkenaan yang dikatakan telah dikumpul daripada tahun 2019 lagi kali terakhir dikemaskini di forum berkenaan pada Jun 2020 yang lalu.
Banyak bebenang telah dibuka di forum berkenaan dengan pelbagai jumlah data yang didakwa dimiliki mereka. Ada yang diberi secara percuma dan ada juga yang dijual pada harga yang diminta masing-masing. Namun demikian, intonasi dan intipati hantaran mereka sama. Ini adalah data yang dikorek daripada Facebook secara pukal.
Paling menyedihkan, data ini bukannya digodam daripada pelayan utama Facebook. Sebaliknya, mereka mendakwa data ini ‘dicuci’ daripada jutaan profil Facebook melalui maklumat yang terpapar secara awam di profil masing-masing. Sebuah rompakan di siang hari.
Maklumat yang dijumudkan bersama adalah termasuk nombor telefon, negara, jantina, nama dan umur pengguna Facebook. Ya, ini semua maklumat yang dapat dilihat oleh semua orang apabila melawat profil Facebook anda sekiranya anda tidak memilih untuk menghadkan siapa yang boleh melihat maklumat anda. Secara lalai, Facebook menetapkan semua maklumat anda pada tetapan awam.
Daripada 107 negara yang terlibat, Malaysia berada di tempat ke-13 sebagai negara yang paling banyak data didedahkan. Data Malaysia melibatkan 11,675,894 pengguna keseluruhan. Bukti masih lemah lagi cakna rakyat Malaysia berkenaan privasi.
Apa Bahaya Data Terdedah Ini?
Menurut BleepingComputer, data yang didedahakan boleh digunakan oleh individu berniat jahat untuk melakukan pelbagai jenis serangan dan penipuan.
Contohnya, melalui alamat emel yang didedahkan, penyerang boleh melakukan serangan phishingkepada penerima emel. Melalalui nombor telefon juga, penyerang boleh membuat panggilan scam ataupun Sim-Swap Attack. Nombor telefon ini juga berkemungkinan besar akan digunakan sindiket scam seperti Macau Scam.
Penyerang juga boleh melakukan serangan secara sosial melalui penipuan WhatsApp dengan melakukan penyamaran. Penyerang akan menghubungi mangsa dan mengaku sebagai individu yang dikenali ataupun sebagai pegawai penguatkuasa dan memeras ugut mangsa dengan sejumlah wang.
Pengguna dan pembaca dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan, emel dan mesej yang mencurigakan. Ingat, jika was-was, tamatkan atau jangan layan sahaja. Pencuri tidak dapat mencuri jika anda tidak berikan mereka perhatian. Perhatian anda adalah senjata bagi mereka. JANGAN LAYAN.
Abam tau, ramai suka dengan OpenShot, ada yang lebih gemar dengan Kdelive, dan tak lupa juga DaVinci Resolve. Tapi tak salah kalau kita cuba pelbagai aplikasi, tambah pula bila aplikasi itu percuma.
Bak kata orang kita, makan yang paling sedap ialah makan di kenduri. Sudahlah percuma, boleh tambah pula.
Samalah halnya dengan Shotcut.
Kalau anda suka dengan Filmora X, anda pasti akan suka juga dengan Shotcut. Kalaupun ia tidak beberapa ‘padu’ sepertimana Filmora mahupun lain, barang percuma seperti ini kita tak boleh nak terlalu ‘complain‘ sangat.
Tidaklah namanya penyunting video kalau tak boleh tambah berbagai jenis kesan (effects) pada video. Nak buat color grading? Boleh. Nak tambah transition effects? Pun boleh.
Nak gunakan pun senang. Nak tambah layer video? Layer audio? Tambah saja berapa yang anda mahukan. Tiada sekatan, tiada watermark. Fuhhh. Memang puas hati.
Jika anda dah terbiasa gunakan Filmora dan anda sukakan aplikasi tersebut kerana paparan antara mukanya yang ‘user friendly‘, anda pasti akan sukakan Shotcut. Ia terdapat untuk Windows, macOS, dan semestinya Linux.
Percuma, sumber terbuka, dan ada banyak tutorial dalam YouTube untuk anda cuba. Muat turun di: https://shotcut.org/download/
Youtube dilaporkan membuang bilangan Dislikepada video di platformnya baru-baru ini. Langkah itu diambil dalam usaha terbaru mereka untuk membanteras kempen negatif yang terarah kepada mana-mana video atau pencipta kandungan tertentu di platform perkongsian video tersebut.
Youtube bagaimanapun, tidak membuang butang Dislike pada video. Sebaliknya, cuma bilangan dislike sahaja yang tidak ditunjukkan. Jangan pelik sekiranya anda tidak dapat melihat ciri baru ini pada aplikasi atau laman sesawang Youtube anda kerana setakat ini, ciri ini masih di peringkat percubaan dan hanya dilepaskan kepada sebilangan kecil pengguna sahaja.
Youtube berpendapat, sekiranya jumlah dislike tidak ditunjukkan pada platformnya, para pencipta kandungan akan lebih bermotivasi untuk menghasilkan video. Selain daripada itu, kempen kebencian dengan menyalahgunakan butang Dislikejuga akan dapat dibendung.
Youtube berkata, butang Dislikeakan terus dikekalkan kerana ia menjadi antara data penting dalam mempelajari tabiat setiap penggunanya dan apakah video yang mungkin diminati pengguna dalam algoritma cadangan Youtube. Tambah Youtube lagi, tiada cara yang membolehkan mana-mana individu keluar daripada ciri eksperimen ini apabila mereka menerimanya.
Ini bukan pertama kali perkara seperti ini berlaku. Instagram dan Facebook juga pernah membuang jumlah Likespada platform mereka pada tahun 2019. Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka dalam memastikan pencipta kandungan di platfrom mereka mempunyai ‘kesihatan mental yang baik’. Walau bagaimanapun, jumlah Likesdi kedua-dua platform berkenaan muncul semula atas beberapa faktor.
Bilangan Dislikesdi Youtube juga, merupakan antara indikator penting dalam menonton dan mencari bahan tontonan berkualiti di Youtube. Video yang bersifat sensitif, palsu, penipuan dan berniat jahat sudah tentunya akan mendapat jumlah Dislikeyang banyak. Jadi, sebagai pengguna laman, sudah tentunya akan terus tidak menonton video sebegini dan tidak membuang masa menonton video sehingga habis.
Masih lagi tiada berita selama mana eksperimen ini akan berjalan dan sama ada ciri baru ini akan dilaksanakan secara menyeluruh ataupun tidak.
Standard orang kita ni kalau nak melanggan internet, bajet dia kalau tak RM15, mesti RM30 (sahaja).
Ada yang sanggup keluar lebih untuk langgan fiber, tetapi isu sebenar timbul bila telco terbabit mengatakan tak dapat untuk sediakan infra di kawasan bakal pelanggan.
Maka wujudlah golongan ‘abusers‘.
Mereka ini ialah kalangan yang inginkan internet lebih baik, malangnya tiada liputan. Ada juga yang memang jenis cheapskate, dan jenis itu sememangnya ada di mana-mana.
Timbullah pelbagai ‘group mod‘, hingga ada yang dapat gunakan internet tanpa melanggan. Telco mungkin cuba untuk memperbaiki situasi ini, tetapi apa jua mereka lakukan, golongan ini tidak pernah akan berkurang.
Lalu mereka yang gunakan plan secara sah terasa kesannya. ‘Unlimited berkuota‘ – ‘unlimited‘ dengan kelajuan dan data dikira.
Terus, dimanakah kita di tahun 2022 nanti? Konon nak mansuhkan 3G menjelang akhir 2021, namun root cause untuk kemunculan puak abuser pun masih belum dapat ditangani. Infra, liputan, dan soal nisbah plan berbaloi vs komitmen bulanan tetap berulang meski berbagai artikel cadangan dikeluarkan.
Kalau beginilah gayanya, lupakan saja IR 4.0. Selagi belum ada menteri merungut kelajuan internet mereka teruk, selagi itulah telco selesa dengan penawaran mereka.
Activision Mendedahkan Perisian Malware Yang Menyamar Sebagai ‘Cheats’ Untuk Call of Duty: Warzone
Cheats ni bukan benda baru. Dah ‘berzaman’ orang kata, dari zaman ‘cyber cafe‘ masih dipenuhi budak sekolah, hinggalah ke zaman ramai antara budak sekolah yang dah ada gaming chair sendiri.
Call of Duty: Warzone menerima begitu ramai pemain yang menggunakan cheats hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan. Ini mengundang kemarahan kepada pemain yang berada ‘di jalan yang lurus’.
Tetapi tidak lama. Ini kerana dari laporan hasil kajian penyelidik keselamatan syarikat penerbit permainan berkenaan, golongan penggodam telah menyembunyikan perisian hasad di dalam cheats yang disebar.
‘Cheaters got cheated’.
Penyelidik keselamatan Activision mendapati bahawa cheat Warzone yang diiklankan di sebuah forum ‘cheats‘ popular, sebenarnya adalah sejenis perisian hasad yang membolehkan penggodam menguasai komputer mangsa.
Cheats tersebut akan memasang ‘dropper‘, iaitu aplikasi hasad yang boleh digunakan untuk memuat turun dan memasang jenis malware lain di komputer mangsa.
Dropper yang dilaporkan – ‘Cod Dropper v0.1,’ dapat disesuaikan untuk memasang malware lain yang lebih merosakkan ke peranti sasaran. Salah satu tujuan perisian hasad tersebut disebar adalah untuk menggunakan GPU pemain bagi menambang cryptocurrency.
Banyak cheats popular yang mengkehendaki pengguna untuk mematikan program anti-virus dan memberi perisian penipuan itu keistimewaan keselamatan tertinggi di komputer penggunanya agar tidak dikesan oleh perisian anti-penipuan.
Dengan ciri keselamatan yang dinyahaktif, pengguna mungkin tidak melihat notifikasi amaran bahawa aplikasi yang mereka muat turun itu sebenarnya adalah perisian hasad.