10 Aplikasi Android Yang Sebenarnya Adalah Crapware, Adware Dan Spyware

Banyak aplikasi di Google Play Store yang seakan mendapat ‘restu’ dari Google sendiri untuk sewenangnya dimuat turun sedangkan ia apabila digunakan, adalah jelas tidak lebih dari sekadar crapware, adware, dan paling teruk, SPYWARE.

Berikut merupakan ANTARA aplikasi-aplikasi yang tak perlu lagi anda gunakan.


1. Clean Master

Asalnya, Clean Master tidaklah begitu teruk. Saya juga pernah menggunakannya dulu, zaman Ice Cream Sandwitch.

Namun masa demi masa, pembangunnya dari Cheetah Mobile telah menambahkan pelbagai ciri tidak perlu, bloat-features, iklan-iklan, dan pelbagai lagi perkara yang tidak masuk akal.

Sebagai gantinya, anda bolehlah muat turun SD Maid.

2. QuickPic

Ini juga satu lagi produk yang telah dibeli oleh Cheetah Mobile. Dahulunya saiz aplikasi ini kurang dari 1MB. Ya, dalam beberapa ratus kb sahaja.

Tetapi bila mana Cheetah Mobile mengambil alih, dimasukkan ke dalam ia ciri-ciri seperti penyelarasan gambar ke dalam akaun awan – CM Cloud.

Bukan itu sahaja, dalam kodnya dimasukkan juga tracking yang akan memuat naik data pengguna kepada pelayan mereka sendiri. Elakkan dari menggunakan QuickPic, kalau boleh.

Senang cerita apa jua aplikasi dari Cheetah Mobile, nyahpasang sekarang.

Sayang, memang sangat sayang. Sebab itu ramai yang benci dengan Cheetah Mobile.

Sekarang, saya sendiri dah lama tidak pasang dan menggantikan QuickPic dengan Darkroom.

3. UC Browser

Ramai dari kalangan pengguna UC Browser mungkin berasal dari Malaysia. Maklum saja lah, ‘trick’ di sana-sini. Hehe.

Namun, ianya bukanlah pelayar web yang ‘baik’ untuk anda.

Ia juga mempunyai isu tracking, yang akan menghantar carian anda kepada Yahoo India dan Google, juga nombor IMSI pengguna, nombor IMEI, Android ID, dan alamat MAC Wi-Fi dihantar ke Umeng iaitu tool analitik Alibaba. Selain itu data geolokasi pengguna diberikan kepada AMAP, tool pemetaan Alibaba.

Daripada anda berikan data secara ‘bukan-bukan’ kepada syarikat yang entah apa-apa, lebih baik anda gunakan Google Chrome.

Kalau masih bimbang isu tracking (yang sepatutnya tidak perlu, sebab Android juga adalah kepunyaan Google), anda boleh cuba Via Browser. Laju beb.

4. DU Battery Saver & Fast Charge

Anda kena faham, ciri ‘fast charging’ ini hanya ada pada peranti yang menyokongnya sahaja. Telefon anda tidak akan memiliki ciri ini hanya dengan memasang sebuah aplikasi.

Apa yang DU Battery Saver ini lakukan adalah menjadi sebuah ‘task killer’, dengan ‘menutup’ atau ‘mematikan’ semua aplikasi lain yang sedang dijalankan di belakang dengan ‘harapan’ ia akan dapat melajukan kadar kemasukan elektrik ke dalam bateri.

Oh well, ia bukan berfungsi seperti itu ya DU Battery Saver-lah-sangat.

5. VPN Percuma

Anda boleh lihat penerangan tentang kenapa ia tidak bagus di sini.

6. Asphalt 8

Ehh? Apa yang teruknya?

IKLAN. Macam biasanya, dulu aplikasi ini adalah dalam kategori ‘ok’. Tetapi sejak dua menjak ini, iklan yang ada dalam permainan ini semakin tenat, semakin melampau. Iklan akan muncul selang beberapa minit satu kali. Kegilaan apakah yang merasuk mereka ini, entahlah.

Nak main menggunakan versi ‘cracked’? Tak payahlah. Melainkan anda rela peranti anda disekat oleh Gameloft (banned-by-device). Kalau disekat melalui e-mel, boleh guna e-mel lain. Kalau disekat pada level peranti, tukar peranti baru la jawabnya.

7. ES File Explorer

Versi percuma penuh dengan iklan. PENUH. Juga pelbagai ciri tidak perlu (bloat).

Versi berbayar mahal dan tidak berbaloi. Kalau anda inginkan versi berbayar yang sangat bagus sekali, gunakan Solid Explorer. Inilah dia file manager/explorer yang sedang saya gunakan.

8. Semua Aplikasi Task Manager/Killer

Apa juga ‘task manager’ atau ‘task killer’, jauhkan ia dari sistem operasi anda.

Android sudah menguruskan memori dengan baik sekali. Apa juga task killer yang anda gunakan sebenarnya telah menambah buruk situasi tugas kernel yang menjaga memori.

Tak lupa juga ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Kalau ada, sila nyahpasang sekarang.

Rujuk: Pemecah Mitos: Android Task Manager

9. Dolphin Browser

Ia juga sama seperti UC Browser, menempatkan tracking code ke dalam aplikasi ini. Ia juga menyimpan sesi incognito anda ke dalam satu fail pada telefon anda.

Seperti yang telah direkomendasikan kepada anda, Via Browser memang power boh. Cuma ia tiada penyelarasan (synchronization) seperti Chrome. Ahh, sayang betul.

Selain itu, boleh juga gunakan Puffin Browser, Opera, dan Opera Mini. Semua pelayar web ini juga mempunyai cara pemadatan (compression) data sendiri yang membantu melajukan pelayaran.

10. Semua Aplikasi Antivirus

Kenapa?

Rujuk:

1. Android antivirus apps are useless — here’s what to do instead

2. Chris DiBona (Open source programs manager at Google).

3. “I don’t think 99% plus users even get a benefit from [anti-virus]. There’s certainly no reason that they need to install something in addition to [the security we provide].

If I were to be in a line of work where I need that type of protection it would make sense for me to do that. [But] do I think the average user on Android needs to install [anti-virus]? Absolutely not.” – Adrian Ludwig, Google’s chief security engineer for Android.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x