Penganalisis malware dari Dr. Web, menemukan sejumlah aplikasi dalam HuaweiAppGallery yang telah dijangkiti dengan malware Joker.
Malware Joker ini sememangnya berbahaya yang mana antara fungsi utama ialah untuk melanggan pengguna peranti mudah alih kepada perkhidmatan premium.
Secara keseluruhan, pakar Dr. Web mendapati bahawa terdapat 10 modifikasi trojan ini berjaya menyusup masuk ke dalam AppGallery, dengan lebih daripada 538,000 pengguna telah memasangnya.
Bagi mangsa, trojan ini berfungsi di sebalik aplikasi seperti papan kekunci maya, aplikasi kamera, pelancar, aplikasi permesejan, koleksi pelekat, program mewarna, dan permainan.
8 daripada aplikasi ini diterbitkan oleh pembangun Shanxi Kuailaipai Network Technology co., Ltd, sementara 2 aplikasi lain oleh pemaju ‘何斌‘.
Selepas malware ini dilancarkan, trojan akan menyambung ke pelayan C&C, menerima konfigurasi yang diperlukan, dan memuat turun salah satu komponen tambahan, yang kemudiannya akan dijalankan.
Komponen yang dimuat turun bertanggungjawab melanggan pengguna peranti Android (dalam kes ini, peranti Huawei) secara automatik ke perkhidmatan mudah alih premium.
‘Politik dalaman’ dalam Warner Bros. (WB) sememangnya memeningkan dan kadangkala menyakitkan hati peminat.
Laporan terbaru mengenai perkara tersebut mendakwa bahawa WB secara aktif menyekat Zack Snyder’s Justice League (ZSJL) daripada berjaya mendapat penyiaran layar besar di China dan enggan memaparkannya di pawagam di sana.
Semuanya hanya kerana mereka tidak mahu ZSJL menempah kejayaan dalam tempoh tayangan.
Kemudian, dikatakan lagi bahawa filem Superman akan datang tidak lagi menggunakan Henry Cavill sebagai pelakonnya, kerana ia akan difilemkan semula (reboot), dengan watak baru merupakan versi Superman dari visi J.J. Abrams, iaitu Superman berkulit hitam.
Antara calon yang sering dicanang ialah Michael B. Jordan, dan beliau juga khabarnya mendapat ‘restu’ dari WB untuk memegang watak tersebut.
Sekiranya berita ini benar, barangkali filem Man of Steel 2 yang ingin diterbitkan sendiri oleh The Rock akan bertembung dengan Universe Superman oleh J.J Abrams, itu pun jika ia berjaya dilepaskan secara sukarela oleh WB.
Kita masih lagi secara teknikalnya berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Meskipun kita sudah boleh bergerak dengan lebih jauh, tambahan lagi diiringi surat kebenaran dari pihak polis, tetapi pada kebanyakan masa rumah adalah tempat di mana kita sentiasa berada.
Salah satu aktiviti menghilangkan kebosanan di rumah ialah menonton filem. Netflix dan HBO GO menjadi peneman setia di kala kita memerlukan sedikit hiburan sementelah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung. Nak balik beraya? Mungkin perlu simpan dulu impian itu buat sementara waktu.
Tetapi kita perlu beradaptasi dengan keadaan ini. Tidak salah kiranya kita berikan sedikit ‘boost’ terhadap media hiburan di rumah. Dengan menukar aktiviti tontonan filem menjadi seakan panggung wayang mini, kita dapat mengubah suasana rumah terasa lebih meriah dan ceria.
Kini, kami hadir sekali lagi untuk berkongsi dengan anda model bajet mereka, iaitu Lumos Ray. Model yang kami peroleh ini ialah versi ‘Smart’, iaitu di dalamnya sudah tersedia Netflix dan YouTube serta kebolehan untuk menggunakan WiFi, Bluetooth, dan sebagainya lagi.
Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat serba sedikit apa yang ada dalam kotaknya.
Ya, Lumos Ray ini bentuknya lebih besar daripada Lumos Auro.
Spesifikasi Lumos Ray
Spesifikasi Teknikal
RAY Smart
RAY Regular
Resolusi
720p BluRay (Menyokong 1080p)
Kadar Keterangan
3000 Lumens
Nisbah Kontras
3000:1
Jangka Hayat Lampu LED
>50,000 Jam
Nisbah Aspek
16:9/4:3
Saiz Unjuran Skrin
50-150 Inci
Jarak Unjuran
1.5-4.5M
Nisbah Lemparan Pendek
1.35:1
Pembesar Suara
4Ω3W x 2 (Menyokong Dolby Audio)
Pembetulan Keystone
Mendatar & menegak
± 15 ° (Menggunakan Alat Kawalan Jauh)
Versi Regular tidak mempunyai Pembetulan Keystone
Antaramuka
AV/HDMIx1/USBx1/Audio out
Bekalan Kuasa
AC110-240, 50/60Hz
Penggunaan Kuasa
60W
Berat
1.2 KG
Dimensi
16 x 17 x15 cm
Sistem Operasi
Android 6.0
–
Storan & Memori
RAM 1GB + ROM 8GB
–
Bluetooth
Bluetooth 4.0
–
Screencast
Terbina dalam aplikasi Airplay/AirScreen untuk iPhones & telefon Samsung
Miracast untuk telefon Android
–
Aplikasi
Youtube, Netflix, Play Store
WIFI
Ada
–
Aksesori
Projector *1
Manual pengguna*1
Kabel Kuasa*1
Kabel AV*1
Kabel HDMI*1
Alat Kawalan Jauh*1
Boleh Melekap?
Tidak, ia terlalu kecil untuk melekap
Waranti
1 tahun
Mari Meneliti Lumos Ray
Lumos Ray berbentuk kotak comel. Ia agak besar, dan dengan berat 1.2kg, walaupun dipasang bersama pemegang, saya boleh katakan tidaklah ia begitu mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, melainkan anda sanggup bawa bersama dalam kereta – beserta pelbagai lagi aksesorinya.
Dihadapannya terdapat lubang-lubang kecil pembesar suara.
Di sebelah kiri dan kanan juga terdapat pembesar suara, yang menyokong Dolby Audio.
Di sebelah atas-hadapan, adanya pemancar dengan sokongan native 720p BlueRay, dan sokongan resolusi 1080p.
Di sebelah atas, terdapat butang kuasa. Anda hanya perlu menekan butang ini kurang satu saat sahaja untuk menghidupkannya.
Di atas lensa pemancar, adanya tombol laras fokus. Tombol ini anda gunakan untuk melaras ketajaman pancaran sehingga kejelasannya seimbang.
Di bahagian belakang pula terdapat pelbagai port yang terdiri dari port IR, headphone jack 3.5mm, AV, HDMI, USB, dan kad SD.
Setelah menggunakan projektor ini selama beberapa minggu, saya mendapati bahawa terdapat kecenderungan kepada hasil pancaran/projeksi untuk ditumpukan daya ketajamannya di bahagian tengah. Atas sebab itu, hasil pancaran di kawasan tepi adalah sedikit kabur.
Anda boleh lihat pada contoh gambar di bawah, pada kawasan yang saya tandakan dengan anak panah.
Atau anda boleh lihat pada gambar yang dipenuhi manusia seperti ini untuk memahami bagaimana pemancarnya berfungsi.
Namun, setelah filem dimainkan, kekaburan itu tidak begitu ketara atau menjengkelkan. Berikut saya kongsikan lagi beberapa gambar untuk memberikan kepada anda gambaran (pun intended) kepada hasil kualiti pancaran Lumos Ray sewaktu filem sedang ditonton.
Kualiti pancaran/tayangan pada waktu siang dengan kadar cahaya memenuhi ruang rumah lebih kurang 70% adalah baik. Tidak terlalu kabur, tidak pula terlalu terang. Pancaran dalam keadaan ruangan bercahaya (sekiranya anda enggan menutup langsir) adalah cukup bagus, cuma jangan berharap ianya sebaik pancaran dalam keadaan gelap.
Saya tidak menggunakan sistem operasi Android terbina dalam pada Lumos Ray, sebaliknya saya sambungkan ia kepada Mi Box S sedia ada menggunakan kabel HDMI yang diberi. Pada saya, tiada apa yang begitu menarik untuk diperkatakan mengenai ‘custom ROM’ tersebut, melainkan ia sesuai diguna pakai sekiranya anda tiada medium pemain lain (seperti Android TV Box).
Terdapat satu kekecewaan pada saya selepas menggabungkan ia bersama Mi Box S. Audio 5.1 yang dimain secara automatik tidak kedengaran langsung sewaktu Netflix dijalankan. Saya tidak pasti sama ada model yang saya terima ini bermasalah, atau sememangnya isu ini datang dari Lumos Ray.
Apabila saya menukar audio kepada audio standard (original), barulah bunyi keluar seperti sepatutnya. ‘Isu’ ini perlu diperbaiki oleh pihak Lumos dalam keluaran akan datang. Semua fungsi seharusnya dapat digunakan secara keluar-dari-kotak (working out-of-the-box).
Setakat pengujian dilakukan, itu sahaja ‘masalah’ yang timbul. Selain ini, penggunaan projektor berjalan lancar walaupun saya memancarkan filem berjam lamanya. Bab ketahanan produk ialah satu perkara yang patut dipuji, apatah lagi hasil binaan akhir yang tampak mantap.
Saya mengesyorkan kepada anda, untuk menggunakan projector stand supaya mudah untuk anda kendalikan projektor ini, kerana saya ingin mengingatkan anda bahawa ia agak berat. Jika hendak dapatkan projector stand, sila beli yang benar-benar kukuh!
Saya naikkan projektor ini setinggi 1.6 meter dan letakkan ia sejauh lebih kurang 3 meter dari dinding.
Berikut pula saya kongsikan kualiti audio. Saya jamin, audio dikeluarkan dari pembesar suara adalah memuaskan, walaupun tidaklah sekuat sound bar yang anda beli dengan harga kayangan.
Konklusi
Lumos Ray amat sesuai digunakan dalam bilik kecil untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Malam filem atau movie night akan menjadi lebih menarik apabila bilik atau ruang tamu diubah kepada panggung mini yang dapat mengurangkan rasa gundah ketika diri tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Mungkin di hari raya nanti kita masih perlu gunakan aplikasi persidangan video untuk menghubungi keluarga, mungkin kita akan bertakbir di rumah. Hendak pergi ke panggung wayang juga kita masih takut dengan penyebaran virus Covid-19.
Tetapi setidak-tidaknya dengan kewujudan projektor Lumos Ray di rumah, rasa sedih itu dapat dikurangkan, dan pelaburan wang ke arah hiburan sendiri dapat dirasakan berbaloi akhirnya.
Janganlah anda berharapkan pancaran 3000 lumens sesuai digunakan untuk kerja-kerja persembahan PowerPoint dalam mesyuarat di pejabat pula. Sesuai dengan harganya, Lumos Ray adalah untuk mereka yang dambakan panggung wayang mini dalam kesenangan dan kesunyian bilik tidur sendiri. Selain isu Audio 5.1 yang telah saya nyatakan di atas, sukar hendak cari kekurangannya, kerana harga jualan projektor ini setaraf harga telefon pintar murah yang selalu dibeli untuk dicampak oleh anak anda.
Jika anda ingin memenuhkan rumah dengan bunyian ala wayang, anda bolehlah beli Lumos Ray melalui pautan ini:
Saya Hiyama, satu nama yang mungkin asing didengari tapi wajahnya tidak lagi asing di internet. Pandemik COVID-19 telah membawa kita semua kepada pelbagai penemuan baru khazanah-khazanah internet yang dahulunya tidak pernah muncul di paparan skrin anda.
Begitu juga halnya dengan Saya Hiyama, seorang gadis pembaca pengulas laporan cuaca di saluran WeatherNews.jp, sebuah laman dan media berita cuaca di Jepun. Gadis berumur 28 tahun tahun itu dilahirkan pada 27 Oktober 1993 dengan ketinggian 161cm.
Populariti gadis ini mula meletus setelah videonya tular di laman YouTube yang menunjukkan perubahan drastik tona dan mood suara daripada ceria kepada serius dalam sekelip mata apabila Jepun dilanda gempa bumi.
Seperti mana keajaiban algoritma cadangan video YouTube, mereka yang menonton video tersebut mula menerima cadangan demi cadangan video sedutan sesi siaran langsung Saya Hiyama semasa sedang mengacarakan rancangan cuaca di WeatherNews dengan nama panggilan ‘Sayachi‘.
Gelagat comel dan celoteh secara spontan gadis ini membuatkan ramai tak kering gusi dengan telatahnya. Tak kurang juga ramai yang mendambakan gadis ini sebagai ‘gadis idaman’. Populariti beliau juga semakin meningkat setelah tular pula gambarnya memakai pelbagai kostum watak anime.
Kewujudan saluran Youtube WeatherNewFans juga menjadi pendorong kepada populariti Saya Hiyama di mana klip-klip video beliau telah dipotong dan dipilih untuk dimuat naik ke dalam saluran tersebut. Di saluran itu, pelbagai video pendek Saya Hiyama dalam pelbagai gelagat telah menerima jutaan tontonan!
Siapa sangka, gadis yang berkelulusan ijazah dari Universiti Rikkyo dan mempunyai pekerjaan profesional itu sebenarnya mempunyai hobi dan minat yang mendalam terhadap manga, anime dan suka mengenakan cosplay.
Comel, berpendidikan, seorang profesional dan bekerjaya. Tidak menghairankan bagaiman seorang gadis boleh digilai dan dicemburui ramai di seluruh dunia.
Saya Hiyama boleh ditemui di YouTube, dan laman sosial rasmi beliau.
Tak tahu nak tonton apa malam ni? Apa kata layan Blackhat di Netflix.
Kalau kami nak ulas tentang babak penggodaman dalam filem ini, banyak yang boleh diulas – terutamanya babak yang kurang tepat, atau lebih betul lagi, babak yang ‘salah’.
Tetapi apa lagi nak dikata, bila ia menjadi sebuah filem yang dibikin di Hollywood, segalanya perlu nampak diperbesar-besarkan supaya babak lebih ‘melekat’ di ingatan penonton.
Antara yang boleh diperkatakan betul, ialah bagaimana tajuknya memberi penarafan kepada golongan yang mencari kerentanan dengan sengaja bertujuan untuk melengkapi pelbagai aktiviti jenayah komersil berskala mega.
Tidak seperti di Malaysia, rakyatnya mudah melabel ‘blackhat‘ kepada mereka yang sekadar melakukan defacement.
Apa pun, Blackhat masih lagi menarik untuk ditonton sambil menghabiskan popcorn dan cendol anda.
Filem ini mengisahkan seorang penggodam berbakat bernama Nicholas Hathaway.
Kod komputer yang pernah ditulis olehnya bersama seorang rakan iaitu Chen Dawai, digunakan untuk membuat malware yang dapat memusnahkan loji tenaga nuklear di China.
Hathaway yang sedang berada dalam penjara kerana jenayah siber, diperlukan untuk menjejak kumpulan penggodam yang bertanggungjawab terhadap sebuah letupan.
Kalau Shin Chan suka menyamar sebagai ulat bulu menggunakan bulu matanya, malware Android terbaru ini pula menggunakan penyamaran khusus disasar kepada golongan ‘cheapskate‘ yang mahu mendapatkan akaun Netflix premium secara percuma.
Penyelidik keselamatan dari Check Point Research (CPR), menemui malware ini di Google Play Store, dengan nama ‘FlixOnline‘. Ia menyamar sebagai aplikasi Netflix yang sah dan nampaknya menyasarkan kepada aplikasi WhatsApp untuk dijadikan ‘mangsa’.
Sumber: Check Point Research
Menjelang akhir tahun 2020, jumlah pelanggan Netflix berbayar berjaya mencapai angka 200 juta, dan ini ada kemungkinan disebabkan oleh Pandemik COVID-19. Atas sebab itu, pengendali perisian hasad telah memutuskan untuk mengikuti trend ini.
Aplikasi palsu itu menjanjikan ‘hiburan tanpa had’ global dan dua bulan langganan Netflix premium secara percuma kerana wabak COVID-19 tersebut.
Akan tetapi setelah dimuat turun, perisian hasad itu akan ‘mendengar’ perbualan WhatsApp dan memberi respons secara automatik kepada mesej masuk dengan kandungan berbahaya.
Maklum balas automatik terhadap mesej WhatsApp merangkumi mesej seperti berikut, yang dihantar ke senarai kenalan mangsa:
“2 Months of Netflix Premium Free at no cost For REASON OF QUARANTINE (CORONA VIRUS)* Get 2 Months of Netflix Premium Free anywhere in the world for 60 days. Get it now HERE https:// bit[.]ly/3bDmzUw.”
Menurut para penyelidik, perisian hasad ini dapat tersebar dengan lebih jauh melalui pautan hasad, mencuri data perbualan WhatsApp, dan memiliki kemampuan untuk menyebarkan maklumat palsu atau kandungan berbahaya melalui perkhidmatan pesanan ketika dipasang pada peranti Android.
Pautan hasad yang digunakan dalam kempen ini menghantar mangsa ke laman web Netflix palsu yang berusaha mendapatkan informasi penuh kad kredit pengguna. Lebih kurang 500 orang mangsa berjaya diperdayakan oleh FlixOnline sebelum ia dapat dikesan.
FlixOnline telah pun dikeluarkan dari Google Play Store selepas Google menerima laporan CPR
Seperti laporan kami yang terdahulu, Dwayne Johnson a.k.a The Rock merupakan peminat SnyderVerse, dan pernah bertelingkah dengan eksekutif WB kerana ingin mengekalkan universe filem versi pengarah itu.
Johnson berhasrat untuk mengekalkan visi Zack Snyder, dan disebabkan itu dia enggan mengalah. Menurut Mikey Sutton dari Geckosity, kesinambungan kepada Man of Steel atau Superman Henry Cavill, akan cuba diterbitkan sendiri oleh Johnson.
Sutton mengatakan bahawa Johnson mendesak untuk terlibat dalam sekuel Man of Steel yang sudah lama terhenti itu sebagai co-produser atau produser eksekutif.
Dia mahu filem ini juga terikat dalam francais Black Adam yang sedang diusahakan dan dibangunkan dengan pesat, dan berpotensi menuju kepada sekuelnya sendiri iaitu Black Adam 2.
Johnson ingin Superman yang dilakonkan oleh Henry Cavill bertembung dengan watak Black Adam lakonannya, dan ini kedengaran seperti bukan projek HBO Max seperti Zack Snyder’s Justice League. Johnson mahukan kesemua filem ini ditayangkan di panggung wayang.
Perkara ini berkemungkinan akan menjadi kenyataan, kerana AT&T pastinya menyebelahi hasrat Johnson yang dilabelkan sebagai ‘Franchise Viagra‘ itu.
Apple telah mengumumkan satu penyelidikan untuk menjadikan Siri mengenali corak pertuturan pengguna.
Kesedaran atau ‘awareness‘ seperti ini dapat membantu Siri sama ada untuk memberi tindak balas terhadap arahan suara dari pengguna menerusi panggilan atau bisikan (Yusoofff.. Tayyyubbb.. – contohnya).
Apple berusaha untuk memajukan Siri agar dapat mengesan variasi suara di lingkungan sekitarnya. Ciri baru ini bertujuan untuk membolehkan Siri membalas dengan nada, suara dan kelantangan yang sama tanpa mengira betapa bisingnya persekitaran.
Kemas kini seperti itu akan membantu Siri untuk lebih bersaing dengan Alexa dan pembantu peribadi AI lain yang dapat mengenal pasti nuansa kebisingan di persekitaran mereka.
Sebagai contoh, Alexa sudah dapat membaca ruangan bilik bersesuaian dengan arahan suara pengguna dan bertindak balas dengan berbisik kembali ketika berhadapan dengan perintah berupa bisikan.
Siri pula telah diketahui untuk bertindak balas terhadap perintah pengguna dengan nada keras pada saat-saat yang tidak menyelesakan.
Secara idealnya, ciri ini akan mampu membolehkan pengguna membisikkan perintah kepada Siri pada waktu malam, dan mendapatkan respons bisikan kembali. Tidaklah Siri membalas bisikan dengan suara yang kuat pula. Memang elok ditampar laju-laju.
Suara Siri menggunakan versi sintesis pelbagai pelakon suara. Kemudian, Enjin NeuralText to Speech akan mentafsirkan arahan pemproses menjadi ucapan yang dapat didengari pengguna.
Pengguna dengan iOS 14.5 dan lebih tinggi akan dapat menggunakan Siri dengan dua suara Inggeris tambahan termasuk corak pertuturan yang lebih kedengaran seakan manusia.
Sementara itu, di suatu tempat yang damai, seorang pengguna sedang cuba bercakap dengan ‘Black Siri‘:
User: Siri, what’s the temperature outside?
Black Siri: Why don’t you stick your head out the window? 😆
Serba Dinamik Group Bhd dan Membrane Technology (M) Sdn Bhd (MTM), syarikat sampingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menandatangani Memorandum Perjanjian untuk bekerjasama dalam pembuatan dan pengembangan teknologi membran termaju bagi rawatan hemodialisis, rawatan air dan air kumbahan.
Isu air yang menjejaskan ribuan isi rumah di Malaysia tahun lalu telah menunjukkan kepentingan air bersih, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Mohd.
Kerjasama dengan MTM ini akan menjadi usaha pembuatan membran berskala industri pertama di Malaysia.
Serba Dinamik akan menyumbang sebanyak RM25 juta untuk projek itu, yang akan diimplimentasi selama lima tahun sebelum dikomersialkan.
Kilang pembuatan kini dalam pembinaan di Pasir Gudang, Johor.
Projek lain yang akan dijalankan secara kerjasama antara Serba Dinamik dan MTM ialah pembangunan dan pembuatan teknologi membran canggih untuk rawatan hemodialisis.
Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan masalah ginjal lain harus bergantung pada rawatan hemodialisis, yang menyaring toksin dari darah mereka.
Selain membantu pesakit, pengkomersialan teknologi ini juga mempunyai kepentingan nasional, kata Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang merasmikan acara tersebut.
Sementara itu di bawah program tanggungjawab sosial korporat, Serba Dinamik telah membeli sistem pembersihan air bersepadu mudah alih bagi menyediakan air bersih untuk isi rumah dan sekolah di luar bandar di Malaysia.
“Mark Zuckerberg juga menghormati privasinya sendiri, dengan menggunakan aplikasi chat yang mempunyai enkripsi end-to-end dan tidak dimiliki oleh Facebook,” tulis Dave Walker di Twitter.
Pengasas Facebook, Chris Hughes dan Dustin Moskovitz juga antara pengguna yang terjejas dengan data bocor dalam kes penyebaran data pengguna Facebook.