Siri Semakin Menghampiri Kemampuan Percakapan Seperti Manusia

Apple telah mengumumkan satu penyelidikan untuk menjadikan Siri mengenali corak pertuturan pengguna.

Kesedaran atau ‘awareness‘ seperti ini dapat membantu Siri sama ada untuk memberi tindak balas terhadap arahan suara dari pengguna menerusi panggilan atau bisikan (Yusoofff.. Tayyyubbb.. – contohnya).

Apple berusaha untuk memajukan Siri agar dapat mengesan variasi suara di lingkungan sekitarnya. Ciri baru ini bertujuan untuk membolehkan Siri membalas dengan nada, suara dan kelantangan yang sama tanpa mengira betapa bisingnya persekitaran.

Kemas kini seperti itu akan membantu Siri untuk lebih bersaing dengan Alexa dan pembantu peribadi AI lain yang dapat mengenal pasti nuansa kebisingan di persekitaran mereka.

Sebagai contoh, Alexa sudah dapat membaca ruangan bilik bersesuaian dengan arahan suara pengguna dan bertindak balas dengan berbisik kembali ketika berhadapan dengan perintah berupa bisikan.

Siri pula telah diketahui untuk bertindak balas terhadap perintah pengguna dengan nada keras pada saat-saat yang tidak menyelesakan.

Secara idealnya, ciri ini akan mampu membolehkan pengguna membisikkan perintah kepada Siri pada waktu malam, dan mendapatkan respons bisikan kembali. Tidaklah Siri membalas bisikan dengan suara yang kuat pula. Memang elok ditampar laju-laju.

Suara Siri menggunakan versi sintesis pelbagai pelakon suara. Kemudian, Enjin Neural Text to Speech akan mentafsirkan arahan pemproses menjadi ucapan yang dapat didengari pengguna.

Pengguna dengan iOS 14.5 dan lebih tinggi akan dapat menggunakan Siri dengan dua suara Inggeris tambahan termasuk corak pertuturan yang lebih kedengaran seakan manusia.

Sementara itu, di suatu tempat yang damai, seorang pengguna sedang cuba bercakap dengan ‘Black Siri‘:

User: Siri, what’s the temperature outside?

Black Siri: Why don’t you stick your head out the window? 😆

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Arya Putra

Test.

spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x