More

    Activision Kesan Malware Menyamar Sebagai ‘Cheats’ Bagi COD: Warzone

    Activision Mendedahkan Perisian Malware Yang Menyamar Sebagai ‘Cheats’ Untuk Call of Duty: Warzone

    Cheats ni bukan benda baru. Dah ‘berzaman’ orang kata, dari zaman ‘cyber cafe‘ masih dipenuhi budak sekolah, hinggalah ke zaman ramai antara budak sekolah yang dah ada gaming chair sendiri.

    Call of Duty: Warzone menerima begitu ramai pemain yang menggunakan cheats hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan. Ini mengundang kemarahan kepada pemain yang berada ‘di jalan yang lurus’.

    Tetapi tidak lama. Ini kerana dari laporan hasil kajian penyelidik keselamatan syarikat penerbit permainan berkenaan, golongan penggodam telah menyembunyikan perisian hasad di dalam cheats yang disebar.

    ‘Cheaters got cheated’.

    Penyelidik keselamatan Activision mendapati bahawa cheat Warzone yang diiklankan di sebuah forum ‘cheats‘ popular, sebenarnya adalah sejenis perisian hasad yang membolehkan penggodam menguasai komputer mangsa.

    Cheats tersebut akan memasang ‘dropper‘, iaitu aplikasi hasad yang boleh digunakan untuk memuat turun dan memasang jenis malware lain di komputer mangsa.

    Dropper yang dilaporkan – ‘Cod Dropper v0.1,’ dapat disesuaikan untuk memasang malware lain yang lebih merosakkan ke peranti sasaran. Salah satu tujuan perisian hasad tersebut disebar adalah untuk menggunakan GPU pemain bagi menambang cryptocurrency.

    Banyak cheats popular yang mengkehendaki pengguna untuk mematikan program anti-virus dan memberi perisian penipuan itu keistimewaan keselamatan tertinggi di komputer penggunanya agar tidak dikesan oleh perisian anti-penipuan.

    Dengan ciri keselamatan yang dinyahaktif, pengguna mungkin tidak melihat notifikasi amaran bahawa aplikasi yang mereka muat turun itu sebenarnya adalah perisian hasad.

    Sumber: Activision Research

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: