Utama Blog Laman 70

SKMM Mengeluarkan Notis Arahan Berhubung Pelan Data Mengelirukan

0

Apakah ini suatu pemangkin perubahan yang selama ini kita nantikan? Apakah ini satu petanda kita akan mendapat pelan data tanpa had yang sebenar?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM, beberapa tindakan yang patut telah pun diambil bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna.

SKMM telah mengeluarkan notis arahan terhadap empat telco iaitu Celcom, Maxis, Tune Talk, dan Webe, atas ketidakpatuhan syarikat berkenaan kepada peruntukan berkaitan pengiklanan. Notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Dalam masa yang sama, keempat-empat telco itu diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi mereka yang mengelirukan.

SKMM juga turut melaksanakan tindakan pemantauan terhadap promosi atau iklan yang ditawarkan oleh semua telco agar maklumat berkaitan promosi adalah jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan.

Namun, hasil pemantauan menunjukkan bahawa masih terdapat telco yang membuat promosi mengelirukan dan tidak menyatakan secara jelas terma dan syarat bagi perkhidmatan yang ditawarkan termasuk mengenai Fair Usage Policy (FUP).

Mana-mana telco yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 242 AKM 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dua (2) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ya, benar seperti yang dijelaskan oleh SKMM, bahawa FUP adalah pendekatan untuk memberi pengalaman setara untuk semua pengguna dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejas pengalaman pengguna amnya.

Tetapi telco di Malaysia ini sering menyalahgunakan terma berkenaan untuk mengelirukan pengguna sekaligus mengaut keuntungan dari langganan pengguna yang terpedaya dengan ‘janji‘ data tanpa had.

Data mungkin diberikan ‘tanpa had‘, tetapi disertakan bersama kelajuan 64kbps selepas habis 5GB penggunaan (contoh). 64kbps nak buat apa? Hantar gambar di WhatsApp pun hampir berdarah air mata.

I’m looking at you, Maxis. ‘Unlimited’ 300GB.

Hotlink, ‘unlimited’ 50GB.

redONE, ‘unlimited’ 100GB.

TuneTalk, ‘unlimited’ 100GB.

ONEXOX, ‘unlimited’ 500MB (patuh syariah).

Digi, ‘unlimited’ 1TB (ok lah, banyak juga data tu berbanding yang lain).

Ada lagi telco penipu? Abam pun dah tak ingat sebab dah bertahun menulis pasal benda ni. Korang pulak tambah dekat komen.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tahukah Anda, Windows Security Ada Fungsi Perlindungan Dari Ransomware?

0

Ransomware semakin menjadi satu ancaman nyata lagi berbahaya terutamanya kepada pengguna Windows. Ia bukan sahaja akan menyekat akses pengguna kepada data, bahkan menuntut pembayaran wang tebusan sebelum penyahsulit diberikan.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila kini pengendali ransomware sedang giat menggunakan dua kali enkripsi, supaya mereka dapat memeras ugut dua kali ganda.

Dalam kes Colonial Pipeline, syarikat berkenaan telah membayar sejumlah 75 bitcoin, atau lebih kurang $5 juta dollar kepada penggodam. Mereka terpaksa membayar wang tebusan, kerana isu pembekalan gas sudah menjadi satu bentuk krisis di AS.

Menyentuh mengenai Windows Security, fungsi perlindungan ransomware wujud, tetapi tidak diaktifkan secara lalai.

Cara untuk mengaktifkannya mudah sahaja. Anda buka “Windows Security”, hala ke “Virus & threat protection”>”Ransomware protection”. Tukar tombol “Controlled folder access” kepada ‘On‘. Pilih mana-mana folder yang anda ingin lindungi dari akses yang tidak diingini.

Kami masih mengesyorkan supaya anda memasang juga perisian antivirus sebagai perlindungan lapisan pertama kepada sistem operasi. Semoga kita semua tidak menjadi mangsa kepada ransomware yang semakin berkembang saban hari.

*Dalam gambar, abam memang gunakan dua akaun OneDrive sebagai backup. Ada yang tanya, cloud storage apa yang terbaik untuk digunakan. Jawapan mudah, ialah cloud storage yang korang mampu langgan untuk gunakan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apple Music Lossless Audio

0

Entahlah. Ikutkan hati, malas nak ‘cover’ berita ni, sebab macam tak ramai je pengguna Apple Music dalam fan base di sini (Apple Music user say hey).

Tapi sebab ada satu perkara kelakar yang ingin abam kongsikan, maka.. keluarlah post ini.
Sebagaimana kita sedia maklum, Apple merupakan syarikat yang berusaha menjadikan teknologi Bluetooth dan tanpa wayar sebagai medium arus perdana (walaupun peranti pertama yang membuang headphone jack bukanlah iPhone, sebaliknya Oppo).

Menurut Apple, teknologi sambungan tanpa wayar perlu dijadikan sebagai teknologi utama yang digunakan oleh semua orang pada masa hadapan. Tetapi, tidak disangka pada tahun 2021, ‘peperangan’ antara perkhidmatan penstriman muzik telah menyebabkan ‘lossless audio’ dimasukkan ke dalam tawaran semasa.

Apple tidak mahu ketinggalan dalam penawaran yang sama. Disebabkan itu, bulan depan Apple Music akan mempunyai pilihan ‘HiFi audio’ dalam aplikasi, diiringi Spatial Audio dan Dolby Atmos.

Lalu punchline-nya mana?

Anda perlukan fon kepala berwayar untuk mendengarnya.

Sebabnya?

Audio berkualiti CD mempunyai kadar bit 1411kbps. Kebanyakan codec audio hi-res yang ada masih belum dapat menyamai kadar bit ini, contohnya aptx HD dapat mencapat sehingga 576kbps, manakala LDAC pula sehingga 990kbps.

*Insert Thanos – Back to me meme here. Tukarkan Thanos kepada fon kepala berwayar*.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Double Encryption Ransomware

0

Ini adalah zamannya di mana anda tidak boleh lagi mengabaikan kemas kini sistem operasi. 2021 bukan zaman Windows 7. Buang jauh-jauh mentaliti ‘tak perlu kemas kini’ itu, di samping melengkapkan sistem operasi bersama antivirus terbaik.

Ini kerana setiap kemas kini sistem operasi adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan antivirus pilihan anda (they compliment each other kata orang Bota Kiri).
Zaman sekarang ialah era ransomware. Pelbagai implikasi telah pun terjadi, dan contoh terbaru yang boleh dilihat ialah insiden Colinial Pipeline yang menyebabkan pembekalan gas terjejas di AS sehingga memungkinkan harganya meningkat naik dengan lebih tinggi.

Kumpulan penggodam yang mengendalikan ransomware sering mengambil pendekatan baru. Sebagai contoh, apabila mangsa membayar wang tebusan dan kembali kepada perniagaan mereka seperti sediakala, mereka akan menghantar semula ransomware yang sama.

Selain itu, peras ugut selalu digunakan, yang sekiranya mangsa tidak membayar tebusan, mereka mengancam untuk membocorkan data yang dicuri ke laman-laman tertentu. Tetapi itu masih ‘biasa’.

Pendekatan terbaru yang digunakan ialah para penggodam ini akan melakukan enkripsi/penyulitan ke data mangsa sebanyak dua kali. Ini bererti mereka menghantar dua lapisan ransomware yang bertindih antara satu dengan yang lain.

Dalam pendekatan ini, mangsa hanya berdepan dengan penyerang tunggal, tetapi menggunakan dua jenis ransomware. Apabila mangsa ‘berjaya’ menyahsulit data, mereka akan mendapati bahawa data berkenaan tidak dinyahsulit sama sekali.

Sesetengah mangsa mendapat dua wang tebusan sekaligus yang bermaksud penggodam ingin mangsa mereka tahu mengenai serangan penyulitan dua kali. Dalam sesetengah kes lain pula, mangsa hanya melihat satu nota tebusan dan hanya mengetahui tentang lapisan penyulitan kedua setelah mereka membayar untuk menghilangkan yang pertama.

Nasihat kami, selain sentiasa pastikan sistem operasi ‘segar’ dengan kemas kini baru, antivirus juga berada dalam keadaan optimum, sila lakukan juga salinan sandaran kepada fail-fail anda yang penting dan kritikal!

Manfaatkan Microsoft OneDrive atau lain-lain storan awan untuk tujuan penyimpanan dan sandaran. Kalau tak tahu guna, belajar. Tiada alasan lagi untuk mengatakan ‘tidak tahu’.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Yamaha E01: Skuter Konsep Yang Menjadi Kenyataan

0

Yamaha sering mendominasi segmen permotoran dengan menawarkan pelbagai kategori motosikal untuk peminatnya. Terkini, Yamaha sedang cuba melangkah ke arah alaf baru dengan membina skuter elektrik dengan kod nama E01.

Yamaha E01 merupakan satu model penggantian kepada skuter berkuasa 125cc, yang bermaksud ia akan mempunyai penarafan pengeluaran kuasa lebih kurang 11kW (15hp) supaya sesuai dengan undang-undang di Eropah yang memastikan pelajar untuk lulus terlebih dahulu ujian tunggangan motosikal.

Asalnya, E01 ialah sebuah motosikal konsep, tetapi nyatanya versi pengeluaran sedang dibangunkan. Awal tahun ini Yamaha memfailkan aplikasi tanda dagang untuk nama ‘E01‘, khusus untuk “Motosikal elektrik dan bahagian dan kelengkapannya.” Ini memberikan petanda bahawa Yamaha sedang merancang untuk memasarkan skuter tersebut.

Disebabkan motosikal elektrik dinilai dengan daya pengeluaran kuasa berterusan, iaitu tahap yang dapat dihasilkan oleh kenderaan tanpa menjadi terlalu panas untuk jangka masa tidak terhad, kebanyakan kenderaan jenis ini mempunyai tahap kuasa puncak yang jauh lebih tinggi dari penarafannya, sehingga dua kali lebih tinggi.

Meskipun paten baru bagi skuter ini baru sahaja diterbitkan melalui pejabat paten Jepun, ia sebenarnya telah diserahkan pada akhir tahun 2019. Ini menunjukkan bahawa Yamaha merancang menawarkan skuter ini sebagai suatu kenyataan dan bukan sekadar konsep.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Peranti Xiaomi Bakal Menyokong Pengecasan Selari

0

Pengecasan selari (parallel) ialah teknologi yang sedang dikaji dan dibangunkan oleh Xiaomi. Telefon pintar syarikat ini yang akan datang, bakal menyokong pengecasan selari, sekaligus membolehkan peranti itu dicas sehingga 200W pada satu-satu masa.

Maklumat ini datang dari tipster Digital Chat Station, yang menyatakan bahawa Xiaomi sedang mengusahakan teknologi pengecasan selari, yang membolehkan kuasa dibekalkan kepada dua bateri secara serentak.

Teknologi ini mungkin akan berhasil kerana ia memerlukan konfigurasi dua sel, dan bateri pada telefon pintar Xiaomi sudah pun menyokong ciri tersebut. Ia memerlukan pengawal bateri untuk mengimbangkan voltan dan arus antara semua litar secara berterusan.

Pengecasan selari menyasarkan untuk melipat ganda kelajuan pengecasan, dan teknologi sedia ada sudah mencapai kelajuan sebanyak 120W. Oleh yang demikian, sasaran 200W ialah yang terhampir boleh diusahakan oleh Xiaomi.

Model Mi 10 Ultra yang menyokong kelajuan pengecasan 120W dapat dicas dalam tempoh 23-24 minit dari 0 hingga 100%. Jika 200W menjadi kenyataan, mungkin kita hanya perlukan 13-15 minit sahaja nanti.

Cas telefon – masuk bilik air – mandi – keluar bilik air – tadaaa. Dah siap cas.
Harapnya penyesuai pengecasan diberikan sekali dalam kotak.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perubahan Wajah Baru Spotify Pada PC

0

Bagi yang tak tahu lagi, Spotify ada buat beberapa perubahan rekabentuk antaramuka pengguna aplikasi depa untuk versi Windows pada beberapa bulan yang lalu.

Ada la ubah sana sini sikit, nampak lawa dan ringkas serta senang nak guna.
Sudah sekian lama kami tak buka skrin penuh, bila buka eh sini pun ampa tukaq noh.

Kami suka depa ubah dekat bahagian skrin penuh ni, nampak ringkas dan senang guna serta gambar artis dekat belakang tu nampak lawa.

Bagi yang guna Spotify, apa fungsi yang ampa tunggu untuk muncul dekat versi Windows?

Kami dok tunggu fungsi pemasa sebab kami dok guna dekat telefon. Untuk alternatif, kami kena buka dekat telefon, kemudian set dekat telefon, baru dia senyap. 😞

Masih layan BABYMETAL tapi terjumpa crush baru, BAND-MAID la pulak. eh hahahaha.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Vortex Pok3r RGB V2: 60% Yang Premium

 

Apa Di Dalam Kotak?

Vortex sudah mengeluarkan Vortex Pok3r sebelum ini, tapi ini adalah model Pok3r pertama dengan RGB. Melihat kepada tulisan pada kotaknya, jelas kelihatan pembayang RGB pada produk mereka melalui kemasan berwarna pada nombor 3 di tulisan “Pok3r“.

Kemasan lain juga dapat dilihat pada kotak dengan penjenamaan yang minimal. Fokus utama kita sudah tentulah penjenamaan Cherry MX pada kotaknya. Ya, Vortex Pok3r hadir bersama suis kekunci Cherry MX, antara yang terbaik di pasaran.

Di dalamnya anda akan mendapat sebuah papan kekunci dan seutas kabel USB Macro untuk sambungan. Tiada sebarang dokumen manual ataupun aksesori lain diberikan bersama. Menurut pihak Vortex, unit ini adalah unit ujian. Jadi berkemungkinan pakej komersil akan hadir bersama aksesori yang lebih lengkap.

Binaan Dan Kualiti

Pertama kali memegang papan kekunci ini, perkara pertama yang paling ketara adalah beratnya. Ia memang berat dengan kerana binaannya yang diperbuat daripada besi. Terasa sejuk badan papan kekunci ini apabila dipegang.

Binaan plat dalamnya juga terbuat daripada besi dan dicat warna putih. Cubaan membengkokkan papan kekunci ini tidak berjaya kerana binaan besi sepenuhnya yang sangat kukuh dan padu.

Anda tidak boleh melaras ketinggian papan kekunci ini, tapi ia hadir bersama 4 kaki getah yang tebal dan sangat mencengkam. Papan kekunci akan tidak akan lari daripada kedudukannya. Darjah kecuraman asalanya juga sudah cukup selesa untuk saya menaip walaupun tanpa pad merehatkan tangan.

Sambungan

Vortex Pok3r menggunakan sambungan berwayar menggunakan USB Macro. Tiada sambungan tanpa wayar pada Vortex Pok3r ini. Maklum balas daripada pihak Vortex, mereka kini sedang dalam proses menaik taraf Vortex Pok3r kepada versi baru dengan USB Type C dan sokongan sambungan tanpa wayar.

Lubang sambungan USB pada Vortex Pok3r ini agak dalam. Boleh dikatakan cuma ngam-ngam sahaja dengan kabel yang dibekalkan. Jadi, sekiranya anda ingin menggunakan kabel sendiri seperti kabel paracord atau kabel lilit, mungkin anda perlu melihat dahulu saiz USB anda.

Butang Kekunci dan Suis

Butang kekuncinya dibuat daripada plastik PBT dengan tembakan berganda . Penggunaan plastik PBT bermakna butang kekunci anda akan bertahan dengan lebih lama dan lebih berkualiti. Ketebalan butang kekuncinya boleh dikatakan agak tebal dan memberikan bunyi “thok” yang memuaskan semasa menaip.

Suis kekunci pada Vortex Pok3r menggunakan suis Cherry MX, antara suis yang paling popular untuk papan kekunci mekanikal. Vortex Pok3r saya hadir dengan Cherry MX Blue, suis dengan bunyi klik dan bertaktil. Berbanding dengan suis Gateron Blue, Cherry MX Blue terasa lebih berat dengan bunyi klik yang lebih “klang“.

Penstabil kekunci juga telah dipralincir. Anda tidak lagi perlu membuat modifikasi sendiri atau membeli pelincir mahupun gris tambahan untuk mendapatkan kepuasan menaip.

Profil kekuncinya pula menggunakan profil Cherry yang agak melengkung. Tiada masalah bagi saya. Ditambah lagi dengan suis biru Cherry MX, profil ini sangat sesuai bagi saya kerana ia memberikan ruang yang mencukupi untuk menaip dan menekan dengan sedikit tenaga untuk suis bukan  linear.

Selain daripada fon di atas, Vortex Pok3r juga mempunyai cetakan di bahagian sisi butang kekunci. Tiada ketelusan cahaya untuk tulisan di bahagian sisi namun pencahayaan pada bahagian atas sudah cukup terang dan jelas dengan fon yang mudah dibaca. (maafkan bulu si bulus, meja kerja jadi port tidur la pulak :’D)

Pencahayaan

Vortex Pok3r dilengkapi pencahayaan RGB di bawah setiap suis. Bersama papan plat putih, warna RGB cukup meyerlah. LED RGB pada Vortex Pok3r ini juga sangat terang dan jelas.

Cahaya yang menembusi butang kekunci sangat cantik dan terang. Ia boleh diubah menerusi kombinasi butang pada papan kekunci untuk menukar corak nyalaan, kadar kecerahan lampu dan juga kelajuan nyalaan.

Malangnya, lampu RGB tidak menembusi pada bahagian sisi butang. Tapi, dengan cahaya yang cukup terang daripada RGB di bawah, cetakan sisi ini kadangkala jelas juga kelihatan walau di dalam gelap.

Vortex Pok3r juga mempunyai penanda Caps Lock yang akan menyala apabila butang Caps Lock hidup.

Ia juga mempunya suis DIP di bahagian belakang untuk pertukaran fungsi yang mudah. Anda boleh memilih untuk menggunakan Vortex Pok3r dalam format QWERTY, DVORAK atau COLEMAK menggunakan suis DIP ini. Anda boleh juga menukar kedudukan CapsLock, Fn dan juga Pn dengan kombinasi suis DIP ini.

Menukar Mod RGB Pada Vortex Pok3r

RGB pada Vortex Pok3r boleh dilakukan dengan mudah tanpa memerlukan perisian pada komputer. Anda cuma menekan butang Pn (Menu) dan beberapa kombinasi lain. Apabila anda menekan butang Pn, butang 1,2 dan 3 akan menyala. Anda boleh memilih warna pilihan anda sebagai pilihan warna untuk setiap butang. Sambil menekan butang Pn, anda boleh memilih kadar kecerahan RGB sehingga 7 tahap.

Pn+ 4 berikan anda 6 pilihan corak nyalaan setiap kali anda menekan butang kekunci. Pn+5 berikan anda 4 pilihan nyalaan untuk keseluruhan papan kekunci. Anda juga boleh mencipta skim warna sendiri dengan Pn+ 9/0 untuk mencipta dan Pn+ -/= untuk melihat hasil skim warna ciptaan anda.

Pn+ X untuk menurunkan kecerahan RGB dan Pn+ V untuk meningkatkan kecerahan. Pn+< untuk memperlahankan corak nyalaan RGB dan Pn+ > untuk melajukannya.

Kesimpulan

Bagi peminat tegar ataupun enthusiast papan kekunci mekanikal, Vortex bukan lagi satu nama yang asing di kalangan pencinta. Anda seharusnya memiliki model daripada Vortex ini kerana kualiti binaannya yang sangat premium. Lapisan besi, pewarnaan, dan juga butang kekuncinya sangat sempurna bersama.

Pada harga lebih kurang $120USD, bagi saya ia tidak terlalu mahal dan hampir menyamai harga papan kekunci lain dengan binaan logam sepenuhnya. Ia juga popular untuk digunakan sebagai asas bagi projek custom.

Galeri Gambar

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

7 Fungsi Microsoft Edge Yang Akan Buat Anda Menyukainya

0
Gambar muka depan oleh Windows Central, dan gambar ini dari TechJuice.

Microsoft Edge bukan lagi seperti zaman Windows 7 dahulu, yang mana ia ketinggalan sungguh dari segi enjin webnya, extension, dan prestasi. Disebabkan Edge diperbaharui dari mula dengan menggunakan tapak Chromium, Edge kini ibarat Jennifer Aniston disapukan bedak bayi Johnson.

Tetapi perubahan pelayar ini bukan hanya dari segi kosmetik (pun intended). Dari segi ‘dalaman’ juga, Edge turut memperlihatkan pelbagai ciri baru yang akan menjadi ciri malar segar, kekal relevan sepanjang zaman.

Apa dia yang menarik dapat kita gunakan? Mari kita cuba singkap satu persatu.

1. Vertical Tab

Ciri ini sudah lama ada pada pelayar Vivaldi, tetapi Edge memasukkannya dan menambah perisa supaya ia mempunyai rasa yang seiring dengan reka bentuk keseluruhan kerangka pelayar tersebut. Vertical Tab atau Tab Menegak ialah alternatif kepada Tab Melintang.

Sesiapa yang sudah terbiasa menggunakan tab menegak, anda mungkin lebih sukakan ikon berbanding tajuk web yang hanya dapat dilihat mungkin separuh ataupun 1/4 sahaja. Apabila dihalakan cursor kepada ikon, ia akan memaparkan tajuk yang lebih panjang, dan ini memudahkan pencarian buat mereka yang gemar membuka banyak tab pada satu masa.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh klik pada butang di sebelah atas-kiri, atau pergi ke Settings > Appearance > Show vertical tabs for all current browser windows.

2. Sleeping Tab

Sleeping Tab ialah salah satu dari tetapan prestasi. Anda boleh mengaksesnya melalui Settings > System > Optimize Performance.

Sleeping Tab akan menjeda mana-mana tab yang telah dibuka sekian lama tetapi tidak digunakan. Anda boleh menentukan berapa lama masa satu-satu tab itu tidak digunakan sebelum dijeda oleh pelayar.

3. Tracking Prevention

Lebih mudah untuk menetapkan pilihan tahap privasi dalam Edge berbanding Chrome. Terdapat 3 mode yang boleh dipilih dari tetapan, dan ini terpulang kepada bagaimana anda hendak pelayar anda mengendalikan sekatan terhadap penjejak (trackers) atas talian.

Tetapan boleh diakses di Settings > Privacy, search, and services > Tracking prevention.

4. Multitasking

Multitasking atau tugas berbilang memudahkan anda melihat/menukar tab mahupun aplikasi ketika sedang melayari internet. Ia boleh diakses menggunakan kekunci Alt + Tab.

Selain itu, anda juga boleh mengubahsuai tetapan untuk Alt + Tab di tetapan Windows dengan menghala ke Settings > System > Multitasking.

5. Immersive Reader

Immersive Reader ialah fungsi yang membenarkan anda membaca dari sesebuah laman web tanpa diganggu oleh pelbagai elemen lain yang tidak diperlukan, terutamanya untuk laman yang mempunyai terlalu banyak iklan.

Fungsi ini akan memaparkan laman dengan gambar dan teks sahaja. Amat memudahkan pembacaan harian. Anda juga boleh menekan butang ‘Read aloud’ untuk mengarahkan Edge ‘membaca’ laman tersebut kepada anda.

6. Web Capture

Web Capture menyenangkan kerja orang seperti saya, yang banyak menulis tentang sesuatu. Ia membolehkan saya mengambil tangkap layar tanpa menekan butang Prtsc.

Cukup sekadar tekan butang Web Capture, dan pilih sahaja kawasan yang hendak ditangkap dan disimpan sebagai gambar. Biasanya saya akan tampalkan gambar tersebut ke dalam aplikasi Paint sebelum disimpan secara teratur dalam satu folder.

7. Collection

Collection ialah satu ruangan khas untuk anda menyimpan segala maklumat yang anda peroleh melalui internet. Anda boleh mulakan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan hobi, mahupun informasi.

Saya baru mulakan satu koleksi iaitu pembelajaran bahasa. Dengan Collection, anda tidak akan tertinggal lagi semua perkara yang anda ingin simpan sebagai kenangan ataupun nota. Ya, dalam Collection pun anda boleh tulis nota untuk tujuan ingatan.

Bagaimana sekarang? Anda sudah yakin Edge mampu membantu anda dalam urusan seharian di internet?

Jika sudah, silalah gunakan Edge mulai hari ini. Banyak lagi ciri lain yang tidak mampu dicatatkan dalam satu artikel. Itu, anda bolehlah kaji sendiri.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

FBI Menahan Warga Rusia Pemilik Deer.io, Laman Jualan Data Penggodaman

0

FBI telah menahan seorang warga Rusia yang dipercayai sebagai dalang di sebalik Deer.io, sebuah laman penjualan data hasil daripada penggodaman. Saspek yang bernama Kirill Victorovich Firsov itu telah ditahan di lapangan terbang John F. Kennedy, New York pada 7 Mei 2021 yang lalu mengikut maklumat waran tangkap yang tersebar.

Deer.io adalah sebuah laman jual beli yang popular di Rusia yang menganjurkan aktiviti jual beli data haram hasil daripada jenayah siber. Antara data yang dijual adalah akaun, gambar dan maklumat peribadi yang telah digodam.

Laman itu yang telah beroperasi sejak Oktober 2013 telah memiliki lebih daripada 24,000 kedai dan telah mengaut keuntungan sebanyak lebih daripada $USD17 juta dolar.

Deer.io Telah Digunakan Untuk Jenayah Siber Sepenuhnya.

FBI menurut kenyataannya juga mendakwa, laman Deer.io telah digunakan hampir semata-mata untuk jenayah siber sepenuhnya. Walaupun mereka mengakui sebagai satu entiti bisnes yang sah, FBI telah menjalankan penyiasatan mereka sendiri.

FBI telah meneliti sebanyak 250 kedai di laman Deer,io dan kesemuanya menjual data haram yang diperoleh melalui penggodaman. Data seperti pelayan yang digodam, maklumat peribadi, akaun internet, dan maklumat peribadi seperti nombor sekuriti sosial dan alamat dijual secara berleluasa di laman tersebut.

FBI juga mendakwa telah berjaya membeli data dengan beberapa penjual di laman tersebut dan telah mengesahkan ketulenan data yang dijual tersebut sebagai asli dan diperoleh secara tidak sah melalui aktiviti penggodaman.

Sumber: ZDnet

FBI merumuskan Firsov sememangnya sedar dengan penyalahgunaan laman miliknya itu dengan sering mempromosi laman itu sebagai laman gedung jualan untuk jenayah siber.

Deer.io Masih Beroperasi

Walaupun saspek yang didakwa sebagai pemilik Deer.io telah ditangkap, laman itu dilihat masih lagi beroperasi. Menurut satu temubual bersama wartawan pada tahun 2016, pemilik Deer.io ketika itu, yang dipercayai adalah Firsov mengelak untuk menjawab persoalan mengenai dakwaan penjualan data haram di laman itu.

Deer.io beroperasi di dalam ruang lingkup undang-undang Rusia.

Klien kami boleh membuka kedai yang tidak melanggar undang-undang Rusia. Kami menyekat kedai yang menjual dadah/maklumat akaun bank yang dicuri. Kami juga akan menyekat kedai yang diminta oleh Roskomnadzor atau mana-mana pihak berkuasa di Rusia“, menurutnya lagi dalam temubual yang sama.,

Deer.io masih lagi mempunyai dua laman proksi yang lain dengan modus operandi yang sama.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline