Utama Blog Laman 69

Google Photos: Alternatif Atau Kekal?

0

Selepas bertahun lamanya Google menawarkan storan percuma pada Google Photos, bulan depan segalanya akan berubah. Setiap perkara yang baik pasti berakhir jua. Sandaran media akan mula dikira kepada had storan akaun iaitu sebanyak 15GB. Tak cukup? Anda boleh tambah melalui langganan storan Google One.

Di satu sudut, kita ada beberapa alternatif. Contohnya Amazon Photos. Kemudian, ada juga perkhidmatan lain, seperti Microsoft OneDrive.

Amazon Photos mungkin antara pilihan terbaik sekiranya anda memang merupakan pelanggan Amazon Prime. Tetapi untuk mendapatkan storan ekstra bagi sandaran video, anda perlu membayar lebih.

OneDrive pula agak beruntung jika anda pelanggan Office 365, apabila Microsoft menyediakan ruang storan sebanyak 1TB. Tetapi berbeza dengan Photos, mana-mana gambar yang disimpan di sini akan berada dalam pengurus fail OneDrive, dan bukan aplikasi galeri.

Pendek kata, dalam pelbagai produk ditawarkan oleh Google, Photos adalah antara produk yang benar-benar dicipta oleh manusia untuk manusia. Tambahan pula, ia diintegrasikan ke dalam ekosistem Google dengan baik sekali, tanpa perlu pengguna mengubahsuai bermacam pilihan tetapan.

Berapa kos langganannya?

Anda boleh terus kekal menggunakan storan percuma sebanyak 15GB, atau bayar sebanyak RM84.99 untuk 100GB/tahun, RM119.99 untuk 200GB/tahun, atau RM429.99 untuk 2TB/tahun.

Era storan tanpa had Google mungkin sudah berakhir, tetapi Google Photos tetap dapat dinikmati terutamanya buat mereka yang amat gemar mengambil dan menyimpan gambar.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pelayan LittleBigPlanet Ditutup Akibat Tekanan Penggodam

0

Selepas serangan demi serangan, dan selepas penggodam memuat naik mesej berbaur kecaman, akhirnya pelayan bagi permainan LittleBigPlanet ditutup.

Pelayan permainan tersebut telah bergelut dengan serangan sejak bulan Mac lalu, ketika diandaikan bahawa serangan DDoS merupakan penyebab penutupan berulang.

Namun, pelayan ditutup sekali lagi pada hujung minggu, apabila penggodam mendapat akses ke ciri komuniti permainan untuk menghantar mesej transphobik.

Sudah lebih dua bulan sejak pengguna mula-mula melaporkan waktu henti dan masalah dengan pelayan LittleBigPlanet, yang hanya ditangani oleh Sony dari perspektif teknikal.

Sony tidak memberikan penjelasan mengapa serangan itu berlaku atau apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan komuniti permainan berkenaan yang walaupun usianya sudah begitu lama, tetapi masih mempunyai sebahagian peminat yang cukup ramai.

Serangan dipercayai datang dari peminat yang tidak berpuas hati terhadap layanan Sony kepada francais permainan tersebut.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Anker Nebula Android TV Dongle: Android TV Bakal Lebih Mampu Milik

0

Di akaun Twitter Anker Japan, Anker Nebula mengumumkan peranti terbaru yang bakal memeriahkan platform penstriman iaitu ‘Nebula 4K Streaming Dongle‘. Dongle ini akan tiba sekitar bulan September nanti.

 

Peranti tersebut dilengkapi dengan Android 10 dan sokongan output 4K dengan Dolby Digital Plus. Suaapan luar adalah melalui HDMI, dan pembekalan kuasa datang dari port microUSB (urgh, kenapa?).

Selain itu, ia juga didatangkan dengan alat kawalan jauh yang menepati reka bentuk oleh Google. Jenama ini pernah popular dengan projector Android TV mereka, contohnya model Anker Nebula Capsule II yang mempunyai bateri terbina dalaman dan dapat bertahan sehingga 3 jam.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kerentanan Big Sur 11.4 Membenarkan Malware Mengambil Tangkap Layar Tanpa  Kebenaran Pengguna

0

Sebelum ini, salah seorang eksekutif Apple, ketua kejuruteraan perisian Apple iaitu Craig Federighi mengatakan bahawa tahap ancaman malware pada platform Mac pada ketika ini berada di tahap ‘tidak dapat diterima’ (unacceptable).

Bertahun lamanya, sememangnya benar bahawa PC menghadapi ancaman malware yang lebih banyak sementara Mac sering dipromosikan sebagai platform yang lebih selamat dari serangan. Penggunaan sistem operasi Windows pada platform perkakasan yang pelbagai menjadikannya sebagai sebuah sasaran utama yang mudah, ditambah lagi ia lebih terbuka berbanding Mac.

Tetapi kini landskap ancaman perisian hasad telah berubah terutamanya dengan pengeluaran tinggi iPhone, iPad dan peranti mudah alih secara umum, menyebabkan peranti Apple menjadi sasaran oleh penyerang.

Kini sudah tiba masanya untuk para pengguna mengemas kini Mac sekali lagi, kerana terdapat perisian hasad yang baru dikesan. Ia mengambil tangkap layar skrin secara senyap dengan mengeksploitasi kelemahan serius pada sekuriti macOS.

Penemuan itu dibuat oleh syarikat keselamatan siber Jamf semasa melakukan penyelidikan terhadap perisian hasad XCSSET, yang pertama kali ditemui pada tahun 2020.

Penggodam yang mencipta perisian intipan (spyware) mendapati bahawa mereka dapat melangkau ciri privasi macOS yang dikenali sebagai Transparency Consent and Control (TCC).

TCC adalah sebuah ciri yang memberi pemakluman ketika aplikasi melakukan sesuatu yang dapat mempengaruhi privasi pengguna, seperti mengambil gambar atau merakam taipan pada papan kekunci. Pengekod malware menemui cara untuk merampas kebenaran aplikasi lain – yang sebelum itu telah disetujui terlebih dahulu oleh pengguna.

Sebagai contoh, malware berkenaan boleh membuat satu aplikasi yang ditempatkan dalam Zoom, sebuah aplikasi persidangan video yang sangat popular. Malware itu secara senyap akan merakam apa yang sedang dipaparkan pada skrin.

Kerana aplikasi hasad tersebut berjaya masuk ke dalam Zoom – yang sudah pun memiliki keizinan pengguna untuk membuat rakaman layar, tidak ada amaran segera mengenai tindakan tersebut yang akan muncul di layar pengguna Mac. Inilah dia bentuk keizinan secara eksplisit yang disalahgunakan oleh malware baru itu.

Eksploitasi yang sama dapat disalahgunakan untuk mencuri fail, merakam audio melalui mikrofon atau mengambil gambar melalui kamera Mac.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Florida Cadang Akta Menghalang Tapisan Kandungan Sensitif Di Media Sosial

0

Apa yang disebut sebagai ‘Stop Social Media Censorship Act‘ (Akta Hentikan Penapisan Media Sosial) akan membuat syarikat bertanggungjawab atas ganti rugi dalam tuntutan sivil sekiranya mereka menghapus atau mengecam ucapan agama atau ucapan politik, atau menggunakan algoritma untuk ‘tidak menyukai atau menyekat‘ ucapan tersebut.

Gabenor Florida, Ron DeSantis, telah menandatangani undang-undang sekatan kemampuan syarikat media sosial untuk melarang calon pejabat negeri dan outlet berita – dan dengan demikian memberikan tentangan langsung kepada hak-hak kebebasan bersuara yang dirasakan telah disekat oleh syarikat-syarikat itu.

Penapisan yang dituduh dilakukan oleh syarikat teknologi besar telah menjadi isu utama di sebelah sayap kanan, dengan aktivis konservatif berpendapat bahawa platform media sosial secara tidak adil menuduh mereka menyuarakan kebencian dan melanggar hak kebebasan bersuara.

Undang-undang ini hampir pasti akan dicabar di mahkamah kerana tidak berpandukan perlembagaan dan bertentangan langsung dengan undang-undang persekutuan.

Undang-undang tersebut, iaitu Florida Senate Bill 7072, memberikan beberapa pemeriksaan baru terhadap syarikat teknologi dan media sosial.

Antaranya:

  • Platform (media sosial) tidak boleh melarang/menyekat atau merendahkan calon calon pejabat negeri.
  • Platform tidak boleh melarang/menyekat atau meremehkan outlet berita yang memenuhi syarat ukuran tertentu.
  • Platform mesti telus mengenai proses pemantauan dan menghantar notifikasi kepada pengguna mengenai tindakan dari pemantauan.
  • Pengguna dan negara, akan berhak menuntut syarikat yang melanggar undang-undang ini. Denda berkanun boleh dikenakan setinggi $250,000 setiap hari untuk beberapa jenis kesalahan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Waspasda Emel Dan Tawaran Pengiklanan Untuk Facebook Page Anda

0

Seperti yang pernah kami ceritakan dulu tentang permasalahan tools daripada Facebook sendiri yang memudahkan pihak ketiga ‘merampas’ Facebook Page anda, kami tidak putus-putus turut menerima ancaman yang sama.

Ini salah satu contoh emel kejuruteraan sosial (Social Engineering) yang dihantar dengan sasaran untuk mengambil alih Facebook Page anda.

Kebiasaannya, mereka akan menghantar emel atau mesej yang berupa tawaran untuk membuat kolaborasi, dan membayar pemilik Facebook Page untuk tujuan pengiklanan.

Ini semua adalah satu penipuan.

Sebaik sahaja anda mula berkomunikasi dengan mereka, anda akan diberi panduan bagaimana caranya untuk memulakan ‘pengiklanan’, sebaliknya apa yang berlaku, Facebook Page anda akan digodam menggunakan Facebook Business Suite.

Kes terdekat yang boleh kita lihat ialah kes adik Amira Syahira, yang walaupun sudah berjaya untuk mendapat kembali akses ke Facebook Page, tetapi statusnya masih lagi sebagai ‘Editor ‘ sahaja. Pihak Facebook sendiri pun masih ‘pening’ dengan situasi ini.

Oleh itu, sila ambil serius modus operandi penggodaman Facebook Page (via Business Suite) ini ya.

Nasihat kami:

  1. Jangan percaya. Kalau benar BuzzFeed (contoh) ingin berkolaborasi dengan kami, takkan lah mereka hantar emel guna Gmail pula?
  2. Untuk urusan rasmi, emel dengan domain laman web mestilah digunakan oleh penghantar (contohnya admin@omghackers.com).
  3. Sekat emel tersebut dari terus membuat ‘follow up‘ kepada anda. War-warkan kepada kawan lain yang ada mengendalikan page supaya tidak terpedaya.
  4. Ingat gais, ‘Awareness is the key‘.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Opera Melancarkan Pelayar Web Gaming Pertama Dunia Untuk Platform Mobil

0

Korang gamer? Selalu guna Twitch? Nak kan pelayar web yang memenuhi keperluan korang selaku gamer?

Jangan serabut. Opera kini sudah ada pelayar web yang pastinya akan dapat memberikan apa yang korang mahu, terutamanya pada peranti telefon pintar.

Pelayar tersebut dipanggil sebagai Opera GX Mobile, dan ia terdapat untuk platform Android serta iOS.

Dengan Opera GX Mobile, pengguna akan mendapat navigasi tersuai bersama Fast Action Button (FAB) dan getaran dari haptic feedback. Terdapat pelbagai tema sesuai dengan warna ceria untuk para gamer, dari GX Classic, Ultra Violet, Purple Haze, dan pelbagai lagi.

Selain itu, ada juga GXCorner, iaitu bahagian yang menempatkan berbagai kemas kini dan berita berkaitan dengan permainan.

Pengguna boleh mendapatkan bermacam jenis tawaran dan pautan ke permainan yang dijual. Gamers tidak akan ketinggalan lagi untuk mengikuti perkembangan dunia permainan.

Kemudian, Opera GX Mobile mempunyai ciri ‘Flow‘, iaitu ciri yang membenarkan pengguna untuk menyelaraskan pelayar web di telefon dan desktop dengan hanya mengimbas kod QR yang dipaparkan pada pelayar desktop.

Flow juga membolehkan pengguna untuk menghantar fail, pautan, video YouTube, gambar, dan nota, serta akses kepadanya pada bila-bila masa di peranti yang sudah terhubung.

Seterusnya, ia sudah tersedia dengan penyekat iklan, dan VPN.

Muat turun:

Desktop

Android

iOS

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Zack Snyder’s Army Of The Dead (2021) (Rated R)

0

Pernah tengok zombi yang boleh mempertahankan diri ala capoeira? Atau zombi yang mempunyai sebuah kawasan pemerintahan berskala besar, beserta raja dan permaisuri?

Dalam pelbagai filem Korea, zombi digambarkan sebagai manusia yang bertukar menjadi makhluk ganas dan pantas. Dalam filem barat pula, zombi ialah makhluk yang ganas tetapi bergerak dengan perlahan. Manakala apa yang ditampilkan dalam filem Zack Snyder ini ialah gabungan antara kedua-duanya sekali.

Army of the Dead merupakan filem pertama Snyder yang ditayangkan bersama Netflix, dan merupakan filem bergenre ‘zombi’ yang dibuat selepas filem remake arahannya pada tahun 2004 iaitu Dawn of the Dead.

Dalam filem ini, kita melihat Batista/Dave Bautista membawa watak sebagai Scott Ward, seorang bekas tentera yang kembali ke alam ‘ketenteraan’ apabila direkrut untuk menjadi ketua kepada pasukan tentera upahan menuju ke Las Vegas.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang bernilai jutaan dolar bagi pihak Bly Tanaka (Hiroyuki Sanada) yang tersimpan di sana. Malangnya, bandar itu dipenuhi dengan zombi yang bukan sahaja ganas, malah berevolusi menjadi manusia atau makhluk separuh hidup, separuh mati yang mempunyai kecerdasan.

Apa yang menarik, zombi dalam filem ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Alpha, Shambler, dan zombi haiwan. Alpha boleh dikategorikan sebagai zombi yang berevolusi menjadi cerdik, dan mampu memerintah sebuah unit masyarakat mahupun ‘tenteranya’ sendiri.

Shambler pula ialah zombi tipikal, lembab, bodoh, dan lemah. Pun begitu, mereka masih memakan manusia biasa sebagai santapan hidangan makan malam. Selain itu, terdapat juga zombi haiwan yang diwakili oleh harimau dan kuda.

Jika anda berminat nak tonton, bolehlah ke pautan ini:

https://www.netflix.com/watch/81046394

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Botnet Simps Menyerang Pelbagai Peralatan Internet

0

Terdapat satu botnet yang baru dibangunkan, dinamakan sebagai ‘Simps‘, telah digunakan untuk membuat serangan DDoS terhadap permainan menggunakan not Internet of Things (IoT). Serangan dilancarkan oleh sebuah kumpulan penjenayah siber iaitu Keksec.

Menurut pasukan penyelidikan ancaman Uptycs, Simps pertama kali ditemui pada bulan April, selepas dilepaskan pada peranti IoT oleh botnet Gafgyt.

Gafgyt merupakan botnet berasaskan Linux. Ia menyasarkan peranti IoT yang rentan, contohnya router Huawei, Realtek, dan peranti ASUS, dan peranti tersebut digunakan untuk melancarkan serangan DDoS berskala besar lalu memuat turun pula ‘payloads‘ kepada mesin yang dijangkiti.

Pada serangan baru-baru ini, Gafgyt menjangkiti endpoint Realtek dan Linksys, dan seterusnya memuat turun Simps. Kemudian, Simps menggunakan modul Mirai dan Gafgyt untuk mendapatkan fungsi DDoS. Varian lain serangan tersebut menggunakan skrip shell untuk memuat turun Simps.

Skrip shell dan Gafgyt dapat melancarkan payloads Simps tahap berikutnya, kepada beberapa arkitektur berasaskan Linux menggunakan utiliti Wget.

Setelah binari Simps dijalankan, ia akan menempatkan satu fail log yang mencatat informasi bahawa peranti sasaran sudah dijangkiti, dan menyambung ke pelayan perintah-dan-kawalan (C2).

Log jangkitan tersebut mempunyai pelbagai persamaan yang membolehkan penyelidik mencari rujukan kepada keberadaan atau punca kewujudannya. Para penyelidik menemukan saluran YouTube yang dikendalikan oleh penulis Simps, dan padanya terdapat video demonstrasi fungsi botnet.

Mereka juga mempunyai pelayan Discord bagi mengadakan perbincangan mengenai perisian hasad.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Edge BETA Pada Linux Dilancarkan

0

Abam dah perkenalkan Edge, sebelum ia dibangunkan untuk Linux lagi. Sekarang, selain saluran Dev, Edge sudah mempunyai saluran Beta untuk Linux.

Kalau nak diikutkan, saluran Beta ialah versi yang lebih stabil dari saluran Dev. Tetapi setakat yang abam cuba, untuk Netflix sahaja, versi Beta mempunyai masalah untuk memainkan video, manakala versi Dev pula lancar sahaja.

Tetapi selain isu Netflix, tiada apa yang mengganggu kelancaran penggunaan pelayar web ini dalam Linux. Pemasangan terutamanya dalam Ubuntu, amatlah mudah sekali. Fail pemasangnya boleh dimuat turun di:

Microsoft Edge Insider

Selepas siap muat turun, klik dua kali pada fail. Sama sahaja cara pemasangannya seperti di Windows – klik dua kali pada fail .exe, dan dalam Ubuntu pada fail .deb.

Fungsi penyelarasan (sync) sudah pun dapat digunakan pada kedua-dua versi. Anda boleh selaraskan pelbagai perkara, dari kata laluan yang disimpan hinggalah kepada extension.

Selamat mencuba.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline