Utama Blog Laman 68

Shopee SPayLater: Kini Anda Boleh ‘Berhutang’ Dengan Shopee

0

Shopee SPayLater hanya diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja. Jangan terkejut sekiranya tiada pilihan tersebut dalam aplikasi anda.

SPayLater ialah perkhidmatan pembayaran oleh Shopee yang membenarkan pengguna untuk menyatukan pembelian di Shopee berdasarkan pembelian bulanan. Pengguna boleh membayar amaun terkumpul pada setiap hujung bulan.

Selain itu, pengguna juga boleh membayar amaun secara ansuran sama ada 2 bulan, 3 bulan, atau 6 bulan dengan sedikit bayaran pemprosesan (1.25%) ke atas amaun setiap bulan. Mereka yang layak ialah rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai MyKad yang sah.

Untuk kaedah pembelian melalui SPayLater, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

Shopee SPayLater FAQ

Pembayaran boleh dibuat menerusi medium ShopeePay, perbankan atas talian, atau pembayaran tunai di 7-Eleven.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Instagram Mengubahsuai Algoritma Selepas Dituduh Menapis Post Palestin

0

Instagram mengubah aplikasinya untuk menunjukkan lebih banyak siaran berita terkini dan tular selepas kakitangannya mengadu bahawa kandungan pro-Palestin tidak dilihat oleh pengguna semasa konflik di Gaza baru-baru ini.

Hingga kini, Instagram masih meletakkan prioriti kepada kandungan asli dalam ‘stories‘ yang dipaparkan di bahagian atas suapan pengguna berbanding kandungan yang dikongsi atau dipos semula dari orang lain.

Selepas ini Instagram akan menilai taraf kandungan asli dan pos semula sama rata, dalam satu langkah yang akan membantu siaran mengenai berita terkini untuk menemui khalayak penontonnya yang lebih luas.

Instagram mengatakan langkah itu bukanlah sebagai tindak balas untuk mengatasi masalah kandungan pro-Palestin, tetapi telah pun dipertimbangkan sebelum isu itu tercetus. Sekumpulan 50 orang pekerja di Facebook, iaitu pemilik Instagram, telah menimbulkan kebimbangan mengenai penindasan suara pro-Palestin, kata seorang pekerja yang terlibat.

Algoritma Facebook telah melabelkan kata-kata yang biasa digunakan oleh pengguna Palestin, seperti ‘syahid‘ dan ‘penentangan‘ sebagai hasutan terhadap keganasan dan menghapus catatan mengenai masjid al-Aqsa setelah tersalah mengaitkan lokasi ketiga paling suci dalam Islam dengan organisasi pengganas, menurut laporan media AS.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Melepaskan Windows Package Manager Ala Linux Terminal

0

Tak pasti nak menangis atau berasa gembira.

Windows ingin menjadi Linux? Bahkan pemasangan aplikasi juga sudah hampir menyamai sistem operasi ‘tiri’ kepada Windows 10 itu.

Windows Package Manager kini terdapat dalam Build 2021, dan Microsoft mengatakan lebih mudah untuk memasang perisian menggunakannya dalam Windows 10.

Huh. Really Microsoft?

Untuk mendapatkannya, anda memerlukan:

  1. Windows 10 versi 1709 (build 16299) ke atas.
  2. Anda pasang Windows 10 Insider.
  3. Atau anda menyertai Windows Package Manager Insider (klik pautan)

Nak memasang aplikasi pun mudah. Apa yang penting, jalankan PowerShell sebagai administrator terlebih dahulu. Salah satu baris perintah yang boleh digunakan ialah:
winget install <namapakejaplikasi>

Contoh:

winget install powertoys

Ok, ada peminat Linux di sini yang terasa nak ketawa beramai-ramai tak? Jom buat group wasap ‘Linux Ketawa Bersama’. Victory, yeay!

Rujuk Windows Command Line untuk tutorial pemasangan Windows Package Manager di SINI

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

AEW Dan WWE Mengembalikan Penonton Dengan Kapasiti Penuh

0

Tahukah anda, All Elite Wrestling (AEW) baru sahaja selesai acara mingguan iaitu Dynamite dengan kapasiti penuh penonton di Daily’s Place, Florida? Ya, kini syarikat gergasi gusti profesional, alternatif kepada WWE itu sudah pun kembali menerima penonton siaran langsung.

Di sana, tiada lagi had kepada kapasiti. Penonton boleh duduk bersama beramai-ramai. Ini bakal disusuli dengan acara pay-per-view utama AEW, iaitu Double or Nothing yang diadakan pada hari Ahad, 30 Mei di tempat yang sama (untuk yang tak tahu, Double or Nothing ni bolehlah kita samakan dengan Wrestlemania pada WWE – supaya mudah faham).

Double or Nothing 2021 juga akan mengembalikan penonton di semua tempat duduk yang ada. Ini amat berbeza dengan acara sebelumnya, yang hanya menerima kapasiti sebanyak 25% dengan penjarakan sosial.

Optimisme AEW boleh dikatakan agak tinggi, kerana rakyat dewasa di AS baru sahaja mencecah jumlah sebanyak 51% untuk mereka yang sudah selesai menerima vaksin penuh, manakala jumlah kes pula baru menurun sebanyak 35%.

Selain AEW, WWE juga mengatakan mereka akan kembali dengan ‘roud tours‘ dan menerima penonton siaran langsung – juga kapasiti penuh. Ini bererti era Thunderdome akan berakhir, dan tempat yang biasanya dipenuhi dengan skrin, akan mula dipenuhi oleh manusia semula.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Konsep Kabin Pesawat Dua Tingkat

0

Katil dua tingkat tidak asing lagi kepada kita. Ada yang mengenali katil dari jenis ini apabila duduk di asrama.

Pun begitu, bagaimana jika konsep yang sama diaplikasikan kepada tempat duduk dalam pesawat?

Pereka tempat duduk pesawat telah lama mengimpikan konsep kabin ekonomi yang inovatif, dalam mencari keseimbangan yang ideal antara menempatkan sebanyak mungkin penumpang, dan menjaga pengalaman yang menyenangkan untuk semua.

Konsep tempat duduk dua tingkat telah dibawakan dalam Crystal Cabin Awards.

Crystal Cabin Awards adalah pertandingan tahunan yang mempamerkan inovasi kabin kapal terbang yang terbaik, dan paling aneh – dan salah satu calon dalam senarai pendek ‘Judge’s Choice‘ tahun ini pastinya menarik perhatian ramai orang.

Projek ‘Chaise Longue Economy Seat‘ mencadangkan susunan tempat duduk bertingkat yang akan menyaksikan barisan gantian dinaikkan ke atas untuk membolehkan penumpang ekonomi menikmati tempat duduk berbaring, dan ruang bebas untuk kaki, yang biasanya disediakan untuk mereka yang membeli tiket kelas pertama.

Reka bentuk radikal tersebut berasal dari idea Alejandro Núñez Vicente, seorang pelajar reka bentuk Sepanyol berusia 21 tahun di TU Delft University, Belanda.

Bosan dengan kekurangan ruang bebas untuk kaki, Núñez Vicente menyedari dengan mengangkat barisan tempat duduk di depan akan menyelesaikan masalah ini.

Reka bentuknya mengenepikan ruang bagasi di atas, memungkinkan lebih banyak ruang di kabin untuk tempat duduk di tingkat lebih tinggi. Sebaliknya, bagasi disimpan di ruangan bawah tempat duduk.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Rakuncak Quiz Bot: Uji Minda Di Group WhatsApp Anda

0

Anda serabut, tak tahu nak buat apa di waktu ‘lockdown’ ini? Apa kata anda add bot kuiz Rakuncak ke dalam group WhatsApp anda.

Rakuncak Quiz Bot, seperti namanya, akan memberikan anda dan rakan soalan-soalan trivia kuiz yang dapat merancakkan lagi group anda. Kalau agak dah nampak group sunyi, macam tiada ‘bunyi’, bolehlah tambahkan Rakuncak sebagai peneman kesunyian.

Ini nombornya: +601156268334

Arahan untuk mengaktifkan, atau menghentikan Rakuncak juga mudah.

/start – untuk memulakan sesi kuiz.

/hint – untuk mendapatkan klu berkaitan soalan yang diajukan.

/next – untuk mendapatkan soalan seterusnya.

/scores – untuk mengetahui skor/markah semasa setiap pemain.

/stop – untuk menghentikan sesi kuiz.

Selamat bermain gaisss.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Forgotten (2017): Naskhah Thriller Yang ‘Berseni’

0

Filem Korea semakin lama semakin menuju ke hadapan, terutamanya dalam genre thriller. Forgotten ialah salah satu dari filem yang sangat patut ditonton ketika ini.

Boleh bayangkan tak, apabila suatu hati anda pulang ke rumah bersama ahli keluarga, tetapi segalanya menjadi semakin aneh dan tidak normal. Ahli keluarga yang anda kenal selama ini, berkelakuan seakan.. pelik, seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

Itulah dia tema filem Forgotten. Menceritakan watak Jin-Seok yang berpindah ke rumah baru bersama abangnya, Yoo Seok, dan juga ibu bapa mereka. Jin-Seok mengidap penyakit hipersensitiviti, dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupan.

Tetapi pada suatu malam dengan hujan yang lebat, Jin-Seok menyaksikan sendiri bagaimana abangnya diculik oleh sekumpulan lelaki dan ditarik masuk ke dalam sebuah van. Selepas berlalu 19 hari dari tarikh kejadian, Yoo-Seok pulang ke rumah seperti tiada apa yang berlaku.

Pun begitu, Yoo-Seok tidak pulang sebagai ‘abangnya’ yang normal. Terdapat perubahan terutamanya dari segi fizikal yang menyebabkan Jin-Seok mula mempersoal, siapakah sebenarnya yang telah pulang ke rumah.

Tambah meruncingkan keadaan, sebuah bilik dalam rumahnya yang menempatkan barang-barang lama kepunyaan pemilik rumah sebelumnya mula mengeluarkan bunyi-bunyi, walaupun bilik tersebut kosong, tidak dihuni oleh sesiapa.

Serius, anda kena tonton filem ini sehingga ke penghujungnya. Ia mendebarkan, dan akan memberi satu konklusi yang padat di akhir cerita.

 

Tonton Forgotten di pautan: NetFlix

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Walmart Onn Android TV Box

0

Beberapa informasi bocor telah berlegar di web selama beberapa bulan lalu mengenai kotak TV Android berjenama ‘Onn‘ yang akan datang dikeluarkan oleh Walmart.

Kini AFTVNews berjaya menggunakan peranti yang belum dipasarkan itu, dengan memaparkan perkakasan fizikal secara terperinci, termasuk pembungkusan runcitnya.

Ia merupakan antara kotak TV Android termurah di pasaran, dengan tanda harga $29.88 (lebih kurang RM123.69).

Ia menggunakan chipset Amlogic S905Y2, 2GB RAM, 8GB ROM, dan akan dilengkapi dengan Android 10. Android TV UI yang digunakan selepas kemas kini ialah ‘Discover‘, yang bukan lagi UI lama.

Ia masih belum boleh dibeli buat masa ini, tetapi sesiapa yang berminat untuk memilikinya nanti bolehlah bookmark pautan ini dulu: WalMart

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

WhatsApp Menyaman Kerajaan India

0

WhatsApp hampir saja mengucapkan, “India, I don’t feel so good” apabila India mengemukakan petisyen terhadap WhatsApp untuk menyekat dasar privasi baharunya.

Belum pun isu tersebut selesai, kini syarikat milik Facebook itu cuba menggunakan Uno Reverse Card apabila mereka menyaman kerajaan India pula ke atas undang-undang/peraturan baru yang dikatakan ‘sangat mengancam privasi‘ pengguna dan menyebabkan kompromi terhadap enkripsi hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).

Huh?

Undang-undang atau peraturan yang ingin disekat oleh WhatsApp itu diperkenalkan pada bulan Februari lalu dan juga berkaitan dengan perantara media sosial signifikan yang lain seperti Twitter, Instagram, dan YouTube.

WhatsApp secara khusus menyuarakan keprihatinannya untuk tidak membantu pemerintah mengesan ‘pencetus maklumat pertama’ apabila pihak berkuasa mengkehendakinya.

Walaupun undang-undang baru berkenaan hanya menghendaki WhatsApp untuk mendedahkan orang yang dipercayai dituduh melakukan kesalahan, mereka mengatakan bahawa secara praktikalnya ia tidak dapat dilakukan.

Kenapa?

Kerana WhatsApp mengatakan bahawa kerana mesej dienkripsi dari hujung-ke-hujung, maka aplikasi itu harus memecahkan enkripsi untuk penerima mesej dan juga penghantarnya untuk mematuhi undang-undang baru tersebut.

Pendirian WhatsApp disokong oleh beberapa syarikat teknologi terkenal dan kumpulan hak digital seperti Mozilla, Internet Society, Stanford Internet Observatory, dan Center for Democracy and Technology.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Polisi Baru WhatsApp ‘Digantung’

0

WhatsApp sudah tidak asing lagi dengan kontroversi. Sejak dibeli oleh Facebook dengan nilai $19 billion (lebih kurang RM78.6 billion), WhatsApp mengalami perubahan demi perubahan.

Ya, ia masih mengekalkan tahap enkripsi yang sama, tetapi ada bahagian perbualan yang kini dikongsi bersama Facebook.

Privasi jatuh nombor dua, dan bisnes jadi nombor satu.

Semalam wakil WhatsApp memberitahu LiveMint, bahawa syarikat itu akan menarik balik pendiriannya, dan tidak akan menghadkan ciri untuk pengguna yang menolak dari bersetuju dengan polisi privasi baharu.

Ia seiring dengan respons langsung kepada surat dari anggota Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat kerajaan India.

Meskipun begitu, ini bukanlah satu bentuk keputusan akhir. Syarikat itu memberitahu media bahawa pihaknya telah memberi respons kepada arahan kerajaan yang diterima pada 18 Mei – meminta agar polisi baharu yang kontroversial itu ditarik balik.

Namun, ia mengatakan akan terus mengingatkan pengguna tentang polisi tersebut sekurang-kurangnya sehingga Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (PDP) India yang akan datang berkuatkuasa.

Polisi tersebut sudah pun berkuatkuasa, namun WhatsApp masih belum melakukan apa-apa tindakan terhadap pengguna yang enggan menerimanya. Ada baiknya juga pada ketika ini, semua orang mencuba alternatif sedia ada seperti Signal, Telegram, mahupun BiP.

Anda sudah tekan ‘Agree’?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline