WhatsApp Menyaman Kerajaan India

WhatsApp hampir saja mengucapkan, “India, I don’t feel so good” apabila India mengemukakan petisyen terhadap WhatsApp untuk menyekat dasar privasi baharunya.

Belum pun isu tersebut selesai, kini syarikat milik Facebook itu cuba menggunakan Uno Reverse Card apabila mereka menyaman kerajaan India pula ke atas undang-undang/peraturan baru yang dikatakan ‘sangat mengancam privasi‘ pengguna dan menyebabkan kompromi terhadap enkripsi hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).

Huh?

Undang-undang atau peraturan yang ingin disekat oleh WhatsApp itu diperkenalkan pada bulan Februari lalu dan juga berkaitan dengan perantara media sosial signifikan yang lain seperti Twitter, Instagram, dan YouTube.

WhatsApp secara khusus menyuarakan keprihatinannya untuk tidak membantu pemerintah mengesan ‘pencetus maklumat pertama’ apabila pihak berkuasa mengkehendakinya.

Walaupun undang-undang baru berkenaan hanya menghendaki WhatsApp untuk mendedahkan orang yang dipercayai dituduh melakukan kesalahan, mereka mengatakan bahawa secara praktikalnya ia tidak dapat dilakukan.

Kenapa?

Kerana WhatsApp mengatakan bahawa kerana mesej dienkripsi dari hujung-ke-hujung, maka aplikasi itu harus memecahkan enkripsi untuk penerima mesej dan juga penghantarnya untuk mematuhi undang-undang baru tersebut.

Pendirian WhatsApp disokong oleh beberapa syarikat teknologi terkenal dan kumpulan hak digital seperti Mozilla, Internet Society, Stanford Internet Observatory, dan Center for Democracy and Technology.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x