Instagram Mengubahsuai Algoritma Selepas Dituduh Menapis Post Palestin

Instagram mengubah aplikasinya untuk menunjukkan lebih banyak siaran berita terkini dan tular selepas kakitangannya mengadu bahawa kandungan pro-Palestin tidak dilihat oleh pengguna semasa konflik di Gaza baru-baru ini.

Hingga kini, Instagram masih meletakkan prioriti kepada kandungan asli dalam ‘stories‘ yang dipaparkan di bahagian atas suapan pengguna berbanding kandungan yang dikongsi atau dipos semula dari orang lain.

Selepas ini Instagram akan menilai taraf kandungan asli dan pos semula sama rata, dalam satu langkah yang akan membantu siaran mengenai berita terkini untuk menemui khalayak penontonnya yang lebih luas.

Instagram mengatakan langkah itu bukanlah sebagai tindak balas untuk mengatasi masalah kandungan pro-Palestin, tetapi telah pun dipertimbangkan sebelum isu itu tercetus. Sekumpulan 50 orang pekerja di Facebook, iaitu pemilik Instagram, telah menimbulkan kebimbangan mengenai penindasan suara pro-Palestin, kata seorang pekerja yang terlibat.

Algoritma Facebook telah melabelkan kata-kata yang biasa digunakan oleh pengguna Palestin, seperti ‘syahid‘ dan ‘penentangan‘ sebagai hasutan terhadap keganasan dan menghapus catatan mengenai masjid al-Aqsa setelah tersalah mengaitkan lokasi ketiga paling suci dalam Islam dengan organisasi pengganas, menurut laporan media AS.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x