Google Photos: Alternatif Atau Kekal?

Selepas bertahun lamanya Google menawarkan storan percuma pada Google Photos, bulan depan segalanya akan berubah. Setiap perkara yang baik pasti berakhir jua. Sandaran media akan mula dikira kepada had storan akaun iaitu sebanyak 15GB. Tak cukup? Anda boleh tambah melalui langganan storan Google One.

Di satu sudut, kita ada beberapa alternatif. Contohnya Amazon Photos. Kemudian, ada juga perkhidmatan lain, seperti Microsoft OneDrive.

Amazon Photos mungkin antara pilihan terbaik sekiranya anda memang merupakan pelanggan Amazon Prime. Tetapi untuk mendapatkan storan ekstra bagi sandaran video, anda perlu membayar lebih.

OneDrive pula agak beruntung jika anda pelanggan Office 365, apabila Microsoft menyediakan ruang storan sebanyak 1TB. Tetapi berbeza dengan Photos, mana-mana gambar yang disimpan di sini akan berada dalam pengurus fail OneDrive, dan bukan aplikasi galeri.

Pendek kata, dalam pelbagai produk ditawarkan oleh Google, Photos adalah antara produk yang benar-benar dicipta oleh manusia untuk manusia. Tambahan pula, ia diintegrasikan ke dalam ekosistem Google dengan baik sekali, tanpa perlu pengguna mengubahsuai bermacam pilihan tetapan.

Berapa kos langganannya?

Anda boleh terus kekal menggunakan storan percuma sebanyak 15GB, atau bayar sebanyak RM84.99 untuk 100GB/tahun, RM119.99 untuk 200GB/tahun, atau RM429.99 untuk 2TB/tahun.

Era storan tanpa had Google mungkin sudah berakhir, tetapi Google Photos tetap dapat dinikmati terutamanya buat mereka yang amat gemar mengambil dan menyimpan gambar.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x