Peranti Xiaomi Bakal Menyokong Pengecasan Selari

Pengecasan selari (parallel) ialah teknologi yang sedang dikaji dan dibangunkan oleh Xiaomi. Telefon pintar syarikat ini yang akan datang, bakal menyokong pengecasan selari, sekaligus membolehkan peranti itu dicas sehingga 200W pada satu-satu masa.

Maklumat ini datang dari tipster Digital Chat Station, yang menyatakan bahawa Xiaomi sedang mengusahakan teknologi pengecasan selari, yang membolehkan kuasa dibekalkan kepada dua bateri secara serentak.

Teknologi ini mungkin akan berhasil kerana ia memerlukan konfigurasi dua sel, dan bateri pada telefon pintar Xiaomi sudah pun menyokong ciri tersebut. Ia memerlukan pengawal bateri untuk mengimbangkan voltan dan arus antara semua litar secara berterusan.

Pengecasan selari menyasarkan untuk melipat ganda kelajuan pengecasan, dan teknologi sedia ada sudah mencapai kelajuan sebanyak 120W. Oleh yang demikian, sasaran 200W ialah yang terhampir boleh diusahakan oleh Xiaomi.

Model Mi 10 Ultra yang menyokong kelajuan pengecasan 120W dapat dicas dalam tempoh 23-24 minit dari 0 hingga 100%. Jika 200W menjadi kenyataan, mungkin kita hanya perlukan 13-15 minit sahaja nanti.

Cas telefon – masuk bilik air – mandi – keluar bilik air – tadaaa. Dah siap cas.
Harapnya penyesuai pengecasan diberikan sekali dalam kotak.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x