More

    Double Encryption Ransomware

    Ini adalah zamannya di mana anda tidak boleh lagi mengabaikan kemas kini sistem operasi. 2021 bukan zaman Windows 7. Buang jauh-jauh mentaliti ‘tak perlu kemas kini’ itu, di samping melengkapkan sistem operasi bersama antivirus terbaik.

    Ini kerana setiap kemas kini sistem operasi adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan antivirus pilihan anda (they compliment each other kata orang Bota Kiri).
    Zaman sekarang ialah era ransomware. Pelbagai implikasi telah pun terjadi, dan contoh terbaru yang boleh dilihat ialah insiden Colinial Pipeline yang menyebabkan pembekalan gas terjejas di AS sehingga memungkinkan harganya meningkat naik dengan lebih tinggi.

    Kumpulan penggodam yang mengendalikan ransomware sering mengambil pendekatan baru. Sebagai contoh, apabila mangsa membayar wang tebusan dan kembali kepada perniagaan mereka seperti sediakala, mereka akan menghantar semula ransomware yang sama.

    Selain itu, peras ugut selalu digunakan, yang sekiranya mangsa tidak membayar tebusan, mereka mengancam untuk membocorkan data yang dicuri ke laman-laman tertentu. Tetapi itu masih ‘biasa’.

    Pendekatan terbaru yang digunakan ialah para penggodam ini akan melakukan enkripsi/penyulitan ke data mangsa sebanyak dua kali. Ini bererti mereka menghantar dua lapisan ransomware yang bertindih antara satu dengan yang lain.

    Dalam pendekatan ini, mangsa hanya berdepan dengan penyerang tunggal, tetapi menggunakan dua jenis ransomware. Apabila mangsa ‘berjaya’ menyahsulit data, mereka akan mendapati bahawa data berkenaan tidak dinyahsulit sama sekali.

    Sesetengah mangsa mendapat dua wang tebusan sekaligus yang bermaksud penggodam ingin mangsa mereka tahu mengenai serangan penyulitan dua kali. Dalam sesetengah kes lain pula, mangsa hanya melihat satu nota tebusan dan hanya mengetahui tentang lapisan penyulitan kedua setelah mereka membayar untuk menghilangkan yang pertama.

    Nasihat kami, selain sentiasa pastikan sistem operasi ‘segar’ dengan kemas kini baru, antivirus juga berada dalam keadaan optimum, sila lakukan juga salinan sandaran kepada fail-fail anda yang penting dan kritikal!

    Manfaatkan Microsoft OneDrive atau lain-lain storan awan untuk tujuan penyimpanan dan sandaran. Kalau tak tahu guna, belajar. Tiada alasan lagi untuk mengatakan ‘tidak tahu’.

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: