Utama Blog Laman 61

Tamatlah Sudah Riwayat Pixel 3 dan Pixel 3 XL

0

Hari ini, peranti daripada Google, Pixel 3 dan Pixel 3 XL secara rasminya diisytiharkan sebagai End-of-life atau EOL. Ini bermakna, Pixel 3 dan Pixel 3 XL tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini daripada Google.

Google menjanjikan kemaskini perisian selama 3 tahun untuk siri Pixel mereka dan hari ini genaplah sudah 3 tahun usia Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Imbas kembali, Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikuasai oleh pemproses Snapdragon 845 dengan kamera utama 12MP.

Menambahkan lagi derita pemilik Pixel 3 dan Pixel 3 XL, peranti ini dikatakan mula rosak atau “hard brick” secara tiba-tiba tanpa amaran sejak beberapa bulan yang lalu. Peranti mereka akan terpadam dan tersangkut pada Qualcomm Emergency Download Mode (EDL).

Tidak dapat dipastikan puncanya, namun ramai berpendapat ia diakibatkan oleh kemaskini keselamatan terbaru Google. Ini adalah isu yang sama yang pernah terjadi pada peranti LG seperti LG V10, V20 dan V30.

Apa pun, Pixel 3 dan Pixel 3 XL juga telah EOL dan kita tidak boleh berharap Google akan membaiki isu hard brick ini dengan kemaskini baru. Nampaknya pengguna harus memilih untuk menggunakan custom ROM atau tidak kemaskini langsung untuk terus menggunakan peranti mereka.

Saya sendiri menggunakan custom ROM PixelDust. Tetapi, dengan ketiadaan TWRP untuk Android 11,masalah bootloop setiap kali kemaskini secara sideload, panas melampau dan bateri yang tidak tahan lama, saya pencenkan sahaja Pixel 3 ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

5G Di Malaysia: Apalah Yang Akan Berubah?

0
Gambar dari: CGTN.

Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Seringkali, saya mengambil pendekatan bersikap optimis untuk segala sesuatu. Satu masa dulu ada kawan pernah beritahu tidak mungkin akan wujud bateri telefon pintar melebihi 3000mAh, dan kini terbukti telahannya itu salah sama sekali.

Tapi sikap optimis agak sukar diaplikasikan kepada telco di Malaysia, tambahan lagi dengan perancangan untuk menyebarluaskan lagi rangkaian 5G.

5G dapat dirasakan – untuk tidak mengubah apa-apa masalah internet di Malaysia.

Kenapa?

Cuba kita teliti kembali isu sedia ada yang masih menghantui kita. Rangkaian 3G dan 4G di Malaysia ini amatlah lemah dan kelajuan pula tidak konsisten. Pada waktu kerajaan mengumumkan penghapusan 3G di akhir tahun ini, ia dirasai seakan satu angan-angan Mat Jenin sahaja.

Bagaimana nak hapus dan ganti dengan 4G, sedangkan 4G pun masih terkial-kial memenuhi kawasan bandar. Kampung jangan dikenanglah. Nak pakai fiber? Plan mahal. Terpaksa pakai fiber? Port pula tiada. Berebut port dengan jiran, sampai terpaksa menunggu jiran tersebut pindah, tamatkan kontrak dengan syarikat penyedia perkhidmatan internet, atau secara tiba-tiba meninggal dunia.

Malaysia masih dipenuhi syarikat-syarikat yang memonolopi setiap niche bidang. Tiada persaingan sihat yang mampu mewujudkan fasiliti internet yang adil lagi menyenangkan pengguna. Dari dulu hingga kini, isu monopoli menyakitkan poket pengguna, dan memenuhkan perut CEO. Perkara sama akan terjadi kepada 5G.

Setakat ini hanya ada satu penyedia perkhidmatan untuk 5G tidak kiralah dari telco mana anda melanggan plan, iaitu Digital Nasional Berhad (DNB) – ini adalah satu bentuk monopoli, dan ia akan menyakitkan semua pihak yang bukan tergolong dalam golongan pemilik syarikat.

Tidak lupa juga bila kita sebutkan tentang harga, anda rasa apakah dia kos yang akan anda bayar untuk plan disertakan dengan 5G nanti? Jika dulu plan bersama 4G mahal, dan sekarang pun masih mahal, apakah anda rasa ada kemungkinan kos langganan untuk 5G menjadi murah pula?

Setakat ini, plan data tanpa had paling murah datang dari unifi iaitu unifi Air (RM79). Manakala telco lain pula ada yang menawarkan plan data tanpa had beserta dengan (dipercayai) kuota tersembunyi seperti Digi (RM150 – 1TB data) dan Maxis (RM98 – 300GB data).

Murah ke plan di atas tuan-tuan dan puan-puan? Tak murah bukan? Oleh itu, anda boleh buat telahan sendirilah, akan harga langganan plan 5G nanti.

Sedikit fakta menarik untuk difikirkan bersama, tahukah anda, kelajuan standard global untuk 4G ialah 100Mbps?

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, iaitu sebuah organisasi penetapan piawaian wayarles global, memutuskan pada November 2010 bahawa 𝟒𝐆 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐫𝐢𝐟𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝟏𝟎𝟎 𝐦𝐞𝐠𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐚𝐭 (𝐌𝐛𝐩𝐬).

Berapa banyak telco di Malaysia yang telah pun berjaya menawarkan kelajuan standard global ini?

Tepuk dada dahi, tanya selera speed test.

Secara konklusi, tiada apa yang akan berubah tentang internet di Malaysia ketika waktu 5G sudah tiba.

Pada waktu ini pun, ada lagi telco yang masih tersiput-siput memperbaiki masalah rangkaian sehingga mengambil masa yang lama.

Ini memaksa pengguna untuk bersedia dengan kad sim sandaran dari telco lain, yang secara tidak langsung menambah beban untuk bayaran langganan plan berbeza.

Di akhirnya, pengguna juga yang menanggung kos untuk sekadar menyambung hidup bersama perkhidmatan internet di Malaysia.

*Gambar muka depan dari: Mashable SEA.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Buds Z, Dapat Kalahkan AirPods Pro? Betul atau Auta?

0

Bila sebut pasal TWS, terdapat pelbagai TWS yang murah dan mahal. Ada yang murah, tapi tak kena pula dengan citarasa manakala ada yang mahal, tapi bajet pulak menjadi halangan.

Bila jumpa TWS yang kena dengan citarasa, masalah lain pulak timbul. Adakah ia berfungsi macam biasa? Adakah ia bergantung pada perisian? Ada kemaskini firmware ka? dan sebagainya.

Nota: Ulasan ni merupakan pendapat peribadi kami dan mungkin/akan bercanggah dengan pendapat orang lain.

Terima kasih kepada pihak OnePlus Global Official Store kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai OnePlus Buds Z ini.

OnePlus Buds Z, merupakan TWS OnePlus yang ke-2 selepas OnePlus Buds yang keluar sekali dengan pelancaran OnePlus Nord pada tahun lepas.

Bagi yang baru kenal OnePlus, produk OnePlus amat mementingkan keluarga mereka sendiri. Sebagai contoh, pengecasan pantas bagi telefon OnePlus jika pakai pengecas OnePlus lagi cepat jika berbanding dengan pengecas lain.

Adakah OnePlus Buds Z sama?

Sebelum kami meneruskan ulasan kami, sila tengok video buka kotak kat bawah ni

Ini spesifikasi OnePlus Buds Z

Model E502A
Warna Putih / Edisi Steven Harrington
Ukuran Earbuds: 37.98mm*23.35mm

Sarung pengecas: 75mm*35.9mm*29.05mm

Berat Earbuds: 4.35g

Sarung pengecas: 40 g

Drivers 10mm dynamic
Sensitiviti Driver 97dB ± 3dB @ 1KHz
Peluh dan Tahan Air IP55
Versi Bluetooth 5.0
Jarak Wayarles 10 meter
Antaramuka pengecas Berwayar, USB Type-C (untuk sarung pengecas)
Ketahanan Penggunaan Hampir 5 jam (muzik)

Hampir 3 jam (panggilan telefon)

Hampir 20 jam (gabung)

Pengecas Pantas 10 minitbagi 3 jam (sarung pengecas + earbuds)
Kapasiti Bateri Per earbud: 40mAh

Sarung pengecas: 450mAh

Dalam Kotak OnePlus Buds Z earbuds

Sarung Pengecas OnePlus Buds Z

Buku panduan

Eartips silicon (S, M, L)

Kad jaminan dan keselamatan

Kabel pengecas USB Type-C


Sebelum tu kami lebih fokus pada OnePlus Buds Z, hanya beberapa bahagian akan sentuh sedikit perbandingan dengan AirPods Pro.

Serta ulasan ni dibuat setelah 2 minggu pakai OnePlus Buds Z, termasuk semasa memandu. (tak elok pakai semasa memandu, kecuali pakai sebelah ok kot. eh)

Rekabentuk
Untuk mengelak sebarang risiko, OnePlus memutuskan ambil rekabentuk seperti model lama yang mana mirip dengan AirPods Pro. Rekabentuk kali ni memudahkan pasang/cabut ketika pakai/buka kerana ada eartips silikon membantu ia duduk diam dekat telinga.

Memandangkan ia ada batang, jadi jika buka topeng muka boleh tercabut

OnePlus Buds Z juga mempunyai IP55, jadi jika pakai semasa bersenam ka, berlari dalam hujan renyai ketika dengar lagu sedih tidak menjadi masalah tapi tidak disarankan buat begitu.

Sebab dah hujan, balik rumah atau cari tempat berteduh lah. Dah kenapa nak main hujan.

Fungsi
OnePlus Buds Z mempunyai fungsi kawalan audio iaitu tap dua kali dekat bahagian bulat warna kelabu. Ampa boleh tap dua kali sama ada nak play/pause atau next/previous.

Fungsi tap dua kali dekat earbuds agak menjengkelkan kerana memberi getaran pada telinga

Malang bagi pengguna iOS, ampa wajib sambungkan OnePlus Buds Z ni dahulu dengan telefon Android untuk ubah tetapan OnePlus Buds Z dekat aplikasi OnePlus Buds. Jika ampa tak guna telefon OnePlus, ampa boleh sedut aplikasi ini untuk ubah tetapan Buds Z (HeyMelody).

Ampa juga boleh kemaskini firmware OnePlus Buds Z pada kedua-dua aplikasi tersebut.

Nota: OnePlus 6 Avengers kami dah mati, mujur ada Redmi S2 untuk tetapan dan kemaskini firmware Buds Z untuk disambung pada iPhone 11 Pro Max.

Bukan itu sahaja, terdapat sokongan Dolby Atmos tapi sayang hanya untuk OnePlus 7 dan ke atas sahaja.

Sambungan Bluetooth
OnePlus Buds Z ni sentiasa bersambung dengan iPhone 11 Pro Max kami dan jika pasang dekat komputer. (namun kadang-kadang ia alami masalah bunyi terputus)

Bagi yang pakai OnePlus 7 dan ke atas dapat menikmati Dolby Atmos

OnePlus Buds Z mempunyai Bluetooth 5.0 serta menyokong kedua-dua codec, iaitu SBC dan AAC. Kami syukur sebab ada sokongan AAC kerana telefon OnePlus kami dah mati, jadi sambung dekat iPhone untuk menguji OnePlus Buds Z.

Serta OnePlus Buds Z mempunyai fungsi play/pause dan pakai/tanggal earbuds secara automatik serta sambungan ke telefon secara automatik. Bukan dekat telefon sahaja, dekat komputer pun sama.

Ketahanan Bateri
Seperti mana OnePlus bagitau ketahanan hampir 5 jam jika dengar muzik, kelihatan agak benar. Kami dapat hampir 5jam dengar lagu dekat Apple Music dan panggilan (mesyuarat dalam Microsoft Teams).

Dekat iOS hanya nampak status bateri earbuds sahaja manakala sarung pengecas tidak

Kami taktau bateri sarung pengecas tinggal berapa melainkan tunggu lampu penunjuk keluar warna merah atau sambung dekat Redmi S2 untuk tengok dekat aplikasi HeyMelody.

Terima kasih pengecasan pantas, tak perlu tunggu lama cas dia

Cas OnePlus Buds Z ni betul-betul laju, tak perlu tunggu lama. Kami guna 2 kaedah cas, satu pakai extension USB (macam gambar atas) satu lagi cas dekat komputer. (Mujur hang ada USB Type-A)

Tapi kami sentiasa cas pada waktu malam dan dekat tempat kerja akan cas dengan USB komputer sebab taktau bateri sarung pengecas ada berapa. Serta bagi yang lepas guna letak dalam sarung pengecas, takda hal lah.

Bunyi
Secara jujurnya, kali pertama kami pakai OnePlus Buds Z ni, terus jatuh cinta pandang pertama pada bunyi bass dia kerana AirPods Pro agak lemah bass dia, kecuali guna EQ dekat Spotify.

Apple Music dan Spotify dengan OnePlus Buds Z, tahap kelantangan bukan 80% sebab masa ni gambar lama. heh

Untuk menguji lebih adil, kami pilih Apple Music untuk perbandingan antara AirPods Pro dan OnePlus Buds Z dan EQ pada aplikasi tersebut ialah Late Night pada kelantangan 80%, boleh tahan kuat. (kami suruh Siri buat. hahaha)

Nota: Hasil keputusan kat bawah bergantung pada aplikasi dan lagu yang dipilih. Keputusan boleh berubah jika aplikasi dan lagu yang berbeza.

Eartips silikon OnePlus Buds Z kami tukar pakai yang AWEI X680BL, kononnya nak lagi selesa

OnePlus Buds Z menang dekat Bass. Mid dan Treble boleh tahan. Suara, drum dan paling penting gitar tidak terlindung disebalik bass dan drum.
OnePlus Buds Z kalah dekat bass, tapi mid dan treble dia cemerlang.

Mikrofon
Kualiti mikrofon OnePlus Buds Z ni boleh tahan la sebab terdapat bunyi bising dibelakang boleh dengar ketika bercakap. Tapi pihak yang dengar suara kita ok takda masalah.

Latensi ultra rendah dalam permainan, betoi ka ni?
Kami kalau main permainan mobil, memang tak percaya sangat dengan TWS. Kami lebih percaya pada berwayar kerana takda masalah latensi dan mana ada bateri.

Kami uji OnePlus Buds Z dekat PUBG Mobile. Terkejut takda masalah latensi

Sejak ada PC, kami dah tinggal dunia permainan mobil. Tapi untuk uji OnePlus Buds Z ni, kena pasang balik lah. Fuh banyak benda baru dalam PUBG Mobile.

Nak masuk Training Room tak lepas sebab ada masalah nak sedut ‘fail permainan yang banyak’, jadi kami pun masuk berperang. Bunyi tapak kaki, tembakkan, letupan dan bunyi lain agak jelas dengar dan tak delay langsung.

Rancang nak uji sat ja, tapi berakhir dengan main 2 perlawanan.

Nota: AirPods Pro memang kami tak guna main permainan mobil. Jadi takda perbandingan dengan OnePlus Buds Z.

Bagus Tak bagus
✔️ Mampu milik ❌ Hanya SBC/AAC, tiada aptX
✔️ Selesa ❌ Fungsi app terhad (tiada aplikasi untuk iOS)
✔️ Pengecasan pantas
✔️ IP55
✔️ Play/pause dan pakai/tanggal earbuds secara automatik
✔️ Bluetooth 5.0
✔️ Dolby Atmos (terhad)


Berbaloi ka beli OnePlus Buds Z?

Jika nak cari TWS mampu milik yang latensi ultra rendah, ada sokongan SBC/AAC, fungsi sambungan/main automatik, IP55 dan pengecasan pantas, OnePlus Buds Z lah pilihan yang tepat.

Jika berkenan, sila klik pautan bawah untuk mulakan pembelian, harga dia RM138.45 (boleh tambah case sekali tau)
OnePlus Buds Z (potong harga 35% semasa artikel ini ditulis)

Sampai kat sini sahaja kami membuat ulasan mengenai OnePlus Buds Z dan terima kasih sekali lagi pada OnePlus Global Official Store kerana sudi memberi peluang untuk berkolaborasi.

Jumpa lagi pada ulasan yang akan datang. Jaga diri dan kesihatan!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Akaun YouTuber Dirampas, Diambil Alih Menggunakan Malware Pencuri Kuki

0

Google mengatakan bahawa akaun pencipta kandungan di YouTube telah disasarkan oleh sejenis malware yang mencuri kata laluan. Serangan ini dijalankan oleh beberapa pelaku ancaman yang bermotivasikan kewangan.

Penyelidik Kumpulan Analisis Ancaman Google (TAG), yang pertama kali melihat kempen ini pada akhir 2019, mendapati bahawa beberapa penggodam yang telah direkrut melalui iklan pekerjaan di sebuah forum berbahasa Rusia berada di belakang serangan ini.

Pelaku ancaman itu menggunakan kejuruteraan sosial (melalui halaman arahan perisian palsu dan akaun media sosial) dan e-mel phishing untuk menjangkiti pencipta kandungan di YouTube dengan perisian hasad pencuri maklumat.

Antara contoh kerja yang ditawarkan dalam forum.

Perisian hasad yang diperhatikan dalam serangan itu merangkumi rantaian komoditi seperti RedLine, Vidar, Predator The Thief, Nexus stealer, Azorult, Raccoon, Grand Stealer, Vikro Stealer, Masad, dan Kantal, serta sumber terbuka seperti AdamantiumThief dan alat penggodaman yang telah bocor seperti Sorano.

Setelah dihantar pada sistem sasaran, malware itu digunakan untuk mencuri bukti kelayakan dan kuki pelayar web mereka yang membolehkan penyerang merampas akaun mangsa dalam serangan pass-the-cookie.

Google mengenal pasti sekurang-kurangnya 1011 domain yang dikaitkan dengan serangan dan kira-kira 15,000 akaun palsu dibuat khusus untuk kempen ini dan digunakan untuk menghantar e-mel pancingan data (phishing).

Antara contoh mesej phishing melalui e-mel.

Sebahagian besar saluran YouTube yang dirampas dalam serangan ini kemudiannya dijenamakan semula untuk menyamar sebagai eksekutif teknologi berprofil tinggi atau firma pertukaran mata wang crypto dan digunakan untuk aktiviti penipuan penstriman langsung mata wang crypto.

Manakala akaun yang lain dijual di pasaran perdagangan akaun ‘bawah tanah’, di mana harganya berjumlah antara $3 hingga $4,000, bergantung pada jumlah pelanggan akaun tersebut.

Google juga melaporkan kegiatan jahat ini kepada pihak FBI untuk tujuan penyelidikan lebih lanjut bagi melindungi pengguna dan pencipta YouTube yang disasarkan dalam kempen tersebut.

Sumber: Phishing campaign targets YouTube creators with cookie theft malware.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Amazfit Melancarkan Identiti Jenama Baru dan Usaha Sama Strategik Dengan HELIOT EMIL

0

Amazfit, syarikat yang terkemuka dengan teknologi peranti boleh pakai, telah melancarkan identiti jenama baru yang mencerminkan gaya hidup pelanggan-pelanggan mereka.

Amazfit adalah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) dan telah mengedarkan lebih daripada 100 juta peranti sejak 2014. Dalam dunia yang sentiasa berubah, Amazfit merupakan satu-satunya jenama yang boleh memenuhi kehendak setiap individu yang berbeza.

Inspirasi inilah yang digunakan untuk mencerminkan identiti baru Amazfit, dengan rangkaian warna yang cerah dan evolusi logo yang lebih moden.

“Kami telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup orang ramai – membantu mereka menyerlahkan keperibadian, tenaga dan sentimen setiap individu. Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk memperbaharui dan menaik taraf imej jenama Amazfit untuk menyatakan visi kami dengan lebih jelas, sambil menggalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih sihat. Saya amat teruja untuk menunjukkan logo baru Amazfit. Ia menggambarkan dunia yang warna-warni dan inklusif,” kata CEO Amazfit Huang Wang.

Teknologi Inovatif Bergaya

Menerajui konsep peranti boleh pakai yang melengkapkan gaya peribadi setiap individu di mana jua, integrasi Amazfit dalam Paris Fashion Week Spring/Summer 2022 and New York Fashion Week akan meningkatkan piawaian melalui usaha sama dengan HELIOT EMIL sebagai “Official Global Wearable Device Partner” dan Christian Cowan sebagai “Amazfit GT3 Experience Consultant”.

“Kami telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup orang ramai – membantu mereka menyerlahkan keperibadian, tenaga dan sentimen setiap individu. Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk memperbaharui dan menaik taraf imej jenama Amazfit untuk menyatakan visi kami dengan lebih jelas, sambil menggalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih sihat. Saya amat teruja untuk menunjukkan logo baru Amazfit. Ia menggambarkan dunia yang warna-warni dan inklusif,” kata CEO Amazfit Huang Wang.

Teknologi Inovatif Bergaya

Menerajui konsep peranti boleh pakai yang melengkapkan gaya peribadi setiap individu di mana jua, integrasi Amazfit dalam Paris Fashion Week Spring/Summer 2022 and New York Fashion Week akan meningkatkan piawaian melalui usaha sama dengan HELIOT EMIL sebagai “Official Global Wearable Device Partner” dan Christian Cowan sebagai “Amazfit GT3 Experience Consultant”.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

‘Lampu Isyarat’ Di Atas Kawasan Pejalan Kaki Untuk Smombies

0

Sekarang sedang berlegar (dan tular) satu gambar di Facebook, tentang bagaimana Korea Selatan menguruskan air hujan yang disimpan dalam satu sistem hidraulik yang kemudiannya digunakan semula untuk membersihkan jalan. Sebenarnya, sistem tersebut sudah lama digunakan. Gambar tersebut pernah dipos di reddit 3 tahun yang lepas.

Samalah halnya dengan sistem ‘lampu isyarat’ yang ditanam/dipasang di lantai tepi jalan. Lampu ini direka khas untuk para pengguna telefon pintar, di Seoul, Korea Selatan.

Apa yang menarik, sistem ini juga sudah lama, lebih kurang dua tahun usia penggunaannya. Cuma baru ini sahaja ia tular di TikTok.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @naturalkorean itu menunjukkan persimpangan jalan di Seoul, yang merangkumi lampu di lantai dan bukannya lampu isyarat tradisional. Lampu LED tersebut terletak di tepi kawasan pejalan kaki di lantai, dan akan menyala warna hijau ketika tiba masanya untuk menyeberang.

Lampu ini dicipta untuk membolehkan para pengguna telefon pintar yang digelar sebagai ‘SMOMBIE’ (smartphone zombies), supaya sentiasa dapat menatap skrin telefon pintar masing-masing tanpa henti.

Lampu isyarat itu menjadi satu bentuk pengujian di Daerah Yeongdeungpo pada tahun 2019, tetapi nampaknya ia masih kekal ada sehingga kini. Ianya bagaimanapun tidak digunakan secara meluas di Seoul, walaupun video tersebut menyebabkan ramai orang mempercayai bahawa penggunaan lampu berkenaan dilakukan secara skala besar.

Bagaimana dengan pendapat anda?

Patutkah kita ‘melayani’ smombies ini dengan pemasangan lampu isyarat di lantai tepi jalan?

Apa yang pasti di Malaysia, kalau lampu itu tidak rosak kerana vandalism, ia pasti hilang akibat dicuri.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

RAM Maya Dalam Telefon Pintar: Membantu Atau Hanya Sekadar Gimik?

0
Gambar dari: KopiTekno.

Pada ketika ini, apabila anda pergi membeli sebuah telefon pintar, anda akan mendengar pelbagai ‘suara’ yang memperkatakan mengenai ciri RAM Maya/Virtual (atau Dynamic RAM Expansion, atau boleh juga dikenali sebagai Extended RAM). Ciri ini menjadi sesuatu yang diingini oleh ramai pengguna, walaupun mereka belum tentu faham erti sebenar sesuatu yang digelar sebagai ‘maya’.

Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru. RAM maya sudah lama dapat dilihat pada PC, cuma di era baru teknologi, telefon pintar juga ingin memasukkan RAM maya sebagai salah satu ‘ciri jualan’, kerana semakin ramai pengguna (terutamanya gamers) yang menginginkan ‘RAM besar’. Cubaan menambahkan RAM mungkin juga menambah kos kepada syarikat, oleh itu penyelesaian termudah ialah implimentasi ciri RAM maya – tiada sebarang wang diperlukan.

RAM ialah memori yang mempunyai ciri kepantasan – lebih pantas dari apa jua jenis storan sekalipun. Apabila sesuatu aplikasi dibuka, ianya dipanggil sebagai ‘proses’. Proses-proses ini disimpan dalam latar pada memori fizikal RAM. Atas sebab itu, apabila aplikasi dibuka, ie dapat dimulakan dengan cepat. Manakala RAM maya pula adalah satu bentuk di mana sebahagian daripada storan dalaman telefon digunakan sebagai ‘RAM’.

Dalam bahasa mudah, sekiranya telefon anda mempunyai 6GB RAM dan 128GB storan, apabila ciri RAM maya sebanyak 2GB digunakan, anda kini secara teknikal mempunyai ‘RAM’ sebagai 8GB, dan 126GB ruang storan.

RAM maya ‘meletakkan’ sebahagian daripada storan dalaman telefon untuk menyimpan fail sementara dan digunakan semula, apabila lebih banyak RAM diperlukan oleh sistem. Apabila banyak proses dibuka secara serentak, sebahagian besar RAM digunakan oleh sistem. Dalam situasi seperti ini, apabila RAM sedia ada sudah mula penuh dengan proses, RAM maya bertindak menjadi RAM sandaran dengan memuatkan aplikasi yang dibuka.

Tanpa ciri ini pun, sebenarnya sistem operasi Android mempunyai satu kaedah lain yang dipanggil sebagai proses pengoptimuman RAM. Sekiranya telefon tersebut tiada ciri RAM maya, apabila RAM hampir penuh, Android akan memadam fail-fail sementara yang berkaitan pada latarnya. Ini akan membenarkan anda untuk menggunakan aplikasi baru, tetapi disebabkan itu, apabila anda cuba memulakan semula aplikasi sebelumnya, ia akan mengambil sedikit masa untuk dibuka. Kesan ini dapat dirasai sekiranya anda kerap menggunakan ciri tugas-berbilang atau ‘multi-tasking’.

Bagaimanapun, haruslah diingat, RAM maya tidak meningkatkan jumlah saiz RAM pada peranti. Jika dilihat pada prestasi, RAM fizikal akan sentiasa lebih pantas berbanding RAM maya, bahkan melangkaui kelajuan UFS 3.1, iaitu teknologi storan terpantas pada ketika ini. Oleh itu, RAM maya bukanlah ‘pengganti’ kepada RAM fizikal. Ia selayaknya digunakan sebagai memori sandaran. Sebuah telefon dengan 8GB RAM fizikal akan sentiasa memberi lebih prestasi yang tinggi berbanding telefon dengan 6GB RAM fizikal dan 2GB RAM maya.

Views: 24

Iklan Newspaper Inline

Perkhidmatan VPN Ini Bersetuju Untuk Menyekat BitTorrent Selepas Disaman

0

Kalau anda biasa menggunakan Popcorn Time, anda pasti akan mengenali VPN.ht yang menjadi ‘orang tengah’ kepada aplikasi lanun cetak rompak filem itu. Perkhidmatan VPN ini ditawarkan sebagai medium untuk menjadikan trafik BitTorrent aplikasi sebagai ‘anonymous’ di mata pihak berkuasa.

Tetapi perkara ini tidak lama. Beberapa syarikat perfileman bebas telah membuat pemfailan saman atas akta hak cipta kepada VPN.ht.

Syarikat² tersebut menuduh penyedia perkhidmatan berkenaan mempromosikan kegiatan cetak rompak kepada pengguna², yang biasanya mengaktifkan VPN di dalam aplikasi Popcorn Time. Alamat IP VPN.ht seringkali dilihat digunakan untuk berkongsi filem² yang telah dicetak rompak.

Selepas membuat pemfailan kes, para pemegang hak cipta tidak berhenti setakat itu sahaja (cue Capone – Oh No). Mereka memperoleh perintah penahanan sementara yang memerlukan PayPal untuk membekukan aset syarikat operasi VPN.ht iaitu Wicked Technology Limited.

Bagaimanapun, kedua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, perkhidmatan VPN itu bersetuju untuk menyekat kesemua trafik BitTorrent (pada pelayar dari AS) dan mengelog alamat IP pengguna yang mengaktifkan pelayan AS. Kesemua log ini harus disimpan selama satu tahun dan haruslah dapat dihalakan kepada pengguna yang spesifik.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Kisah Mimpi Ngeri SIM Swap Attack Terhadap Editor ZDNet

0

Benda ni bukan baru sedara sedari. Bare hok lamo doh ni.

Tapi tak mengapa, kami tetap konsisten berkongsi maklumat agar kalian tidak berada dalam kegelapan terlalu lama.

Janganlah anda berasa diri terlalu ‘noob’, kerana SIM Swap pernah berlaku kepada orang yang bijaksana juga. Contohnya editor/penulis di ZDNet, iaitu laman terkenal dalam niche sekuriti siber. Penulis dimaksudkan ialah Matthew Miller, dan kes ini berlaku kepada beliau pada tahun 2019.

Kisahnya lebih kurang begini:

Miller dikejutkan dari tidur oleh anak perempuannya, untuk memberitahu bahawa akaun Twitternya telah digodam.

Miller menerima pesanan teks yang berbunyi:

“T-Mobile alert: The SIM card for xxx-xxx-xxxx has been changed. If this change is not authorized, call 611.”

Agak aneh juga, apabila T-Mobile meminta Miller untuk buat panggilan ke nombor 611 apabila jelas kad SIM telah ditukar (tiada lagi rangkaian). Miller terus membuat panggilan menggunakan nombor lain ke T-Mobile untuk memaklumkan bahawa kad SIM masih berada dalam iPhone dimiliki olehnya dan beliau tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk membuat penukaran akaun.

Seterusnya, Miller cuba mendapatkan semula nombor telefon dan perkhidmatan kembali ke telefon dengan memberi mereka (T-Mobile) nombor kad SIM dan kemudian meminta mereka menghantar teks ke salah satu daripada empat nombor telefon lain di akaunnya, di mana Miller kemudiannya membaca semula kod pengesahan.

Tamat bab T-Mobile di situ.

Miller mulakan langkah untuk mendapatkan semula akaun Twitter dan Google pula. Ternyata 2FA dengan pesanan teks yang dihantar ke telefon bimbit mungkin tidak berguna ketika penggodam sudah pun mencuri SIM anda.

Twitter mempunyai borangnya yang tersendiri untuk diisi, sekiranya akaun anda telah diambil alih oleh orang lain, tetapi ia memerlukan alamat emel yang masih berfungsi.

Walaupun anda berjaya mendapatkan semula nombor telefon dan rangkaian, usaha untuk menghantar kod pengesahan ke nombor itu tetap tidak akan membolehkan anda mendapat akses semula ke Twitter.

Disebabkan itu, Miller cuba menetapkan semula kata laluan akaun Google, namun penggodam tersebut ternyata lebih ‘maju’ ke depan lagi apabila dia telah mengubah sebahagian besar bahagian pengesahan identitinya untuk menukar kata laluan.

Agak malang apabila beliau meletakkan pelbagai fail sandaran ke dalam akaun Google Drive. Ini termasuk penyata cukai, kata laluan akaun untuk isteri (sekiranya beliau meninggal dunia), dokumen peribadi dan beberapa maklumat lain.

Apakan daya – dek kerana akaun Google tidak dapat diakses, terputuslah akses untuk kesemua servis lain di bawah satu akaun Google tersebut.

Semuanya nampak semakin kucar-kacir, hinggalah keadaan bertukar kelam-kabut pula apabila penggodam tersebut cuba untuk membeli Bitcoin berjumlah $25,000 menggunakan akaun banknya. Dipendekkan cerita, bank berjaya menghentikan pengeluaran wang sebelum ia diproses sepenuhnya.

Gambar dari: Medium.
Untuk akaun Google, beliau mengesyorkan untuk anda memeriksa perkara berikut:
  1. Google Authenticator (aplikasi pengesah Google).
  2. Nombor telefon bimbit untuk kod teks.
  3. Kod sandaran 8 digit. Rujuk: https://cutt.ly/scwFOVf
  4. Nombor telefon lain yang berkaitan dengan akaun anda.
  5. E-mel untuk pemulihan.
  6. Bulan dan tahun ketika anda mula menggunakan Gmail.

Kisah penuh ada dicatatkan di sini: ZDNet

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

FlexClip: Pakej Pembikinan Video Lengkap Untuk Pencipta Kandungan

0

Sebagai pencipta kandungan, kadangkala kita juga tidak lari dari mencari sesuatu aplikasi yang percuma, atau sekurang-kurangnya masih lagi murah untuk dilanggan. Salah satu aplikasi yang sering dicari ialah alat penyunting video.

FlexClip menawarkan pelbagai fungsi penyuntingan video secara percuma, dan dengan akaun berbayar yang anda langgani, ia memberi sedikit lebih keistimewaan berbanding akaun percuma.

Jika hendak dibanding dengan Canva, FlexClip tidak jauh bezanya, cuma ia lebih menumpukan kepada penghasilan video.

Dengan FlexClip, anda boleh memotong (trim) bahagian dalam video, menambah lagu, menambah teks, merakamkan suara latar, menggabung beberapa klip video, meletakkan tanda air, mengubah nisbah ratio, menukar beberapa gambar menjadi video, memisah, zoom, dan pelbagai lagi fungsi yang menjadikan aplikasi atas talian ini unik.

FlexClip menawarkan pelbagai jenis template, dari video berkaitan makanan, animasi, bisnes, media sosial, teknologi, keluarga, muzik, dan sebagainya lagi.

Pendek kata, berbagai niche yang anda dapat fikirkan, ia pasti ada dalam senarai template.

Paparan antamuka penyunting menawarkan pratonton masa sebenar. Anda bagaikan menyunting menggunakan aplikasi biasa, cuma FlexClip ialah aplikasi di awan.

Dengan fungsi pratonton ini, anda dapat menukar pelbagai elemen yang berada di atas video, seperti teks, gambar, latar, warna, dan bermacam elemen lain. Jika anda rasakan ia terlalu panjang, potong sahaja untuk memendekkan durasinya. Anda juga boleh menukar transitions mengikut apa yang anda suka. Oh ya, anda hendak panjangkan durasi? Duplicate sahaja video itu.

Anda boleh memuat naik elemen sendiri, dan ia akan disimpan dalam storan awan FlexClip. Di bahagian kiri, terdapat beberapa jenis elemen yang dapat anda masukkan ke dalam video, contohnya lagu, gambar, latar, tanda air, dan media yang anda muat naik sendiri.

Menjadi aplikasi web juga merupakan satu kelebihan padanya, kerana dengan akaun Business, ia menawarkan storan awan sebanyak 100GB. Jika anda penyunting video yang tegar, tidak salah menyokong pembangun web ini dengan melanggan akaun Business mereka.

Tambahan lagi, dengan akaun Business, anda dapat mengeksport dan memuat turun video beresolusi 1080p, serta mendapat stock video tanpa had untuk setiap projek. Sememangnya untuk video seperti ini, tiada pilihan eksport ke resolusi 4K, tetapi bagi saya tiada masalah kerana dalam aplikasi penyunting video lain yang saya gunakan seperti Filmora, ia boleh mengeksport keseluruhan video kepada resolusi tersebut (maka video 1080p akan menjadi upscaled).

Tanpa banyak melengahkan masa anda, apa kata anda cuba sendiri di pautan ini: FlexClip.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline