More

    5G Di Malaysia: Apalah Yang Akan Berubah?

    Gambar dari: CGTN.

    Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Seringkali, saya mengambil pendekatan bersikap optimis untuk segala sesuatu. Satu masa dulu ada kawan pernah beritahu tidak mungkin akan wujud bateri telefon pintar melebihi 3000mAh, dan kini terbukti telahannya itu salah sama sekali.

    Tapi sikap optimis agak sukar diaplikasikan kepada telco di Malaysia, tambahan lagi dengan perancangan untuk menyebarluaskan lagi rangkaian 5G.

    5G dapat dirasakan – untuk tidak mengubah apa-apa masalah internet di Malaysia.

    Kenapa?

    Cuba kita teliti kembali isu sedia ada yang masih menghantui kita. Rangkaian 3G dan 4G di Malaysia ini amatlah lemah dan kelajuan pula tidak konsisten. Pada waktu kerajaan mengumumkan penghapusan 3G di akhir tahun ini, ia dirasai seakan satu angan-angan Mat Jenin sahaja.

    Bagaimana nak hapus dan ganti dengan 4G, sedangkan 4G pun masih terkial-kial memenuhi kawasan bandar. Kampung jangan dikenanglah. Nak pakai fiber? Plan mahal. Terpaksa pakai fiber? Port pula tiada. Berebut port dengan jiran, sampai terpaksa menunggu jiran tersebut pindah, tamatkan kontrak dengan syarikat penyedia perkhidmatan internet, atau secara tiba-tiba meninggal dunia.

    Malaysia masih dipenuhi syarikat-syarikat yang memonolopi setiap niche bidang. Tiada persaingan sihat yang mampu mewujudkan fasiliti internet yang adil lagi menyenangkan pengguna. Dari dulu hingga kini, isu monopoli menyakitkan poket pengguna, dan memenuhkan perut CEO. Perkara sama akan terjadi kepada 5G.

    Setakat ini hanya ada satu penyedia perkhidmatan untuk 5G tidak kiralah dari telco mana anda melanggan plan, iaitu Digital Nasional Berhad (DNB) – ini adalah satu bentuk monopoli, dan ia akan menyakitkan semua pihak yang bukan tergolong dalam golongan pemilik syarikat.

    Tidak lupa juga bila kita sebutkan tentang harga, anda rasa apakah dia kos yang akan anda bayar untuk plan disertakan dengan 5G nanti? Jika dulu plan bersama 4G mahal, dan sekarang pun masih mahal, apakah anda rasa ada kemungkinan kos langganan untuk 5G menjadi murah pula?

    Setakat ini, plan data tanpa had paling murah datang dari unifi iaitu unifi Air (RM79). Manakala telco lain pula ada yang menawarkan plan data tanpa had beserta dengan (dipercayai) kuota tersembunyi seperti Digi (RM150 – 1TB data) dan Maxis (RM98 – 300GB data).

    Murah ke plan di atas tuan-tuan dan puan-puan? Tak murah bukan? Oleh itu, anda boleh buat telahan sendirilah, akan harga langganan plan 5G nanti.

    Sedikit fakta menarik untuk difikirkan bersama, tahukah anda, kelajuan standard global untuk 4G ialah 100Mbps?

    Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, iaitu sebuah organisasi penetapan piawaian wayarles global, memutuskan pada November 2010 bahawa 𝟒𝐆 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐫𝐢𝐟𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝟏𝟎𝟎 𝐦𝐞𝐠𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐚𝐭 (𝐌𝐛𝐩𝐬).

    Berapa banyak telco di Malaysia yang telah pun berjaya menawarkan kelajuan standard global ini?

    Tepuk dada dahi, tanya selera speed test.

    Secara konklusi, tiada apa yang akan berubah tentang internet di Malaysia ketika waktu 5G sudah tiba.

    Pada waktu ini pun, ada lagi telco yang masih tersiput-siput memperbaiki masalah rangkaian sehingga mengambil masa yang lama.

    Ini memaksa pengguna untuk bersedia dengan kad sim sandaran dari telco lain, yang secara tidak langsung menambah beban untuk bayaran langganan plan berbeza.

    Di akhirnya, pengguna juga yang menanggung kos untuk sekadar menyambung hidup bersama perkhidmatan internet di Malaysia.

    *Gambar muka depan dari: Mashable SEA.

    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: