Tamatlah Sudah Riwayat Pixel 3 dan Pixel 3 XL

Hari ini, peranti daripada Google, Pixel 3 dan Pixel 3 XL secara rasminya diisytiharkan sebagai End-of-life atau EOL. Ini bermakna, Pixel 3 dan Pixel 3 XL tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini daripada Google.

Google menjanjikan kemaskini perisian selama 3 tahun untuk siri Pixel mereka dan hari ini genaplah sudah 3 tahun usia Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Imbas kembali, Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikuasai oleh pemproses Snapdragon 845 dengan kamera utama 12MP.

Menambahkan lagi derita pemilik Pixel 3 dan Pixel 3 XL, peranti ini dikatakan mula rosak atau “hard brick” secara tiba-tiba tanpa amaran sejak beberapa bulan yang lalu. Peranti mereka akan terpadam dan tersangkut pada Qualcomm Emergency Download Mode (EDL).

Tidak dapat dipastikan puncanya, namun ramai berpendapat ia diakibatkan oleh kemaskini keselamatan terbaru Google. Ini adalah isu yang sama yang pernah terjadi pada peranti LG seperti LG V10, V20 dan V30.

Apa pun, Pixel 3 dan Pixel 3 XL juga telah EOL dan kita tidak boleh berharap Google akan membaiki isu hard brick ini dengan kemaskini baru. Nampaknya pengguna harus memilih untuk menggunakan custom ROM atau tidak kemaskini langsung untuk terus menggunakan peranti mereka.

Saya sendiri menggunakan custom ROM PixelDust. Tetapi, dengan ketiadaan TWRP untuk Android 11,masalah bootloop setiap kali kemaskini secara sideload, panas melampau dan bateri yang tidak tahan lama, saya pencenkan sahaja Pixel 3 ini.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x