Baru sahaja ada ura-ura tentang model kemaskini daripada OnePlus 9R, OnePlus 9RT, kini maklumat baru mula muncul dengan lebih banyak imej dan lejar spesifikasi. Dengan pengesahan daripada OnePlus mengenai pembatalan perkembangan model OnePlus 9T, OnePlus 9RT ini dilihat mampu menjadi pengubat rindu bagi peminat siri OnePlus 9.
Spesifikasi tertiris setakat ini:
Model
OnePlus 9RT; MT2110 (China), MT2111 (India)
Pemproses
Snapdragon 888, UFS 3.1, LPDDR5 RAM
Warna
Hacker Black, Nano Silver, Teal (China)
Kamera
50MP Sony IMX766 lebar, 16MP Sony IMX481 ultra-lebar, 2MP Omnivision OV02B10 Makro
Kamera Hadapan
16MP Sony IMX471
Bateri
2 x 2200mAh (4400mAh) dengan 65W pengecasan pantas
Skrin
120hZ AMOLED Samsung E4 dengan pengesan cap jari dalam skrin
Audio
Stereo
Sambungan
Type-C, 5G/4G/LTE/3G/WCDMA Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6
Lain-lain
Motor getaran paksi-X
Jika dilihat daripada gambar tiris ini, dapat dilihat butang luncur untuk suis senyap masih lagi dikekalkan. Skrinnya juga saya pasti akan lebih baik daripada model lama OnePlus 8T yang sudah sedia cemerlang kerana akan menggunakan panel Samsung E4. Lekuk kamera tampak lebih membonjol mungkin kerana sensor yang lebih besar.
Sensor Sony IMX76650 Megapiksel adalah sensor yang sama digunakan pada OnePlus9 Pro dan juga Oppo Find X3 Pro. Untuk bahagian kamera juga, pastinya ini akan memberi kekuatan yang besar kepada model baru ini. Dapat dilihat juga titik kecil di bawah lampu limpah LED, jadi saya rasa ia mungkin sistem auto fokus laser.
Tarikh pelancaran dijangka pada 13 Oktober 2021 ini dan tarikh jualan dikatakan akan bermula 15 Oktober ini. Di Malaysia, anda boleh mengikuti kedai rasmi dan untuk sebarang kemaskini model baru.
OnePlus sudah menempatkan diri dalam pasaran TWS dengan keluaran TWS bajet mereka, OnePlus Buds Z. Model pertama Buds Z ini menerima sambutan yang memberangsangkan kerana dijual dengan tanda harga yang mampu milik.
Terbaru, maklumat tiris menunjukkan OnePlus mula memasarkan model kemaskini kepada Buds Z mereka, OnePlus Buds Z2. Maklumat jualan Buds Z2 menunjukkan Buds Z2 akan hadir dengan fungsi pembatalan bunyi sehingga 40dB.
Rekaan pada Buds Z2 juga dilihat mengalami perubahan. Rekabentuk TWS dipendekkan dengan lebih ergonomik untuk pemakaian. Bekasnya juga masih lagi mengekalkan rekaan bujur seperti OnePlus Buds Z.
Kotak OnePlus Buds Z2 masih lagi mengekalkan roka dan rekabentuk sama. OnePlus memilih untuk menggunakan plastik berkilat bagi bekas OnePlus Buds Z2 dengan penjenamaan yang lebih agresif pada bahagian penutupnya.
Ia akan hadir dalam dua warna, hitam dan putih. Masa main bagi kedua-dua belah TWS ini dikatakan mampu mencapai 7 jam dengan fungsi ANC ditutup. Ia akan dilancarkan bersama dengan model terbaru daripada mereka, OnePlus 9RT.
OnePlus Buds Z2 dijangka akan dilancarkan di peringkat global pada 13 Oktober 2021 ini.
Selepas Google mengumumkan Android 12, Oppo menerusi ColorOS mengumumkan akan melancarkan ColorOS12, sistem operasi bagi peranti Oppo dan OnePlus berasaskan Android 12.
Mungkin ada juga kebaikan OxygenOS dan ColorOS digabungkan ke dalam satu sistem. Oppo mengatakan penyatuan ini bertujuan untuk mempercepatkan kemaskini mereka. Berdasarkan pengumuman ColorOS 12 ini, setakat ini mereka tidak berbohong.
Bagi pengguna di Malaysia dan Indonesia, anda cukup bertuah kerana mendapat layanan istimewa daripada Oppo. Bagi pengguna Oppo X3 Pro di Malaysia dan Indonesia, anda sudah boleh mula memohon untuk menjadi orang terawal menggunakan ColorOS 12 Beta sebelum ia dilancarkan secara rasmi di peringkat global.
Anda boleh memohon untuk menyertai program kemaskini beta mereka dan seterusnya menerima kemaskini atas awan Android 12 lebih awal daripada orang lain.
ColorOS 12 akan dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada Selasa ini, 12 Oktober 2021.
Saya sememangnya sudah lama ingin menggantikan telefon yang sedang digunakan sekarang, iaitu Poco F2 Pro. Apa lagi model bajet yang layak menggantikannya, jika bukan Poco F3?
Saya mendapatkan varian 8GB RAM, dan 256GB storan dalaman, yang berharga lebih kurang RM1600 pada ketika ini. Ia merupakan satu bentuk lompatan dari spesifikasi F2 Pro yang saya gunakan, iaitu varian 6GB RAM, 128GB storan dalaman. Tidak lupa juga Snapdragon 870 pada Poco F3, yang mempunyai prestasi lebih tinggi sedikit dari Snapdragon 865.
Adakah Poco F3 menjadi sebuah peranti pengganti yang layak kepada Poco F2 Pro? Mari kita lihat sedikit sebanyak spesifikasi Poco F3.
Nama
Spesifikasi
Storan dan RAM
6GB + 128GB / 8GB + 256GB
LPDDR5 RAM + storan jenis UFS 3.1
Dimensi
Tinggi: 163.7mm
Lebar: 76.4mm
Ketebalan: 7.8mm
Berat: 196mm
Paparan
6.67 inci AMOLED DotDisplay
2400×1080 FHD+
Nisbah aspek: 20:9
Nisbah kontras: 5,000,000:1
Kecerahan: 900nits (HBM typ), 1300nits (peak)
HDR10+
Penyegaran semula: 120Hz
kadar pensampelan sentuhan: 360Hz
Sunlight display 3.0
Sensor 360° Ambient Light
Corning® Gorilla® Glass 5
Menyokong ciri MEMC
Paparan SGS Eye Care
SGS Seamless Pro 120Hz
Pemproses
Qualcomm® Snapdragon ™ 870
CPU: Qualcomm®️ Kryo ™ 585, proses pembuatan 7nm, CPU lapan-teras, hingga 3.2GHz
GPU: GPU Qualcomm® Adreno ™ 650
Modem X55 untuk sambungan 5G sepantas kilat
Bateri & Kelajuan Pengecasan
4520mAh (typ)
Pengecasan pantas 33W
Kamera
Kamera utama 48MP, 8MP sudut ultra-lebar, 5MP telemakro, 20MP kamera hadapan
Audio
Pembesar suara berkembar
Pensijilan Hi-Res Audio
Dolby Atmos®
Sistem Operasi
MIUI 12 for POCO
Panggil saja telefon ini peranti mercu bajet, peranti pertengahan mercu, atau peranti ‘pembunuh peranti mercu’ (flagship killer), ia sememangnya sudah sinonim dengan jenama POCO. Poco F3 tidak terkecuali, apabila menempatkan pelbagai ciri premium pada harga jualan yang rendah.
Sememangnya apabila dijual dengan harga murah, pastinya akan ada kompromi. Itu, kita akan cuba bicarakan kemudian. Sekarang, kita ceritakan sedikit apa yang menarik mengenai peranti ‘anak buah’ Xiaomi ini (POCO sudah pun ‘keluar’ dari Xiaomi, menjadikan mereka entiti berasingan, walaupun sistem operasi masih mengekalkan MIUI for POCO).
Saya telah pun menggunakan Poco F3 ini selama beberapa minggu, dan ini ialah beberapa perkara yang saya rasakan patut dikongsi bersama anda semua.
Prestasi
Sebenarnya, perlukah lagi untuk saya bicara mengenai prestasi peranti ini? Buat yang masih samar, Snapdragon 870 adalah pemproses ‘overclocked’ dari model sebelumnya iaitu Snapdragon 865. Ia merupakan chipset yang kurang bermasalah, tiada isu seperti haba panas, dan berprestasi tinggi.
Sebaik sahaja 870 dilepaskan sebagai pengganti, beberapa ciri dari 865 masih dikekalkan (seperti ISP) tetapi kuasanya dipertingkatkan sedikit. Jika anda penggemar permainan dengan grafik yang padat beserta pergerakan karakter yang jitu, anda tidak perlu bimbang tentang prestasi Poco F3.
Ia mampu memberikan kepuasan permainan yang sama sahaja seperti peranti mercu, tanpa sebarang lag, grafik terasa ‘berat’, atau masalah keserasian (compatibility).
Reka Bentuk
Reka bentuk Poco F3 kelihatan dan terasa seperti sebuah peranti yang mahal, walaupun harganya masih lagi jatuh dalam julat pertengahan. Ia terbina dari Corning Gorilla Glass 5 di depan dan belakang, oleh itu telefon ini agak licin sedikit. Saya syorkan supaya anda pakailah sebuah case yang berkualiti, kerana telefon ini agak mudah untuk terjatuh dari genggaman.
Kemudian, saya saran untuk anda pasang tempered glass pada skrin, kerana walaupun ia sememangnya kukuh dengan Gorilla Glass 5, masih terdapat berbagai elemen yang mampu membuatkan ia pecah, atau paling kurang sekalipun, bercalar. Kalau tak percaya, bolehlah tonton video di saluran YouTube JerryRigEverything. 🤷♂️
Saya sukakan reka bentuk dan susun atur set kameranya. Kita akan bicara mengenai kualiti imej dan video yang diambil kemudian, tetapi pada ketika ini, saya hanya ingin menikmati rupanya yang tampak elegan. Siapa kata peranti bajet tidak boleh mempunyai unsur yang cantik? Reka bentuk seakan sama, dapat dilihat pada peranti Xiaomi yang lebih mahal, iaitu Mi 11.
Pengimbas Cap Jari
Pada awalnya, saya hampir saja menjadi kurang gemar (bahasa lebih kasarnya – benci) dengan pengimbas cap jari yang berada lokasinya di bahagian tepi.
Tetapi, selepas beberapa minggu menggunakannya, bolehlah dikatakan lokasinya agak ‘logik’, walaupun kadangkala menjengkelkan juga.
Bukan apa, apabila ia berada di tepi seperti ini, anda perlu mengangkat telefon terlebih dahulu sebelum dapat meletakkan jari dengan betul di tempatnya. Jika ia berada dalam paparan seperti model F2 Pro, telefon di atas meja pun tiada masalah. Letakkan saja jari telunjuk yang telah dimasukkan datanya, dan ia siap dibuka.
Dari segi kelajuan dan ketepatan, tidak dapat dinafikan lagi, pengimbas cap jari fizikal sememangnya laju dan jarang sekali tersalah imbasan, apatah lagi bila dibandingkan dengan pengimbas dalam paparan pada Poco F2 Pro yang amatlah menyebalkan kerana sering tidak dapat membuka kunci apabila gagal mengimbas dengan baik.
Jika hendak dibanding dengan model Realme GT Master Edition yang baru saja saya ulas beberapa minggu lalu (dalam saluran YouTube OMG Hackers), boleh dikatakan keduanya hampir sama pantas, walaupun model dari Realme itu menggunakan pengimbas dalam paparan. Ini menandakan kemajuan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin yang sudah semakin maju mengikut peredaran zamannya.
Pembesar Suara Berkembar/Dwi Stereo
Dengan sokongan Dolby Atmos, hampir saja tiada rungutan hendak diperkatakan mengenai pembesar suara yang telah disertakan dalam Poco F3 ini.
Audio yang dikeluarkan agak kuat, dan ditala dengan baik meskipun tanpa bantuan talaan oleh JBL apatah lagi Harman Kardon seperti yang terdapat dalam model Poco F3 GT (talaan oleh JBL) dan 11T Pro (talaan oleh Harman Kardon).
Kalau ada satu-satunya ‘rungutan’ (atau cadangan/harapan) yang saya ingini dari pembesar suara berkembar stereo ini ialah agar suatu hari nanti wujudlah hendaknya teknologi yang memungkinkan ia dihala ke hadapan.
Ini bukan perkara baru. Kita pernah menikmatinya suatu ketika dulu, iaitu zaman sebelum wujudnya istilah ‘nirbingkai’ (bezel-less).
Semenjak wujud keinginan manusia untuk melihat paparan skrin telefon pintar tanpa bingkainya, maka pupuslah pembesar suara berkembar yang dihalakan ke hadapan. Model seperti HTC One menjadi ‘dinosaur’ serta-merta dan dilihat sebagai tidak lagi relevan kepada arus kemodenan. Kenapa? Kerana reka bentuknya yang menempatkan bingkai di kiri-kanan-atas-bawah.
Paparan Skrin
Saya sudah lama inginkan sebuah peranti dengan sokongan ciri kadar penyegaran semula 120Hz, dan sebelum ini saya telah pun dapat mencubanya pada Realme GT Master Edition.
Apabila saya melihat skrin Poco F3 ini lalu dibanding sebelah-menyebelah dengan Poco F2 Pro, saya sudah tidak lagi ‘berselera’ dengan skrin 60Hz itu. Segalanya nampak lebih ‘enak’ dan ‘berkilauan’ dengan 120Hz, dan ini bukan sebuah pujian yang berlebihan (exaggerate).
Sokongan ciri MEMC (Motion Estimation / Motion Compensation) yang menjadikan setiap pergerakan (motions) lebih cantik serta lancar dengan bantuan penambahan pergerakan menggunakan kecerdasan buatan, dan ciri Super Resolution yang menambahkan resolusi (juga dengan bantuan kecerdasan buatan), apa saja yang anda tonton akan kelihatan lebih ‘sedap mata memandang’.
Cuma, anda perlu ingat, sekiranya fungsi (MEMC) ini diaktifkan, dan anda lebih kerap menonton video disebabkan olehnya, bateri telefon akan semakin cepat habis berbanding kebiasaannya kerana ciri ini agak kuat menggunakan kuasa pada pemproses.
Kadar kecerahan ketika berada di luar agak baik. Tiada masalah sekiranya anda menetapkan tetapan kecerahan pada auto, kerana apabila anda berada di luar kecerahan skrinnya masih membolehkan apa yang terpapar untuk dibaca oleh mata.
Kuasa Bateri
Kuasa baterinya dapat bertahan dalam tempoh kurang dari sehari (kurang dari 12 jam) sekiranya digunakan secara konsisten (seperti bermain permainan dengan grafik tinggi) dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Bab kadar penyegaran semula ini, anda tidak perlu terlalu bimbang ia akan menghabiskan bateri kerana ia mempunyai ciri adaptive yang bermaksud penyegaran semulanya akan mengikut aplikasi tertentu.
Setakat ini, walaupun selalunya saya tidak berjaya membuat Poco F3 bertahan sampai ke malam, saya masih amat berpuas hati kerana baterinya habis bukan kerana sesuatu yang tidak munasabah (saya selalu mengecas telefon ketika bateri sudah berbaki lebih kurang 20-25%).
Apabila anda bermain permainan yang turut menyokong high frame rate sehingga 120 FPS, anda akan memahami apa yang saya katakan ini. Saya cuma terasa sedikit ‘ralat’ pada teknologi pengecasannya yang masih berada pada julat 33W. Ini sudah boleh dikatakan satu spesifikasi yang mula membosankan, dikala peranti pertengahan lain dari syarikat seperti Realme mampu menawarkan kelajuan sehingga sekurang-kurangnya 67W. Xiaomi/Poco, step up will ya? Contoh pada tangkap layar di bawah, bateri sudah pun tinggal baki lingkungan 27%.
Kamera
Akhirnya, tiba juga kita di sini. Kamera adalah satu-satunya ciri yang biasa menjadi kelemahan pada model Poco, dan saya sememangnya bukan peminat Gcam. Saya lebih suka menggunakan aplikasi kamera asal pada peranti, kecuali untuk rakaman video secara profesional, saya akan gunakan aplikasi Filmic Pro.
Kali ini, Poco F3 menggunakan sensor dari dua tahun lepas yang pernah diimplimentasi pada model Mi 9T iaitu Sony IMX 582. Pada saya, di sinilah pihak Poco dapat mengurangi harganya kerana sensor ini pada saya hampir saja tidak relevan.
Ia dapat memberikan hasil foto yang cantik, dengan julat dinamik yang baik, tetapi untuk rakaman video, ia tiada pilihan 4K 60fps, walaupun chipset yang digunakan menyokong ciri tersebut.
Saya sedikit kecewa di situ, kerana Poco F2 Pro menggunakan sensor yang mempunyai pilihan 4K 60fps – dan walaupun tidak distabilkan oleh EIS, saya masih ada cara untuk menstabilkan rakaman iaitu gunakan saja gimbal.
Saya rasa tidak perlu kita panjangkan lagi penulisan ini. Apa kata anda lihat sendiri beberapa keping gambar yang saya ambil, dan jika anda hendak lihat rakaman videonya, anda bolehlah ke pautan ulasan dalam bentuk video di saluran YouTube kami di sini.
Konklusi
Harganya mesra poket, mesra rakyat, prestasinya setara dengan peranti mercu kerana ia menggunakan pemproses Snapdragon 870. Chipset ini tiada sebarang isu ‘overheat’ seperti Snapdragon 888, dan ini semestinya suatu bentuk kelebihan.
Untuk anda yang menggemari rakaman 4K 60fps, saya syorkan cari saja model lain. Barangkali, Xiaomi 11T Pro lebih sesuai untuk anda. Saya sudah pun ‘hands-on’ 11T Pro, dan sejujurnya jika anda modal lebih, saya akan dapatkan peranti itu. Ia berada dalam niche yang disasarkan kepada mereka yang berminat dengan dunia videografi, dan saya amat inginkan peranti seperti itu.
Tetapi jika anda tidak kisah mengenai hal yang saya nyatakan, maka Poco F3 sedikit sebanyak akan dapat memenuhi beberapa kehendak anda (dan semestinya ada ruang untuk penambahbaikan oleh Xiaomi – untuk model pengganti yang akan datang). Buat masa ini, apa yang saya inginkan seperti paparan berkadar segar semula 120Hz dan pembesar suara berkembar/dwi stereo dengan sokongan Dolby Atmos – sudah pun cukup untuk memberikan saya sedikit kepuasan sebelum beralih kepada penggantinya nanti (sama ada model Poco ataupun tidak, itu kita tunggu).
Beberapa maklumat awal mengenai model baru OnePlus, OnePlus9RT mula tersebar di beberapa laman web. Hal ini berikutan kemaskini maklumat di laman Geekbench dengan kod nama “lahaina“. OnePlus9R pula dikenali dengan nama “kona“.
Berdasarkan bacaan skor pada Geekbench, kelajuan pemproses pada model baru ini lebih menyamai skor pada pemproses Snapdragon888 yang menguatkan lagi pendapat peranti ini adalah peranti mercu terbaru daripada OnePlus.
OnePlus9RT juga dikatakan akan menerima kemaskini kamera dengan menggunakan lensa 50MP Sony IMX766. Sensor yang sama juga turut digunakan pada model OnePlus 9 dan juga siri Oppo Find X3.
Spesifikasi lain termasuklah RAM sebesar 12GB dan bateri sebesar 4500mAh. Jika dilihat dari maklumat ini, ia hanyalah kemaskini kecil daripada model OnePlus9R sedia ada. Tidak dapat dipastikan sama ada ini akan jadi model global ataupun model ekslusif pasaran India seperti OnePlus9R.
Kepada mereka yang mengidam untuk mendapatkan OnePlus9 ataupun OnePlus 9R, apa kata tunggu dahulu? Tarikh pelancaran model ini dijangkakan pada 15 Oktober ini.
Tranya adalah antara jenama yang popular dengan aksesori audio yang murah dan berkualiti. Saya lebih mengenali Tranya dengan siri produk IEM mereka. Tapi kali ini, saya mencuba TWS pula dari mereka. Tak lain tak bukan, Tranya T10B, TWS paling hangat disebut-sebut ketika ini.
PANDANG PERTAMA
Tranya T10B datang dalam kotak serba putih. Di kotaknya tertulis Game Mode, Normal/Bass Boosted Mode. Ini adalah tarikan dan ciri istimewa pada TWS ini yang membuatkannya begitu popular.
Dalam kotak, anda akan menerima dua pasang getah telinga tambahan, TWS, kabel pengecas USB-C, dokumen, kad jaminan selama 15 bulan dan juga sekeping pelekat dengan rekaan khas daripada Tranya.
KUALITI BINAAN
Binaan pada Tranya ini nampak biasa saja. Warna hitam legap membuatkan TWS ini nampak agak premium. Bekasnya agak membujur dan tebal. Mungkin juga kerana ia memerlukan ketebalan yang banyak untuk memegang kedua-dua belah TWS ini yang juga agak tebal. Saya tak dapat tidak melihat bekas TWS ini tak tumpah seperti sebiji telur, hahaha.
Tranya T10B menggunakan bentuk buds untuk TWS ini. Saya lebih sukakan bentuk ini berbanding rekaan berbatang kerana ia lebih selesa dan melekat dengan lebih kemas bagi saya. Tranya T10B juga menggunakan USB-C untuk pengecasan. Kedua-dua belah TWS ini mempunyai kadar kalis air sebanyak IPX7, cukup untuk kegunaan berlari di dalam hujan. Tapi saya pasti sama ada boleh digunakan untuk mandi, saya tak cuba. Anda boleh cuba.
BATERI
Menurut Tranya, T10B ini mampu memainkan muzik selama 8 jam dengan bekasnya mampu berikan kuasa tambahan selama 32 jam. Sepanjang penggunaan saya, pendengaran muzik selama 2 jam memakan lebih kurang 25% bateri.
Pengecasan bekas menggunakan USB-C sangat memudahkan. Satu kabel untuk semua. Tiada sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar pada Tranya T-10B ini.
KUALITI BUNYI
Tranya T-10B dibina dengan pemacu audio grafene 12mm. Secara teori, ini akan memberkan bunyi yang lebih tepat, bass yang lebih terkawal dan secara keseluruhannya kelantangan bunyi yang lebih tinggi.
T10B hadir dengan 3 mode pilihan iaitu Gaming Mode, Bass Boost Mode dan juga Normal Balanced Mode. Dengan perbezaan bunyi yang ketara di antara ketiga-tiga mode.
Dalam Normal Mode, bunyi agak V. Untuk lagu balada dan santai sudah memadai. Dengan Bass Boost, bass memang ketara ada penambahan. Bunyi pada julat low terkawal elok. Tak ada bleeding pada bass. Tapi secara peribadi saya lebih suka bass yang tight. Bass pada BassBoostMode agak wide, warm dan boomy.
Untuk high, tak terasa sangat piercing. Dalam BassMode, high hampir tak ada kerana EQ ditala untuk lebih bass dan low. Dalam NormalMode, soundsignature lebih kepada V dengan penekanan kepada high dan mid dengan sedikit bass. Bass lebih dibantu mid dalam NormalMode.
Saya lebih suka bunyi yang balance, jadi kebanyakan masa, saya gunakan NormalMode saja untuk lebih detail pada lagu dan clarity pada high. Sound signature pada T10B ini agak warm dan boomy.
Karakter pada TranyaT10B ini bagi saya santai dan sesuai untuk easy listening. Bass dan mid lebih ke hadapan untuk menolak lirikan bunyi gitar dan vokal lebih ke depan. Kalau ada orang meminta saya cadangan untuk TWS yang sesuai untuk kegunaan harian, Tranya T10B adalah calon yang mudah.
KUALITI SAMBUNGAN
Kualiti sambungan bluetooth adalah antara kekuatan besar T10B. Dengan fungsi sambungan automatik, ia dengan mudah bersambung pada telefon anda sebaik sahaja TWS ini dibuka daripada bekasnya. Apabila disimpan semula, ia juga akan memutuskan sambungan bluetoothnya dengan automatik.
Untuk GamingMode, setakat ini T10B adalah TWS dengan latency yang paling baik yang pernah saya cuba. Berbanding dengan GM010, TranyaT10B lebih baik. Tapi perlu ambil kira juga harganya adalah lebih mahal hampir dua kali ganda. Jujur saya katakan, Tranya T10B ini sangat seronok digunakan untuk bermain permainan video di telefon kerana kualiti sambungan dan bunyi yang hampir tiada kelewatan.
Dengan Bluetooth 5.0, ia menyokong codec SBC.
KAWALAN
Kawalan pada TranyaT10B ini menggunakan kawalan sentuhan. Kualiti sentuhan juga sangat baik. Tiada masalah langsung sepanjang saya menggunakannya. Setiap sentuhan dikesan dengan baik dan responsif.
Tapi, skim kawalan pada T10B ini pada saya agak luar dari kebiasaan kerana membuang fungsi tekan sekali. Untuk menukar kelantangan, anda perlu menyentuh 2 kali. Untuk Play/Pause anda perlu tahan 2 saat dan untuk menukar lagu anda perlu menyentuh 3 kali. Sentuh 5 kali di kiri untuk BassBoostMode dan 5 kali di kanan untuk GamingMode.
Menurut Tranya, mereka membuang fungsi sentuh 1 kali untuk mengelakkan masalah sentuhan tanpa sengaja. Masuk akal juga terutama bagi mereka yang selalu gunakan TWS ketika tidur.
KELEBIHAN
Tranya T10B ada segalanya untuk pengguna kebanyakan. 3 mod bunyi, bunyi yang sedap, selesa dipakai dan juga boleh diharapkan. Dengan bateri yang tahan sehingga 8 jam sekali cas, ia sudah lebih daripada cukup. Sambungan juga stabil dan tidak pernah mengalami masalah. Kawalan sentuhan juga sensitif dan berfungsi dengan baik setiap kali anda perlu menggunakannya.
KEKURANGAN
Untuk RM99, anda tak boleh mahukan ia sempurna. Tanpa sokongan pengecasan tanpa wayar, tiada codec AAC, tidak menyokong sebarang aptX adalah antara kekurangan jelas Tranya T10B ini. Selain itu, saiznya juga agak besar dan TWS ini agak terkeluar sedikit daripada telinga kerana dimensinya yang agak tebal.
KESIMPULAN
Tranya T10B adalah TWS yang mudah untuk dicadangkan kepada ramai orang. Bagi mereka yang tidak pernah membeli sebarang TWS, ini boleh jadi TWS sempurna untuk mereka. GamingMode yang cemerlang dan juga BassBoostedMode yang lazat. Sememangnya Tranya T10B sukar ditandingi untuk harga ini.
Baik, setelah anda siap langkah pertama dengan QNAP NAS anda, kini tibalah masanya untuk menggunakan QNAP NAS anda untuk menyimpan data anda. Dalam QNAP NAS saya ini, saya telah memasang 4X 4TB Seagate Exos Green HDD dan 2X 500GB Sansung EVO 970 Nvme.
Sebelum anda setkan dalam sistem QNAP NAS, kesemua memori ini tidak boleh digunakan. Oleh itu, anda perlu membuat persiapan secara manual di dalam sistem anda setelah anda berjaya log masuk ke QNAP NAS anda.
Tetapkan HDD Sebagai Ruang Simpanan Data Menggunakan RAID
Dengan NAS, anda harus menggunakan RAID untuk menggabungkan banyak HDD menjadi satu HDD secara maya. Ini bagi membolehkan data disimpan dengan lebih laju dan selamat daripada sebarang kegagalan HDD.
Untuk tetapan dalam tutorial ini, saya menggunakan RAID 5 kerana tetapan ini bagi saya paling seimbang di antara kelajuan dan keselamatan data saya. Tetapan ini memberikan saya ruangan sebesar lebih kurang 11TB sebagai ruangan yang boleh digunakan untuk ruangan simpanan.
1) Buka Control Panel dan pergi ke pilihan Storage & Snapshot.
2) Seterusnya, pilih Storage pada bahagian menu di sebelah kiri tetingkap. Pada bahagian submenu, pilih Storage/Snapshots.
Pilih dan tandakan semua HDD anda dahulu. Untuk kali pertama, kita akan memilih dan buat tetapan untuk ruang penyimpanan data dahulu. Pilih pilihan RAID pada bahagian bawah tetingkap. Saya pilih RAID 5. Anda boleh memilih RAID lain sekiranya anda mahu dan tahu apa yang anda pilih.
Tekan Next dan biarkan sistem QNAP NAS membuat prosesnya.
3) Tunggu sehingga proses selesai.
Tetapkan SSD Sebagai Cache Pada Ruang Simpanan HDD
Kita akan gunakan SSD Nvme sebagai cache bagi HDD kita. Ini untuk memastikan pergerakan data yang lebih pantas dan efisyen terutama sekali apabila melibatkan data yang besar di HDD.
1) Pada menu Storage, pilih submenu Cache Acceleration di bawah submenu Storage/Snapshot tadi.
2) Pilih dan tandakan semua memori SSD Nvme anda. Saya tandakan kedua-dua Samsung Nvme saya. Di bawah, saya tetapkan sebagai Read-only dan RAID 1.
3) Tekan Next dan anda akan dibawa ke skrin seterusnya. Untuk langkah ini, saya biarkan sahaja tetapan lalai pada QNAP NAS ini dan tidak mengubah sebarang tetapan. Saya sekadar menekan Next dan pergi ke skrin seterusnya.
4) Pada skrin ini, pilih HDD pada yang anda ingin gunakan sebagai Thick Volume bagi cache anda. Untuk langkah ini, oleh kerana kita sudah tetapkan RAID 5 bagi kesemua HDD kita tadi, jadi hanya ada satu pilhan dalam senarai ini. Pilih HDD tadi dan tekan Next.
5) Semak maklumat dalam Summary ini. Jika semuanya betul, tekan Next dan tunggu proses selesai.
6) Setelah selesai, maklumat akan tersedia pada submenu yang sama tadi. RAID anda berjaya.
Semak Sama Ada Tetapan HDD Anda Berhasil Atau Tidak
1) Sekiranya tetapan anda berjaya, pada awalnya anda dapat melihat proses latar belakang pada ruang pemberitahuan di Desktop QTI QNAP NAS anda.
2) Buka File Manager dan lihat ruangan simpanan HDD anda kini tersedia pada QNAP NAS anda.
Itu sahaja tutorial pada kali ini. Selamat mencuba dan nantikan semua tutorial seterusnya!
Sebulan lamanya saya belajar cara menggunakan QNAP NAS saya ini. Saya juga seperti kebanyakan orang di luar sana yang tidak pernah menggunakan NAS pun sebelum ini. Kebanyakan data saya hanya disimpan di dalam external hard disk atau pendrive saja.
Kali ini, saya akan cuba sediakan tutorial ringkas yang dipecahkan dalam beberapa siri supaya lebih mudah difahami. Saya cuba sedaya upaya untuk sediakan gambar bagi setiap langkah penting.
Langkah 1: Pastikan PC Anda Boleh Mengesan QNAP NAS Anda
Bagi memastikan QNAP NAS anda dapat menyimpan data daripada PC anda, pertama sekali, PC anda haruslah disambungkan ke QNAP NAS anda. Saya tidak menggunakan internet fiber di rumah dan hanya menggunakan mobile hotspot daripada telefon sahaja. Jadi, saya menyambungkan terus QNAP NAS saya ke laptopn dengan menggunakan kabel LAN. Saya menggunakan model QNAP NAS TS-x73A dengan AMD Ryzen.
Untuk menyambungkan QNAP NAS ke PC untuk kali pertama, anda mesti memasang perisian Qfinder Pro daripada QNAP bagi membolehkan PC anda ‘mencari’ QNAP NAS anda. Pautan untuk memuat turun Qfinder Pro di sini:
1) Buka aplikasi Qfinder Pro anda dan pastikan QNAP NAS anda tersenarai pada senarai peranti terdekat.
2) Klik dua kali pada QNAP NAS anda yang terpapar pada Qfinder Pro. Anda seterusnya akan dibawa secara automatik ke Browser anda untuk proses pemasangan QNAP NAS kali pertama.
Masukkan nama untuk QNAP NAS anda. Seterusnya, masukkan kata laluan yang kuat untuk ID admin anda. Untuk setup kali pertama ini, ID lalai anda adalah “admin“.
3) Tekan “Next” dan seterusnya pilih zon waktu anda untuk diset pada QNAP NAS anda.
4) Pilih untuk menggunakan QNAP NAS menggunakan alamat IP tetap ataupun automatik. Memandangkan saya menggunakan internet secara mobile hotspot, saya memilih pilihan “Automatic”. Bagi anda yang tidak pasti juga, anda boleh juga memilih pilihan “Automatic” bagi setup yang lebih mudah.
5) Seterunya, pilih pelarasan QNAP NAS anda sama ada ingin digunakan bersama sistem operasi lain ataupun tidak. Ini bagi membolehkan anda menggunakan QNAPNAS yang sama bersama pelbagai jenis peranti. Untuk ini, saya nasihatkan tandakan sahaja kesemua pilihan buat kemudahan anda di kemudian hari.
Mana tahu, esok lusa anda ingin beralih ke sistem operasi atau peranti lain kan?
6) Seterusnya, anda akan ditunjukkan ringkasan tentang tetapan yang telah anda lakukan. Pastikan kesemua maklumat betul dan kembali semula ke langkah sebelumnya sekiranya ada sebarang masalah. Sekiranya semuanya baik, tekan sahaja “Next“.
7) Anda akan diberikan amaran setelah menekan “Next” kerana QNAPNAS anda akan mula “format”kan dirinya. Sekiranya anda pernah menggunakan QNAPNAS ini sebelum ini ataupun anda me’reset‘ semula QNAPNAS anda, dalam proses ini, segala data lama anda akan hillang.
Tunggu proses selesai sebelum anda boleh login ke dalam QNAPNAS anda.
8) Setelah semuanya selesai, anda akan dibawa ke skrin Login. ID “admin” akan diisi secara lalai dan automatik. Masukkan kata laluan yang telah anda isikan tadi.
9) Sekiranya semua berfungsi dan ditetapkan dengan sempurna, anda kemudiannya akan dibawa ke skrin ‘Desktop” sistem operasi QNAPNAS anda. Sistem operasi pada QNAPNAS diberi nama QTS.
Tahniah! Anda telah berjaya dalam langkah pertama anda!
Xiaomi telah mengumumkan pelancaran tiga tambahan baru untuk keluarga peranti Xiaomi 11 di Malaysia. Memperkenalkan Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T, yang dirancang untuk menginspirasi kreativiti di kalangan pengguna telefon pintar, dan Xiaomi 11 Lite 5G NE yang segar dan bergaya. Kedua-dua Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T akan tersedia mulai 2 Oktober dengan harga bermula masing-masing RM 2,099 dan RM 1,699. Sementara itu, Xiaomi 11 Lite 5G NE akan tersedia mulai 24 September dengan harga bermula RM 1,199.
Di samping itu, Xiaomi Pad 5 yang dinanti-nantikan juga akan membuat penampilan sulung di Malaysia pada harga bermula RM1,399 dan akan tersedia mulai 24 September juga.
Untuk meraikan pencapaian penting Xiaomi di seluruh dunia dan di Malaysia, tawaran istimewa masa terhad akan ditawarkan pada TV pintar Xiaomi dan vakum robot kegemaran peminat.
Siri Xiaomi 11T: Merevolusikan Fotografi Dan Videografi Telefon Pintar Dengan Persembahan Pembuatan Filem “Cinemagic”
Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T dilengkapi kamera tiga yang kuat yang disiapkan dengan sudut lebar 108MP pro-gred, telemacro 2x, dan lensa sudut ultra lebar 120 °. Telefon pintar ini mempunyai keupayaan filemografi komputasi yang mengagumkan dengan rakaman 8K dan HDR10 +, yang membolehkan pengguna menangkap rakaman dengan teknologi ISO pintar yang sama yang terdapat dalam kamera digital. Dengan mod AI Cinema satu klik, pengguna dapat menyaring trik sinematografer profesional seperti Time Freeze, Magic Zoom dan jenis gambar lain yang rumit hanya dengan satu klik sementara bunyi yang samar dihidupkan dengan cara sinematik dengan Audio Zoom.
Kedua-dua peranti ini juga dilengkapi dengan paparan rata AMOLED 6,67 “FHD + 120Hz, TrueColor, dan HDR10 +, mempamerkan lebih dari 1 miliar warna, menawarkan kecerahan puncak 1000 nits, laju pengambilan sampel hingga 480Hz dan dilindungi oleh kaca Gorilla® terkuat setakat ini Corning® Gorilla® Glass VictusTM.
Xiaomi 11T Pro
Xiaomi 11T Pro adalah telefon pintar pertama Xiaomi yang dilancarkan secara global dengan teknologi Xiaomi HyperCharge 120W milik syarikat. Teknologi terkemuka di industri akan membolehkan caj 100% hanya dalam 17 minit *, memberi lebih banyak masa kepada pencipta untuk mengikuti kreativiti mereka dan meminimumkan waktu henti dengan memastikan penggunaan seharian. Walaupun begitu, platform mudah alih Qualcomm® SnapdragonTM 888 yang unggul memberikan kekuatan yang diperlukan untuk meningkatkan banyak ciri AI.
Kuasa Cinemagic yang sebenar tidak akan lengkap tanpa paparan yang menakjubkan, tahan lama dan responsif. Xiaomi 11T Pro dilengkapi dengan paparan penilaian DisplayMate A + 6,67 ’’ FHD + 120Hz AMOLED, TrueColor dan dengan Dolby Vision®, pengguna dapat menikmati gambar yang sangat terang dengan warna-warna cerah, kecerahan luar biasa dan perincian kaya kontras. Xiaomi 11T Pro mendahului dengan audio Dolby Atmos® serta pembesar suara dwi khusus dengan SOUND BY Harman Kardon, menghadirkan audio yang menarik dan difahami di pelbagai kategori kandungan seperti muzik, filem, podcast, dan permainan.
Xiaomi 11T
Xiaomi 11T meneruskan misi untuk menjadikan Cinemagic tersedia untuk semua orang dengan menawarkan ciri seperti kamera tiga resolusi tinggi, bersama dengan sekumpulan alat bertenaga AI untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti anda.
Sama ada anda merakam atau mengedit rakaman sinematik anda sendiri, Xiaomi 11T mengikuti anda sepanjang hari anda berkat chipset MediaTek Dimensity 1200-Ultra yang cekap kuasa, bateri 5,000mAh besar dan pengecasan turbo berwayar 67W sehingga 100% hanya dalam 36 minit.
Xiaomi 11 Lite 5G NE: Prestasi Peringkat Unggul Dalam Pakej Ringan & Tipis
Xiaomi 11 Lite 5G NE memperlihatkan estetika yang ramping dan menarik, dimasukkan semua keistimewaan ke dalam badan yang sangat nipis dan ringan, hanya berukuran 6.81mm dan 158g. Reka bentuknya diserlahkan lagi dengan bingkai skrin setebal 1,88 mm di kedua bezel atas dan sisi, serta empat pilihan warna yang bergaya.
Dengan 6.55 “AMOLED DotDisplay, sokongan TrueColor 10-bit dan Dolby Vision®, Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan kualiti gambar yang sangat menakjubkan dengan warna-warna cerah, kecerahan luar biasa, kontras dan perincian yang menakjubkan. Xiaomi 11 Lite 5G NE memberikan rakaman terbaik dalam kelas dengan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP, dan kamera telemacro 5MP. Dibundel dengan kotak alat dengan ciri AI termasuk pawagam AI sekali klik, penapis video sinematik, dan mod Vlog baru.
Menampilkan Platform Mudah Alih Qualcomm® SnapdragonTM 778G 5G, Xiaomi 11 Lite 5G NE memanfaatkan kekuatan 5G untuk meningkatkan pengalaman harian anda. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 4.250mAh dan pengecasan pantas 33W yang dapat dihidupkan dalam masa yang singkat.
Xiaomi Pad 5: Main Dengan Cekap, Bekerja Dengan Bijak
Xiaomi Pad 5 serba boleh bukan sahaja sebagai alat produktiviti untuk kerja atau bilik darjah, tetapi berfungsi sebagai pengalaman hiburan mudah alih premium.
Stesen kerja mudah alih ini dilengkapi dengan ciri-ciri premium untuk memberi peluang kepada pengguna untuk bermain dengan bersungguh-sungguh, bekerja dengan bijak. Xiaomi Pad 5 dilengkapi dengan pemproses Qualcomm® SnapdragonTM 860 berprestasi tinggi 7nm dengan kelajuan jam maksimum hingga 2.96Ghz, bateri berkapasiti 8,720mAh, kamera tunggal 13MP dan kamera depan 8MP (yang menyokong video 1080p), 11 -Layar WQHD + 120Hz dengan sokongan untuk Dolby Vision® dan Dolby Atmos® audio.
Untuk pengalaman menulis semula jadi, Xiaomi Smart Pen hadir hanya dengan 12.2g, kepekaan tekanan 4.096 dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Xiaomi Smart Pen juga merangkumi ciri-ciri mudah seperti kunci fungsi Smart Pen untuk mencatat nota dengan cepat, mengambil tangkapan skrin atau bertukar antara pen dan pemadam dengan mudah.
Harga & Ketersediaan
Siri Xiaomi 11T:
Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T akan tersedia di Malaysia mulai 2 Oktober di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, kedai Mi yang sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Xiaomi 11T Pro berharga RM 2,099 (8GB + 256GB) dan RM 2,299 (12GB + 256GB), sementara Xiaomi 11T berharga RM 1,699 (8GB + 128GB) dan RM 1,899 (8GB + 256GB). Kedua-dua peranti hadir dalam 3 warna bergaya dengan kemasan yang disikat termasuk Meteorite Grey, Moonlight White, dan Celestial Blue.
Xiaomi 11 Lite 5G NE:
Mulai 24 September, Xiaomi 11 Lite 5G NE akan tersedia di Malaysia pada harga RM 1,199 (6GB + 128GB), RM 1,399 (8GB + 128GB) dan RM 1,599 (8GB + 256GB). Peranti ini akan tersedia di kedai Xiaomi rasmi di Lazada dan Shopee, kedai Mi yang sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Xiaomi 11 Lite 5G NE hadir dengan warna kembali termasuk Truffle Black, Bubblegum Blue, dan Peach Pink, dengan tambahan warna baru – Snowflake White, matte dan frosted putih seperti salji yang baru turun.
Xiaomi Pad 5:
Xiaomi Pad 5 akan tersedia mulai 24 September dan berharga RM 1,399 (6GB + 128GB) dan RM 1,599 (6GB + 256GB). Peranti ini akan mula-mula tersedia di kedai Xiaomi rasmi di Lazada dan di kemudian hari di Shopee, kedai Mi yang sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Xiaomi Pad 5 boleh didapati dalam dua warna – Cosmic Grey dan Pearl White. Xiaomi Smart Pen dijual secara berasingan dan harga serta ketersediaannya akan diumumkan tidak lama lagi.
Maklumat Promosi dan Pra-Pesanan
Dari 23 September 2021 jam 9.30PM hingga 29 September 2021 jam 11.59PM, pra-pesanan memilih Xiaomi Series 11T dan nikmati hadiah percuma premium. Pelanggan juga berpeluang memenangkan Mi TV P1 43 ″ ketika mereka membeli peranti dari siri Xiaomi 11T baru dari 2 Oktober hingga 4 Oktober 2021.
Sebelum 31 Oktober, pelanggan yang membeli sebarang peranti dari siri Xiaomi 11T akan mendapat 1 kali pembaikan skrin percuma dalam masa 6 bulan dan jaminan terhad 1 + 1 tahun. Pelanggan yang membeli Xiaomi 11 Lite 5G NE akan mendapat 1 kali pembaikan skrin percuma dalam masa 6 bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dari 24 September 2021, pelanggan dapat menikmati hadiah percuma eksklusif ketika mereka membeli peranti Xiaomi 11 Lite 5G NE terpilih, sementara stok masih ada. Sebagai tambahan, pembelian awal dalam talian untuk Xiaomi Pad 5 (6GB + 128GB) tersedia untuk satu hari hanya pada 24 September 2021, secara eksklusif di Lazada.
Produk
Harga Biasa
Pra-tempah
Tempoh Promosi
Xiaomi 11T Pro (12GB+256GB)
RM 2,299
PERCUMA Mi Watch Lite + Mi True Wireless Earphones 2 Basic
Sebagai meraikan Xiaomi sebagai pengeluar no 1 di seluruh dunia dan di Malaysia, Xiaomi di Malaysia akan mengadakan promosi masa terhad khas di TV pintar terpilih dan vakum robot di kedai Xiaomi rasmi di Lazada dan Shopee.
Garmin Malaysia memperkenalkan Promosi Garmin Outdoor dan Run! Pelanggan dan peminat Garmin kini dapat menerokai semula aktiviti semula jadi dan aktiviti sukan tempatan dengan siri Fenix 6, Instinct dan Forerunner 245 dengan potongan sehingga 16%.
Siri Fenix 6, Instinct dan Forerunner 245 dilengkapi dengan fungsi pemantauan dan pengesanan aktiviti yang banyak seperti pulse oximeter untuk pemeriksaan oksigen darah yang konsisten, skor tekanan, fungsi pelbagai sukan, pengesanan tidur, pernafasan dan banyak lagi. Pilihan ini memberi pilihan kepada setiap peminat kecergasan untuk memulakan tujuan latihan mereka dengan harga yang berpatutan bermula dari RM 999.
Siri Garmin Forerunner 245 menyediakan pelari dan triathlet setiap peringkat untuk mengesan prestasi mereka dengan analisis prestasi canggih dan meningkatkan perjalanan mereka dengan metrik irama, panjang langkah & masa penjejakan ke tanah.
Model
Harga Promosi
Harga Asal
Garmin Forerunner 245
RM 1,299
RM 1,430
Garmin Forerunner 245 Music
RM 1,499
RM 1,670
Siri Garmin Fenix 6 membolehkan anda menambahkan pemetaan, muzik, perancangan langkah pintar dan banyak lagi untuk latihan luaran anda.
Dilengkapi dengan pelbagai mod sukan termasuk berlari, berbasikal, berenang & banyak lagi. Garmin Instinct adalah kegemaran peminat untuk reka bentuk lasak.
Model
Harga Promosi
Harga Asal
Garmin Fenix 6s
(Silver version)
RM 2,599
RM 2,880
Garmin Fenix 6s
(Sapphire version)
RM 3,399
RM 3,820
Garmin Fenix 6
(Sapphire version)
RM 3,399
RM 3,820
Garmin Instinct
(Normal version)
RM 1,199
RM 1,399
Garmin Instinct
(Tactical Version)
RM 999
RM 1,199
Promosi Garmin Run dan Outdoor ini berlangsung di semua kedai Garmin, dalam talian dan melalui semua peniaga yang sah. Selain itu, diskaun ini terdapat di seluruh negara melalui laman web e-dagang yang popular; Lazada dan Shopee.
Garmin menyasarkan dengan harga promosi ini pelanggan baru dapat berpeluang merasakan yang terbaik dari apa yang ditawarkan Garmin. Selain itu, pengguna jam tangan pintar lain dapat menaik taraf jam tangan pintar mereka kepada tiga jam tangan pintar Garmin terbaru yang tersedia untuk pelari dan peminat aktiviti luar.