Microsoft akan membawa ciri strim kandungan yang dilindungi DRM, seperti Netflix dengan resolusi 4K pada pelayar-pelayar berasaskan Chromium.
Buat masa ini, satu-satunya pelayar yang dapat strim Netflix resolusi sehingga 4K hanyalah Edge (versi lama).
Pelayar moden seperti Chrome masih lagi mempunyai limitasi sehingga 720p sahaja.
Disebabkan itu Microsoft mempunyai plan bagi membawa ciri dari Edge yang lama, kepada Edge yang baru (berasaskan Chromium).
Walau bagaimanapun, pengkomitan kod terbaru bertarikh 4 September menunjukkan bahawa Microsoft bercadang untuk memperkenalkan kaedah berbeza strim kandungan dilindungi beresolusi 4K yang boleh digunakan oleh pelayar berasaskan Chromium yang lain.
Anda boleh lihat pengkomitan tersebut di sini: Chromium Gerrit.
Bila disemak pada flags yang ada sekarang, Microsoft sudah pun bersedia dengan dua flags untuk kandungan DRM iaitu PlayReady dan Widevine.
Pun begitu, setakat ini resolusi masih tersekat di skala 720p (dah macam iklan Shampoo pula).
Jika anda hendak strim Netflix dengan resolusi sehingga 4K pada laptop anda, buat masa ini cadangan saya anda pasanglah aplikasi Netflix yang boleh diperolehi secara percuma dalam Microsoft Store.
Mozilla seperti biasa secara senyap mengumumkan (agak ironi di situ) bahawa mereka akan mengaktifkan DNS over HTTPS atau DoH secara lalai pada Firefox.
Apa itu DNS-over-HTTPS?
DNS-over-HTTPS (DoH) akan melakukan enkripsi pada alamat laman sesawang, dan ini akan melangkau Penyedia Perkhidmatan Internet tempatan (ISP), dan menyambung terus ke pelayan ‘nameserver’ yang mungkin diuruskan oleh syarikat di belakang pelayar itu sendiri. Ini bermakna trafik tidak boleh dicerobohi oleh pihak ketiga. Tetapi ia juga bermakna banyak alat penapisan dan perlindungan yang ada sekarang – biasanya ditadbir oleh ISP, tidak akan berfungsi lagi.
Mungkin kerana itu perlaksanaan DoH ini agak sedikit kontroversi. Namun, setiap perkara ada pro dan kontranya.
Memandangkan sesetengah negara dan ISP menyekat sambungan ke laman web dengan memantau trafik DNS, DoH akan membolehkan pengguna memintas penapisan, dan meningkatkan privasi kerana permintaan DNS mereka tidak dapat dipantau dan disekat dengan mudah.
Google juga baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak lama lagi akan melakukan percubaan menggunakan DoH dalam pelayar Chrome. Eksperimen ini akan dijalankan pada Chrome versi 78, dan ia akan membuat percubaan menaik taraf pelayan DNS pengguna ke pelayan DoH yang sepadan, dan jika ada, akan menggunakannya untuk membuat resolusi DNS.
Mozilla telah melancarkan sokongan untuk protokol DoH beberapa tahun lalu. Oleh itu, untuk mengaktifkan fungsi ini pada Firefox adalah lebih mudah berbanding Chrome.
Caranya ialah dengan menghala ke tetapan, iaitu Options – Network Settings – Settings… > Tandakan pada kotak yang berlabel ‘Enable DNS over HTTPS’. Secara lalai, ia akan menggunakan pelayan dari Cloudflare. Anda boleh tukar kepada ‘Custom’ jika akan lebih gemar menggunakan pelayan DNS yang lain.
Manakala untuk mengaktifkan DoH pada Chrome agak sukar sedikit.
1. Anda perlu cari pintasan Chrome di desktop terlebih dahulu. Jika tiada, buat pintasan. Tak tahu? Google.
2. Klik kanan pada pintasan Chrome tersebut dan pilih Properties.
3. Pada ruang kekotak Target, masukkan teks di bawah di akhir alamat pintasan dan klik OK.
Teks ini akan membuat Chrome mengguna pakai pelayan DoH dari Cloudflare. Jika anda hendak guna pelayan lain, anda boleh cari di sini: Publicly available servers. – Via ZDNet.
Mozilla mengumumkan suatu ciri baru yang sedang berada dalam fasa pengujian, iaitu servis Firefox Private Network (Firefox VPN).
Dalam masa sama mereka mengembalikan Firefox Test Pilot bagi membantu para pembangunnya menambah baik ciri ini dari semasa ke semasa hinggalah dilancar secara rasmi versi stabilnya.
Buat masa ini, Firefox Private Network hanya terdapat bagi para penduduk Amerika Syarikat sahaja.
Jika anda hendak mencuba, anda perlu gunakan proksi atau servis VPN lain bagi mendapatkan akses kepada pemasangan addon ini.
Ya, ianya dalam bentuk addon sahaja, bukannya aplikasi penuh untuk sistem operasi.
Anda boleh lihat bagaimana ia beraksi pada tangkap layar berikut.
Dari pengamatan saya, Mozilla menggunakan pelayan Cloudflare bagi melengkapi rangkaian peribadi Firefox ini. Secara peribadi saya menganggap ini adalah langkap yang baik, kerana Cloudflare mempunyai rekod trak yang agak baik dari segi privasi dan keselamatan data pengguna.
Jika anda berminat hendak cuba, aktifkan terlebih dahulu VPN atau proksi dengan menggunakan pelayan Amerika Syarikat, dan hala ke pautan ini untuk pemasangan: Firefox Private Network Beta.
Untuk log masuk ke Firefox Private Network, anda hanya perlu gunakan akan Firefox sahaja. Kalau belum ada, boleh buat serta-merta kerana ia percuma.
Buat masa ini servis Firefox Private Network juga adalah percuma. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada ia akan menjadi servis berbayar pada masa akan datang, tetapi selagi ia boleh digunakan dengan bebas dalam tempoh percubaan atau beta ini, kita gunakan sahaja tanpa rasa ragu.
Opensignal baru sahaja mengeluarkan satu kajian kes bertajuk “Kenapa kelajuan muat turun pantas tidak bererti akan mendapat pengalaman strim video yang baik” – di mana Opensignal menyiasat pengalaman rangkaian telefon pintar pengguna telefon pintar di lima rangkaian utama Malaysia – Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan Unifi.
Kelajuan adalah penunjuk utama pengalaman video mudah alih yang baik, tetapi bukan satu-satunya faktor penyumbang.
Sesetengah rangkaian mudah alih Malaysia menyediakan pengalaman video yang lebih baik kepada pengguna daripada kelajuan muat turun yang mereka promosikan.
KUALA LUMPUR, 5 September 2019 – Opensignal, standard global bebas untuk mengukur pengalaman rangkaian mudah alih dunia, baru sahaja mengeluarkan keputusan analisis mendalam ke dalam pengalaman video khas pengguna mudah alih Malaysia, memandangkan penstriman video merupakan kategori trafik terbesar pada rangkaian mudah alih di Malaysia, dan penggunaan ini akan meningkat secara dramatik untuk mengimbangi permintaan pengguna dan jumlah mereka yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Penyelidikan ini meliputi tempoh selama tiga bulan, antara 1 September 2018 dan 31 Mei 2019, di mana berjuta-juta pengukuran dikumpul secara automatik dari pengguna Malaysia menerusi aplikasi Opensignal merentasi rangkaian Celcom, DiGi, Maxis, U Mobile dan Unifi.
“Video adalah penting kerana ia bergantung kepada beberapa unsur, termasuk ketersediaan sambungan 4G, latensi rangkaian, konsistensi sambungan dan juga dasar pengendalian data individu pengendali. Inilah sebabnya mengapa kita perlu mengukur kualiti video secara langsung dan tidak menganggarkan ia semata-mata berasaskan ujian kelajuan muat turun”, kata Brendan Gill, CEO Opensignal.
Pengukuran metrik pengalaman video Opensignal mengukur dengan tepat apa yang pengguna alami ketika menonton video. Dibina pada pendekatan berasaskan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk mengukur kualiti video. Ia diperolehi daripada beberapa parameter asas berdasarkan pengukuran sebenar aliran video dari pengiraan penyedia kandungan video terbesar di dunia yang mengambil kira kualiti gambar, masa memuatkan video dan kadar henti ke akaun dan melaporkan pengalaman pengguna pada skala 0-100 di mana 75 -100 adalah sangat baik, 65-75 adalah sangat baik, 55-65 adalah baik, 40-55 adalah adil dan 0-40 sangat teruk.
Penemuan utama menunjukkan bahawa:
Semua operator mudah alih Malaysia (kecuali U Mobile) meningkatkan skor Pengalaman Video mereka sepanjang tempoh yang diukur.
Maxis menyediakan Pengalaman Video terbaik dalam kategori Definisi Standard (SD) dan High Definition (HD) dengan penilaian ‘Sangat Baik’ di semua tempoh yang diukur. Ini diikuti oleh kedua-dua Celcom dan DiGi yang meningkatkan skor masing-masing sepanjang tempoh ujian berlangsung.
Skor Pengalaman Video untuk video penstriman HD sedikit lebih rendah daripada skor Penstriman SD untuk pengguna Celcom, Digi dan Maxis. Walau bagaimanapun, pengguna rangkaian Unifi dan U Mobile mengalami Pengalaman Video yang ketara lemah apabila menstrim video HD, kedua-duanya mendapat penilaian ‘Lemah’, walaupun Unifi memperbaiki skornya – hampir dua kali ganda dalam tempoh penyelidikan tersebut dijalankan.
“Muat turun kelajuan telah menjadi titik tumpuan industri mudah alih sejak rangkaian data pertama muncul dalam talian hampir dua dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, kelajuan hanya pengukuran abstrak, bukan petunjuk sebenar bagaimana pengguna ‘merasai’ kualiti internet atau aplikasi di telefon bimbit mereka. Ini ditekankan oleh penyelidikan kami di Malaysia yang menunjukkan bahawa walaupun pengguna Maxis menikmati kelajuan muat turun purata yang terbaik dan Pengalaman Video terbaik, kedua-dua pengguna Celcom dan Digi memberikan Skor Pengalaman Video lebih baik berdasarkan pada kelajuan muat turun yang mereka perolehi”, tambah Brendan Gill lagi.
Opensignal mengukur pengalaman sebenar rangkaian mudah alih dari pengguna. Dengan menganalisis ukuran pada peranti yang direkodkan di tempat-tempat di mana pelanggan benar-benar tinggal (rumah), bekerja dan melancong, pada setiap jam sehari, setiap hari dalam tahun ini, di bawah keadaan penggunaan biasa, termasuk di dalam bangunan dan di luar, di bandar dan di luar bandar, kami melaporkan perkhidmatan rangkaian mudah alih cara pengguna benar-benar mengalaminya. Kami sentiasa menyesuaikan metodologi kami untuk mewakili pengalaman pengguna yang berubah-ubah pada rangkaian mudah alih dan dengan itu, perbandingan hasil kepada laporan masa lalu harus dianggap sebagai petunjuk sahaja.
Kami adalah Opensignal, sebuah syarikat analisis mudah alih. Kami merupakan standard global yang bebas untuk memahami keadaan sebenar rangkaian mudah alih dunia berdasarkan pengukuran pengalaman dari pengguna sebenar. Laporan industri kami adalah panduan muktamad kepada pengalaman yang diterima pengguna rangkaian wayarles, dan kami secara bebas mengukur perkara ini di setiap operator rangkaian utama di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari: Newsroom.
KUALA LUMPUR, 6hb September 2019 – OPPO, jenama telefon pintar global yang terkemuka, membuat gelombang baru dalam industri telefon pintar dengan pelancaran OPPO A9 2020 mereka. Gabungan kamera utama 48MP, 8MP 119° lensa sudut ultra-lebar, lensa potret 2MP dan mono 2MP, empat lensa ini berfungsi bersama-sama secara maksimum meningkatkan kemungkinan kreatif penggunaan kamera pada apa yang boleh dilakukan.
Kamera tersebut boleh ‘menyesuaikan diri’ dengan pelbagai sudut pemotretan, senario dan persekitaran yang dipilih pengguna, dan menyediakan pilihan foto tambahan untuk pengguna seperti Mode 119° Sudut Ultra Lebar, Ultra Night Mode 2.0, dan Pengindahan AI.
OPPO A9 2020 menawarkan lebih banyak ciri berbanding sebelum ini, dengan 48MP Quad Camera baru dengan lensa Sudut Ultra Lebar, berprestasi tinggi dan menyertakan kapasiti memori 8GB RAM + 128 GB ROM serta bateri 5,000mAh, membebaskan pengguna dari keperluan untuk berkompromi apabila mereka bermain dan meneroka.
Tawaran terbaru OPPO untuk pasaran telefon pintar peringkat pertengahan mempunyai ciri-ciri fotografi yang menakjubkan, reka bentuk yang cantik, dan bateri tahan lama. OPPO A9 2020 akan memberikan nilai yang unik kepada pelbagai pengguna, terutamanya kepada generasi Digital dengan gaya hidup yang pantas bergerak.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk OPPO, sila rujuk kepada:
OPPO Official Website:
www.oppo.com/my/
OPPO Official Facebook Page:
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
OPPO Official Online Store:
https://www.oppo.com.my/categories/Smart-Phones/4
OPPO Official Lazada Store:
https://www.lazada.com.my/shop/oppo-electronics/
OPPO Official Shopee Store:
https://shopee.com.my/oppo.os
Mengenai OPPO
OPPO adalah jenama peranti pintar global terkemuka. Sejak melancarkan telefon pintar pertama – “Smiley Face” – pada tahun 2008, OPPO telah mengejar sinergi kepuasan estetika dan teknologi inovatif. Hari ini, OPPO menyediakan pelanggan dengan pelbagai peranti pintar yang dipelopori oleh siri Find and Reno, Sistem operasi ColorOS, serta perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO +. OPPO beroperasi di lebih dari 40 negara dan wilayah, dengan 6 institut penyelidikan dan 4 pusat R&D di seluruh dunia dan sebuah pusat reka bentuk antarabangsa di London, lebih daripada 40,000 pekerja OPPO didedikasikan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk para pelanggan di seluruh dunia.
OPPO A Series 2020 akan datang di Malaysia pada bulan September ini memaparkan fotografi yang menakjubkan, prestasi yang cemerlang, dan kapasiti bateri lebih besar.
KUALA LUMPUR, 5 September 2019 – OPPO teruja untuk mengumumkan bahawa ia akan melancarkan A9 2020 – satu lagi kejayaan jenama ini untuk pasaran Malaysia pada September ini. OPPO A9 2020 menawarkan lebih banyak ciri menarik berbanding sebelum ini, seperti 48MP Quad Camera baru dengan lensa sudut ultra-lebar, menawarkan prestasi tinggi dengan kapasiti memori 8GB RAM + 128 GB ROM dan bateri berkapasiti 5,000mAh, membebaskan pengguna dari keperluan untuk berkompromi apabila mereka bermain dan meneroka.
Tawaran terbaru OPPO untuk pasaran telefon pintar peringkat pertengahan ini mempunyai ciri-ciri fotografi yang menakjubkan, reka bentuk indah, dan bateri tahan lama. OPPO A9 2020 akan memberikan nilai yang unik kepada pelbagai pengguna, terutamanya kepada generasi Digital dengan gaya hidup yang pantas bergerak.
Kisah A Series Setakat Ini
OPPO telah aktif di pasaran luar negara selama sepuluh tahun yang lalu, dan OPPO A Series disukai oleh pengguna global. Sejak pelancaran model OPPO A Series yang pertama, A100 di pasaran Thailand pada tahun 2009, siri ini telah menikmati populariti mulut ke mulut yang mengagumkan kerana kelebihannya dalam reka bentuk, fotografi dan teknologi bateri. Model siri OPPO A juga merupakan salah satu daripada siri popular di pasaran Malaysia.
Sepanjang 10 tahun yang lalu, ramai pemuda telah memilih Siri OPPO A sebagai telefon pintar pertama mereka. Bukan sahaja mereka belajar bagaimana menggunakan telefon pintar, melalui teknologi seperti kamera dan aplikasi, Siri A melancarkan cara baru untuk mengintegrasi ke dalam masyarakat dan meneroka kemungkinan hidup yang tidak terhingga. Sementara itu, OPPO terus berkembang dengan trend mudah alih terkini, di mana telefon pintar menjadi lebih seperti pembantu peribadi, serta trend video pendek meningkat dalam aplikasi di kalangan orang muda.
Dinamakan A9 2020 sebagai tanda merayakan permulaan dekad baru dan mengundang pengguna telefon pintar pada pengalaman baru, nama barunya juga mewakili teknologi terkini untuk para penjelajah dan mereka yang kreatif. Tunggu, OPPO A9 2020 akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
#OPPOA9_2020
Untuk maklumat lanjut mengenai produk OPPO, sila rujuk kepada:
OPPO Official Website:
www.oppo.com/my/
OPPO Official Facebook Page:
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
OPPO Official Online Store:
https://www.oppo.com.my/categories/Smart-Phones/4
OPPO Official Lazada Store:
https://www.lazada.com.my/shop/oppo-electronics/
OPPO Official Shopee Store:
https://shopee.com.my/oppo.os
Mengenai OPPO
OPPO adalah jenama peranti pintar global terkemuka. Sejak melancarkan telefon pintar pertama – “Smiley Face” – pada tahun 2008, OPPO telah mengejar sinergi kepuasan estetika dan teknologi inovatif. Hari ini, OPPO menyediakan pelanggan dengan pelbagai peranti pintar yang dipelopori oleh siri Find and Reno, Sistem operasi ColorOS, serta perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO +. OPPO beroperasi di lebih dari 40 negara dan wilayah, dengan 6 institut penyelidikan dan 4 pusat R&D di seluruh dunia dan sebuah pusat reka bentuk antarabangsa di London, lebih daripada 40,000 pekerja OPPO didedikasikan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk para pelanggan di seluruh dunia.
Pada bulan Mac, 2018, Tronsmart melancarkan ‘high fidelity audio’ true wireless earbuds yang dinamakan sebagai Encore Spunky Buds. Earbuds ini telah dilaporkan sebagai salah satu earbuds wayarles terbaik 2019 di UK oleh Expert Reviews; menyatakan – “Ia mempunyai kualiti bunyi yang hebat dan menyertakan bekas simpanan mudah alih kecil bergaya”.
Hari ini, selepas 15 bulan penyelidikan dan pembangunan, Tronsmart akan melancarkan fon telinga TWS yang baru direka bernama Spunky Pro, merupakan satu versi naik taraf dari model Spunky Buds. Ia mensasarkan golongan yang suka dengan muzik dan inginkan sesuatu yang mempunyai kualiti bunyi lebih tinggi. Pelancaran akan membuka era baru TWS earbuds dengan teknologi canggih dan bunyi yang hebat.
Mari kita lihat apa yang membuat earbud ini istimewa berbanding dengan yang lain.
Kualiti Bunyi Lebih Jelas Dan Bass Lebih ‘Padu’
Seperti yang kita ketahui, intipati pada sesebuah fon telinga adalah bunyi.
Tronsmart konsisten membangunkan fon kepala yang memenuhi standard peminat muzik yang tinggi. Oleh itu, unit pembesar suara 6mm yang terkehadapan dan canggih digunakan dalam Spunky Pro, menyediakan bass luar biasa tanpa gangguan kepada vokal yang lebih tinggi. Di samping itu, terdapat dua mikrofon terbina dalam yang mampu menyampaikan panggilan stereo ultra-jelas dengan mengurangkan bunyi ambien.
Pengecasan Tanpa Wayar
Pengecasan Tanpa Wayar sahaja tidak begitu istimewa sama sekali.
Tetapi bekas mudah alih dengan pengecasan tanpa wayar untuk fon telinga wayarles adalah seperti icing pada kek! Tronsmart Spunky Pro adalah antara yang pertama menggunakan teknologi ini. Dengan fungsi ini, anda hanya perlu meletakkan earbud pada mana-mana pad pengecas Qi, dan ia akan dicaj dengan segera!
Pengecasan Melalui Port USB-C
Sekiranya anda tidak mempunyai pengecas tanpa wayar, jangan bimbang; Spunky Pro juga dilengkapi dengan penyambung USB-C yang boleh mengisi semula fon telinga lebih cepat!
Sambungan Bluetooth 5.0 Yang Lebih Stabil
Terbukti isu ‘sambungan’ selalu menjadi kebimbangan bagi ramai orang apabila memilih produk Bluetooth. Sambungan buruk akan menjejaskan pengalaman mendengar secara serius. Tronsmart sangat peduli tentang pengalaman pengguna; oleh itu, Spunky Pro dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, yang membolehkan sambungan lebih cepat dan lebih stabil dapat dicapai.
Kawalan Pembantu Suara Dengan Satu Sentuhan
Reka bentuk kawalan satu-sentuhan Spunky Pro membolehkan anda mengakses fungsi teras dengan mudah tanpa menjangkau telefon anda. Cukup sekadar ketik earbuds dan sebut “Hey Siri” atau “Hey Google” dan anda serta-merta akan mendapat akses kepada pembantu suara anda.
Reka Bentuk Yang Selesa Dan Mudah Alih – Kecil Dan Berkuasa
Jika anda menyemak saiz Spunky Pro, anda akan mengetahui bahawa ia jauh lebih kecil daripada kebanyakan earbud TWS. Tetapi anda tidak akan pernah bayangkan bahawa peranti kecil itu boleh memberikan masa main sehingga 18 jam. Selain itu, Spunky Pro dilengkapi dengan bekas mudah alih yang mesra poket dan tiga tip telinga berukuran berbeza untuk keselesaan yang selamat dan keserasian saiz tip bagi menyesuai dengan telinga anda.
Kalis Air IPX5 – Nikmati Muzik anda tanpa Gangguan
Selain ciri-ciri di atas, Spunky Pro juga direka dengan ciri ketahanan. Dengan penarafan IPX5, anda boleh terus berhubung walaupun berpeluh, terkena percikan air dan hujan, memberikan anda pengalaman mendengar yang lancar.
Konklusi
Kerana Tronsmart peduli terhadap pelanggan, mereka sentiasa meningkatkan kualiti produk mengikut maklum balas yang diterima. Menyediakan pengalaman terbaik dengan teknologi paling canggih adalah sentiasa menjadi nilai teras Tronsmart. Jika anda mencari earbuds TWS, jika anda mengejar kualiti bunyi yang lebih baik, jika anda mahukan pengalaman mendengar yang lebih baik dengan reka bentuk lebih selesa, Tronsmart Spunky Pro adalah pilihan terbaik untuk anda!
Spunky Pro – Pengalaman wayarles pada tahap yang baru.
DownThemAll tidak asing lagi kepada pengguna Firefox. Sejak beberapa tahun sebelum ini, DownThemAll atau DTA menjadi salah satu alat bagi memuat turun fail dengan cepat.
Extension/addon ini ibarat ‘Internet Download Manager’, cuma prestasinya tergantung kepada ‘kekuatan’ peranti disebabkan ia berfungsi dari dalam pelayar.
Sejauh yang saya sendiri guna, DTA tidak pernah menghampakan, kecuali ada satu atau dua ciri yang pada saya jika dimasukkan akan membuat ia menjadi lebih baik.
Addon ini sebenarnya sudah lama tidak dibangunkan oleh pembangun asalnya kerana sewaktu Firefox mula-mula melancarkan sistem sokongan WebExtension pada 2017 dahulu, kekurangan API bagi membuat salinan terhadap addon tersebut menyebabkan segala pembangunannya terhenti.
Ada beberapa kelemahan terdapat pada DTA versi WebExtension ini. Pertama, ia bukan 100% serupa seperti versi asal. Beberapa ciri penting seperti muat turun fail berbilang dari laman sesawang, penapisan jenis kandungan, mulai semula muat turun, adalah disokong olehnya.
Akan tetapi muat turun secara segmentasi (pembahagian fail), pengendalian ralat, pengendalian konflik dan pengaplikasian had laju, tidak disokong. Berikut adalah paparan tetapan DTA yang ada:
Bagi anda yang ingin mencuba, bolehlah hala ke pautan ini: DownThemAll!
TaoTronics Malaysia sekali lagi berbesar hati menaja satu lagi produk mereka untuk diuji. Untuk artikel yang lalu, saya telah membuat ulasan ke atas headphone mereka, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060. Hari ini, saya akan membuat ulasan pula ke atas siri wireless earbuds mereka, TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053. Sepertimana tajuk di atas, sememangnya, dengan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini, telinga saya gembira!
Dunia sekarang semuanya tanpa wayar. Pada mula-mula Apple AirPods diperkenalkan, konsep earphone tanpa wayar telah diketawakan dan dikatakan sebagai satu konsep yang bodoh. Namun, setelah 3 tahun berlalu, daripada tanggal pertama Apple AirPods diperkenalkan pada 13 Disember 2016 yang lalu, akhirnya kita telah sampai di sini. Earphone tanpa wayar, ataupun lebih dikenali sebagai True Wireless Stereo earbuds (TWS)mula menerjah pasaran dan memenuhi katalog pilihan pengguna. Dari jenama tiruan ke jenama terkemuka, masing-masing mula mengeluarkan TWS masing-masing. TaoTronics, yang tidak asing lagi di pasaran dengan produk headphone mereka juga tidak terkecuali dalam mengeluarkan TWS mereka tersendiri. Setelah puas menguji produk ini, inilah pandangan peribadi saya.
Persembahan Produk
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 hadir dalam kotak berwarna putih dengan kotak kedua berwarna oren di dalam. Warna tema rasmi TaoTronics. Perincian logo kecil TaoTronics pada tetingkap kotaknya memberikan pandang pertama yang baik di mata dan jelas terasa bungkusan premiumnya. Di bahagian belakang kotak, terdapat beberapa maklumat tambahan dan QR code yang boleh diimbas menggunakan telefon pintar anda.
Di dalam bungkusan, anda akan mendapati terdapat 1x sepasang earbuds,1x sebiji bekas pengecas merangkap bekas simpanan, 1x kabel pengecas jenis mikro USB, 3x pasang getah penyumbat telinga tambahan pelbagai saiz, dan 1x buku manual. Tiada getah penyumpat telinga jenis busa bermemori dibekalkan bersama TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini, tetapi 3x pasang getah tambahan sudah memadai untuk anda menukar penyumbat ke mana-mana saiz yang anda kehendaki dan selesa memakainya. Bekas simpanannya pula berbentuk bujur dalam saiz yang mudah dibawa. Kedua-dua belah earbuds ini ditarafkan kalis air pada penarafan IPX6 yang bermaksud ia mampu menahan tumpahan air yang banyak dan juga hujan tetapi tidak boleh direndam di dalam air. Sesuai untuk aktiviti kecergasan di mana anda akan berpeluh dengan banyak dan berkemungkinan terkena hujan ketika berlari di taman. Bekas pengecasnya pula tiada sebarang penarafan kalis air.
Binaan dan Kualiti
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 menggunakan rekabentuk paip untuk TWS mereka. Saya secara peribadi lebih menggemari bentuk paip daripada bentuk plag telinga yang lebih kecil kerana binaannya yang terasa lebih kukuh dan senang dipegang. Jari saya yang besar menyukarkan saya untuk menggunakan dan memegang TWS jenis kecil dan mengurangkan faktor keselesaan bagi saya. Earbuds saya hadir dalam warna hitam. Tidak banyak hiasan atau rekaan pada kedua-dua belah earbuds dan tiada sebarang bahagian terbuat daripada besi atau krom. Ia agak minimalis dengan penyudah permukaan yang agak matte. Mungkin saya agak bias di sini, tapi lebih minimalis, lebih bagus. Rekaan yang ringkas dan tidak bercorak membolehkan ia tenggelam dan tidak menarik perhatian apabila dipakai. Ya, ini bukan AirPods yang dibina untuk ditunjuk-tunjuk. Ini produk profesional dan anda juga terasa lebih berkarisma dengan sepasang TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 tersemat kemas di telinga anda.
Bagaimana pula dengan bekas pengecasnya? Sama juga, tidak banyak corak diletakkan pada bekasnya selain daripada tulisan berwarna putih yang dibaca “TAOTRONICS” dalam font yang sama dengan logo rasmi mereka. Penutupnya menggunakan sistem engsel dan lekapan magnetik. Tidak perlu bimbang akan earbuds anda jatuh ke luar kerana saya sudah menggoncangkan bekas ini ke pelbagai arah dan penutupnya kekal tidak terbuka. Sekalipun ia terbuka tanpa sengaja, kedua-dua belah earbuds ini juga dilekapkan kepada bekasnya dengan kuasa magnet dan ia mencukupi untuk mengelakkan earbuds anda tercampak ke lantai. Saiz bekasnya juga kompak, muat ke dalam poket dan mudah dibawa ketika anda keluar. Tidak perlu membawa beg tambahan atau malu dengan kesan poket yang terjojol kerana membawa barang yang terlalu besar untuk poket anda.
Kesemua plag telinga yang dibekalkan juga terasa berkualiti. Tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Saya kira ia dibuat daripada bahan hipoalergenik kerana ia tidak menyebabkan kegatalan ataupun ruam walaupun dipakai ketika berpeluh. Anda juga tidak akan terasa panas pada telinga seperti mana yang dapat dirasai pada plag telinga murah di pasaran ataupun dengan pad telinga yang terlalu keras.
Kawalan dan Fungsi
Secara keseluruhannya, kawalan pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini cukup intuitif dan senang. Pelbagai kawalan dapat dilakukan dan cukup lengkap tidak seperti TWS lain di pasaran. Satu ciri menarik pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini ialah, butang kawalannya menggunakan butang sentuhan dan tiada butang fizikal lantas memberikannya rupa paras yang sedaging dan moden. Kawalannya juga cukup mudah, sentuh sekali untuk mengawal kelantangan, sentuh dua kali untuk memainkan atau menjeda lagu dan sentuh tiga kali untuk memainkan lagu seterusnya atau lagu sebelumnya. Tekan dan tahan untuk memanggil aplikasi pembantu anda, Google Assistant pada Android ataupun Siri pada iOS.
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 boleh berfungsi sebagai pemain muzik dengan menyambungkan kedua-belah earbuds ke telefon ataupun sebagai penjawab panggilan sahaja dengan menyambungkan hanya sebelah daripada sepasang earbuds ini di telinga kiri. Namun begitu, dengan menggunakan sepasang earbuds sekaligus pun, anda masih boleh menjawab panggilan seperti biasa dengan menyentuh mana-mana earbuds untuk menjawab panggilan.
Sambungannya juga amat mudah. Cuma keluarkan kedua-dua belah earbuds dan ia akan mencari peranti terdekat untuk dipasangkan secara automatik. Untuk sesi seterusnya, ia akan terpasang secara automatik dengan peranti pasangan terkini sebaik saja ia dikeluarkan dari bekasnya. Apabila ia dimasukkan semula ke dalam bekas, ia akan dimatikan dengan sendiri dan dinyahpasang dengan peranti anda. Sangat mudah!
Keselesaan dan Bateri
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 walaupun tidak dilengkapi dengan cangkuk telinga, sudah cukup untuk memberi keselesaan dalam pemakaian. Dengan berat 4.25g, ia sememangnya ringan dipakai dan hampir tidak terasa seperti berada di dalam telinga. Aktiviti lasak dengan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 juga terasa sungguh semulajadi dan tiada halangan. Ia kekal berada di dalam telinga dan tidak tercabut walaupun saya melompat dan berlari. Anda boleh menukar plag telinga pelbagai saiz yang sudah diberi untuk memaksimakan keselesaan pemakaian.
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 mampu berfungsi selama lebih kurang 5 jam penggunaan dalam sekali cas. Bekas pengecasnya pula mempunyai kapasiti bateri simpanan sebesar 650 mAh, cukup untuk 5 pusingan pengecasan bagi sepasang earbuds ini. Memberikan anda kebolehan penggunaan sepanjang 40 jam secara keseluruhan. Tempoh operasi sepanjang 5 jam ini adalah daya tarikan utama bagi saya kerana TWS lain yang popular di pasaran seperti i11 hanya mampu bertahan selama 2 jam. Dengan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053, saya tidak perlu mengecas TWS saya dengan terlalu kerap. Saya boleh sahaja memakainya ketika masuk bekerja di pejabat dan baterinya mampu bertahan sehingga saya sudah hampir ke waktu pulang pejabat. Bayangkan pula jika anda ingin menaiki bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Dengan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 , anda boleh mendengar lagu di TWS sepanjang perjalanan tanpa henti. Berbanding dengan TWS lain dengan masa operasi sesingkat 2 jam, pengalaman mendengar anda sudah semestinya terbantut!
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 memberikan sedikit kesan pengedapan bunyi dengan pemakaiannya. Anda perlu membuka sebelah earbuds anda untuk bercakap dengan orang di sekeliling kerana dengan pemakaiannya, bunyi luar kedengaran lebih perlahan dan mendap. Faktor rekabentuk dan ergonomik pemakaiannya menghasilkan noise cancellation secara pasif. Satu ciri yang sangat baik untuk keselasaan dan proses pendengaran yang lebih memuaskan.
Kualiti Bunyi
Anda tidak boleh mengharapkan kuasa bunyi yang sama dengan headphonepada TWS. Saiz pemacu audio mereka juga jauh berbeza. Rata-rata headphone datang dengan saiz pemacu audio 30mm ke atas. TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 pula, dilengkapi pemacu audio sebesar 6mm dalam diameter. Namun begitu, jangan anggap ia biasa-biasa saja. Bassnya masih mampu dirasai dengan angin dan getaran bass menerjah masuk terus ke gegendang telinga anda. Dengan pemakaian dan penggunaan saiz plag telinga yang betul-betul ‘ngam’ dengan telinga anda, pengalaman bass anda dengan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 sudah semestinya lebih sempurna.
Muzik pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 juga berada pada kualiti yang bagus. Frekuensi pertengahannya juga sangat harmoni dengan frekuensi rendah bass dan frekuensi tinggi bunyi instrumen kompleks. Bass kedengaran sangat penuh, vokal kedengaran terkehadapan dan jelas, diikuti bunyi muzik latar yang terperinci. Saya menguji TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini dengan sebuah lagu daripada MonoloQue – Chinta. Komen saya adalah, “WOW”. Bunyi irama gamelan, desikan petikan gitar, paluan gendang ditembak tepat ke gegendang telinga. Vokal Loque dan NJWA juga langsung tidak kendengaran tenggelam dan melandai, kekal dalam identiti unik mereka.
Secara puratanya, kualiti bunyi pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini terasa lebih terang dan bertahap berbanding earphone berwayar seperti QKZ CK5. Kekuatan bunyi pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 adalah kejelasan dan ketajaman perincian pada bunyinya. Untuk mendengar lagu-lagu carta 100 Billboards, saya lebih selesa memakai TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 berbanding TaoTronics SoundSurge 60saya. Suara dan vokal sangat jelas dan kedengaran lebih ke hadapan. Untuk panggilan telefon, kejelasan suara pemanggil sangat tinggi dan ini sangat membantu terutama sekali ketika berada di tempat yang bising.
Kualiti Mikrofon
Kualiti mikrofon pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 cukup memuaskan. Suara saya kedengaran seperti saya tidak menggunakan earbuds untuk bercakap di telefon. Malah, kualiti suara dihasilkan oleh TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini lebih baik daripada yang mampu dihasilkan oleh Apple AirPods generasi pertama. Ia boleh menapis bunyi hingar di persekitaran anda dan membolehkan rakan anda mendengar suara anda dengan lebih jelas.
Kualiti Sambungan dan Codec
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 juga hadir dengan Bluetooth 5.0, memberikannya penggunaan tenaga yang lebih efisyen dan jarak sambungan sehingga 10 meter. Ia menggunakan sokongan codec SBC dan AAC, memberikan anda lebih banyak pilihan kualiti bunyi dan kebolehan sambungan dengan pelbagai peranti dengan fungsi Bluetooth. Tiada kelewatan bunyi yang ketara dapat saya rasakan sepanjang seminggu saya menggunakan TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini.
Tontonan video di YouTube juga terasa santai dan tiada pengurangan kualiti tontonan yang serius bagi saya. Namun kerap juga sesekali saya berlaku sedikit kelambatan di antara bunyi dan video. Masalah sama juga berlaku pada video di Instagram. Akan tetapi, masalah latency ini tidak konsisten dari video ke video dan platform. Ada masanya seolah-olah langsung tidak ada masalah latency berlaku. Mungkin ia cuma masalah gangguan frekuensi, ataupun masalah pada aplikasi video tersebut. Untuk peranti mereka yang seterusnya, saya benar-benar berharap TaoTronics dapat membaiki perkara ini. Alangkah indahnya sekiranya Taotronics dapat melakukan penambahbaikan dengan hanya firmwareupdates pada earbuds ini.
Sepanjang tempoh seminggu ini juga, saya tidak pernah mengalami masalah sebelah earbuds saya tiba-tiba terputus sambungan. Suatu masalah yang kerap terjadi dengan Redmi AirDots yang lebih popular di pasaran pada ketika ini.
Kesimpulan
TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 adalah sepasang TWS dengan tawaran harga yang premium. Namun sesuai dengan harganya, kualiti yang ditawarkan sememangnya berpatutan. Bunyinya cukup seimbang tanpa pengorbanan dalam mana-mana aspek. Padankan ia dengan lagu dalam kualiti dan codec yang tinggi, maka pengalaman muzik anda berada pada tahap yang tinggi. Kualiti sambungan Bluetoothnya sangat baik dan boleh diharap. Tempoh operasi yang panjang dapat mengelakkan anda daripada sakit kepala kerana perlu sentiasa mengecas TWS anda. Masa itu emas dan tidak berbaloi untuk anda menggadaikannya dengan perkara remeh-temeh seperti berulang kali memasukkan dan mengeluarkan earbuds anda daripada bekas pengecas.
Fungsi kawalan pada TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 ini juga cukup lengkap dan menawarkan kawalan yang penuh. Cuba lihat TWS lain di pasaran, masih banyak yang tidak membolehkan anda melakukan operasi asas seperti menukar lagu ke lagu seterusnya dan juga melaras kelantangan. Selain dari itu, kebebasan yang dinikmati dengan memakai sepasang earphone tanpa wayar adalah satu perasan yang sangat memerdekakan!
Sememangya, TaoTronics SoundLiberty 53 TT-BH053 pilihan tepat untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketahanan produk untuk lebih produktiviti seharian!
DAPATKAN HEADPHONE INI DI LAMAN RASMI TAOTRONICS MALAYSIA :
Terima kasih kepada TaoTronics Malaysia kerana telah berbesar hati menaja seunit headphone mereka kepada pihak kami di Omg? Hackers!. Namun begitu jangan bimbang kerana review yang akan ditulis adalah berdasarkan kepada pendapat jujur dari kami dengan mengambil kira perbandingan daripada produk lain yang dimiliki kami.
Saya berpeluang mencuba sepasang headphone daripada TaoTronics baru-baru ini. Mungkin ramai yang masih belum mengenali jenama ini kerana TaoTronics adalah sebuah jenama daripada Amerika Syarikat dan baru sahaja mempunyai pengedar sah mereka di Malaysia di bawah syarikat Wing Electronics Sdn Bhd lantas memudahkan perolehan produk dan juga urusan jaminan produk mereka untuk pengguna Malaysia. Sekiranya anda kerap menonton saluran review headphone di YouTube, nama TaoTronics sudah semestinya tidak asing bagi anda terutamanya bagi saluran daripada Amerika. TaoTronics telah pun berada di pasaran sejak tahun 2008.
Berbalik kepada headphone ini, saya secara peribadi lebih menggemari headphone berbanding earphone atas faktor bunyi yang lebih berkualiti, pemakaian yang lebih selesa dan bateri yang tahan lebih lama. TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 juga merupakan headphone dengan fungsi Active Noise Cancellation (ANC) yang berfungsi dengan memproses bunyi persekitaran anda secara langsung dalam masa sebenar.
Persembahan Produk
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 hadir dalam kotak dengan reka bentuk yang agak minimalis. Tidak banyak maklumat tertera pada pembungkusannya tetapi isi dalamnya sedikit mengujakan saya. Mana tidaknya, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 hadir dengan bekas bimbitnya sendiri. Sesuatu yang agak jarang didapati untuk produk dengan lingkungan harga ini. Di dalamya dimuatkan dengan sepasang headphone, 1 kabel pengecas, 1 kabel audio 3.5mm serta sebuah buku manual. Bekas bimbit yang saya terima berwarna hitam, sedondon dengan headphone saya yang juga berwarna hitam. Beg bimbit ini agak keras dan mampu melindungi headphone anda sekiranya anda mahu membawanya bersama anda dalam perjalanan. Ia juga mampu melindungi headphone anda daripada percikan air kerana lapisan luarnya kalis air. Namun begitu, jangan pula jangkakan beg bimbit ini mampu menahan beban yang berat. Ia juga tidak boleh dibawa berenang bersama di dalam kolam, cukup sekadar percikan atau tumpahan air yang sedikit.
Binaan dan Kualiti
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 adalah sepasang headphone ‘over-ear’ yang bermaksud ia hadir dengan pad telinga yang akan menutupi keseluruhan telinga anda. Lazimnya, headphone jenis over-ear lebih sesuai untuk mereka dengan telinga yang sensitif ataupun mudah berasa sakit dengan pengunaan headphone biasa atau earphone. Ini kerana pad telinga jenis over-ear tidak memberikan tekanan kepada cuping telinga anda dan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 sememangnya selesa dipakai walau untuk jangka masa lama. Binaan kerangkanya juga secara amnya adalah daripada material plastik dan dilapisi dengan plat aluminium. Sejauh mana ketahanannya? Setakat ini komen dan respon pembeli rata-ratanya positif dan tiada aduan kepatahan atau kerosakan pada material plastiknya. Walaupun secara peribadi saya lebih suka sekiranya bahagian kerangka utamanya dibina daripada besi secara keseluruhan, namun sekiranya maklum balas majoriti adalah positif, saya kira soal ketahanan adalah tidak menjadi persoalan di sini.
Material kulit yang digunakan untuk membalut kesemua span pada headphone ini juga terasa lembut dan tiada bau plastik seperti headphone bukan premium lain di pasaran. Plastiknya juga tidak mudah calar dan diselaputi dengan lapisan seolah-olah teflon yang tidak mudah rosak dan mendapat cela. Ia kelihatan sedikit berkilat tetapi sekiranya terlekat habuk atau kotoran, sedikit sapuan ataupun lap menggunakan kain sudah cukup untuk membersihkan permukaannya. Ia tidak terasa murah dan pertama kali anda memakainya di kepala anda dapat berasa dengan jelas bahawa headphone ini ada aura sebuah headphone premium.
Kawalan dan Fungsi
Ia dilengkapi dengan 4 butang seperti mana kebanyakan headphone lain. Kesemua 4 butang terletak di sebelah kanan iaitu butang Kelantangan + dan Kelantangan -, butang Kuasa dan togol ANC yang dilengkapi lampu LED biru. Kawalannya juga sangat mudah, tekan sekali pada butang kelantangan untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan. Teruskan menekan berulang kali untuk terus menurunkan atau menaikkan kelantangan sehingga ke tahap yang dikehendaki. Untuk memainkan lagu seterusnya cuma tekan dan tahan butang Kelantangan + selama 2 saat, lakukan perkara yang sama dengan butang Kelantangan – untuk memainkan lagu sebelumnya (bergantung kepada tetapan pemain muzik anda). Untuk menghidupkan headphone anda, tekan butang Kuasa selama 2 saat atau tekan selama 5 saat untuk masuk ke mod sambungan bluetooth.
Walaupun banyak pengeluar memilih untuk beralih kepada sistem butang sentuhan, bagi saya butang tekan analog masih lagi lebih baik atas faktor maklum balas tekanan pada jari anda. Tambahan lagi, sekiranya anda menggunakan sarung tangan, butang sentuh sangat sukar untuk memberi tindak balas. Lagipun, headphone berada di kepala, dengan butang fizikal, lebih mudah untuk anda mencari kedudukan butang tanpa perlu melihat dengan merasa bonjolan butang dengan jari anda. Saya lebih memilih kefungsian berbanding rupa.
Fungsi
Operasi
Hidupkan / Matikan peranti
Tekan dan tahan butang Kuasa sehingga lampu LED menyala / terpadam
Main / Jeda / Jawab / Hentikan panggilan telefon
Tekan butang Kuasa sekali
Tolak panggilan telefon
Tekan dan tahan butang Kuasa selama 2 saat
Dail semula
Tekan butang Kuasa 2 kali
Kelantangan + / –
Tekan butang Kelantangan + / –
Lagu seterusnya / sebelumnya
Tekan dan tahan butang Kelantangan + / –
Keselesaan dan Bateri
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 merupakan headphone jenis over-ear. Secara amnya, headphone over-ear dibina untuk melekap dengan selesa pada telinga anda. Namun perkara ini tidak selalunya begitu terutama bagi mereka dengan telinga yang sensitif. Saya pernah menggunakan headphone over-ear jenama terkemuka dan telinga saya tidak tahan memakainya untuk lebih daripada 30 minit walaupun saiz pad mereka lebih besar berbanding TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060. Dengan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060, saya telah memakainya selama seharian di pejabat dan ia tetap selesa berada di telinga saya (hinggakan saya dimarahi rakan sekerja kerana fungsi ANC-nya buatkan saya tidak dengar kebanyakan pertanyaan mereka walau mereka berada di sebelah :p ).
Pad kepala yang selesa.
Tidak seperti headphone kelas pertengahan di pasaran, dengan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 anda tidak perlu bimbang untuk memasang muzik dengan kuat kerana bunyi muzik daripada headphone ini tidak akan ‘bocor’ dan mengganggu orang di sebelah. Ini dibuktikan dengan keadaan tenang orang di meja sebelah saya yang terus bercakap dengan saya tanpa mengetahui saya sedang menguji lagu metal di headphone ini dan saya sebenarnya gagal mendengar sebarang percakapannya. Cuma selepas 3 jam pemakaian, ada terasa sedikit hangat pada kedua belah telinga namun tidaklah terlalu mengganggu sehingga merencatkan kerja saya di meja. Headphone ini sedikit berat seberat 218 gram dan tidak sesuai untuk aktiviti lasak seperti bersenam di mana anda banyak melakukan pergerakan kepala. Namun untuk penggunaan biasa di rumah dan di pejabat, tiada masalah. Sekiranya anda menunduk untuk mengambil barang di atas lantai atau di dalam laci, jangan bimbang kerana headphone ini tidak akan terlucut daripada kepala anda. Lekapannya kuat, namun saya rasa untuk aktiviti lasak dan bersenam ia agak tidak sesuai. Tapi sekiranya anda terasa ingin mencuba, tiada salahnya.
Pad telinga yang lembut.
Baterinya dikatakan tahan selama 30 jam. Saya telah menggunakan headphone ini selama 6 jam dan baterinya menurun sebanyak 20%. Jika betul perkiraannya, 6×5=30 maka memang benar baterinya mampu bertahan selama 30 jam penggunaan. Ini sudah mencukupi untuk menampung seminggu penggunan dengan sekali cas. Tambah menarik, ia hadir dengan kemampuan Quick Charge iaitu 5 minit pengecasan untuk 2 jam penggunaan. Untuk pengecasan penuh, cuma 45 minit diperlukan. Sayang kerana TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 hadir dengan pengecasan micro–USB dan bukan USB Type-C yang lebih terkini. Saya terpaksa menggunakan kabel lain kerana kesemua telefon pintar saya menggunakan USB Type-C. Kekurangan yang kecil, tapi saya harap TaoTronics boleh mengemaskini produk mereka yang akan datang supaya menggunakan USB Type-C.
Cuma micro USB, bukan USB Type-C.
Untuk individu dengan kepala besar, jangan bimbang kerana lebar TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 boleh dilaras dengan dua rel besi pada tangannya. Satu ciri menarik pada rel ini adalah ia dicatat dengan nombor seolah-olah pembaris lengkap dengan garis penanda. Jadi pada mereka yang mahukan headphone yang bagus dan pada masa yang sama ada sedikit OCD, boleh lah mencuba TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 kerana dengan headphone ini, anda kini boleh melaras kelebaran headphone anda dengan penuh yakin kepanjangan tangan di kiri dan kanan adalah sama panjang.
Kualiti Bunyi
Dengan julat harga premium, sudah tentunya anda menjangkakan kualiti bunyi yang premium. Seperti yang kita tahu, secara asasnya kita menilai kualiti bunyi headphone dalam 3 julat bunyi iaitu bunyi rendah, bunyi pertengahan dan bunyi tinggi. Bunyi rendah ialah bunyi yang dalam dan tidak rancak. Contoh lagu dalam kategori ini adalah lagu-lagu dengan bunyi bass seperti lagu funk 80an dan juga lagu-lagu daripada genre lo-fi. Bunyi pertengahan lebih kepada lagu dengan vokal dengan sedikit rentak latar belakang yang biasa didapati pada lagu pop dan lagu-lagu akustik. Seterusnya, bunyi tinggi yang bercirikan rentak yang sangat rancak dengan pelbagai instrumen dimainkan serentak contohnya seperti lagu metal dan lagu rock.
Low-Range
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 menggunakan pemacu audio sebesar 40mm diameter, antara yang terbesar dalam kelasnya. Secara kebiasaannya, lebih besar pemacu audio, lebih besar kuasa audio yang mampu dihasilkan dan lebih dalam bunyi bass yang dikeluarkan. Dalam hal ini, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 memang tidak mengecewakan terutama sekali bagi bunyi rendah. Mendengar lagu-lagu funk dan lo-fi sememangnya sangat memuaskan telinga. Untuk gaming pula, bunyi letupan dan tembakan cukup jelas dan kadangkala terasa seperti berada betul-betul di dalam permainan dengan kesan bunyi yang cukup sempurna. Bassnya bagi saya adalah pertunjukan utama bagi headphone ini. Cukup menggegarkan dan kelantangannya juga boleh mencapai kelantangan yang tinggi. Julat rendah pada TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 sangat teliti dan tiada bunyi pecah apabila mendengar lagu-lagu dengan bass yang ‘ganas’.
Mid-Range
Bagi bunyi pertengahan pula, mendengar lagu-lagu pop terkini dan lagu akustik juga tidak mengecewakan. Vokal kedengaran cukup jelas dan rangup. Lirikan rift gitar dapat ditangkap dengan jelas oleh pendengar. Tiada pertindihan di antara bunyi latar dan juga suara vokalis. Bagi penyanyi dengan suara unik contohnya suara serak, keserakannya dapat didengari dengan jelas. Untuk sesetengah lagu, saya seolah-olah mendengar ia dinyanyikan di depan mata kerana perincian suara vokal yang sangat mendalam dengan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 ini. Anda dapat menangkap karakter suara unik artis kegemaran anda. Kadangkala terasa agak tidak seronok dengan bunyi yang terlalu jelas kerana saat penyanyi menarik nafas juga dapat didengari.
High-Range
Bunyi tinggi bagi saya bukanlah antara kekuatan besar bagi TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 bagi saya secara peribadi. Agak sukar untuk mencari headphone yang mempunyai kekuatan yang sekata di semua tahap terutamanya bagi headphone dalam julat harga ini. Seperti yang ditulis di atas, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 mempunyai kekuatan utama pada julat rendah. Untuk bunyi tinggi ini saya telah mendengar senarai lagu metal dan juga emo rock daripada pelbagai artis dan kumpulan. Bunyi tinggi diklasifikan dengan muzik yang rancak dan juga vokal yang nyaring. Sukar untuk saya nyatakan samada headphone ini bagus atau tidak dalam julat tinggi ini kerana saya bukanlah peminat besar genre metal dan rock. Tetapi penilaian objektif saya adalah, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 cukup untuk menonjolkan setiap instrumen di dalam lagu-lagu yang telah diuji. Tiada bunyi yang tenggelam dan kejelasan setiap set instrumen muzik cukup untuk saya menangkap not-not yang dimainkan. Sememangnya perbezaan yang besar berbanding headphone kelas biasa yang seringkali kehilangan keseimbangan bunyi kerana tenggelam di dalam bunyi bising gitar dan dram. Bunyinya juga tidak bersepah dan mendatar apabila tiba pada bahagian gitar dan dram yang rancak.
Kualiti Mikrofon
TaoTronics melengkapkan headphone mereka bukan sekadar dengan kualiti bunyi yang sempurna di telinga, malah mikrofon pada headphone ini juga tidak ketinggalan. Dengan teknologi CVC 6.0, anda tidak perlu risau dengan kualiti tangkapan suara anda samada ketika chatting, gaming, mahupun membuat panggilan telefon. Ketika panggilan telefon, suara saya kedengaran sangat jelas seperti langsung tidak menggunakan headphone untuk bercakap. Lebih menarik lagi, mikrofon pada headphone ini juga dilengkapi dengan penapis bunyi bising. Jadi anda tidak perlu risau dengan bunyi bising persekitaran mengganggu suara anda daripada didengari dengan jelas oleh rakan anda. Suara dapat didengari jelas, tiada kelewatan dan tiada kesan gema.
Kualiti Sambungan dan Codec
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 yang menjamin sambungan yang lebih stabil, jarak sambungan yang lebih jauh berbanding Bluetooth 4.0 serta sambungan dengan kepantasan yang telah dinaiktaraf. Ini membolehkan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 melontarkan bunyi tanpa kelewatan dan segerak dengan gambar ketika menonton video atau bermain game tanpa masalah yang signifikan. Saya boleh berjalan di sekeliling pejabat dan masuk ke tandas tanpa membawa telefon dan masih tetap dapat mendengar lagu yang dimainkan di telefon saya. TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 menggunakan codecBluetooth SBC. Sebenarnya, dari segi kualiti bunyi, di antara SBC dan codec popular lain seperti aptX dan AAC, bezanya tidak begitu signifikan. Walaupun SBC dikatakan sebagai codec yang paling rendah di antara kesemua empat codec di pasaran, perbezaan ketara di antara keempat-empat codec ini hanyalah pada latency ataupun kelewatan penghantaran isyarat di antara peranti utama kepada headphone. Dengan Bluetooth 5.0, masalah latency ini dapat diatasi tanpa ada aptX.
Active Noise Cancellation (ANC)
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 dilengkapi dengan ciri ANC. Walau tidak sehebat ANC bagi headphone audiophile seperti Bose dan Shure, tetapi ciri ini cukup untuk seorang yang tanpa pengetahuan mendalam dalam kualiti audio untuk merasai dan perasan dengan perbezaan kualiti bunyi apabila ANC diaktifkan pada TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 ini. Sebaik sahaja ANC diaktifkan, terdapat jeda lebih kurang 2 saat sebelum kesannya dapat dirasai samada ketika pengaktifan atau penyahaktifan. Semasa ANC berfungsi, bunyi pada julat bawah menerima peningkatan yang ketara dan suara vokal dapat didengari dengan lebih jelas. Bunyi-bunyi gangguan di persekitaran seperti bunyi kipas dan penghawa dingin juga termendap seiring dengan fungsi ANC.
Apa yang mungkin kurang digemari oleh sesetengah pendengar adalah kehilangan bunyi pada julat pertengahan dan tinggi yang agak ketara. Namun bagi saya ini adalah subjektif kepada pendengar. TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 masih lagi mampu menghasilkan bunyi dalam resolusi tinggi yang lebih rangup dan meletup berbanding headphone dalam kelas lebih bawah daripadanya. Sebagai contoh, untuk lagu Slipknot – Psychosocial tanpa ANC, bunyi simbal drum dan gitar rhythm kedengaran lebih jelas dan suara vokalis kedengaran agak serak. Dengan ANC, bunyi kemudiannya bertukar dan bunyi simbal dram kedengaran lebih perlahan. Kali ini hentakan dram kaki dan gitar lead memonopoli bunyi muzik latar. Suara vokalis kedengaran lebih ke hadapan dengan ANC tetapi bunyinya kedengaran seperti telah di autotuned. Tambahan lagi, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, menjamin penghantaran bunyi yang lebih jelas dan tanpa kelewatan dari peranti ke telinga anda.
Untuk audiophiles, headphone ini mungkin tidak sempurna bagi anda, dan anda juga perlu sedar hakikat jika anda mahukan headphone yang sempurna dengan telinga anda, anda harus mengeluarkan wang yang lebih untuk headphone dengan harga yang jauh lebih tinggi lengkap dengan sound tube dan DAC tambahan. Tapi bagi pengguna kasual dan juga gamer, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 sememangnya satu upgrade yang besar buat anda ke arah pengalaman pendengaran yang lebih baik. ANC nya merupakan satu ciri yang menarik untuk anda bermain dengannya. Cubalah pengalaman mendengar yang berbeza dengan dan tanpa ANC dan nikmatilah dunia pendengaran yang baru. Tidak keterlaluan untuk saya kata, TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 mungkin boleh jadi ‘flagship killer’ bagi tahun ini dengan harganya.
Kesimpulan
TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 adalah headphone yang sudah cukup sempurna untuk harganya. Kualiti keseluruhannya mampu mengejar headphone premium yang lain seperti Sony 1000XM3 dan Bose QC35 dengan julat harga yang lebih tinggi berbanding TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060. Kekuatan utamanya adalah dari segi keselesaan pemakaian dan reka bentuk yang segar berbanding rekabentuk tradisional. Ia juga boleh dilipat yang memudahkan pembawaannya ditambah lagi dengan bekas khas yang hadir bersamanya di dalam kotak. Kualiti bunyinya memang terasa premium, tidak bersepah atau terlalu lembab. Sekali lagi, sekiranya anda seorang pengguna kasual, gamer ataupun pendengar muzik tegar, headphone ini sememangnya satu upgrade yang sesuai buat anda. Jika anda ingin bercakap dari standard audiophile, anda juga harus menggunakan perkakasan pemain pada tahap audiophile kerana kualiti bunyi tetap tidak akan mencapai tahap audiophile walaupun dengan headphone yang paling bagus di dunia tetapi anda hanya mendengar lagu pada sebuah telefon pintar midrange tanpa sebarang DAC dan codec tambahan.
Ada beberapa perkara kecil tetapi signifikan yang saya sangat suka pada TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060 ini seperti lampu LED penanda yang diletakkan di bahagian bawah. Ini lebih baik berbanding sekiranya diletakkan di tepi. Saya masih ingat ingat lagi dengan Bluedio Turbine T2 Plus saya dengan LED di tepi, orang sebelah saya di dalam bas marah kerana kelipan LED tersebut menyilaukan beliau. Dengan TaoTronics SoundSurge 60 TT-BH060, saya tidak perlu lagi risau perkara ini berlaku. Kedudukan butang juga telah disusun dengan mengambil kira faktor ergonomik menjadikannya senang dicapai dan hampir tidak perlu dipelajari. Ia juga dikesan di dalam menu bluetooth telefon dengan namanya yang sebenar dan bukan nama kod, menunjukkan produk ini telah dibina dengan berhati-hati untuk mecapai standard premium.
Lampu LED di bawah, tiada lagi gangguan kepada orang sebelah.
Masalah rambut panjang. Setiap kali tanggal headphone, mesti ada yang tersangkut.
Dapatkan headphone ini di laman rasmi TaoTronics Malaysia :