Utama Blog Laman 110

Pusaka: Filem Seram Yang Kejam, Ngeri, Dan Segar

0

Pusaka bukan filem seram biasa yang kita tonton. Ya, masih terdapat jump scares yang tidak diperlukan dalam filem, dan hanya ada semata-mata untuk mengejutkan mereka yang mudah terperanjat.

Tetapi jalan ceritanya itu menarik minda untuk berfikir sementara. Ia tidaklah terlalu berat, bahkan boleh dihadam. Cuma sekali sekala kita akan rasa terbawa-bawa untuk memikirkan siapakah sebenarnya yang mengundang semua insiden dan malapetaka.

Sinopsis

Filem bermula dengan pengenalan watak Inspektor Nuar yang mempunyai adik kembar bernama Nur. Nur merupakan remaja bermasalah yang sering lari dari pusat pemulihan.

Misteri bermula apabila Nuar menerima panggilan yang mengatakan terdapat pembunuhan di lokasi rumah berhampiran tapak kuari.

Sesampainya di rumah tersebut, Nuar menjumpai sepasang adik beradik kembar yang terkurung untuk suatu waktu yang lama. Seorang dari kembar itu telah pun meninggal dunia, dengan tubuh mereput sambil mayatnya dipapah oleh seorang lagi kembar iaitu Qistina.

Plot Dan Jalan Cerita

Pada saya, kita sudah pernah melihat plot twist seperti ini dalam filem seram lain, tetapi apa yang menyeronokkan ialah di dalam plot twist, ada pula satu lagi kejutan yang lain tersembunyi menanti.

Ini saya tidak dapat nak tulis secara terperinci, kerana saya tidak mahu memberi sebarang spoiler.

Cukup sekadar saya mengangguk kepuasan dengan pengakhiran mengejut diberikan. Ini berkemungkinan kerana kita telah disaji dengan filem seperti Munafik 2, Misteri Dilaila, dan Dukun yang masing-masing punyai keunikan tersendiri. Oleh itu Pusaka tidak boleh datang berlenggang dan perlu membawa sesuatu yang berbeza dalam menggambarkan ketegangan filem berunsur seram ini.

Bukan Filem Cincai

Ya, saya sukakan filem Pusaka ini kerana ia bukan ‘asal boleh’, hentam kromo, ataupun cincai. Nampak usaha pengarahnya (Razaisyam Rashid) meneliti perincian babak ke babak, dan pemilihan pelakon juga amat tepat sekali. Watak Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) walaupun masih agak cliche (polis yang kurang percaya kepada perkara mistik) tetapi membantu membawa jalan cerita mengikut kepada landasan sepatutnya.

Manakala watak kembarnya iaitu Nur (Mimi Lana) dapat membuat kita merasa hubungan dekat antara dirinya dengan Nuar, yang mana itu salah satu perkara sebagai anak kembar yang perlu diberikan lebih ‘jiwa’ kepadanya, dan Mimi Lana boleh dikatakan berjaya dalam hal tersebut.

Pelakon-pelakon lain seperti Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein, Farhanna Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan dan Yuna Rahim, kesemuanya memberi impak tidak kiralah banyak mahupun sedikit. Saya sukakan watak ASP Mansor (Faizal Hussein) yang tampak seperti ‘tiada perasaan’, tetapi sebenarnya mengambil berat tentang keadaan semasa anak buahnya.

Konklusi

Secara keseluruhan, Pusaka mempunyai sesuatu yang agak segar berbanding penceritaan filem terdahulu. Terdapat unsur-unsur jump scares, yang pada saya ‘tidak kena’ dengan cerita pada ketika itu, tetapi ia bolehlah ‘dilepas dan dimaafkan’ atas kerana tidak mencacatkan filem.

Sejujurnya susah nak takutkan penonton zaman ini, jadi banyak percubaan berani dibuat. Mujurlah percubaan tersebut masih berpaksi kepada logik dan boleh dihadam, lalu membuat ia menjadi filem yang kami syor untuk tonton di panggung.

 

Penarafan Durian Buruk: 7.5/10

You never know what’s waiting around the corner of Pusaka. – Astro Shaw

 

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Cara Pixel 4 Mengambil Gambar Dengan Mode Astrophotography?

0

Sama ada anda suka atau tidak dengan Pixel 4, satu perkara yang bukan sejenis kegagalan padanya ialah kamera, dan tahun ini ia bertambah baik dengan adanya mode Astrophotography.

Benar, mode seperti ini sudah lama terdapat pada peranti Huawei, tetapi seperti biasa pendekatan Google terhadap penggambaran adalah sedikit berbeza.

Aplikasi kamera Google (Gcam) sebelum ini mempunyai ciri HDR+ dan Night Sight. Saya pasti ramai yang baru kenal dengan omghackers.com, jadi kalau ada yang masih belum baca bagaimana cara Night Sight berfungsi, bolehlah baca di pautan ini:

Bagaimana Night Sight Pada Pixel/Gcam Berfungsi?

Night Sight adalah mode penggambaran malam yang berasaskan HDR+. Manakala, Astrophotography pula ialah mode ‘penggambaran bintang/angkasa’ yang juga berasaskan dari ‘tapak’ HDR+, tetapi diubahsuai sedikit agar kamera dapat mengumpul lebih banyak maklumat dan dengan lebih tepat.

Terdapat dua perkara penting yang menjadikan mode tersebut memberi hasil sepertimana yang telah dapat anda lihat pada contoh-contoh oleh YouTuber mahupun blogger iaitu gambar dengan exposure 15 saat serta apa yang Google gelar sebagai Semantic Segmentation.

Mode Astrophotography akan aktif secara automatik apabila viewfinder dapat mengesan keadaan sekeliling berada dalam suasana yang sangat gelap, serta kamera tidak bergerak-gerak.

Apabila butang shutter ditekan, kamera akan mengambil sekumpulan gambar dengan exposure selama 15 saat setiap satunya, lalu ditindih dan digabung ke dalam satu foto akhir.

Menggunakan giroskop dan data komputasi, setiap satunya disusun rapi serta shadow dinaikkan.

Dengan bantuan Semantic Segmentation pula, kamera akan dapat mengesan dan mengenali objek-objek berbeza dalam setiap imej dan akan memproses setiap satunya dengan cara berbeza. Ini akan membenarkan aplikasi tersebut memproses subjek seperti bintang dengan merapikan perincian padanya, dan menambah kecerahan dengan lebih tepat.

Disebabkan begitu banyak sekali ‘kerja-kerja’ di balik tabir yang perlu dilakukan oleh kamera, maka mode Astrophotography boleh mengambil masa sehingga 4 minit.

Anda boleh lihat contoh gambar yang diambil dengan mode Astrophotography melalui gambar-gambar di bawah.

Kredit gambar: XDA.

 

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ultracopier: Penyalin Fail Percuma, Sumber Terbuka Dan Pantas!

0

Kebanyakan dari kita sudah lama meninggalkan cakera keras (HDD) dan beralih kepada SSD.

Secara umum, sepatutnya sudah tiada lagi isu kepantasan proses salin tampal kerana SSD mempunyai tahap kecepatan pemindahan yang tinggi.

Namun itu semua juga tergantung kepada keadaan sistem operasi. Ramai yang dah guna Windows 10, tetapi ramai juga yang masih pakai Windows 7, dan Linux.

Bagaimana cara nak dapatkan kecepatan yang sama untuk semua sistem operasi ini? Atau… jika bukan bermatlamat untuk mendapatkan kelajuan ekstra sekalipun, apakah ada cara untuk mendapatkan opsyen/pilihan dalam menguruskan proses penyalinan data?

Jawapannya ialah dengan menggunakan perisian penyalin fail, dan dalam artikel ini kita akan berkenalan dengan Ultracopier. Ya, memang banyak lagi perisian lain, tetapi saya tertarik dengan Ultracopier kerana ia terdapat untuk pelbagai platform, dari Windows 32-bit, Windows 64-bit, macOS, dan juga Android.

Ultracopier bertindak menggantikan fungsi native penyalin fail pada Windows Explorer. Ini samalah halnya dengan perisian lain seperti TeraCopy ataupun NiceCopier.

Juga seperti perisian tersebut, Ultracopier mempunyai paparan antaramuka yang akan menunjukkan informasi penting seperti saiz fail, sumber asal fail berada, destinasi fail disalinkan, kelajuan penyalinan, dan baki fail yang sedang disalin.

Menariknya, ia mempunyai beberapa tema, seperti yang anda dapat lihat pada tangkap layar di bawah.

Ultracopier mempunyai paparan antaramuka ‘penuh’ yang boleh diakses melalui ikon system tray.

Klik sahaja pada Add copy/moving > Add transfer – dan paparan antaramuka tersebut akan keluar.

Dari situ, klik pada butang ‘More’ untuk memapar lebih banyak pilihan tetapan.

Apa yang menarik, anda boleh ‘tweak’ tetapan untuk meningkatkan prestasinya, dan menambah plugin dari GitHub untuk memasukkan fungsi-fungsi baru.

Bagaimana cara nak pasang dalam Ubuntu?

Mudah sahaja. Gunakan perintah:

sudo apt install ultracopier

Atau muat turun fail .deb dari pautan ini: Package “ultracopier” (eoan 19.10) – UbuntuUpdates.

‘Bersih’ atau tidak fail pemasangnya dari sebarang virus atau cryptominer?

Jangan bimbang. Setakat ini, hasil imbasan dari VirusTotal tidak mengesan sebarang kod hasad yang dapat menggugat keselamatan data peribadi anda mahupun mengganggu prestasi PC.

Muat turun untuk Windows, macOS dan Android: Ultracopier.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Xhelper Trojan: Malware Android Yang Tidak Dapat Dibuang?

0

Malware terbaru yang sudah menjangkiti ribuan peranti ini menyebabkan para pengkaji sekuriti menggaru kepala dek kerana sifatnya yang ‘melekat’ pada peranti.

Ia diberi nama xHelper (Android/Trojan.Dropper.xHelper), dan walaupun pada namanya terdapat perkataan ‘helper’, orang yang dibantu olehnya hanyalah mereka yang menghantar malware tersebut untuk singgah di peranti mangsa.

Setakat ini, sudah 45,000 peranti telah dijangkiti xHelper. Buat masa sekarang, ia cuma menimbulkan perilaku ‘ringan’ tetapi tetap kurang menyenangkan seperti mengeluarkan iklan pop-up dan notifikasi yang tidak diingini.

Isunya di sini ialah ia bersifat ‘degil’ dan sukar untuk dinyahkan. Meskipun peranti sudah menjalani ‘factory reset’, ia tidak dapat dibuang.

Menurut Symantec, xHelper dapat menyembunyikan dirinya sendiri, memuat turun ancaman lain, memapar iklan, dan disasar kepada pengguna di India, Amerika Syarikat dan Rusia.

Malware ini tidak mempunyai paparan antaramuka. Ia merupakan komponen aplikasi, yang bermaksud ia tidak akan disenarai sebagai aplikasi biasa pada launcher.

Kaedah permulaan serangan adalah aktiviti yang berkait dengan sikap kebanyakan pengguna Android yang suka memasang fail apk (sideload) dari luar Google Play Store.

Pengkaji dari Malwarebytes pula mengatakan bahawa xHelper terdiri dari dua variasi atau jenis iaitu semi-stealth dan full-stealth.

Kedua-duanya tidak akan membuat apa-apa pintasan atau ikon bagi memastikan kehadirannya tidak dapat dikesan oleh pengguna. Cuma kelicikannya timbul jua apabila ia keluar dari persembunyian dengan memapar notifikasi iklan keluar bagi variasi semi-stealth. Namun, variasi full-stealth tiada sebarang paparan.

Jangkitan xHelper berkemungkinan disebar oleh pengalihan ke laman web lain (web redirects), laman hasad, dan boleh jadi datang dari permainan-permainan percuma, dipasang dari luar Play Store.

Langkah yang boleh dibuat oleh pengguna ialah:

1) Pastikan perisian anda sentiasa dikemaskini kepada versi terkini.

2) Jangan muat turun aplikasi dari laman web yang tidak dikenali.

3) Hanya pasang aplikasi dari sumber yang dipercayai.

4) Perhatikan permissions yang diminta oleh aplikasi.

5) Buat salinan sandaran kepada fail-fail penting sekerap mungkin.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Stremio: Alternatif Terrarium TV Dan Kodi Paling Mudah Digunakan

1

Penafian: Kami tidak menggalakkan cetak rompak, malah kami menggalakkan pembaca agar sentiasa membeli atau membayar untuk menikmati kandungan video yang dilindungi Akta Hak Cipta. Artikel adalah sekadar ulasan umum. Sebarang penggunaan kandungan laman adalah diluar tanggungan pihak omghackers.com.

Dah lama rasanya kita tak berbicara tentang aplikasi penstriman. Sejak Kodi dah mula menurun popularitinya, dan sejak Terrarium TV sudah tidak lagi dibangunkan akibat surat saman DMCA, dunia penstriman sedikit sunyi melainkan mereka yang kekal menonton melalui saluran Netflix dan yang seumpama dengannya.

Kodi pada saya tidak beberapa relevan lagi, walaupun ada sesetengah laman masih mengemas kini mana-mana addon yang kekal dibangunkan.

Bukan apa, kebanyakan pengguna mahukan aplikasi yang mudah dipasang, diguna, dan diselenggara, manakala Kodi bukanlah dari jenis itu.

Buat pengguna baru, dan yang sememangnya bukan ‘IT Nerd/Geek’, Kodi tidak sesuai dijadikan pengenalan kepada dunia penstriman.

Dengan itu, saya ingin perkenal kepada semua, Stremio.

Stremio ini berfungsi dengan cara lebih kurang sama dengan Kodi. Terdapat addon dari komuniti yang boleh dipasang, dan ianya semudah klik sahaja.

Berikut bagaimana ia dipaparkan dalam Android:

Berikut pula adalah paparan dalam Windows:

Apa yang menarik, ia juga menyokong fungsi untuk membuat penstriman menggunakan pautan magnet (torrent). Oleh itu anda tidak perlu lagi muat turun terlebih dahulu sebelum dapat menikmati video dari drama kegemaran atau filem yang diingini.

Nota: Gunakan VPN jika anda ingin strim melalui torrent.

Berikut adalah contohnya:

Tetapan yang disediakan juga adalah mudah untuk difahami oleh pemula. Pendek kata, panjang bicara, ianya tidak akan melelahkan anda dengan sebarang langkah pemasangan addon yang rumit, ia semudah klik-klik dan klik, serta Stremio akan terus memberi anda lebih peluang menikmati penstriman berbanding mencari-cari addon yang masih berfungsi.

Stremio terdapat untuk Windows, macOS, Linux, Android, dan iOS. Bagus bukan?

Sekarang semua orang boleh strim.

Muat turun: Stremio.

Views: 31

Iklan Newspaper Inline

7 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 19.10

0

Selepas Ubuntu 19.10 ini dilancarkan, saya dapat lihat terdapat segelintir pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi ini. Terus terang saya katakan, semangat saya untuk menulis terutamanya tentang Linux pudar beberapa tahun ke belakangan ini atas sebab kurangnya sambutan pembaca berbanding komuniti luar negara.

Pendedahan (push) bagi Linux umumnya dan Ubuntu khususnya amatlah kurang, sementelah blogger-blogger IT yang dulu aktif membuat aktiviti berkaitan telah lama ‘pupus’ ditelan dek perkembangan zaman. Tak pasti kenapa dengan mereka, tetapi barangkali atas sebab yang sama juga, iaitu ‘populasi’ peminat Linux di Malaysia tidak semeriah waktu saya mula-mula berkecimpung dalam dunia penulisan.

Sekarang saya rasa masa yang amat sesuai bagi bermula semula, dek kerana terdapat ura-ura akan kerajaan ingin memulakan penggunaan Linux di sekolah-sekolah. Pada saya ini satu langkah yang baik bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar agar mereka tidak kekok dengan Linux apatah lagi berasa takut untuk mencuba.

Cukuplah sekadar di situ intro saya.

Sekarang kita beralih semula kepada Ubuntu 19.10. Banyak perkara yang perlu dibuat apabila selesai sahaja pemasangan. Di sini saya akan senaraikan beberapa yang penting agar sesiapa sahaja yang bermula dengan Ubuntu dari versi ini akan dapat berasa selesa (sedikit sebanyak) setelah siap pemasangannya.

1. Aktifkan ‘Minimize On Click’.

Saya tidak pasti kenapa ciri ini masih lagi belum menjadi ciri lalai atau default pada Ubuntu. Ia agak tidak patut kerana ciri ini harus menjadi ciri asas kepada sistem operasi yang menggunakan launcher/dock.

Cara paling mudah untuk mengaktifkan ia adalah dengan menggunakan baris perintah ini:

gsettings set org.gnome.shell.extensions.dash-to-dock click-action ‘minimize’

2. Tukar pelayan mirrors.

Ini juga amat penting untuk dilakukan, bagi memastikan kelancaran dan kepantasan muat turun fail dari pelayan berada pada tahap optimum lagi maksimum. Untuk menukar, buka ‘Software & Updates’, kemudian klik ‘Download from’, tukar Main Server kepada Other, dan dari situ, klik pada ‘Select Best Server’.

Anda boleh buat seberapa banyak kali yang anda mahu, dan apabila telah selesai menjalankan pemilihan, klik ‘Choose Server’. Kemudian, klik ‘Close’. Ia akan meminta anda untuk ‘Reload’, maka tekan sahaja butang tersebut dan tunggu sehingga selesai.

3. Periksa Kemas Kini

Jika anda kemas kini, lebih baik kiranya anda muat turun fail kemas kini tersebut. Ia boleh dilakukan sama ada melalui aplikasi ‘Software Updater’ atau Terminal (baris perintah).

Jika anda ingin gunakan Terminal, cukup sekadar gunakan perintah sudo apt update, dan sudo apt upgrade.

4. Pasang Gnome Tweaks (Gnome Tweak Tool)

Gnome Tweaks mungkin tidak mempunyai terlalu banyak tetapan yang boleh diubah, seperti zaman aplikasi Ubuntu Tweak, suatu tika dahulu. Namun, masih berbaloi untuk memasangnya kerana dari sini kita boleh ubah bermacam-macam jenis tetapan tersembunyi.

Untuk memasangnya, gunakan perintah:

sudo apt install gnome-tweaks

5. Tukar Tema Gelap

Disebabkan kita telah pun memasang Gnome Tweaks, rugilah jika tidak memanfaatkan fungsi penukaran tema yang ada padanya. Saya juga masih terasa musykil, akan kenapa ciri ini disembunyikan, sedang ia secara rasminya telah dimasukkan ke dalam sistem operasi.

Bagi menukar paparan tema, klik pada ‘Appearance’, tukar pilihan ‘Applications’ kepada ‘Yaru-dark’.

6. Pasang Chrome

Saya bukan tidak sukakan Firefox, tetapi dalam persekitaran sistem operasi apa jua pun, saya tetap berasa lebih selesa dengan Chrome dan derivatif Chromium seperti Brave, Edge, dan sebagainya.

Anda boleh muat turun sahaja Chrome pada pautan ini: Google Chrome

Kemudian, apabila hendak pasang, cara mudah (bagi saya) ialah buka Terminal, dan halakan ia ke folder di mana anda muat turun fail tersebut. Dalam contoh ini, saya muat turun di folder Downloads.

Perintahnya ialah:

cd Downloads

sudo dpkg -i google-chrome-stable_current_amd64.deb

7. Pasangkan Integrasi Gnome Shell Extension

Apalah ertinya menggunakan Gnome Shell tanpa memanfaatkan pula Gnome Shell Extension. Dengan adanya pelbagai extension ini, anda akan dapat mengubah paparan GNOME menjadi rupa bentuk atau ciri yang anda mahu.

Untuk itu, gunakan perintah ini bagi memasangnya:

sudo apt install chrome-gnome-shell

Jangan lupa, pasangkan juga extension bagi pelayar web Chrome/Chromium iaitu GNOME Shell Integration.

Buat masa ini, saya kongsikan dahulu 7 perkara yang patut anda lakukan setelah selesai memasang Ubuntu 19.10. Di artikel yang lain, saya akan kongsi lagi beberapa perkara yang saya rasa wajar dibuat bagi menjadikan sistem operasi anda lebih lengkap serta teratur.

Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 19.10: Linux Untuk Peminat Permainan Video?

0

Seperti yang dapat anda lihat pada tangkap layar di atas, itulah dia paparan antaramuka Ubuntu 19.10 setelah ia selesai dipasang.

Selepas sekian lama tidak menggunakan Linux khususnya Ubuntu, kerana saya memilih untuk berdiam diri dari menulis tentangnya, kini saya berasa ‘sedikit’ terpanggil untuk mengulas tentang Ubuntu 19.10 ini.

Jujur saya katakan, GNOME masih bukan pilihan persekitaran meja yang saya inginkan. Saya lebih gemarkan MATE, kerana ia ‘ringan’ pada sistem dan kelihatan lebih tradisional.

Buat yang tak tahu, MATE ialah fork kepada Gnome 2, persekitaran meja yang ditinggalkan oleh Ubuntu bagi ‘mengejar’ Unity pada waktu itu.

Setelah Unity pula keciciran di belakang lalu diganti dengan GNOME, hanya MATE sahaja yang berkembang hingga menjadi salah satu flavor rasmi Ubuntu.

Malangnya Ubuntu Unity tidak beberapa kelihatan, yang mana salah satu sebab, pembangun utamanya mengidap penyakit kanser dan ini memperlahankan proses pembangunan.

Gambar muka depan kredit ke: LifeWire.

GNOME 3.34

Ubuntu 19.10 hadir dengan GNOME versi 3.34 yang menjanjikan prestasi lebih baik berbanding sebelumnya. Berdasarkan kepada penggunaan saya selama beberapa hari ini, dapatlah disimpulkan bahawa GNOME 3.34 sememangnya mempunyai prestasi yang bagus.

Sebelum ini, animasi ketika membuka launcher terasa lembab dan ‘berat’, tetapi kali ini animasinya terasa lebih lancar serta ‘ringan’.

Malangnya ia masih lagi disertakan dengan beberapa kekurangan yang boleh diaktifkan sendiri oleh pengguna, contohnya ‘minimize on click’.

Tetapi pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya masih lagi berlaku, kerana ia bukan ciri yang patut dipandang remeh. Ciri ini adalah asas kepada sesebuah dock/launcher, dan ia patut diaktifkan sebaik sahaja Ubuntu dipasang.

Selain itu, pengguna masih belum dapat untuk seret ikon ke desktop kerana GNOME tidak menyokong ciri tersebut. Saya mungkin tiada masalah dengannya, kerana saya memang suka desktop lebih bersih dan kosong. Tetapi buat mereka yang selesa dengan kerja masing-masing ditempatkan di desktop pasti tidak suka dengan keadaan ini.

Pemacu NVIDIA

Buat mereka yang menggunakan peranti yang memerlukan pemacu NVIDIA, kali ini anda tidak lagi tertinggal di belakang. Ubuntu 19.10 hadir bersama sokongan pemasangan pemacu NVIDIA dari-luar-kotak sewaktu proses pemasangannya berlangsung.

Oleh itu bagi mereka yang meminati permainan video, ini adalah satu ciri paling penting dalam usaha Canonical membawa mereka yang berminat hendak menggunakan Ubuntu menjadi duta tidak rasmi dalam mempromosikan sistem operasi ini.

Saya sendiri bukan ‘gamer’, tetapi golongan gamer ini tidak boleh diabai jika hendak menjadikan Ubuntu sistem operasi pilihan, apatah lagi ianya percuma sahaja. Isu ini bukan isu baru, malah telah sekian lama gamer memilih Windows ehem*pirate*ehem kerana ia lebih mesra dengan permainan dan pemacunya.

Tema Gelap

Ini juga salah satu ciri penting yang saya sukai. Saya tidak mahu pelbagai pilihan tema, cukup sekadar diberikan tema gelap dan saya akan cari sendiri pek ikon kegemaran bagi digabungkan bersama tema gelap tersebut.

Cuma isunya untuk menukar tema, perlu pasangkan GNOME Tweak Tool pula. Memang tak susah, tetapi ciri ini sudah sedia ada dalam Ubuntu 19.10, jadi mengapa tidak sertakan sahaja pilihan penukaran tema di dalam tetapan?

Sedangkan Windows 10 sendiri memberi pilihan ini, saya tidak nampak kenapa Ubuntu perlu menyorokkannya pula. Tidak munasabah dan tidak masuk dek akal.

Sistem Fail Eksperimental ZFS

Jika anda masih amatur dalam dunia Linux, saya sarankan anda baca terlebih dahulu mengenai sistem fail ZFS sebelum mengambil keputusan untuk mencuba.

Canonical sudah mengumumkan mengenai sokongan terhadap sistem fail ini lama dahulu sebelum melancar Ubuntu 19.10.

Antara faedah menggunakan ZFS berbanding ext4 ialah ia mempunyai ciri:

  • Penyimpanan bersusun.
  • Copy-on-write.
  • Snapshots (untuk mengesan perubahan dalam sistem fail).
  • Pengesahan integriti data dan pembaikan automatik.
  • RAID-Z.
  • Saiz fail maksimum 16 exabyte.
  • Storan maksimum 256 quadrillion zettabyte.

Kernel Linux 5.3

Ada banyak lagi ciri baru pada Ubuntu 19.10 ini. Tetapi saya cuma nak sentuh hanya beberapa ciri penting, dan kernel 5.3 termasuk salah satu darinya.

Pada saya ciri-ciri baru yang dimasukkan ke dalamnya amat dialu-alukan, tetapi ciri seperti algoritma pemadatan kernel lz4 yang menjadikan masa boot lebih pantas adalah ciri paling dihargai.

Ubuntu sudah sememangnya dapat boot dengan laju, dan ciri ini menjadikan ia bertambah laju laju lagi.

Muat Turun Ubuntu 19.10

Cerita panjang pun tak guna apa kalau anda sendiri tidak merasa. Eloklah muat turun, rakam (burn) dalam pemacu USB, dan buat live boot untuk cuba terlebih dahulu.

Fail ISO boleh dimuat turun pada pautan di bawah

>> Ubuntu Desktop

Ubuntu 19.10 ini bolehlah anda jadikan sandaran untuk belajar sistem Ubuntu dan Linux, kerana pada saya versi LTS seterusnya akan menjadi satu versi atau rilisan yang sangat penting kepada sejarah apabila ia dilepaskan pada waktu Windows 7 sudah pun menemui akhir hayatnya.

Jika anda ‘gamer’ dan telah memasang Ubuntu 19.10, saya harap anda boleh berikan maklum balas mengenai percubaan anda di ruang komen.

Ubuntu 20.04 – aku tunggu mu datang.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Menggunakan Pelayar SalamWeb Bagi Mencari Arah Kiblat

0

SalamWeb ialah pelayar web pertama (kalau tak salah saya) yang diiktiraf sebagai ‘patuh syariah’, dan juga mesra Muslim apabila ia memasukkan beberapa ciri eksklusif seperti SalamToday, SalamSadaqah, dan sebagainya.

Mungkin ia bukan untuk semua orang, kerana ada yang dah terbiasa dengan pelayar sumber terbuka seperti Firefox, dan ada juga yang dah selesa dengan ekosistem Google lalu memilih untuk setia kepada Chrome.

Pelayar ini secara asasnya tidak jauh pun berbeza dengan Chrome, malah mungkin sedikit lebih lancar (smooth). Cuma antara cirinya yang saya rasa boleh dijadikan sandaran ialah kompas arah kiblat dan pengingat waktu solat.

Mudah sahaja caranya untuk kita manfaatkan ciri kompas penunjuk arah kiblat tersebut.

Bagaimana? Anda muat turun terlebih dahulu di: SalamWeb.

Bergantung kepada peranti apa yang sedang anda gunakan sekarang, anda boleh jadikan panduan ini sebagai… yeah, panduan.

1. Pertama sekali, pengguna perlulah aktifkan ‘location services’ pada telefon. Jika anda gunakan laptop, pandai-pandailah sesuaikan diri ya. Sebaiknya kalau nak mudah gunakan sahajalah di telefon pintar.

2. Setelah itu, buka pelayar SalamWeb,dan cari widget ‘Qibla’ pada laman (tab) baru.

3. Anda akan dapat lihat berapa darjahkah arah kiblat yang telah ditentukan mengikut lokasi semasa.

Sebagai contoh, saya berada di Putrajaya dan ia mengarah untuk halakan telefon kepada 293°. Jika disemak menggunakan aplikasi myJakim pula, ia mengarah untuk dihalakan kepada 292°.

Mengikut tips dari myJakim, anda perlulah melakukan calibration atau penentukuran terlebih dahulu bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.

Berikut adalah caranya:

Lakukan penentukuran di telefon bimbit anda beberapa minit terlebih dahulu.

Teknik menentukur ini penting bagi memastikan kompas yang terdapat dalam telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik dan betul. Cara membuat tentukur adalah berbeza mengikut sistem operasi telefon bimbit. Sebagai contoh kebiasaan bagi pengguna android, untuk buat tentukur pengguna perlu menggerakkan telefon dalam pusingan nombor 8.

Untuk menyemak arah kiblat pula:

1. Pengguna perlu berada ditengah-tengah ruang bilik bagi mengelakkan dari sebarang tarikan daya elektromagnetik sama ada bahan-bahan berkaitan besi atau arus gelombang elektrik.

2. Pengguna perlu meletakkan telefon selaras dengan dada ketika berdiri bagi mengelakkan pengaruh elektromagnetik tersebut.

3. Elakkan telefon diletakkan di atas lantai atau berdekatan dengan dinding bilik. Seterusnya, mula mengarahkan telefon tersebut mengikut kepada kecondongan darjah yang telah ditetapkan. Selesai.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Cara Tonton Anime Terkini Secara Percuma dan Halal di YouTube

0

Bagi peminat anime, kini anda boleh menonton anime kegemaran dan terkini pada hari yang sama ia ditayangkan secara percuma. Tanpa trick, tanpa langganan, tanpa vpn dan tanpa risiko scam dan malware.

Sebuah channel YouTube, Muse Asia mula membuat tayangan di anime YouTube dan mendakwa mereka mempunyai lesen untuk tayangan. Dakwaan ini kelihatan benar kerana kesemua muat naik mereka tidak dipadamkan oleh YouTube.

Saluran Muse Asia di Youtube.

Bagi saya, ini sepatutnya sudah lama dibuat kerana keuntungan dari jumlah tontonan channel lebih daripada mampu untuk membayar caj perlesenan. Syarikat juga tidak perlu memikirkan kos staf, server dan pengurusan programming aplikasi stream. Sungguh bijak!

Pautan ke laman YouTube Muse Asia

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Tronsmart Spunky Pro: TWS Berkualiti Mampu Milik

1

Boleh dikatakan kini terdapat lambakan TWS dari yang murah kepada mahal, dari berjenama kepada nama yang tidak beberapa dikenali.

Oleh itu, tidak dapat tidak, selaku pengguna yang pertamanya kita ada pelbagai pilihan yang kadangkala membuat kita ‘kelabu mata’. Dalam masa yang sama, kita ‘dimanjakan’ dengan pilihan-pilihan tersebut hingga terasa seakan ingin beli sahaja semuanya.

Tronsmart tidak mahu ketinggalan dalam mengikut perkembangan pasaran TWS. Terlahirlah Spunky Pro yang disasar kepada golongan yang inginkan kualiti bunyi bagus, tetapi juga berbajet tidak begitu tinggi.

Sebelum ini saya mengulas mengenai QCY T2C, TWS bajet yang memuaskan hati. Selaku penggemar muzik, tiada terlalu banyak perkara yang saya hendakkan ia ditambah baik. Cukup sekadar had bunyinya ditingkatkan lagi, kerana adakala saya perlu menaikkan kadar bunyi (volume) untuk benar-benar menikmati lagu.

Bila terima sahaja Tronsmart Spunky Pro ini, terasa seakan apa yang saya harap telah termakbul.

Apa pun mari kita buka kotak terlebih dahulu.

Apa yang ada dalam kotak?

1. Wayar pengecas USB-C.
2. Manual panduan pengguna.
3. Kad waranti.
4. Penutup telinga silikon gantian.
5. Udara. Heheheh.

Jadi, bagaimanakah kualitinya jika hendak dibandingkan dengan TWS bajet seperti QCY T2C?

Dari segi jangka hayat baterinya yang berkapasiti sebanyak 35mAh, tempoh masa main boleh mencecah hingga 3.5 jam, manakala jika disertakan dengan kuasa bateri dari bekas pengecas dikatakan ia dapat mencecah 18 jam. Kuasa dari bekas pengecas pula adalah sebanyak 400mAh.

Ini masih agak kurang berbanding QCY T2C yang mana kapasiti baterinya adalah 43mAh, dan bekas pengecas pula 800mAh.

Rujuk ulasan mengenai QCY T2C di sini: QCY T2C: TWS Bajet Untuk Penggemar Muzik.

Walau bagaimanapun, kekurangan itu ditampung oleh satu ciri utama yang lain iaitu kualiti bunyinya.

Spunky Pro masih menggunakan codec yang sama iaitu AAC. Pun begitu, kualiti bunyinya lebih memuaskan, setaralah dengan harganya yang lebih mahal dari QCY T2C itu.

Senarai lagu ujian saya masih sama (boleh rujuk ulasan QCY T2C untuk mengetahui senarainya).

Namun, kali ini telinga saya ‘kekenyangan’ dengan bunyi dihasilkan olehnya. Jika codec AAC yang diguna mampu menjana bunyi seperti ini, saya dapat bayangkan apabila Tronsmart mengimplimentasi codec aptX pada model akan datang iaitu Spunky Beat, pasti ia akan menghasilkan bunyi yang jauh lebih baik lagi.

Pada saya definisi bunyinya lebih menyeluruh dan jitu. Ini satu kemajuan yang baik kerana setelah menggunakan TWS untuk beberapa lama, terasa lebih mudah pula untuk membawanya ke mana-mana dalam poket.

Spunky Pro memberikan bunyi bass yang lebih kuat, dan dalam lagu Machine Gun Kelly – el Diablo, ia buat saya mendengar lagu bagaikan dari headphones yang lebih mahal lagi.

Jika terdapat satu kekurangan (kalau saya nak jadi lebih kritikal atas harganya) yang dapat saya fikirkan ialah butang sentuhan yang mana lokasinya pada saya agak menyukarkan, terutama kepada orang seperti saya yang suka mengalih-alih kedudukan earbuds tersebut. Akibat dari itu, bila ia disentuh sahaja, lagu akan terjeda/terhenti. Mujurlah kerana ciri itu jualah mudah pula untuk saya mainkan ia semula.

Konklusi

Pada pendapat saya Spunky Pro ini merupakan satu bentuk naik taraf yang baik jika anda ‘datang dari’ TWS seperti QCY T2C. Anda tidak akan hampa dengan kualiti binaan dan bunyinya.

Ini ditambah lagi dengan ciri kalis air dengan penarafan IPX5, bererti anda tidak perlu bimbang jika terkena hujan atau percikan air.

Tidak lupa juga port pengecasan USB-C yang lebih memudahkan, ia pakej lengkap kepada peminat produk TWS, manakala bekas pengecas pula tidak mudah terbuka walau jatuh kerana ia perlu dibuka melalui satu butang yang perlu ditekan terlebih dahulu.

Spunky Pro boleh dibeli di sini: Tronsmart Spunky Pro.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline