7 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 19.10

Selepas Ubuntu 19.10 ini dilancarkan, saya dapat lihat terdapat segelintir pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem operasi ini. Terus terang saya katakan, semangat saya untuk menulis terutamanya tentang Linux pudar beberapa tahun ke belakangan ini atas sebab kurangnya sambutan pembaca berbanding komuniti luar negara.

Pendedahan (push) bagi Linux umumnya dan Ubuntu khususnya amatlah kurang, sementelah blogger-blogger IT yang dulu aktif membuat aktiviti berkaitan telah lama ‘pupus’ ditelan dek perkembangan zaman. Tak pasti kenapa dengan mereka, tetapi barangkali atas sebab yang sama juga, iaitu ‘populasi’ peminat Linux di Malaysia tidak semeriah waktu saya mula-mula berkecimpung dalam dunia penulisan.

Sekarang saya rasa masa yang amat sesuai bagi bermula semula, dek kerana terdapat ura-ura akan kerajaan ingin memulakan penggunaan Linux di sekolah-sekolah. Pada saya ini satu langkah yang baik bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar agar mereka tidak kekok dengan Linux apatah lagi berasa takut untuk mencuba.

Cukuplah sekadar di situ intro saya.

Sekarang kita beralih semula kepada Ubuntu 19.10. Banyak perkara yang perlu dibuat apabila selesai sahaja pemasangan. Di sini saya akan senaraikan beberapa yang penting agar sesiapa sahaja yang bermula dengan Ubuntu dari versi ini akan dapat berasa selesa (sedikit sebanyak) setelah siap pemasangannya.

1. Aktifkan ‘Minimize On Click’.

Saya tidak pasti kenapa ciri ini masih lagi belum menjadi ciri lalai atau default pada Ubuntu. Ia agak tidak patut kerana ciri ini harus menjadi ciri asas kepada sistem operasi yang menggunakan launcher/dock.

Cara paling mudah untuk mengaktifkan ia adalah dengan menggunakan baris perintah ini:

gsettings set org.gnome.shell.extensions.dash-to-dock click-action ‘minimize’

2. Tukar pelayan mirrors.

Ini juga amat penting untuk dilakukan, bagi memastikan kelancaran dan kepantasan muat turun fail dari pelayan berada pada tahap optimum lagi maksimum. Untuk menukar, buka ‘Software & Updates’, kemudian klik ‘Download from’, tukar Main Server kepada Other, dan dari situ, klik pada ‘Select Best Server’.

Anda boleh buat seberapa banyak kali yang anda mahu, dan apabila telah selesai menjalankan pemilihan, klik ‘Choose Server’. Kemudian, klik ‘Close’. Ia akan meminta anda untuk ‘Reload’, maka tekan sahaja butang tersebut dan tunggu sehingga selesai.

3. Periksa Kemas Kini

Jika anda kemas kini, lebih baik kiranya anda muat turun fail kemas kini tersebut. Ia boleh dilakukan sama ada melalui aplikasi ‘Software Updater’ atau Terminal (baris perintah).

Jika anda ingin gunakan Terminal, cukup sekadar gunakan perintah sudo apt update, dan sudo apt upgrade.

4. Pasang Gnome Tweaks (Gnome Tweak Tool)

Gnome Tweaks mungkin tidak mempunyai terlalu banyak tetapan yang boleh diubah, seperti zaman aplikasi Ubuntu Tweak, suatu tika dahulu. Namun, masih berbaloi untuk memasangnya kerana dari sini kita boleh ubah bermacam-macam jenis tetapan tersembunyi.

Untuk memasangnya, gunakan perintah:

sudo apt install gnome-tweaks

5. Tukar Tema Gelap

Disebabkan kita telah pun memasang Gnome Tweaks, rugilah jika tidak memanfaatkan fungsi penukaran tema yang ada padanya. Saya juga masih terasa musykil, akan kenapa ciri ini disembunyikan, sedang ia secara rasminya telah dimasukkan ke dalam sistem operasi.

Bagi menukar paparan tema, klik pada ‘Appearance’, tukar pilihan ‘Applications’ kepada ‘Yaru-dark’.

6. Pasang Chrome

Saya bukan tidak sukakan Firefox, tetapi dalam persekitaran sistem operasi apa jua pun, saya tetap berasa lebih selesa dengan Chrome dan derivatif Chromium seperti Brave, Edge, dan sebagainya.

Anda boleh muat turun sahaja Chrome pada pautan ini: Google Chrome

Kemudian, apabila hendak pasang, cara mudah (bagi saya) ialah buka Terminal, dan halakan ia ke folder di mana anda muat turun fail tersebut. Dalam contoh ini, saya muat turun di folder Downloads.

Perintahnya ialah:

cd Downloads

sudo dpkg -i google-chrome-stable_current_amd64.deb

7. Pasangkan Integrasi Gnome Shell Extension

Apalah ertinya menggunakan Gnome Shell tanpa memanfaatkan pula Gnome Shell Extension. Dengan adanya pelbagai extension ini, anda akan dapat mengubah paparan GNOME menjadi rupa bentuk atau ciri yang anda mahu.

Untuk itu, gunakan perintah ini bagi memasangnya:

sudo apt install chrome-gnome-shell

Jangan lupa, pasangkan juga extension bagi pelayar web Chrome/Chromium iaitu GNOME Shell Integration.

Buat masa ini, saya kongsikan dahulu 7 perkara yang patut anda lakukan setelah selesai memasang Ubuntu 19.10. Di artikel yang lain, saya akan kongsi lagi beberapa perkara yang saya rasa wajar dibuat bagi menjadikan sistem operasi anda lebih lengkap serta teratur.

Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x