Bercerita lagi…cerita yang sama. Cerita haruan dan tempayan. Cerita tempayan dan perkasam. Cerita perkasam dan masam. Cerita masam dan makan. Cerita makan dan… eh, melalut dah hoiii! Dah terkena virus ke? Ya! Masih lagi dengan antivirus. Hah! Lagi-lagi antivirus…LOL; Kerana viruslah yang menjadikan Windows popular. Kerana virus Microsoft glamour. Kerana virus manusia jadi kaya. Kerana virus ada yang mengalir airmata. Dan kerana viruslah pr67am™ ada cerita…ha3…
Bolehkah saya katakan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 sama rasa sama jiwa sama bapa tetapi berlainan bonda dengan Avira dan Eset? Di tambah lagi dengan antaramukanya pun ringkas ramah saling tak tumpah. Bersandarkan pengalaman ujicuba manual 10 hari saya ke atas perisian ini, ternyata prestasinya tidak melukakan. Ringan, stabil dan paling penting tidak melelap di dalam jaga. Ya! Inilah pertama kali saya menguji antivirus ini. Betullah boy…memang tak silap rencah, seketul rasa seperti Avira dan Eset.
Ada ketikanya Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 bertindak pantas cemerlang tapi masih lagi dalam legar kawalan. Dan tidak terlampau mengada seperti Kaspersky. Dan paling menakjubkan pengesanannya ke atas rootkit lebih cemerlang berbanding Eset. Kerana itulah terdapat 2 addon untuk Mozilla Firefox terpasang serentak untuk menjadikan kerja pengawasannya lebih cekap ke atas pelayar. Juga kekangannya ke atas malware pun terpuji setaraf Avast selepas saya ujikan pada material yang sama. Hah! Pastikan anda mematikan dahulu Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 sebelum berani bermain dengan anak cucu crack. Dia ni terkadang cerewet mengada tidak bertempat. Tetapi dukacitanya fungsi firewall sedikit mengantuk, tapi masih lagi boleh beralas dengan Windows Firewall.
Itulah kesimpulan peribadi yang boleh saya kongsikan selepas 10 hari berasmaradana dengan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012. Berbeza dengan Norman dan Panda yang saya andaikan satu kegagalan dalam sejarah pr67am™. Kerana saya tidak berpeluang langsung untuk mengujicubanya secara intensif dek penyakit pegun (hang). Harus diingat itu hanyalah ujicuba saya dalam tempoh yang singkat sahaja dan bukan gambaran prestasi jangka panjang.
Dari rumusan antarabangsa saya perolehi, Trend Micro dikatakan tidak konsisten dengan prestasinya sepanjang tahun. Alamak…! Melalui ujian makmal pada bulanan tertentu mendapat skor 3.5/6 dan 4.5/6 dan 2.0/6 dan 5.0/6. Adeshh…! Tapi bagi pencinta Trend Micro pastinya lebih kenal dengan aura perisian ini.
Apapun, kepada pakcik makcik yang berminat anda boleh dapatkan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 versi penuh yang berharga USD69.95 ini pada nilai percuma selama 4 tahun. Yiipa! Yiipaa…!
. Pertama sekali jejak ke [ pr67am™ ] . Kemudian masukkan email profesional : @ac-dijon.fr ATAU email anda@mitxitorang@ac-dijon.fr kemudian klik Inscription. Siap dan tunggulah balasan email dalam tempoh 24 jam. . Untuk melakukan misi muat turun perisian pula anda boleh rujuk [ pr67am™ ] . Ataupun dengan cara paling terhormat didunia, gunakan saja salah satu nombor siri berikut. Sudah 5 email saya cuba dan tanpa ragu-ragu memang inilah sahaja nombor siri yang diberi.
PDFP-9993-0283-4209-5883 PSDB-9991-9860-5906-3755
Selepas siap pemasangan, usah khuatir dengan kemaskininya yang pasti tak memualkan masa seperti Comodo. Wow! Goyang kaki ketuk jari je…sudah boleh tidur nyenyak 4 tahun tanpa mengigau sasau dan tanpa risau angau dengan lesen antivirus. Dahsyat amat itu…!
Sekian.
Ekstra Berdansa 😉 **ESET SMART SECURITY 5 Netherlands : untuk 3 bulan [ pr67am™ ] **KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012 USA : untuk 2 bulan [ pr67am™ ]
Hidup mesti pandang-pandang. Hidup mesti dengar-dengar. Biarkan hanya si kera dengan sumbangnya. Kita benama manusia mesti pandang + dengar. Tapi penilaian muktamad tetap dalam tangan sendiri. Yang baik kita pakai, yang tak elok jadikanlah sempadan.
Panda Security satu jenama yang telah diangkat sebaris jenama antivirus ternama seperti Kaspersky, AVG, BitDefender dan sekelasnya. Walaupun kewujudannya agak lewat berbanding antivirus lain yang jauh ke depan. Dalam tempoh singkat sahaja lonjakkan dari cetusan pengguna dan blog ekslusif berjaya mengangkat jenama Panda Security di mata antarabangsa.
Di asaskan pada tahun 1990 di Bilbao, Sepanyol oleh Mikel Urizarbarrena. Pada awal kewujudan ia dikenali sebagai Panda Software dan hanya untuk pasaran domestik sahaja. Pada tahun 1996 barulah Panda Software mengembangkan sayapnya ke peringkat global. Tahun 2007 pula Panda Software mengalami penjenamaan semula dan dikenali sebagai Panda Security. Bermula dari tahun tersebut Panda Security telah membuat siri promosi secara besar-besaran ke seluruh dunia. Kerana itulah saya katakan kewujudannya agak lewat padahal sebenarnya telah lama beroperasi semenjak 1990 lagi. Hanya selepas 2007 barulah Panda Security mendapat perhatian dan tindakbalas meluas dari pengguna IT antarabagsa.
Seperti antivirus utama yang lain, Panda Security juga dilengkapi dengan dengan Antimalware, Antispyware, Antiphising, Antispam dan lain-lain. Tetapi Panda Internet Security 2012 mempunyai satu lagi kelebihan yang mana lebih menjaminkan keselamatan anda di talian dengan sistem TruPrevent nya. TruPrevent merupakan tapisan yang ketat sebelum malware atau anasir penggodam mencerobohi data anda. Dengan rangkaian unik berasaskan cloud-based Collective Intelligence setiap ancaman akan disekat secara real-time sebelum tersebarnya sebarang wabak atau penyakit yang boleh menjangkiti komputer anda.
Pendek kata Panda Security ada kelebihannya yang tersendiri. Dari tinjauan antarabangsa juga tidak syak lagi ianya juga merupakan antivirus yang boleh diharapkan. Itulah yang kita pandang + dengar. Tetapi dari pengalaman pr67am™ sendiri tidak seindah mimpi di dinihari. Dari dulu-dulu lagi saya cuba memasang dan mengguna pakai antivirus yang satu ini. Hakikatnya gagal! Setelah komputer dipasang dengan Panda Internet Security 2012: start up menjadi lambat, Firefox tersekat-sekat dan komputer hang tanpa sebab. Saya langsung tidak dapat bekerjasama dengan jenama Panda Security. Atau mungkinkah security nya terlampau ketat. Atau mungkin juga specs komputer yang tidak membantu. Entahlah aku…?
Kepada pencinta Panda Security pedulikan pengalaman saya. Lain padang lainlah lalangnya…Teruskan dengan keserasian yang ada dalam diri anda. Dan juga kepada yang ingin cuba-cuba…Jom kita ke laman Panda Security di Sepanyol untuk memuat turun perisian percuma untuk 6 bulan. Selepas tamat 6 bulan tersebut anda boleh menyambung 6 bulan lagi dengan melakukan pemasangan baru. Bermakna anda boleh dapatkan perisian 6 + 6 = 1 tahun percuma. Anda boleh memilih Panda Internet Security 2012 klik DESCARGAR GRATIS* atau Panda Antivirus Pro 2012 klik DESCARGAR GRATIS*. Di bawah DESCARGAR GRATIS* tersebut terdapat nombor siri untuk pengaktifan.
Adakah anda pencinta Norman? Bukannya Norman mahkamah. Bukan juga Norman Oh! La-La…Ini cerita Norman Security Suite. Satu jenama yang agak nenek dalam bidang pembuat keselamatan dan pemasar antivirus untuk komputer di seluruh dunia. Walaupun agak tersenyap dek loncatan agresif Kaspersky, Avira, Avg dan sekelasnya. Namun Norman tetap berbangga dengan usia bangkanya sebagai penjampi virus yang sendat dengan pengalaman.
Norman Security Suite, tiada kompromi dengan sistem keselamatan. Tidak kiralah anda di dalam maupun di luar talian. Dengan tugasan semua di campur dalam satu, Norman mampu memberikan perlindungan menyeluruh terhadap pengesanan kandungan rootkit. Membolehkan anda rasa nyaman di talian walaupun di tengah laman awam. Seperti jenama antivirus kebanyakkan, ciri-ciri yang termasuk ialah antivirus, antispyware, antiphising, firewall dan kawalan ayahanda bonda (parental controls).
Juga fungsi Norman SandBox Technology pernah diangkat sebagai pemenang anugerah. Nak tahu? SandBox merupakan satu sistem penapisan ketat yang akan memeriksa keselamatan setiap laman sebelum membolehkannya sampai kepada anda. Peronda laman tanpa hala seperti saya memang tidak gemarkan fungsi sebegini. Songeh punya protokol menjadikan talian anda jadi kecut dan lembab. Tapi ingat…biar lambat asal selamat. Untuk pengguna rangkaian statik memanglah amat di alu-alukan.
Kelebihan utama Norman Security Suite: . Sistem pengimbasan(scanning)yang pantas. . Pengesanan malware yang lebih cekap. . Antaramuka yang ringkas dan mudah guna. . Tindakan segera ke atas anasir yang di ragui keselamatannya. . Firewall bijaksana. . Windows 8 sedia guna.
Biasanya Norman Seurity Suite dijual dengan harga €43.96 = RM180.53 satu lesen setahun untuk 3 buah komputer. Tetapi sekarang anda boleh mendapatkan Norman Security Suite V8 dengan percuma untuk tempoh 4 tahun. Haisshh! Kenapa tak katakan percuma je seumur hidup seperti Avira dan AVG? Kan senang..! Tapi ini adalah versi Norman Security Suite DnBNOR edisi khas. Maksud DnBNOR ialah sebuah versi percuma yang dilepaskan kepada awam dengan melucutkan beberapa fungsi. Tiga fungsi tidak terdapat dalam versi ini iaitu: Kawalan Pencerobohan; Sistem Privasi; Antispam. Juga tidak disediakan bantuan teknikal dari pusat. Maksudnya tiada talain hayat jika berlaku sebarang kemudaratan.
Bikin entri sebenarnya tidak boleh dinukil atas hawa sendiri. Saya sekadar berkongsikan info. Padahal ini adalah di antara antivirus di luar arkib piala pr67am™. Sekadar pengalaman saya…Secara jantannya anda uji dan buat penilaian sendiri. Tapi bagi pencinta tegar Norman di luar sana, inilah masa terbaik untuk anda. Pucuk di cita ulam dah mendatang tapi sayang…sambalnya pula yang kurang belacan…hisssk! Tetapi jangan lupa, Norman Security Suite juga merupakan di antara pembuat perisian antivirus yang selalu tersenarai dalam ranking dunia saban tahun. Eh! Kembang hidung tu…
Fitrah manusia gemarkan kelainan dan keindahan. Akibat kekangan dan aturan susila merumitkan idaman menggapai semua impian. Tetapi yang ‘rumit’ itulah menjadikan ruang akal kita lebih berfikir demi menongkah kemustahilan. Lalu terciptalah ragam percubaan dan kejayaan kepada si pengidam.
Siapa yang berani katakan protokol hak tidak bisa diubah dan berubah? Sedangkan jantina boleh di songsang terbalikkan. Yang lelaki menjadi…Auw! Yang perempuan menjadi…Wow! Walaupun tidak seasli dari ladang…dah namanya ‘hukum’ tetap bersisa batasannya.
Mengidamkan buah apple, dengan 25sen sudah boleh dapat dari kedai Kak Limah. Inginkan laptop Apple? No! No! No! Dengan seribu sen pun, bau Apple pun tak lepas. Damnn…! Nak juga Apple!…Jeng! Jeng! Jeng!… Ada dua cara murah dan muktamad untuk anda menukar Windows menjadi Apple.
Cara pertama dengan menggunakan sistem operasi Mac yang telah diubahsuai untuk sistem Windows. Inilah kaedah yang telah pr67am™ gunapakai sejak setahun yang lalu dan bergaya klon dengan Mac OS X Snow Leopard. Tapi malangnya untuk Mac Os X Lion saya masih gagal melakukannya…hissk! Mungkin kerana specs komputer saya yang tidak lagi menyokong OS yang terbaru ini. Yang mana Mac OS X Lion lagi power dan lebih kepada sistem 64 bit.
Cara kedua dengan kaedah menukar Antaramuka Windows anda. Termasuklah bunyi, kursor, tema dan lain-lain sehingga menyerupai jenama Apple sebenar. Walaupun sekadar penyedap mata memandang sahaja kerana masih lagi menggunakan sistem operasi Windows. Namun tetap juga memadai untuk sesiapa yang sukakan kreativiti dan perubahan.
Ada satu perisian yang terbaru dan paling mudah digunakan sekiranya anda berminat bertukar wajah ke Mac OS X Lion. Hanya dengan melakukan 1 klik pemasangan segalanya siap bertukar. Berbanding kaedah dulu-dulu yang terpaksa memasang satu-satu dan meredah pula ke Command Prompt dan System 32…Haishh! Itupun belum tentu menjadi. Tapi dengan perisian ciptaan windowsx ini, adik yang masih darjah pun boleh buat.
SkinPack ini termasuklah mengubah dan menambah; tema, wallpaper, utility dock, skrin login, bunyi, kursor dan ikon. Hampir lengkap mengubah Windows bosan anda ke Mac OS X Lion. Dari pandangan peribadi, si pereka SkinPack ini, amat mementingkan kestabilan sistem sehingga terpaksa melucutkan beberapa perkara yang terdapat dalam Mac OS X Lion yang sebenarnya. Perisian boleh di gunakan ke atas semua sistem Windows tanpa berpantang-larang.
Usah ditenung lama-lama Kak Limah oiii…! Gosok gincu dan sapu bedak cap Amoi kat muka tu…Jom keluar bergaya sakan dengan transformasi. Oh! Windows ku Apple ku..aduhai!…
Salam… Windows Optimizer sifatnya mengoptimumkan sistem Windows anda ke tahap yang terbaik. Secara praktikalnya ia melakukan kerja-kerja pembersihan. Agar tatakerja harian komputer anda berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Bilik tidur pun kita nakkan yang kemas dan harum…agar mimpi malam tidak dijenguk oleh puaka. Samalah…jangan biarkan komputer anda diselubungi puaka…ha3..! Terdapat beberapa perisian Windows Optimzer percuma yang tak kalah dek versi berbayar. Apakah gerangan perisian itu? Mari kita rungkai antara yang terbaik untuk tahun 2011…zasshhh…
1. CCleaner :
Tanpa propaganda mengada-ngada sememangnya ini adalah tool percuma paling popular berabad dan terbaik untuk Windows sejak zaman Windows XP lagi. Senantiasa di kemaskini. Setelah memasuki alaf Windows 7 ianya telah diserasikan dan di tambah baik tetapi masih lagi boleh digunakan secara percuma. Hebat kan! Agak-agaknya kalau dijual ni…memang dah berketul-ketul Merz melepak depan rumah.
Ciri-ciri utama: . Pembersih registry yang berkuasa. . Pembersih cakera keras. . Pembersih data sampah, cookies dan jejak pelayar. . Nyah pasang program pilihan. . Sunting startup program. . System Restore *Menurut saya inilah fungsi paling penting dan patut ada dalam mana-mana sistem tweaker. . Menghantar beberapa tetapan asal ke .txt file dan menyimpan semua tetapan ke INI file.
2. Macecraft PowerTools Lite :
Satu lagi tool yang terkenal menggunakan enjin yang sama seperti jv16. Jadi tanpa ragu dan bimbang kerja-kerja pembersihan ke atas Windows anda lebih selamat dan terjamin. Antaramuka yang amat ringkas dan sesuai untuk pengguna yang gemarkan system auto.
Ciri-ciri utama: . Secara automatik membersih registry Windows. . Secara automatik menetapkan semula pelbagai jenis kesilapan dalam registry. . Mengesan dan membuang data sejarah yang tidak diperlukan seperti MRU dan lain-lain. *Tetapan untuk ini harus dilakukan dengan cermat, takut terpadam tanpa sedar data yang penting. . Memadam sementara data sampah.
3. Rizone’s Power Tools :
Agak malang ini adalah diantara tool percuma yang hampir sempurna tapi tiada kemaskini semenjak 2009 lagi. Agaknya si pembangunnya sudah meniggal kot..? Hmm…2009, masih relevan lagi ke? Antaramuka yang agak berserabut pastinya rumit untuk pemula. Aplikasi ini tidak perlukan pemasangan kerana ia versi mudah alih dan boleh dilancarkan dari usb.
Ciri-ciri utama: . Membersih dan mengoptimumkan registry. . Melancarkan tools Windows yang tersembunyi. . Backup fail penting. . Tetapan untuk tweak sistem Windows. . Defragment.
4. TweakNow PowerPack :
Wow! Satu lagi aplikasi yang bermutu tinggi boleh dimiliki total percuma. Juga mempunyai banyak fungsi yang amat sempurna lagak aplikasi yang berbayar. Bagi pemula anda harus banyak belajar sebelum melakukan tetapan dengan aplikasi seperti ini. Mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa semestinya tidak khuatir dengan prestasinya.
Ciri-ciri utama: . Pembersihan cakera, registry, jejak pelayar dan sebagainya. . Pengurus startup. . System Restore / Backup. . Menyediakan lebih 100 tetapan sistem Windows yang tersembunyi. * Banyak fungsi lain lagi woo…sememangnya hampir-hampir sempurna woo…
5. RegSeeker :
Percuma hanya untuk kegunaan peribadi sahaja. Untuk pejabat dan syarikat anda harus mendapatkan lesen dari pembangunnya. Satu lagi tool yang malang kerana tiada kemaskini semenjak 2007 lagi. Ragu…relevan ke untuk Windows 7? Haissh…dia orang ni nak taknak je buat kerja, mentang-mentanglah versi pecuma! Kalau berbayar, laju je kemaskininya macam si Makcik TuneUP tu…
Ciri-ciri utama: . Membersihkan registry. . Tweaks. . Pengurus startup. . Printing Option * Berbagai lagi fungsi seperti CCleaner cuma terdapat beberapa kelebihan lagi.
6. IObit Toolbox :
Perisian versi mudah alih percuma yang mengandungi lebih 20 fungsi di dalamnya. IObit memang di ketahui satu jenama yang amat terkenal dalam sistem mengoptimumkan Windows. Tanpa sipu dan ragu kita akui ia sememangnya sebuah syarikat yang sentiasa bekerja bagi memastikan kemaskini dan penambahbaikan produknya.
Ciri-ciri utama: . Membersihkan cakera keras, registry, jejak dan data sampah. . Defragment. . Pengurus startup.
7. Comodo System Cleaner :
Comodo satu jenama yang sememangnya sudah gah dalam dunia IT. Sebuah syarikat pengeluar Comodo Antivirus yang popular, pelayar Comodo Dragon dan memiliki system security DNS nya sendiri. Bagaimana pula dengan prestasinya sebagai pengeluar perisian Pengoptimum Windows? Anda harus mengujinya sendiri…
Ciri-ciri utama: . Sistem Backup sebelum melakukan pembersihan. . Membersihkan registry, cakera keras, data sampah dan jejak. . Membersihkan data yang diragui (spyware / virus) *Fungsi yang agak unik dan boleh di anggap sebagai campur tangan kerja Antivirus. Biasanya terdapat dalam versi berbayar. Tapi harus dingat ia bukan sebagai ganti fungsi Antivirus standard. . Membersihkan fail pendua / klon. . Sokongan dan bantuan dari pengilang.
8. PC House Keeper :
Menariknya perisian ini ialah fungsi Network Tools nya. Jarang sekali perisian percuma yang menawarkan system optimum untuk internet. Termasuk sekali fungsi Mac Changer yang saya anggap fungsi paling penting dalam dunia maya yang jarang diendahkan oleh kebanyakkan pengguna. Tapi sayang sekali fungsi Internet Options hanya untuk Internet Explorer sahaja. Nampak sangat sedikit terkebelakang. Nenek saya je yang guna pelayar tu…tapi dia pun sudah lama sangat tidak menjenguk dunia…hu3…
Ciri-ciri utama: . Membersihkan cache, registry, cookie, sejarah dan data sampah. . Proses Explorer. . Pengimbas Pelabuhan IP. . Penata sambungan TCP. . Penukar alamat MAC. . Pengimbas alamat MAC. . File Sredder *Fungsi sangat berguna menurut saya yang jarang didapati dalam versi percuma.
9. JetClean :
Satu jenama baru yang menarik perhatian dan cepat melonjak popularitinya. Sebuah apikasi ringan yang direka untuk melakukan kerja pembersihan, mengoptimumkan sistem sambil melindungi data peribadi anda. Walaupun kerja pembersihan berlaku, ia tetap melindungi privasi anda di dalam aplikasi seperti Windows Media Player, eMule, Google Toolbar, Microsoft Office, Adobe Acrobat, WinRAR, WinZip dan sebagainya. Cara guna yang amat mudah, hanya dengan 1 klik sahaja segala kerja pembersihan bisa di atur Pak! Tetapi anda harus berhati-hati dan benar-benar pasti dalam melakukan tetapan sebelum menggunakan fungsi 1 klik ini.
10. SlimCleaner :
Antaramuka yang kemas, menawan dan moden. Berasaskan cloud technology untuk menganalisis konfigurasi perisian komputer lalu membuat syor berdasarkan kolektif daripada professional IT, juruteknik dan pengguna komputer seluruh dunia, sebelum anda lakukan tindakan lanjut. Walaupun cloud technology kurang digemari oleh kebanyakkan pengguna IT di seluruh dunia, bimbangkan privasi dan perlu sentiasa berada dalam talian. Tetapi ini merupakan pendekatan berbeza dari perisian ini. Mesra pengguna – kononnya…ya ke Bos?
Terdapat beberapa lagi jenama perisian Windows Optimizer yang terbaik dan cekap dalam tugasan. Seperti Auslogic, iolo, Kingsoft dan Toolwiz. Tetapi kerana keterbatasan tatakerja dan tidak disertakan bersama pakej yang lengkap maka ia tidak termasuk dalam Top10 di atas. Ada juga sebahagian perisian percuma yang berotak kambing biri-biri, hanya membersih sebahagian sampah sahaja manakala sebahagian lagi anda diminta membeli versi berbayar. Mak datuk oiii….! Habis sampah yang tertinggal tu siapa pula yang nak sapu? Nak harapkan Bapak DBKL ke…adeshh!
Anda kenal perisian yang satu ini? Jom kita bersuai kenal. Dari mata turun ke hati. Dari membaca sampailah mengerti. Mana tahu peisian ini bakal merungkai segala jawapan kepada permasalahan anda berkaitan dengan DVD / CD.
Dalam bahasa mudahnya, WinX DVD Copy Pro adalah sebuah perisian yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan salinan sementara data dari DVD / CD asal sebelum anda menyalinnya semula ke dalam DVD / CD yang baru. Dalam bahasa ringkasnya, WinX DVD Copy Pro adalah pencipta klon untuk DVD / CD.
Kelebihan perisian ini ialah ia dapat membuat klon DVD / CD untuk sebarang jenis format media. Termasuklah ISO yang mana jarang dapat dilakukan oleh perisian biasa. Bayangkan sebuah format DVD / CD Bootable yang mengandungi lebih daripada satu Sistem Operasi di dalamnya. Dan anda ingin membuat pendua atau salinan untuk DVD / CD tersebut…jangan bermimpi enaklah WinToFlash mampu melakukannya.
Sekali lagi bayangkanlah DVD / CD kesayangan anda mengalami kerosakkan akibat tercalar. Takkan sembuh punya walaupun digosok dan digasak dengan buih Fab. Maka WinX DVD Copy Pro amatlah diperlukan untuk mengatasi semua masalah tersebut. Walaupun bukan jaminan 100% kerana bergantung juga pada tahap kerosakkan DVD / CD itu. Tetapi sekurang-kurangnya…altenatif dan harapan masih menguntum!
Pada hari ini, walaupun banjir masih lagi membadai sampai mendukacitakan tidur dan kabel streamyx. Tetapi ada satu khabar sukacita yang ingin dikongsikan bersama. WinX DVD Copy Pro dengan ihsan akan memberi lesen sah yang berharga USD49.95 secara percuma kepada seluruh jelata dunia.
Disini ada 2 giveaway yang perlu anda ketahui. Satu lesen untuk WinX DVD Copy Pro 3.4.3 GOTD yang hanya diberikan untuk tempoh 24 JAM SHAJA. Dan satu lagi lesen WinX DVD Copy Pro 3.4.3 yang akan berakhir pada 22 Januari 2012. Di mana ada kemahuan…lai-lai saya berikan 2 jalan. Pilih satu pun boleh! Pilih 2 pun boleh! Nak tengok aje pun boleh…!
WinX DVD Copy Pro 3.4.3 GOTD (24 jam sahaja)[ pr67am™ ] WinX DVD Copy Pro 3.4.3 (Sehingga 22 Jan 2012)[ pr67am™ ]
Soalan: Apakah perbezaan 2 link tersebut? Jawapan: Sama je…kedua-duanya versi 3.4.3. Tidak boleh di naiktaraf. Tiada talian hayat dan tiada tuntutan takaful terhadap pengilang. 😉
Alam IT 2011 baru saja berlalu. Terlalu banyak rojak kontroversi, spekulasi serta misi mewarnai dan mencalari tahun 2011. Berlaku juga cerita dukacita di mana dunia telah kehilangan makhluk genius abad ini pada 6 Oktober 2011 iaitu Steve Jobs bekas CEO dan pengasas bersama Apple Inc. Seperti dunia hiburan, dunia IT juga tidak tuli di gendang dengan gosip panas, sejuk dan suam-suam kuku.
Ura-ura terdekat, Windows 8 versi Beta akan dilepaskan penghujung Januari ini. Juga gosip perkasam basi masih lagi berbisik iaitu Microsoft Security Essential jenama Antivirus ciptaan Microsoft Corporation tidak lagi dilepaskan secara percuma menjelang pertengahan tahun ini. Ye ke sayang..? Namapun M$…
Setiap kali tibanya tahun baru maka banyaklah kajian dan jangkauan tentang prestasi perisian pada tahun yang sudah. Selepas Ayu Raudhah di undi sebagai artis tercantik, apakah antivirus yang tercantik untuk tahun 2011 pula? Mari kita teropong kedudukan Antivirus dan Internet Security 2011 dan jangkaan untuk tahun 2012 mendatang ini. Dan lihatlah di manakah kedudukan Antivirus anda?
Top 10 Antivirus Berbayar Terbaik 2011:
1. Symantec Norton AntiVirus 2011
2. BitDefender Antivirus Pro 2011
3. G-Data AntiVirus 2011
4. Kaspersky Lab Anti-Virus 2011
5. Trend Micro Titanium Antivirus Plus 2011
6. Avast Pro Antivirus 5
7. Panda Antivirus Pro 2011
8. Avira Antivir Premium 10
9. Eset Nod32 Antivirus 4
10. GFI Vipre Antivirus 4
Top 10 Antivirus Percuma Terbaik 2011:
1. Avast! Home Edition
2. Comodo Anti-Virus Software Plus Firewall 2011 Version
3. AVG Antivir 2011 Free Edition
4. Bitdefender 2011 Free Edition
5. AVIRA Antivir Home Edition 2011
6. PC Tools Anti-virus 2011
7. Rising Anti-virus Free Edition 2011
8. DriveSentry Antivirus with Antispyware
9. Blink Personal Antivirus and Security Suite 2011 Version
10. ClamWin Free Edition 2011
Top 10 Internet Security Suites Terbaik 2011:
1. Symantec Norton Internet Security 2011
2. Kaspersky Lab Internet Security 2011
3. BitDefender Internet Security 2011
4. PC Tools Internet Security 2011
5. G-Data Internet Security 2011
6. F-Secure Internet Security 2011
7. Trend Micro Titanium Internet Security
8. Panda Internet Security 2011
9. Eset Smart Security 4.2
10. Avira Premium Internet Security Suite 10
Antivirus Terbaik 2012 berdasarkan ujian makmal:
Internet Security Suites Terbaik 2012 berdasarkan pilihan editor:
Ujian Pembuangan Malware Oleh Antivirus 2012:
Ujian Penyekatan Malware Oleh Antivirus 2012:
Agak membungkam jiwa lara kerana tiada satupun Antivirus di atas tersenarai dalam kegunaan pr67am™…hu3… Pilihan bijak tetap di tangan anda sendiri. Selagi Antivirus yang sedang anda gunakan sekarang tidak mendatangkan kemungkaran munafik dan masih lagi boleh bekerjasama…mengapa tidak anda katakan TIDAK kepada yang lain. Tepuk dada tanya rasa…Cantik? Ayu Raudhah… 😉
Virus Stuxnet yang merosakkan program nuklear tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru yang dijalankan oleh firma keselamatan dalam talian Russia, Kaspersky Lab.
Pakar keselamatan itu percaya Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalang di sebalik kewujudan Stuxnet walaupun kedua negara itu enggan memberi komen terhadap kenyataannya itu.
Pengarah Kajian Global dan Analisis Kaspersky, Costin Raiu, memberitahu Reuters Rabu lalu, pasukannya mengumpul bukti menunjukkan bahawa platform sama digunakan untuk membina Stuxnet dan Duqu juga telah digunakan untuk mencipta sekurang-kurangnya tiga jenis malware.
Raiu berkata, platform itu terdiri daripada sekumpulan modul perisian sepadan yang direka untuk padanan bersama, setiap satunya dengan fungsi berbeza.
Pembina virus itu boleh membina senjata siber baru dengan hanya menambah atau mengeluarkan modul itu.
“Ia seperti set Lego. Kamu boleh memasang komponennya menjadi apa saja, robot atau rumah atau kereta kebal,” katanya.
Kaspersky menamakan platform itu ‘Tilded‘ kerana banyak fail dalam Duqu dan Stuxnet memiliki nama bermula dengan simbol tilde ‘?’ dan abjad ‘d’.
Sumber: Berita Harian, 30 Disember 2011, ms 44, bahagian Ekonomi.
Ok. Enough talking. Anda berminat untuk menukarkan komputer anda di rumah kepada sebuah web server bagi memudahkan anda melakukan pelbagai perkara seperti menggunakan Damn Vulnerable Web App (contoh)? Anda boleh melakukannya dengan memasang sebuah perisian yang digelar sebagai XAMPP.
Pada pengguna Windows, anda boleh memuat turun fail pemasangnya dan mengikuti langkah-langkah pemasangan di sini -> XAMPP For Windows
Sangat mudah! Tetapi untuk Linux, pemasangannya agak sedikit rumit bagi pemula.
Jadi ikuti langkah-langkah pemasangannya di bawah.
2. Tempatkan fail yang telah anda muat turun pada Home Folder. Buka Terminal dan jalankan perintah berikut untuk mengekstrak fail arkib dan mengalihkan ia kepada folder /opt:
sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.7.tar.gz -C /opt
3. Sekarang kita perlu tukar ownership XAMPP kepada akaun pengguna kita. Sila masukkan perintah berikut ke dalam Terminal:
sudo -s -H
4. Beralih ke folder lampp:
cd /opt/lampp/
5.
chown -R arya:arya htdocs
(Sila gantikan arya dengan nama pengguna Linux anda)
6. Anda juga perlu menyatukan ownership nama pengguna Linux anda dengan konfigurasi Apache.
cd /opt/lampp/etc/
gedit httpd.conf
7. Tekan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘nobody’. Tukar ia kepada nama pengguna Linux anda seperti gambar di bawah.
8. Simpankan fail tersebut (Save).
9. Siap! Sekarang anda boleh reboot PC anda. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah untuk memulakan XAMPP:
sudo /opt/lampp/lampp start
10. Buka pelayar anda. Taipkan http://localhost/ pada bar URL dan tekan Enter. Anda akan ‘dibawa’ kepada halaman alu-aluan XAMPP. Pilih bahasa yang anda mahu.
Tahun 2011, Mr.Hac telah perkenalkan kepada anda beberapa distribusi Linux atau distro yang sangat mesra dengan pendatang baru seperti Ubuntu, Linux Mint, Pinguy OS, Zorin OS dan Ultimate Edition 3.0. Seperti yang anda sudah pun diberitahu sebelum ini, Linux memberi anda kuasa untuk memilih, mengubah dan mereka bentuk mengikut kehendak anda, cara anda, keserasian anda.
Buat mereka yang sudah lama ‘bergelumang’ dengan ‘kegilaan’ ini, anda pasti gatal tangan untuk mencuba benda baru. Oleh itu, sebuah distro bernama Arch Linux adalah sangat-sangat sesuai untuk anda.
Arch Linux disasarkan kepada golongan ‘pertengahan’ (intermediate) dan pakar mahupun separa pakar. Ini adalah kerana boleh dikatakan anda perlu membinanya betul-betul dari permulaan atau istilah lainnya build from scratch!
Apa yang akan anda perolehi setelah boot dari CD atau USB ialah sebuah paparan pemasangan dalam bentuk teks semata-mata. Anda perlu aturkan sendiri setiap baris perintah untuk memasangnya. Itu baru proses pemasangan asas. Belum lagi bercerita mengenai pemasangan setiap komponen atau perisian yang lain. Segalanya dilakukan atas kehendak anda, apa yang anda mahu untuk ada pada/dalam sebuah sistem operasi. Dari pengurus fail, persekitaran dekstop sehinggalah kepada tetapan rangkaian, semuanya dilakukan sendiri oleh anda sebagai pengguna.
Bagaimana? BERANI untuk mencuba? Anda boleh dapatkan fail ISO Arch Linux dari laman web rasminya di sini -> Click Me If You DARE
Anda boleh baca dan fahamkan kaedah pemasangannya di sini -> LH
Mr.Hac: Sudah mula bosan kurang selesa dengan ‘user-friendly‘ distro. My Geeky Mind forced me to do something more than usual. Hati puas bila semua yang ada dalam distro tu dari kemahuan diri sendiri.