Salam…
Hidup mesti pandang-pandang. Hidup mesti dengar-dengar. Biarkan hanya si kera dengan sumbangnya. Kita benama manusia mesti pandang + dengar. Tapi penilaian muktamad tetap dalam tangan sendiri. Yang baik kita pakai, yang tak elok jadikanlah sempadan.
Panda Security satu jenama yang telah diangkat sebaris jenama antivirus ternama seperti Kaspersky, AVG, BitDefender dan sekelasnya. Walaupun kewujudannya agak lewat berbanding antivirus lain yang jauh ke depan. Dalam tempoh singkat sahaja lonjakkan dari cetusan pengguna dan blog ekslusif berjaya mengangkat jenama Panda Security di mata antarabangsa.
Di asaskan pada tahun 1990 di Bilbao, Sepanyol oleh Mikel Urizarbarrena. Pada awal kewujudan ia dikenali sebagai Panda Software dan hanya untuk pasaran domestik sahaja. Pada tahun 1996 barulah Panda Software mengembangkan sayapnya ke peringkat global. Tahun 2007 pula Panda Software mengalami penjenamaan semula dan dikenali sebagai Panda Security. Bermula dari tahun tersebut Panda Security telah membuat siri promosi secara besar-besaran ke seluruh dunia. Kerana itulah saya katakan kewujudannya agak lewat padahal sebenarnya telah lama beroperasi semenjak 1990 lagi. Hanya selepas 2007 barulah Panda Security mendapat perhatian dan tindakbalas meluas dari pengguna IT antarabagsa.
Seperti antivirus utama yang lain, Panda Security juga dilengkapi dengan dengan Antimalware, Antispyware, Antiphising, Antispam dan lain-lain. Tetapi Panda Internet Security 2012 mempunyai satu lagi kelebihan yang mana lebih menjaminkan keselamatan anda di talian dengan sistem TruPrevent nya. TruPrevent merupakan tapisan yang ketat sebelum malware atau anasir penggodam mencerobohi data anda. Dengan rangkaian unik berasaskan cloud-based Collective Intelligence setiap ancaman akan disekat secara real-time sebelum tersebarnya sebarang wabak atau penyakit yang boleh menjangkiti komputer anda.
Pendek kata Panda Security ada kelebihannya yang tersendiri. Dari tinjauan antarabangsa juga tidak syak lagi ianya juga merupakan antivirus yang boleh diharapkan. Itulah yang kita pandang + dengar. Tetapi dari pengalaman pr67am™ sendiri tidak seindah mimpi di dinihari. Dari dulu-dulu lagi saya cuba memasang dan mengguna pakai antivirus yang satu ini. Hakikatnya gagal! Setelah komputer dipasang dengan Panda Internet Security 2012: start up menjadi lambat, Firefox tersekat-sekat dan komputer hang tanpa sebab. Saya langsung tidak dapat bekerjasama dengan jenama Panda Security. Atau mungkinkah security nya terlampau ketat. Atau mungkin juga specs komputer yang tidak membantu. Entahlah aku…?
Kepada pencinta Panda Security pedulikan pengalaman saya. Lain padang lainlah lalangnya…Teruskan dengan keserasian yang ada dalam diri anda. Dan juga kepada yang ingin cuba-cuba…Jom kita ke laman Panda Security di Sepanyol untuk memuat turun perisian percuma untuk 6 bulan. Selepas tamat 6 bulan tersebut anda boleh menyambung 6 bulan lagi dengan melakukan pemasangan baru. Bermakna anda boleh dapatkan perisian 6 + 6 = 1 tahun percuma. Anda boleh memilih Panda Internet Security 2012 klik DESCARGAR GRATIS* atau Panda Antivirus Pro 2012 klik DESCARGAR GRATIS*. Di bawah DESCARGAR GRATIS* tersebut terdapat nombor siri untuk pengaktifan.
Selamat mencuba.
Panda Security 2012 Promotions Spain: [ pr67am™ ]