Salam…
Bercerita lagi…cerita yang sama. Cerita haruan dan tempayan. Cerita tempayan dan perkasam. Cerita perkasam dan masam. Cerita masam dan makan. Cerita makan dan… eh, melalut dah hoiii! Dah terkena virus ke? Ya! Masih lagi dengan antivirus. Hah! Lagi-lagi antivirus…LOL; Kerana viruslah yang menjadikan Windows popular. Kerana virus Microsoft glamour. Kerana virus manusia jadi kaya. Kerana virus ada yang mengalir airmata. Dan kerana viruslah pr67am™ ada cerita…ha3…
Bolehkah saya katakan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 sama rasa sama jiwa sama bapa tetapi berlainan bonda dengan Avira dan Eset? Di tambah lagi dengan antaramukanya pun ringkas ramah saling tak tumpah. Bersandarkan pengalaman ujicuba manual 10 hari saya ke atas perisian ini, ternyata prestasinya tidak melukakan. Ringan, stabil dan paling penting tidak melelap di dalam jaga. Ya! Inilah pertama kali saya menguji antivirus ini. Betullah boy…memang tak silap rencah, seketul rasa seperti Avira dan Eset.
Ada ketikanya Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 bertindak pantas cemerlang tapi masih lagi dalam legar kawalan. Dan tidak terlampau mengada seperti Kaspersky. Dan paling menakjubkan pengesanannya ke atas rootkit lebih cemerlang berbanding Eset. Kerana itulah terdapat 2 addon untuk Mozilla Firefox terpasang serentak untuk menjadikan kerja pengawasannya lebih cekap ke atas pelayar. Juga kekangannya ke atas malware pun terpuji setaraf Avast selepas saya ujikan pada material yang sama. Hah! Pastikan anda mematikan dahulu Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 sebelum berani bermain dengan anak cucu crack. Dia ni terkadang cerewet mengada tidak bertempat. Tetapi dukacitanya fungsi firewall sedikit mengantuk, tapi masih lagi boleh beralas dengan Windows Firewall.
Itulah kesimpulan peribadi yang boleh saya kongsikan selepas 10 hari berasmaradana dengan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012. Berbeza dengan Norman dan Panda yang saya andaikan satu kegagalan dalam sejarah pr67am™. Kerana saya tidak berpeluang langsung untuk mengujicubanya secara intensif dek penyakit pegun (hang). Harus diingat itu hanyalah ujicuba saya dalam tempoh yang singkat sahaja dan bukan gambaran prestasi jangka panjang.
Dari rumusan antarabangsa saya perolehi, Trend Micro dikatakan tidak konsisten dengan prestasinya sepanjang tahun. Alamak…! Melalui ujian makmal pada bulanan tertentu mendapat skor 3.5/6 dan 4.5/6 dan 2.0/6 dan 5.0/6. Adeshh…! Tapi bagi pencinta Trend Micro pastinya lebih kenal dengan aura perisian ini.
Apapun, kepada pakcik makcik yang berminat anda boleh dapatkan Trend Micro Titanium Internet Securiy 2012 versi penuh yang berharga USD69.95 ini pada nilai percuma selama 4 tahun. Yiipa! Yiipaa…!
. Pertama sekali jejak ke [ pr67am™ ]
. Kemudian masukkan email profesional : @ac-dijon.fr ATAU email anda@mitxitorang@ac-dijon.fr kemudian klik Inscription. Siap dan tunggulah balasan email dalam tempoh 24 jam.
. Untuk melakukan misi muat turun perisian pula anda boleh rujuk [ pr67am™ ]
. Ataupun dengan cara paling terhormat didunia, gunakan saja salah satu nombor siri berikut. Sudah 5 email saya cuba dan tanpa ragu-ragu memang inilah sahaja nombor siri yang diberi.
PDFP-9993-0283-4209-5883
PSDB-9991-9860-5906-3755
Selepas siap pemasangan, usah khuatir dengan kemaskininya yang pasti tak memualkan masa seperti Comodo. Wow! Goyang kaki ketuk jari je…sudah boleh tidur nyenyak 4 tahun tanpa mengigau sasau dan tanpa risau angau dengan lesen antivirus. Dahsyat amat itu…!
Sekian.
Ekstra Berdansa ;-)
** ESET SMART SECURITY 5 Netherlands : untuk 3 bulan [ pr67am™ ]
** KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012 USA : untuk 2 bulan [ pr67am™ ]