Salam…
Sekali lagi di atas koridor yang sama dengan laba yang sama. Di awal tahun dengan senyuman memukat rezeki yang belum kesudahan. Kami sekadar berkongsikan keuntungan mengajak anda ke arah positif dalam kehidupan. Lupakanlah Crack…masih ada cara lagi untuk komputer anda sihat dalam percuma. Kerana itulah lahirnya entri sebegini. Apalah gunanya anda memasang Raja Antivirus sekalipun kalau ditampal dengan Crack, Patch, Keygen dan unsur mungkar. Bila Raja Antivirus pun dah terkedek-kedek macam manalah nak perkasa mengangkat pedang dalam perang…huk3…
Kali ini kita akan merungkai satu lagi jenama antivirus yang berkualiti tinggi di dunia. BitDefender Internet Security 2012 bakal menanti anda. Anda boleh menilik sendiri dmanakah kedudukan jenama ini dalam rangking dunia untuk 2012 [ pr67am™ ] Prestasinya bukan lagi satu keraguan. Seperti lazimnya sifat sesebuah antivirus, BitDefender Internet Security 2012 juga memiliki ciri-ciri:
. Menyekat virus, spyware dan spam
. Menyekat percubaan mencuri ID
. Menapis pautan yang anda terima dari Facebook dan Twiter
. Mengawal penggunaan bawah umur dengan kawalan ayahanda bonda
. Firewall dan kawalan ke atas sambungan internet anda
. Terdapat satu lagi kelebihan iaitu AutoPilot yang akan mengawal popup tanpa kebenaran anda. Anda boleh mematikan fungsi ini sekiranya rasa annoying.
Pendek cerita saya sendiripun belum menguji BitDefender Internet Security 2012 jadi tidak banyak pendapat yang boleh saya kongsikan…toinggg!…kantoi…Pandai-pandailah anda buat penilaian sendiri. Disini saya cuma ingin menunjukkan kaedah terbaik untuk mendapatkan lesen sah. Banyak kontroversi berlaku dalam forum dan saya sendiripun berkali-kali mencuba sebelum berjaya. Di harap pengalaman ringkas ini dapat membantu encik dan cik sekalian. Untuk mendapatkan lesen anda mestilah menggunakan proxy Switzerland, Austria dan Jerman. Promosi ini berlangsung di Jerman jadi anda harus faham dengan bahasanya.
. http://www.bitdefender.de/media/html/de/pcwelt/
Anda boleh gunakan cara tersendiri untuk terjah pautan di atas. Atau salin pautan di atas kemudian tampal URL di laman CyberGhost [ pr67am™ ] Rujuk gambar di bawah dan ikut tetapan yang telah saya buat.
Masukkan Email dan Captcha kemudian klik Absenden
Sekiranya email anda telah berjaya dikirim akan keluar popup seperti ini. Kemudian klik OK dan anda akan bawa terus ke laman utama.
Hanya di dalam beberapa saat sahaja anda akan menerima balasan email yang disertakan bersama nombor siri lesen BitDefender Internet Security 2012 untuk 365 hari. Nombor siri tersebut mengandungi 7 abjad seperti terdapat dekat wajah pr67am™.
Harus di ingat promosi ini akan berakhir pada 31 Januari 2012. Masih banyak masa lagi untuk kalian menggoda dan merebut promosi ini. Sekiranya anda gagal pertama kali, cubalah lagi dan lagi…Tetapi cara yang saya telah lakukan di atas dijamin 100% berkesan. Berbanding berbagai kaedah dan musibah termasuk menggunakan proxy Firefox…Damn! Nak senang bukanlah perkara senang. Dah senang perutpun kenyang dan jiwa merasa tenang :-)
Sekian.
BitDefender Internet Security 2012 > [ pr67am™ ]
[ KEMASKINI ] Sekadar makluman kepada sesiapa yang belum berjaya mendapatkan lesen. Selepas mencuba berbagai cara, HANYA dengan kaedah di atas sahaja saya telahpun berjaya mendapatkan 3 lesen. Memanglah perlu banyak kali klik dan ambil masa juga sebelum berjaya. Tapi bukanlah beerti tidak dapat langsung. Saya telah menggunakan email AOL, gmx (versi Germany) dan Gmail. Jangan sesekali gunakan email 30 saat, memang takkan layan punya. Hanya ini sahajalah maklumat yang boleh saya kongsikan. Selebihnya bergantung pada kreativiti anda semua dan percayalah pada rezeki ;-)