Amerika dan Israel : Dalang Virus Stuxnet?

Virus Stuxnet yang merosakkan program nuklear tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru yang dijalankan oleh firma keselamatan dalam talian Russia, Kaspersky Lab.

Iklan Google

Pakar keselamatan itu percaya Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalang di sebalik kewujudan Stuxnet walaupun kedua negara itu enggan memberi komen terhadap kenyataannya itu.

Pengarah Kajian Global dan Analisis Kaspersky, Costin Raiu, memberitahu Reuters Rabu lalu, pasukannya mengumpul bukti menunjukkan bahawa platform sama digunakan untuk membina Stuxnet dan Duqu juga telah digunakan untuk mencipta sekurang-kurangnya tiga jenis malware.

Raiu berkata, platform itu terdiri daripada sekumpulan modul perisian sepadan yang direka untuk padanan bersama, setiap satunya dengan fungsi berbeza.

Iklan Google

Pembina virus itu boleh membina senjata siber baru dengan hanya menambah atau mengeluarkan modul itu.

“Ia seperti set Lego. Kamu boleh memasang komponennya menjadi apa saja, robot atau rumah atau kereta kebal,” katanya.

Kaspersky menamakan platform itu ‘Tilded‘ kerana banyak fail dalam Duqu dan Stuxnet memiliki nama bermula dengan simbol tilde ‘?’ dan abjad ‘d’.

Sumber: Berita Harian, 30 Disember 2011, ms 44, bahagian Ekonomi.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img